PROLOG

Romance Series 28237

Suasana sedih dan hiba menyelubungi kawasan tanah perkuburan ketika pengkebumian Megat Quzairi Qaleef, suami Putri Adra Antasha.

Orang ramai memenuhi kawasan perkuburan elit walaupun dikawal ketat oleh pihak polis dan sebahagian besarnya merupakan budak-budak bawahan dan pengikut Tengku Amra Aqasha.

Adra kelihatan sugul dengan dress labuh berwarna putih dan selendang yang tersarung di kepalanya sambil ditemani Mak Piah selaku penjaga Adra sejak Adra lahir. Tangan Adra digenggam erat bagi memberi kekuatan buat Adra yang sudah Mak Piah anggap seperti anak kandungnya sendiri. Sesekali belakang Adra diusap dengan penuh kasih sayang.

Adra kehilangan arwah mommynya ketika berumur lima belas tahun akibat kecelakaan jalan raya yang menyebabkan mommy Adra, Che Puan Amelia bersama pengawal peribadi merangkap pemandunya, Fadzli, meninggal dunia di tempat kejadian.

Tengku Amra pasti, semua kejadian ini berkaitan antara satu sama lain. Disebabkan itu, Tengku Amra mengupah pengawal peribadi a.k.a bodyguard untuk putri tunggalnya. Melihat wajah sugul si anak, menjentik hati lelakinya mahukan yang terbaik buat satu-satunya anak perempuan yang dia miliki.

Adra anak bongsu dari lima beradik yang merupakan satu-satunya bunga di kalangan kumbang. Segala kemahuan Adra dipenuhi demi menjaga si permata hati mereka. Namun, Adra bukanlah sejenis perempuan yang gemar dimanjakan. Adra agak lasak dan sangat 'independent' memandangkan Adra dibesarkan oleh abang-abang dan daddynya.

Walaupun Mak Piah yang menjaga Adra sejak kecil, Adra tetap suka menghabiskan masa bersama abang-abangnya, Tengku Ameer Affiq, Tengku Ariff Aqmal, Tengku Azrai Aiman dan Tengku Aniq Anaqi. Sebab itu juga, perwatakkan Adra agak lasak dan 'boyish'. Jangan terkejut bila Adra mampu menjatuhkan pihak lawan yang berlainan jantina ketika berusia sepuluh tahun selepas selalu diganggu.

Semuanya gara-gara Adra gemar mengikut segala aktiviti yang dilakukan abang-abangnya. Adra tidak perlu menghadiri kelas mempertahankan diri seperti taekwando, karate, kung fu ataupun muay thai. Semuanya sudah diajarkan pada Adra. Malah Adra sendiri yang berminat mempelajarinya sendiri dari gerak-geri yang dipraktikkan si abang.

Malah, Adra mampu bermain dengan senjata seperti pisau, pedang, pistol dan juga senapang tanpa ada perasaan gerun. Daddy tidak pernah menghalang apa yang Adra lakukan asalkan Adra tidak salah menggunakan kemahiran yang ada. Daddy turut menggalakkan Adra mempunyai kemahiran seperti itu memandangkan keadaan keluarga mereka yang sering menjadi buruan pihak luar.

Begitu juga dari segi pemakaian. Adra bukan penggemar pakaian yang menonjolkan dirinya seorang perempuan sejak kecil. Adra lebih gemar mengenakan seluar jeans dan kemeja atau t-shirt yang mengikut tubuhnya. Bagi Adra pakaian itu membuatkan dirinya lebih selesa. Dan Adra tidak gemar mengenakan make-up melainkan terpaksa.

Kulit Adra mempunyai kulit wajah yang kecantikan semulajadi yang didapati dari gen sebelah mommynya yang merupakan anak kacukan mat salleh dan melayu. Sebab itu, kulit Adra kemerah-merahan dan tidak perlu mengenakan apa-apa produk kecantikkan.

Mak Piah suka mengenakan Adra dengan pakaian seperti tuan putri yang kelihatan cantik dengan gaun kembang, skirt pendek, rambut diikat pony tail. Namun, Adra tetap Adra. Adra akan kembali menukar pakaian seperti abang-abangnya.

Flashback #

"Adra, mari sini sayang..."

"Tak nak!" Adra berusaha melarikan diri dari Mak Piah.

"Adra, cepatlah. Nanti daddy balik. Adra tak siap lagi."

"Adra tak nak pakai baju kembang tu. Adra tak suka. Rimas..."

"Tapi, mommy yang suka Adra tukar baju ni. Adra nampak cantik pakai baju kembang ni tau."

"Taklah. Adra tak nak. Mak janganlah paksa Adra, mak. Rimaslah tengok baju kembang-kembang macam tu." Memang sejak kecil Adra memanggil Mak Piah dengan panggilan mak sebagai menghargai jasa Mak Piah yang setia dengan keluarga Adra bertahun lamanya.

"Tapi, mommy yang suruh Adra pakai baju kembang ni."

"Nak buat apa?"

"Adrakan nak makan malam kat hotel dengan keluarga besar Adra..."

"Tapi, kenapa kena pakai baju kembang macam tu? Adra tak sukalah, mak... Susah Adra nak bergerak." Mak Piah gelengkan kepala dengan gelagat Adra. Memang itulah perangai Adra.

"Adra sayang... Baju ni cantik untuk Adra. Adrakan princess... Princess kenalah pakai macam ni..."

"Ya ke mak?"

"Ya, sayang... Kita pakai, ya? Nanti daddy mommy sampai, tengok Adra tak siap lagi. Nanti Adra kena marah, macamana? Mak tak nak tolong." Adra sudah memuncungkan bibirnya tanda protes.

"Sekejap je. Nanti, dah selesai, Adra sarung balik baju biasa Adra." Adra masih tunjuk protes.

"Adra, Adra kata nak jumpa Tengku Syihan, abang sepupu Adra tu... Tak nak ke?" Terdongak Adra bila Mak Piah menyebut nama Tengku Syihan Shaizan, sepupunya yang belajar di luar negeri.

"Abang Syihan?"

"Ya... Tengku Syihan... Sepupu Adra yang Adra suka tu... Mak dengar, dia ada sekali masa makan malam ni..."

"Betul ke mak?"

"Ya, princess..."

"Mommy!" Adra mendapatkan mommy yang berada di belakangnya. Tubuh langsing mommy didakap erat.

"Mommy, Adra kena pakai ke baju kembang ni?"

"Yes, princess..."

"Ala... I don't like it, mommy..."

"But, it's an order, princess..." Adra mendecit. Memang susah nak arahkan Adra menyarung pakaian yang akan menonjolkan dirinya sebagai perempuan. Mommy simpan senyum melihat gelagat anak bongsunya.

"Princess, look at here." Tubuh comel Adra ditarik ke cermin besar di dalam biliknya yang sangat luas.

"You're beautiful, princess. Tentu Abang Syihan akan pandang Adra nanti."

"Tapi..."

"Please, princess. For me..." Rayu mommy bersama senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Adra melepaskan keluhan.

"Fine... Adra pakai. But, it's because of you, mommy."

"Thank you, princess..." Dagu Adra dicuit.

"Faster, princess... Daddy is waiting..."

"Okay, mommy..."

Flashback end #

Esakan Adra menyesakkan jiwa abang-abangnya. Mana mungkin melihat putri kesayangan mereka mengalirkan air mata. Bukan mudah untuk mereka memujuk Adra sebaik sahaja Adra tersedar dari pengsan selepas melihat sendiri arwah suaminya tidak bernyawa di dalam kamar tidur mereka pada hari ulang tahun kelahiran dan ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.

"Princess..." Adra mendongak. Serta-merta air mata mengalir lagi sebaik sahaja wajah Tengku Ameer Affiq.

"Abang Ameer..." Adra menerpa ke arah Tengku Ameer bersama tangisan hiba di dada Tengku Ameer. Keluhan dilepaskan. Sudah dua hari berlalu selepas pengkebumian arwah Megat Quzairi Qaleef. Adra tetap begitu. Menangis, termenung, menangis, termenung.

Makan minum Adra tidak teratur walaupun sudah disediakan Mak Piah. Malah Mak Piah sanggup menunggu sehingga Adra tertidur. Mak Piah sendiri sedih melihat Adra. Ini kehilangan kedua buat Adra selepas mommynya, Che Puan Amelia Aulia meninggal dunia. Walaupun arwah mommy telah meninggal dunia lebih lima lalu, kehilangan mommy tetap dirasai kerana mereka sekeluarga cukup rapat.

Dan hari ini, Adra semakin kesepian bila kehilangan suami yang dinikahinya setahun yang lalu. Megat Quzairi Qaleef, lelaki yang terpaksa dinikahi dalam keterpaksaan atas sebab yang cukup susah hendak Adra terima. Apatah lagi terpaksa berkahwin dalam usia yang cukup muda. Adra punya impian dan cita-cita untuk menyambung pelajaran dalam bidang psikologi. Tapi, semuanya tidak kesampaian sehingga membawa Adra terpaksa menerima jodohnya dengan Megat Quzairi Qaleef.

Keluhan dilepaskan bila mengingatkan semula kenangan bersama Megat Quzairi Qaleef. Sepanjang setahun pernikahan mereka, Adra tidak pernah diusik, mahupun menerima layanan penuh mesra dari Quzairi. Dari apa yang Adra ketahui, perkahwinan ini sebagai cagaran untuk memastikan daddy Adra, Tengku Amra Aqasha melunaskan perjanjian kerjasama antara empayarnya dengan empayar milik Megat Qaizer Qayyum.

Akibat tekanan berterusan dari pihak Megat Qaizer, akhirnya kata putus diambil dan Adra menjadi mangsa keadaan. Perkahwinan tanpa rela antara dirinya dengan Megat Quzairi ibarat meletakkan pisau di leher. Megat Quzairi bukanlah lelaki yang layak dijadikan suami. Malah, bagi Adra, Megat Quzairi hanya layak menjaga binatang di zoo lantaran sering menjadikan Adra sebagai mangsa untuk melepaskan tekanan.

Putri Adra Antasha atau lebih mesra disapa Tasha oleh Megat Quzairi, tidak pernah menerima layanan yang sepatutnya sebagai seorang isteri. Sepanjang perkahwinan mereka berdua, Adra tidak pernah merasai nikmat sebenar perkahwinan. Malah, Adra juga diugut agar tidak menceritakan perihal mereka pada keluarga Adra atau Adra akan menerima hukuman yang amat menyakitkan. Dan, Adra terpaksa mengikut perjanjian gila antara daddy dan papa mertuanya bila terpaksa menetap bersama keluarga Quzairi di istana neraka ciptaan mereka.

Adra dipaksa tidur di dalam bilik orang gaji beralaskan tikar mengkuang. Makanan Adra hanyalah lebihan atau sisa makanan dari makanan yang sudah dimakan oleh keluarga jahanam Megat Quzairi. Jangan kata senyuman dari sang suami, Adra hanya dipanggil dengan panggilan yang amat menyakitkan. Quzairi dan keluarganya akan menggelarkan Adra pelacur, sundal, pengemis atau betina sial.

Tetapi, mereka akan berlakon seolah-olah mereka ini malaikat jika berhadapan dengan keluarga Adra. Adra hanya mampu telan air liur melihat permainan dan sandiwara keluarga Megat Quzairi. Adra tidak bodoh. Telefon bimbit yang dihadiahkan abang sulungnya, Tengku Ameer digunakan sebaik mungkin untuk merakam segala kegiatan jahat keluarga Quzairi. Kesan-kesan lebam akibat penderaan turut Adra simpan di dalam telefon ini yang tidak diketahui Megat Quzairi akan kewujudannya.

Iphone milik Adra telah pun dirampas oleh Megat Quzairi dengan alasan bodoh. Kononnya dia tak mahu Adra menjadi isteri pemalas dan mempunyai skandal di luar sana. Adra hanya mampu menahan diri atau dia akan menerima kesakitan yang maha hebat dari Quzairi.

Walaupun pelbagai kesakitan yang telah diterima Adra, sedikit sebanyak Adra tetap sayangkan Quzairi sebagai suami. Apa yang agak memeranjatkan Adra, seminggu sebelum kematian Quzairi, Quzairi berubah seratus peratus. Tiada lagi kata cacian pada Adra. Tiada lagi panggilan yang menyakitkan hati. Quzairi memanggil Adra dengan panggilan Antasha dan ada masanya, Quzairi memanggil Adra dengan panggilan Tasha.

Flashback #

"Antasha..." Perlahan namun masih dapat didengari Adra. Kepala ditolehkan. Entah kenapa, degupan jantung Adra tidak sekata melihat senyuman yang paling manis dihadiahkan Quzairi dan senyuman yang pertama sepanjang perkahwinan mereka.

"Tu...an panggil saya?" Tergagap-gagap Adra.

"Ya... Sini, sayang." Berkerut seribu dahi Adra. Semakin berkerut dahi Adra dengan panggilan sayang yang terpacul dari mulut Quzairi.

"Adra Antasha..." Sekali lagi nama Adra disebut bila Adra masih membisu dengan pandangan mata yang tak mampu memberikan jawapan.

"Sayang..."

"Ma...af... Sa...ya tak boleh..." Adra berundur setapak ke belakang bila Quzairi cuba mendekati Adra.

"Sayang... Maafkan saya, Tasha..." Ada getaran pada suara Quzairi.

"Maaf untuk apa?"

"Tuan, jangan!" Jerit Adra, perlahan bila Quzairi secara tiba-tiba melutut dihadapannya.

"Tuan, bangun tuan. Jangan macam ni. Nanti, keluarga tuan nampak. Bangun, tuan." Rayu Adra bila Quzairi masih melutut di hadapannya.

"Tasha, tolong maafkan saya. Saya bersalah, Tasha. Saya berdosa seksa isteri yang saya akad."

"Tuan, tolonglah. Bangun, tuan. Jangan buat macam ni."

"Saya mohon seribu kemaafan dari awak, Tasha. Saya mengaku, saya sayangkan awak. Tapi, saya bodoh. Saya bongkak. Saya angkuh dengan kedudukan yang saya miliki sehingga menyeksa isteri sebaik awak." Adra tergamam mendengar kata-kata yang terpacul dari mulut Quzairi.

Hai kesayangan... Jemput guys, new novel for all of you... Happy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience