Bab 66

Romance Series 39793

"Assalamualaikum mummy daddy"

"Waalaikumsalam, duduklah" jawab daddynya dengan tegas

"Kamu dengan tania ke mana?"

"Jalan-jalan je daddy"

"Parents tania tahu tak?"

"Tahu"

"Okay"

"Jemput minum dulu semua"

Mereka minum dahulu, sebelum daddynya yang membuka bicara

"Apa yang dah jadi sebenarnya taufiq?"

Taufiq hanya diam membisu

"Taufiq dengarkan daddy tanya apa? kamu buat apa sebenarnya?"

"Taufiq mana ada buat apa-apa"

"Kamu yakin? kalau tak kenapa kamu kene tangkap khalwat sampai kahwin tadi?"

"Perempuan tu yang plan nak kene kan taufiq"

"Betul ariana?"

Ariana menganggukkan kepalanya

"Kenapa kamu plan macam tu?"

"Se....... sebab..... saya mengandung"

Terus semua terkejut, kecuali talhah sahaja yang tidak. Dia sudah menjangka perkara ini akan berlaku

"Kamu mengandung anak taufiq?"

"Betul, uncle"

"Dah berapa bulan?"

"Nak masuk 2 bulan"

"Jadi dah lama kamu jalinkan hubungan ni?"

"Hampir setahun"

"Dah lama rupanya"

"Ye ye la tu anak aku, entah-entah anak lelaki lain. Tapi jual nama aku sebab aku anak orang kaya"

Tan sri anaqi yang mendengarnya panas

"Ariana kamu pernah tidur dengan lelaki lain ke selain daripada taufiq? jawab jujur"

"Tak ada uncle, saya tak pernah. Kecuali taufiq je" lalu menunjukkan bukti beberapa gambar yang mereka bersama dan talhah pun menunjukkan gambar serta video yang dimilikinya

"Jadi kamu nak tuduh, yang ariana tipu lah taufiq? ke kamu yang nak menipu sebab nak tutup malu? apa niat kamu sebenarnya?"

"Niat?? hahahahaha serious nak tahu niat taufiq yang sebenarnya? tapi jangan terkejut eh? taufiq sebenarnya nak jatuhkan talhah daripada pegang jawatan CEO tu, dan rampas tania sekali selain daripada ariana. Taufiq tak suka tengok talhah bahagia, sedangkan taufiq? pernah ke bahagia? taufiq nak jadi CEO tapi daddy bagi dekat talhah, taufiq pernah tunjukkan buah hati talhah dan daddy dengan mummy tolak. Mummy kata apa? seksi lah, tak ada maruahlah, murahlah. Sedangkan talhah pilih, semuanya baiklah. Tapi mummy dengan daddy tak tahu apa yang taufiq nak. Taufiq cuma nak kebahagiaan je, kalau mummy dengan daddy izinkan taufiq dengan dia dulu. Benda ni tak kan jadilah, taufiq tak kan cemburu walaupun sikit" terang taufiq

"Macam mana daddy nak bagi company dekat kamu, kalau kamu tak habis belajar? kamu selalu keluar malam-malam ke kelab malam? kamu pernah ke nak sertai aktiviti yang company buat? kamu pernah campur tangan dalam meeting ke atau tengok saham naik turun company tu? kamu tak pernah buat semua tu. Macam mana daddy nak percayakan kamu?"

"Daddy cakap je la, yang daddy sebenarnya lebih sayangkan talhah kan daripada taufiq sejak kecil lagi kan? Apa yang taufiq buat semuanya salah, apa yang talhah buat semuanya betul kannn? Daripada dulu lagi daddy dengan mummy selalu lebihkan talhah kann?"

"Daddy tak pernah nak lebihkan sape-sape. Semua sama rata, sama adil"

"Hehh, daddy yakin? daddy adil?"

"Kami sayang kamu dengan talhah sama berat, tak ada yang berat sebelah. Daddy dengan mummy sayang sama je. Tak ada membeza-bezakan"

"Mummy cakapkan, confident. Mummy tak tahu apa yang taufiq rasa sepanjang taufiq hidup. Taufiq belajar, taufiq kerja, taufiq rasa hidup taufiq kosong tanpa kebahagiaan macam orang lain. Taufiq cuma inginkan kebahagiaan macam orang lain, macam apa yang talhah dapat. Boleh kahwin dengan pilihan hati, sedangkan taufiq? mummy reject dia mentah-mentah. Taufiq bukan tak belajar nak move on dan taufiq pun nasihatkan dia untuk berubah dan ambik hati mummy. Tapi dia cakap mummy tak kan terima dia sampai bila-bila. Sedangkan dia dah berubah jadi macam yang mummy mintak, dan sekarang dia dah kahwin dengan orang lain. Sekarang taufiq yang kesunyian" kata taufiq meluahkan perasaan apa yang dipendam selama ini sehingga mengeluarkan air matanya

"Talhah boleh pulak mummy terima dia dengan ariana, sampai mummy terima aje dorang untuk bertunang. Sedangkan ariana tu, seksi jugak tak cukup kain, rambut colour. Mummy boleh je terima dia"

"Mummy terima dia bersebab"

"Sebab apa? sebab mummy berkawan dengan datin rozita kann?"

"Bukan macam tu taufiq"

"Habistu macam mana kalau bukan macam tu?"

"Taufiq ingat lagi, masa kitaorang sekolah rendah. Masa tu talhah jatuh sebab terlanggar batu, tapi bila balik rumah. Taufiq yang kene marah sebab tak pandai nak jaga adik. Sedangkan taufiq dah pesan dekat dia banyak kali, tapi last-last kita yang kene balik" kata taufiq sambil mengelap air matanya

Semua terdengar luahan taufiq itu

"Taufiq terluka dengan semua orang, taufiq tahu taufiq abang. Tapi tak bermakna semua orang kene lebihkan dekat talhah. Taufiq pun ada perasaan, taufiq bukan batu nak diam je" ariana disebelahnya mengosok belakang taufiq supaya bertenang. Tiba-tiba taufiq memeluk ariana dan menangis dibahu ariana. Terkejut ariana dengan taufiq tiba-tiba begitu

Manakala talhah dan tania terpandang sama sendiri, tan sri anaqi dan datin maryam barulah menyedari perbuatannya itu berat sebelah daripada dahulu lagi

Tan sri anaqi dan datin maryam mendekati taufiq dan menarik anaknya kearah mereka

"Taufiq daddy dengan mummy nak mintak maaf dengan kamu, kami baru sedar kesalahan kami selama ni. Jujur kami cakap, kami nak minta maaf sangat-sangat dengan kamu. Mummy nak minta maaf sebab mummy banyak menolak permintaan kamu sebelum ni"

Taufiq yang mendengarnya diam

"Taufiq bukan nak jadi anak derhaka dengan mummy dan daddy. Tapi taufiq dah tak tahan, orang asyik tak nampak apa yang taufiq buat. Taufiq cuma nak kan perhatian je, daripada daddy dengan mummy" kata taufiq sambil memeluk kedua-dua ibu bapanya dan menangis bersama

"Taufiq pun nak minta maaf jugak dengan mummy dengan daddy sebab tak dengar kata mummy daddy. Taufiq tak dapat nak jaga talhah elok-elok" kata taufiq lalu memandang adiknya

Talhah menuju ke arahnya lalu memeluk abangnya

"Taufiq aku pun nak minta maaf dengan kau, aku pun nakal jugak masa kecil tak dengar cakap kau. Jujur aku cakap, kau abang yang baik. Kau selalu cuba lindungi aku"

"Aku tahulah" kata taufiq lalu menumbuk lembut kepala adiknya

"Mummy tengok along ni" rengek talhah manja

"Hahahahahahahahahahaha daripada kecik sampai nak jadi suami orang perangai kau sama je. Nanti kalau dapat anak, anak kau pun ikut perangai kau"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience