BAB 3: Cerita Zurin
SEJURUS kereta yang di pandu oleh Harun tiba di perkarangan tempat letak kenderaan Hospital Baiduri,kereta Yana pula menyusul. Pagi ini Harun dan Yana kemari untuk menziarahi Zurin,bekas wartawan sambilan tabloid BONGKAR.
Zurin berhenti kerja dari syarikat tabloid BONGKAR secara mendadak setelah wartawan sambilan itu di katakan mengalami gangguan misteri semenjak dia di tugaskan untuk membuat tinjauan ke tapak apartmen terbiar Haunted Hills beberapa minggu lalu.
Kedatangan Harun di sambut oleh ibu Zurin sendiri yang berkebetulan ada menjaga anaknya di wad. Harun dan Yana terkejut melihat kondisi Zurin yang terbaring di katil. Wanita muda bekas wartawan sambilan di syarikat tabloid BONGKAR itu kelihatan semakin kurus cengkung dan wajahnya pucat lesi.
"Macam itulah keadaan dia sejak lepas berhenti kerja wartawan tempoh hari..pucat lesi macam orang nampak hantu. Selera makan dia menurun. Dia tak mahu makan. Sampai akak dan suami terpaksa hantar Zurin ke hospital. Doktor sahkan anak kami menghidap hipertensi. Doktor terpaksa tahan Zurin kat wad"ujar Puan Asmah,ibu kepada Zurin.
Timbul rasa kasihan di hati Harun dan Yana melihatkan keadaan Zurin sampai sebegitu sekali.
Menurut Puan Asmah,Zurin mendakwa rumah mereka ada di datangi seseorang yang berpakaian sangat aneh berdiri di luar pagar pada waktu lewat malam sambil memerhatikan ke tingkap bilik tidur Zurin.
Walaubagaimanapun hal itu hanya di sedari dan lihat oleh Zurin sendiri. Ahli keluarganya yang lain tidak pernah menyaksikannya dengan mata kepala sendiri.
"Saya tak pastilah samada hal itu benar atau tid..
"Kan Zu dah cakap banyak kali kat mak..hal tu benar! Zu tengok sendiri dengan mata kepala Zu! mak kenalah percaya cakap Zu"Zurin memotong cakap ibunya.
Harun dan Yana saling berpandangan sesama sendiri.
"Zurin..kak Yana sama abang Harun sebagai wakil kepada syarikat penerbitan tabloid BONGKAR tumpang simpati dengan apa yang menimpa Zurin. Kami akui tugasan membuat tinjauan ke tapak apartmen terbiar Haunted Hills yang di berikan tempoh hari agak terlalu berat untuk di pikul oleh seorang wartawan sambilan dan baru bekerja dua minggu seperti awak"kata Yana.
Tiba-tiba Zurin menarik tangan Yana seolah-olah ada perkara yang hendak di sampaikan. Bibirnya terkumat-kamit.
Yana pun mendekatkan telinganya kepada Zurin untuk mendengarkan apakah butir-butir yang hendak di sampaikannya.
Harun berdiri tercegat dan kurang dapat mendengar sepatah pun bicara dari Zurin. Yana terangguk-angguk.
Harun berbual seketika bersama ibu Zurin.
"Kak Yana..abang Harun..Zurin terpaksa berhenti kerja sebab Zurin takut! Zurin takut kalau orang tu datang cari Zurin lagi"kata Zurin dengan suara seperti orang gementar dan ketakutan.
"Zurin dah buat repot polis?"tanya Harun pula.
"Tak..Zurin tak berani bang Harun. 'Dia' dah bagi amaran kalau rahsia tentang Haunted Hills terbongkar hingga ke pengetahuan pihak polis,dia akan datang cari Zurin lagi"
KETIKA sudah beredar keluar dari wad hospital Baiduri, Yana dan Harun singgah minum dan bersarapan di kantin hospital sambil berbincang tentang apa yang Zurin sampaikan kepada Yana tadi.
"Zurin kata orang yang dia lihat dekat luar pagar waktu lewat malam tu memakai jaket kulit hitam labuh sampai ke kaki. Wajahnya tak jelas. Hairannya Zurin boleh mendengar suara lelaki tu bagi dia amaran secara telepati agar tidak mendatangi tapak apartmen Haunted Hills dan menghentikan segala siasatan berkaitan tempat tu"ujar Yana.
Air muka Harun tampak serius. Dahinya berkerut.
"Amaran secara telepati?"soal Harun.
Yana mengangguk.
"Waktu hari terakhir dia meninjau ke Haunted Hills,Zurin cakap dia nampak cahaya dekat atas puncak apartmen blok F. Waktu dia nak meninjau ke sana,tiba-tiba cahaya tu meluncur laju sepantas kilat naik ke langit sebelum hilang. You tahu apa lagi yang orang tu warning kat Zurin Run?"
"Apa?!"
"Dia mahu Zurin mengaburkan rahsia sebenar tentang apartmen Haunted Hills dengan menuliskan artikel yang kononnya blok pangsapuri terbiar tu 'keras' dan berhantu"
Harun tersentak. Cermin mata nya di buka seketika. Wajahnya yang serius itu di raut.
"Orang misteri lewat malam,komunikasi secara telepati..cahaya meluncur ke langit tinggi..aku dah agak dah..misteri Haunted Hills memang lebih dari cerita hantu seram yang sengaja di reka-reka buat menutupi kebenaran sebenar. Aku harap kau boleh lebih berwaspada dan berhati-hati untuk amek alih tugasan ni Yana"
Yana mengangguk. Usai sarapan barulah mereka bertolak ke pejabat tabloid BONGKAR.
_________________
SEPERTI kebiasaannya,suasana di syarikat penerbitan akhbar tabloid BONGKAR sentiasa meriah dengan para wartawan dan staf. Mereka bekerja keras untuk memastikan reputasi tabloid misteri nombor satu itu terus utuh mengungguli carta sekaligus dapat mengesampingkan persaingan sengit dari syarikat-syarikat tabloid lain.
Dalam ramai-ramai wartawan dan staf itu,ada seorang wartawan lelaki muda. Orangnya gemuk dan pendek. Rambut panjangnya di ikat kemas seperti penggusti sumo Jepun. Kemeja yang di pakainya selalu kelihatan sendat dek perut yang boroi.
Seperti biasa pagi ni dia terlewat lagi. Muncul dekat pintu pejabat sambil termengah-mengah dan merungut-rungut.
"Uhuhu naya..naya..iya macam nak patah kaki pendek peha debab besor aku ni kena panjat tangga ya..uhuhu lif sesak dah macam ikan sardin..sekian"
Bahahahah ahahahaha
Ketawa para staf dan wartawan menyambut.
"Huu?! uhuhu iya siapa suruh ko semua nak ketawa kat aku haa? Uhuhu tak patut..tak patut..sekian"kata si pemuda gemuk sambil mengelap dahi yang di basahi peluh dengan sapu tangan.
Punch card di tonyoh macam apa entah. Itulah dia wartawan Yeob Maon bin Selamat,penulis berasal dari Parit Jawa,Muar Johor. Loghat bahasa Johornya agak ketara. Sudah menjadi tabiat baginya untuk mengakhiri setiap kata-kata atau perbualan dengan perkataan 'sekian'.
"Haa Yeob! hari ni kau lewat lagi. Mampoi le kena leter dengan Kak Yana ni"tegur seorang wartawan.
"Huu?uhuhu iye lebih baik ko siapkan artikel ko lah..uhuhu lewat-lewat aku pun kerja senantiasa siap..uhuhu bukan macam ko..hari-hari nak kena leter sama kak Yana..huhuhu sekian"kata wartawan gemuk dan pendek itu sambil berjalan ke meja nya.
Punggung debab di labuh ke kerusi. Beg sandang di letak atas meja. Lepas tu bukak laptop. Tersengih-sengih. Kemudian baru teringat yang dia ada tinggalkan sekotak air milo sejuk dalam peti ais opis semalam.
"Huu?milo sejuk?huhuhu..sekian"
Yeob Maon pun bangun dan pergi ke suatu sudut di mana letaknya peti sejuk.
"Huhuhu nasib baik tak ada orang minum air milo aku..sekian"
Baru je tangannya yang berlemak itu nak capai kotak air milo dalam peti ais,seorang wanita sudah muncul.
"Ehem..awak lewat lagi sampai hari ni ya Yeob?"Yana dah tercegat sambil tersengih.
Wartawan gemuk itu pun menoleh.
"Huu?uhuhu naya..naya..dah tak ada waktu lain ke kak Yana nak muncul haa?..sekian"
Terus pintu peti ais di tutup kembali sebelum di sambut ketawa oleh wartawan Yana Maya.
BERSAMBUNG...
Share this novel