bacdh 'Solat Taubat'

Drama Series 55610

"Korang berdua ni kenapa ah?"
"Gaduh eh!?"

Azhar tiba-tiba memecah kesunyian. Memang pelik perangai dua orang kawan baik ni. Tak pernah duduk berkumpul begini mereka diam sahaja.

Ketika masuk semester kedua tingkatan enam, baru Azhar mencelah masuk dalam persahabatan Yusoff dan Hamzah.

Oleh kerana budak berdua ini pandai dan baik perangai jadi dia mencelah masuk untuk ambil tempias sikap suka belajar mereka.

Dahulu dia agak malu mahu bercampur mereka kerana paras rupa Yusoff dan Hamzah yang kacak.

"Kau okay Am? Kau kenapa?".

Yusoff yang tersedar dari berkhayal menyoal Hamzah.

"Okay... tak ada apalah. Hal keluarga sikit. Hamizah dah balik kampung. Mak aku suruh dia duduk kampung jaga adik-adik."

"Kau soranglah kat rumah sekarang?" Azhar pula bertanya.

"A ah..."

"Lemau kau ni macam kena tinggal bini Am." Sakat Yusoff.

"Aku kesiankan Mizah. Mak ayah aku bergaduh dia paling terkesan."

Hamzah menjawab perlahan. Saja beralasan sebenarnya asalkan ada jawapan. Kepala dia serabut.

"Oleh kerana kau tinggal sorang bolehlah selesaikan masalah aku!".

Hamzah dan Azhar memandang tercengang wajah Yusoff. Jarang sekali Yusoff ada masalah. Kalau ada pun orang tak mungkin tahu walaupun kawan baik.

"Gila ah Usop first time ada masalah!"
Giliran Azhar pula menyakat sambil ketawa.

"Aku tumpang duduk rumah kau Am." Yusoff.

"Dah kenapa pulak? Kau gaduh dengan Ayun ke?"
Azhar menyoal menyibuk untuk mengambil tahu.

"Ayun gaduh dengan Wati. Gajah sama gajah gaduh baik pelanduk jangan duduk tengah nanti penyek."

Yusoff berlawak, dia tidak akan bercerita sebab musabab dengan terperinci. Dia mahu menjaga air muka Yunus.

Azhar gelak kuat sampai berair mata, Hamzah sekadar tersenyum. Hatinya gundah tapi dia tidak boleh menunjukkan kepada kawan-kawannya.

"Okay la. Boleh aje. Kau nak masuk bila?".

"Petang ni boleh?".

"Boleh."

"Cantik, nanti habis paper kejap lagi aku balik rumah dulu ambik baju."

Hamzah angguk-angguk. Bagus juga kalau ada Yusoff. Mungkin boleh mengurangkan gusar di dada dan kepalanya.

@@@@@@@

Mama dan Papa berpergian lagi. Kali ini ke Kota Kinabalu, Sabah. Juga urusan perniagaan baru mereka. Pelancaran produk baru kosmetik jenama mereka.

Langsung tidak mempelawa Khaleeda. Alasan yang sama mereka guna. Dahulu ada Michan dia tidaklah terasa sangat ditinggalkan seorang. Sekarang Michan sudah jauh di Alor Star Kedah, jadi dia memang rasa sunyi sangat.

Duduk rumah tak buat apa. Sudahnya Khaleeda isi masa dengan memasak kemudian dia hantar masakannya ke pusat tahfiz anak-anak yatim di hujung jalan rumahnya.

Semalam dia buat Portuguese cheese tarts. Cadangnya hari ni dia nak buat lontong dengan sayur lodeh. Nasi impit dah rebus. Sayur dah siap potong-potong tinggal nak masak sahaja lagi. Telur tengah rebus, Khaleeda tak buat sambal kacang sebab terlupa beli kacang. Nanti dia jodohkan saja dengan sambal tumis.

Petang nanti nak belajar kereta kelas akhir sebab esok dah ujian JPJ. Seram pula bila difikirkan sangat. Tak apalah sekurang-kurangnya masa dia penuh dan dia tak terasa hidup seorang tidak berteman.

Dia tak dapat nak mengacau Michan kerana Michan di sana sibuk amat. Rupanya mama Michan membuka sebuah kedai runcit kecil di rumah. Selain jaga adik dan uruskan rumah, Michan sibuk jaga kedai.

Boleh tahan juga pelanggan yang datang ke kedai runcit mama Michan, sebab kedai yang besar agak jauh dari rumah bagi penduduk sekeliling.

Pandai betul mama Michan cari peluang. Patutlah bersungguh-sungguh Michan dipaksa balik ke kampung menolong mamanya.

Khaleeda tak ada kawan tapi tak terasa nak mencari kawan selain Michan. Dia lambat mesra dengan orang. Dengan Hamzah pun dia malas nak rapat sangat. Dia takut Hamzah salah faham. Lagilah sejak mereka keluar berdua beberapa hari lepas.

Dia malu dengan Hamzah pun ya juga. Macam mana dia boleh tersalah ambil minuman beralkohol sepupu Kirtikesh hingga menyebabkan dia mabuk tidak sedarkan diri.

Warna tin minuman itu seakan sama. Cahaya malap dalam bilik karaoke itu menyebabkan dia tersilap capai. Lagipun Kirtikesh kata semua makanan dan minuman halal, mana tahu ada kawan-kawan Kirtikesh menyeludup masuk minuman beralkohol.

Pertama kali seronok berseronok akhirnya jadi tak seronok juga. Mujur Ibu bapanya tiada dan mujur juga dia dengan Hamzah.

Khaleeda tersedar di pagi hari esoknya di atas katil bilik Michan berseorangan. Hamzah pun tiada di rumah.

Gila ah! Sekali minum terus tak sedar diri macam tu. Dia punya sakit kepala bangun pagi tu... perghh!. Sakit kepala berterusan dua hari.

Langsung dia tak ingat apa jadi malam tu. Macam mana Hamzah bawa dia balik, bawa dia naik rumah flat dan letak dia dalam bilik Michan semua Khaleeda tak ingat.

Dia keluar dari rumah Michan pagi tu tidak bertemu Hamzah. Dia sekadar menghantar pesanan kepada Hamzah memberitahu kunci dia sorokkan dalam kasut buruk di luar rumah. Tempat selalu Michan sorok kunci. Hamzah sekadar membalas 'ok' sahaja.

Menyesal gila!.
Balik rumah terus dia solat taubat. Janganlah Allah tak terima amalan dia selama 44 hari. Dia tak sengaja.

@@@@@@@

"Kau duduk bilik Mizah la Sop."

Hamzah buka pintu bilik adiknya Hamizah dan letak beg sandang Yusoff atas tilam. Melihat tilam Hamizah segera dia alih pandangan ke muka pintu bilik. Yusoff tercegat di situ, di muka pintu.

"Mizah tak marah ke?"
"Kang dia balik..."

"Taklah, kalau dia balik tak mungkin balik senyap-senyap. Mesti dia inform aku."

"Sorrylah Am. Dah menyusahkan kau pulak."

"Eh, tak apalah. Bagus juga kau ada taklah rumah ni macam rumah tinggal."

"Nanti aku bayar sewa eh."

"Apalah... relax la. Minum air pun tak lagi dah cerita sewa."

"Bapak kau dah tau ke aku tumpang sini. Nanti dia balik macam mana."

"Aku jamin dia tak balik... Dah ada rumah lain kat Port Klang."
"Bapak aku dah nikah lagi. Tapi tak ada siapa tau. Kalau Mama aku tau panjang cerita... macam-macam dia tuntut nanti walaupun dah bercerai."

"Oh, ye ke?"
Yusoff buat isyarat zip mulut dan mencampakkan kunci khayalan ke belakang tubuh. Hamzah sekadar tersenyum lemah. Kepala dia serabut. Nak bergurau pun tak ada mood.

"Kau tak okay ke Am?"

Yusoff perasan air muka Hamzah yang tidak ceria. Masalah dia dah selesai sebab dapat menumpang rumah Hamzah. Pagi tadi dia pun kusut memikirkan masalah di rumah.

Yunus sudah tidak bertegur dengan Wati. Dengan dia pun Yunus tak bercakap. Yusoff syak Yunus malu dengan dia sebab perangai Astaghfirullahhalazim si Wati.

"Okay... cuma serabut dengan masalah macam ni." Hamzah beralasan sekali lagi.

Yusoff angguk-angguk kepala. Dia faham sebab dahulu kes Pakcik Adnan kena jail kerana memukul skandal mama Hamzah itu dia jadi rapat dengan Hamzah.

Memang serabut sungguh Hamzah masa tu. Sekarang dia tak tahu apa cerita keluarga Hamzah dengan tepat yang buatkan Hamzah lemau macam ni.

Nantilah tunggu Hamzah bersedia bercerita sendiri. Dia malas mahu mendesak. Tak bagus untuk Hamzah sebab ini melibatkan maruah ibu bapanya. Macam kes dia di rumah melibatkan maruah abangnya Yunus.

Nanti dia kahwin, Yusoff nak cari perempuan matang dan berjaya. Bukan budak manja, gedik dan hidup tak pernah susah.

Bimbang perangai macam Wati dan mama Hamzah, bila hidup diuji susah saja mulalah buat perangai Astaghfirullahhalazim.

@@@@@@@

Hamzah keluar dari bilik Hamizah yang sekarang ada Yusoff di dalamnya. Dia suruh Yusoff berkemas barang dan baring berehat sebelum keluar kerja sekejap lagi.

Lagi pun dia tak boleh berlama di dalam bilik Hamizah. Nanti dia gugup dan mengeletar seluruh badan.

Dia menyesal.
Kalaulah boleh diputarkan semula masa dia harap apa yang sudah berlaku tidak berlaku.

Sekarang dia dihambat ketakutan dan rasa bersalah. Sentiasa berdebar-debar yang bukan sedikit.

Macam mana ni. Dia ikhlas dengan perasaannya tapi dia tersilap langkah.

Ya Allah...
Tolong, tolong ampunkan dia. Dia pendosa.

Haruskah dia berterus-terang?.
Bagaimana kalau...?
Arghh!!!

terima kasih sudi singgah. terima kasih yang follow dan Komen. teruskan Komen dan follow ye. Sy tk msuk selalu mgu ni. nyambil2 bla sempat. tqvm semua mohon temankan Sy smpi abis cite ni. tlg Komen sbg semangat utk sy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience