Bab 6

Romantic Comedy Series 614

Kringg!!! loceng sekolah telah berbunyi dan menandakan waktu rehat. Amirul merupakan kawan rapat Haziq sejak sekolah tadika dahulu mengajak Haziq untuk rehat bersama. Tanpa basa-basi mereka pun turun rehat bersama-sama. Semasa menuruni anak tangga langkah terakhir mereka berdua terjumpa Sir Kasim yang mengajarkan subjek Kimia di kelas mereka. Sangat tidak menguntungkan.

"Assalamualaikum Sir, nampak segak ye Sir!" Haziq memulakan salam lalu memuji beliau secara spontan. "Waalaikumussalam Ziq... " jawabnya dengan nada sederhana. "Mahu ke mana kamu berdua?". Sambil memandang pelajarnya. "Kami mahu ke kantin, Sir tidak rehat ke?" Haziq memberitahu tujuan mereka berdua. "Saya ada hal yang perlu diuruskan bersama guru-guru yang lain.

"Tidak silap saya ada kelas kamu berdua hari ini, lepas rehat sebentar lagi". Bertanya beliau kepada mereka berdua. "Betul Sir." Amirul mengiyakan tekaan gurunya. Dia sentiasa cakna tentang hal jadual kelasnya.

"Saya mahu pesan untuk kelas saya sebentar lagi boleh buat kerja sendiri atas sebab perjumpaan bagi guru-guru yang terlibat. Kamu semua jangan bising sudah la. Jika saya bagi kerja tugasan sekali pun bukan mahu diselesaikan. Kali ini saya beri masa untuk kamu semua buat hal kerja sendiri. Boleh ye?".

"Ya Allah, semoga Sir diberikan kelapangan hati dan dimurahkan rezeki." Secara spontan Haziq mendoakan kesejahteraan untuk gurunya. Berbunga-bunga hati Haziq apabila mendapat khabar mengujakan ini. "Terima kasih Sir, kami janji tidak akan bising-bising dalam kelas." Mereka terus meluncur ke kantin selepas Sir pergi menghilang dari pandangan.

Setibanya di kantin, mak cik Salmah menyapa Haziq lalu menawarkan buah jambu yang diidamkan oleh Haziq. Haziq umpama pelanggan yang setia kerana selalu membeli makanan yang sama. Tidak pernah ketinggalan sekalipun.

Mereka melabuhkan punggung kerusi batu yang disediakan bersebelahan kantin. "Sebentar lagi waktu Sir, kita belajar bersama mahu tidak?" Amirul memulakan percakapan dahulu. "Elok la aku juga mahu siapkan kerja sekolah Sejarah yang cikgu Fauziah bagi kelmarin." Haziq membalas percakapan kawannya. "Kau tidak siap lagi ke, kerja sikit je yang cikgu bagi." Amirul tertanya-tanya apa yang dibuat si Haziq ketika berada di rumah semalam. "Aku tertidur pulas semalam kerana penat main badminton dengan Khai kelmarin. Kami ada masalah yang terjadi masa tu." Balas Haziq kepada kawannya.

"Jangan kata korang cari masalah dengan jiran sebelah." Amirul meneka sahaja namun itulah kenyataannya. "Tetapi janganlah selalu cari masalah nanti padah jawabnya." Nasihat Amirul kepada Haziq sambil menyuapkan nasi ayam ke dalam mulutnya. Haziq satu persatu memakan buah jambu dan mengunyahnya secara perlahan kerana mahu merasa kemanisan buah jambu secara menyeluruh.

Setelah telan sepenuhnya dia membalas nasihat Amirul bahawa tidak perlu risau semuanya telah diselesaikan dengan cara aman. Begitulah tafsiran hatinya kerana Haziq hanya mengangguk setuju atas nasihat diberikan.

Mereka berdua duduk semeja dalam kelas selepas loceng waktu rehat berdering. Haziq sedang fokus menyiapkan tugasan yang dia terlupa siapkan manakala Amirul mengulangkaji pelajaran yang dia kurang memahami. Amirul bermatlamat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam ujian akhir tahun. Oleh hal demikian, dia sentiasa membuat latihan tentang subjek yang lemah dikuasai olehnya.

Baginya, tahun ini dia bercita-cita ingin mendapatkan gelaran 'Top 5 Excellent Student'. Tahun lepas kawannya Haziq telah dianugerahi status demikian walaupun dia nampak biasa-biasa sahaja. Tidak seperti para pelajar lain bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Nalurinya merasakan Haziq adalah manusia genius mungkin dia tidak menyedari dari awal lagi.

"Ziq, aku mahu tanyalah kenapa kau boleh mendapatkan 'Top 5 Excellent Student'? " Amirul dengan penuh tanda tanya akhirnya meluahkan kepada kawannya. "Aku juga tidak tahu bagaimana aku boleh merangkul gelaran itu, mungkin nasib?" Haziq merasakan kawannya tertarik tentang hal berkenaan. "Tipu lah kau, aku rasa kau mungkin ada amalkan rahsia yang mampu mendapatkan anugerah itu." Amirul cuba menarik perhatian Haziq kerana dia hanya pandang acuh tak acuh.

"Kau tiru ke masa peperiksaan?" Amirul mereka persoalan yang membuatkan Haziq tertarik. "Aku tiru? heh bukan Haziq la kalau tidak tiru" Haziq memainkan sahaja permainan Amirul. "Jadi betullah kau tiru, memang dasar kau" Amirul tidak menyangka Haziq pandai membuat ayat.

"Tula kau masih 'beginner' lagi, nanti kau nak belajar cara ia boleh jumpa aku" Haziq menahan ketawa yang hampir membuatkan perutnya geli. "Boleh-boleh tiada masalah, kau beritahu je bila masa kau 'free' nanti aku datang" Amirul berasa ingin ketawa juga mendengar penjelasan Haziq.

Amirul merasakan Haziq masih tidak mahu beri tahu rahsia persiapannya terhadap peperiksaan akan datang. Dia tidak akan berputus asa untuk mencari 'tips' berguna dari kawannya. Fikirannya masih menerawang pelbagai persoalan yang masih belum terjawab.

Rahsianya adalah....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience