Bab 57

Romance Series 39746

Tania melihat talhah, talhah pun melihat tania lalu mereka pun berkelip-kelip sesama sendiri. Mereka pun diam seketika sebelum talhah berdehem

"Ehem ehem"

"Ouhh, okayy. I cerita, sebenarnya i dengan sayf kitaorang pernah bercinta. Tak lama pun daripada hujung diploma sampai tamat degree. I putus dengan dia sebab dia curang belakang i. Pernah one day, i temankan aliya ke hotel untuk jumpa dengan tunang family dia nak berbincang pasal perkahwinan. Lepastu i lalu depan bilik ni, lepastu i nampak kasut lelaki yang paling i kenal. I pun ketuk la pintu dan pulas tombol pintu, i ternampak sayf dengan kawan baik i sedang bersama atas katil. Sumpah i kata i betul-betul terkejut, masa tu otak i jadi blank. I tak tahu nak kata apa. I betul-betul sayangkan dia, i betul-betul cintakan dia. Tapi dia curang belakang i. Dia boleh bersama dengan perempuan lain, sedangkan dia dah janji dengan i nak kahwin dengan i apa semua. Tapi last-last itu yang i dapat, jadi sejak daripada tu lah. I jadi benci dengan dia, i tak nak jumpa dengan dia lagi lah. Ambik masa bertahun-tahun untuk i move on dengan dia, bila i jumpa you. Barulah i boleh move on" terang tania sambil melihat talhah

"Ouhh, i faham"

=FLASBACK=

"Jomm wehh teman aku pergi hotel, aku nak jumpa dengan family tunang aku. Dorang nak bincang pasal majlis perkahwinan"

"Ouhh, boleh-boleh. Aku ikut je, tapi bukan kau berdua kann?"

"Eh kau ni, kan aku cakap. Aku dengan family tunang aku"

"Ouhh, okay. Aku gurau je lah" kata tania lalu ketawa

Mereka pun bergelak sakan di dalam kereta, setiba dihotel mereka pun berhenti. Dan terus masuk dan menuju ke bilik hotel

Tania mengikuti, aliya menuju ke bilik hotelnya

"Okay dah sampai, jomm la kau masuk sekali"

"Boleh ke?"

"Boleh je"

"Ouhh, okaylah jomm"

Mereka pun masuk ke dalam bersama, lalu berbincanglah tentang majlis pernikahan itu. Tania hanya diam sahaja

Setelah siap berbincang tentang majlis itu, tania dan aliyah keluar untuk mencari makanan ringan. Katanya bosan, tania pun keluar. Tania dan aliya lalu di depan bilik hotel yang terbuka sedikit tanpa dikunci. Hati tania rasa pelik apabila dilihat kasut sayf ada disitu sedangkan sayf memberitahunya yang dia berada di luar negara

"Wehh aliya ni bukan ke kasut sayf kan?"

"Haah la wehh, tapi yeke? dengan kasut tumit tinggi perempuan pulak tu"

"Itulah, tapi kann. Asal aku rasa macam tak sedap hati je dohh?"

"Kau rasa dia dengan sape? dia ada kakak ke?"

"Tak, dia anak tunggal"

"Habistu dia dengan sape wehh? kau nak tengok?"

"Ishh tak nak lah, maybe dengan kawan kott"

"Tapi aku rasa tak" kata aliya lalu mendekatkan telinganya ke arah pintu. Mereka terdengar suara yang manja-manja

"Wehhh aku dengarlah" kata aliya terkejut. Begitu juga dengan tania

"Kau rasa apa?"

"Aku syak dorang ada hubungan lah, entah-entah dorang couple?"

"Tapi wehh tak kan sampai bersama?"

"Tu aku tak pasti, aku nak call pejabat agama"

"Ehh, janganlah wehh"

"Ehh kau ni, nak mengjangan-jangankan aku pulak. Kalau dorang buat maksiat macam mana? berdosa tau"

Aliya terus menefon pejabat agama, manakala tania terus menekapkan telinganya di pintu

Hampir 15 minit kemudian, tania dan aliya menyorok supaya pejabat agama sampai terlebih dahulu

Knock knock knock

"Ishhh apa yang ganggu kita ni?" marah sayf lalu terus menuju ke pintu dan membukanya dan melihat ramai lelaki di depan pintunya

"Assalamualaikum, kami daripada pejabat agama. Kami mendapati ada kegiatan maksiat disini betul ke?" kata seorang lelaki itu

"Ermm waalaikumsalam" jawab sayf tergagap

Tiba-tiba Rita pun pergi ke sebelah sayf, dan memegang lengannya dengan membalutkan badannya dengan kain selimut

"Apasal ramai-ramai ni baby?" kata rita sambil mengosok matanya

"Maaf cik, kami dari jabatan agama islam. Kami mendapati ada kegiatan maksiat disini. Boleh kami tahu, apa hubungan encik dan cik?"

Terus kedua-dua terkedu. Tania melihat itu, terus menuju ke arah mereka. Sayf yang melihat tania ke situ, lagi dia terkejut

"Tania" panggil sayf

Salah satu lelaki disitu itu pun menegur, "cik ni siapa ya?"

"Ouhh, saya kawan dia je" kata tania tapi matanya sudah pun berlinangan dengan air mata

"Ouhh, saya minta maaf cik. Kalau cik takde kaitan, kalau boleh saya tak nak cik masuk campur"

"Boleh saya bercakap dengan dia sekejap?"

"Boleh" jawab salah seorang daripada mereka. Tania pun masuk ke dalam dan berdepan dengan sayf. Dilihat sayf selang-seli melihat rita

"Sayf kenapa awak buat saya macam ni? awak dah janji macam-macam dengan saya kann? awak suruh saya tunggu awak kalau awak dapat peluang sambung belajar. Dan awak pun berjanji dengan saya yang awak akan tunggu kalau saya sambung belajar kann? awak dah janji nak sama-sama jadi Dr. tapi awak buat apa sekarang ni? Saya tahu, saya tak secantik dia, saya mengaku saya tak sempurna. Tapi masa mula-mula kita kenal saya dah bagitahu dekat awak pasal kekurangan saya kann dan awak cakap awak tak kisah. Tapi sekarang apa? apa yang awak dah buat? awak boleh bersama dengan perempuan lain? mana pergi janji awak? mana pergi kata-kata manis awak tu?" kata-kata tania terhenti seketika dan mengelapkan air matanya tania menangis dengan teresak-esak sebelum menyambung lagi kata-katanya tadi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience