DING!
Lif terbuka. Sarah berjalan keluar dari situ sambil menekap telefon di telinga. Sambil itu juga dia berjalan menerusi koridor tingkat paling atas bangunan apartment mewah itu.
Dan apabila dia menghampiri sebuah pintu, kehadirannya di sambut dengan dua orang lelaki berpakaian sut. Dua orang yang dikenali sebagai pengawal keselamatan itu turut menoleh ke arah Sarah setelah menyedari kehadirannya di situ.
Dengan lagak riak dan berlagaknya, Sarah menanggalkan shade hitam dari wajahnya berdiri di hadapan dua orang pengawal tersebut.
"Dah apahal pulak ni? Sejak bila Zane ada pengawal berkawal depan pintu rumah dia?" bebel Sarah melirik kedua-dua orang pengawal itu dari atas ke bawah.
Easton dan Ryan melirik akan wanita yang berpakaian mewah lagikan kelihatan bratty itu dengan renungan tertanya-tanya. Pandang sahaja mereka boleh mengagak apa yang mereka bakal hadap sebentar lagi.
"Boleh beritahu siapa cik ni?"
Dengan riak terasanya, Sarah memegang dada ternganga kerana tergamam. "Hei, seriously you all tak kenal siapa I ni?" dramanya di situ.
Easton sedaya upaya untuk tidak membuat muka tatkala melihat Sarah ketika itu. Dia beranggapan mungkin wanita muda di hadapannya ini seorang daripada skandal tuannya.
"Tidak cik. Sebolehnya cik kenalkan diri supaya kami dapat pastikan identiti cik sebelum masuk ke kediaman ini."tegas Easton dengan profesional.
Sarah berdengus dengan dramatik, tangannya bersilang di dada sebelum menilik akan dua orang pengawal itu dengan sinis. "Aku adalah orang yang boleh buatkan kau orang berdua di pecat. Jadi sebelum aku susahkan hidup kau orang yang sedia susah ni, makin susah baik kau bagi aku jumpa Zane!"
Ryan yang sejak tadi mendiamkan diri melirik Sarah dari atas ke bawah dengan renungan judging. Sepertinya gadis ini bukan perempuan simpanan Zane melihatkan gaya berlagaknya. Biasanya kalau berkelakuan menjengkelkan seperti ini adalah perangai anak orang kaya terlebih perhatian. Itu yang terdetik dalam hati Ryan memerhatikan lagak Sarah.
"Ke tepi. Aku nak jumpa Zane!"Sarah bergerak maju ke pintu, tetapi Ryan bergerak ke tepi. Menghadang pintu itu dari didekati Sarah.
"Apa yang kau cuba buat ni hah? Berani betul halang aku? Selama ni tak ada pulak Zane suruh pengawal jaga pintu macam ni." bebelnya terasa dengan dengan layanan hostile mereka. Memangnya mereka jaga apa dekat dalam apartmen ni?
"Tuan Zane tidak berada di rumah sekarang."beritahu Ryan dengan nada mendatar dan renungan dingin pada Sarah di hadapannya ketika itu. Cantik tetapi perangai tak sepadan dengan rupa parasnya itu. "Sekiranya cik hendak berjumpa tuan dalam kadar segera, saya sarankan cik hubungi Tuan Zane secara langsung."
Hujung bibir Sarah terherot. Sekarang hatinya benar-benar yakin sememangnya ada yang disembunyikan di dalam kediaman abangnya ini. Sesuatu yang menjadi punca kenapa abangnya tidak lagi beri perhatian apa lagi menghiraukan permintaan dia.
"Kalau macam tu kenapa you guys ada dekat sini? Bukan ke sepatutnya you guys temankan abang I?"
Easton dan Ryan menjungkit kening tinggi. Terkejut.
Dapat mengagak akan reaksi itu, Sarah menyelak rambut ke belakang bahu dengan rasa bangga di dada. Terkejut la tu. Hmp! "Hello...saya tanya ni? Dah kenapa bingung macam tu?"
"Abang?" soal Easton.
"Hm, yalah abang. Saya adik Zane. Step sister actually. Same father different mother. But still the same. So... Kalau Zane tak ada dekat sini kenapa kau orang berdua ada dekat sini? Jangan cakap dekat aku yang Zane simpan something dekat rumah dia?" lirik Sarah dengan curiga pada dua lelaki itu.
Kalau bukan sesuatu berharga pasti ada rahsia yang Zane enggan sesiapa tahu. Sebab itu rumah ini dikawal ketat. Tapi apa pulak alasannya sampai buatkan Zane lakukan semua ni?
Pada masa itulah pintu itu terbuka keluar. Muncul seorang wanita bersanggul kemas yang comel mengenakan pijama satu set arnab pink menjegul muka di situ.
"Encik Easton, boleh tak tolong saya belikan pek susu full cream. Saya nak buat puding telur."
Ketiga-tiga mereka di situ tersentak memandang ke kuakan pintu dimana Dihya sedang berdiri dengan riak bingung setelah mendengar suara mesra itu menyapa.
Kedua-dua orang itu saling bertentang mata membalas renungan antara satu sama lain untuk seketika.
Dihya dengan renungan kosong.
Sementara Sarah dengan renungan sinisnya.
"Well... Well.. Looks what we have here?" sengih Sarah dengan renungan penuh maksud sewaktu memandang wanita asing itu. Ini lain tak bukan pasti Mistress Zane!
MATA BULAT Dihya pandang tidak berkedip pada gadis muda yang sedang berdiri di hadapan laluan masuk itu. Kebingungan sendiri kerana tidak menyangka dia akan didatangi tetamu.
"Boleh saya tahu siapa cik ni?" tanya Dihya.
"Dan siapa pulak kau ni? Sibuk nak tahu siapa aku?"balas Sarah dengan riak.
Mata Dihya berkedip. Tidak menyangka dia akan di sapa dengan sikap kurang ajar gadis itu.
"Saya Dihya."
"Aku Sarah. Adik perempuan Zane. So kau ni Mistress dia?"
Mahu tak mahu Dihya mengangguk. Matanya masih melirik akan Sarah yang tinggi seperti model itu. Memang tidak dinafikan aura dan gaya gadis itu begitu mewah. Cantik. Tidak sepertinya, tinggi pun tak seberapa, melawa lagikan tidak.
"Saya tak tahu pulak Tuan Zane ada adik perempuan."
"Kau ingat kau siapa? Ya tak mungkin la semua perkara pasal diri Zane nak dia beritahu kau. Just a mere mistress."cemik Sarah tidak suka.
Ikutkan hati memang Dihya enggan hiraukan Sarah. Mengenangkan gadis ini adik Zane, nak tak nak terpaksa la." Boleh saya tahu apa yang cik perlu kan?"
Dengan minat Sarah melihat sekitar ruangan itu. Sebenarnya dia tertanya-tanya, selama ini Zane tidak pernah mengizinkan sesiapa jejak kaki ke kediaman peribadi lelaki itu. Apatah lagi membiarkan mana-mana wanita menginap bersamanya. Sekalipun dia Adik Zane, lelaki itu tidak pernah benarkan dia masuk. Tapi kenapa lain pula ceritanya dengan perempuan bernama Dihya ni?
"Tak ada la. Aku cuma tertanya-tanya gak. Kenapa Zane dah kurang beri perhatian untuk semua permintaan aku lately. Aku call tak jawab. Aku chat sekalipun dia tak reply."Sarah menoleh ke arah Dihya. Melirik penampilan perempuan yang mungkin tua beza setahun dua dengannya itu." Jadi aku nak tahu la apa yang buatkan Zane 'sibuk' sangat kan tu." Sejak bila taste Zane downgrade kepada perempuan seperti Dihya ni? Sudah la tak bergaya, rupa pulak tak seberapa, cantik lagi kakak iparnya. Tengok aje pun dah tahu Dihya seorang loser. "Tak sangka pulak, alasan abang aku sibuk sebab dia ada 'pet' baru..." sindirnya.
Dihya langsung tidak terkutik dengan komen itu. Dia malah hanya membuat muka tidak kisah tanpa ekspresi sewaktu membalas tatapan judging Sarah.
"Kalau macam tu, cik sepatutnya faham sendiri apa alasannya Tuan Zane tidak hiraukan cik."
Kening Sarah mencerlung.
"Apa maksud kau hah?"
Masih dengan riak selambanya Dihya melentokkan sedikit kepala lantas berkata. "Perlu ke saya katakannya?"Rasanya Sarah cukup bijak untuk faham apa yang dia cuba sampaikan.
Kening Sarah mencerlung tajam. Dia mulai merasa jengkel kerana reaksi bersahaja Dihya. Sebab dia faham apa yang Dihya maksudkan ketika itu. Berani betul perempuan tu pandang rendah pada dia!
Tanpa amaran Sarah bergerak maju ke depan Dihya.
"Hei, be****, jangan kau fikir kau jadi perempuan simpanan Zane, kau boleh tunjuk berlagak dekat aku ya. Sedar sikit... Perempuan mu****** macam kau ni selayaknya ada dekat bawah tapak kaki aku." Sarah berdiri melangit di hadapan Dihya.
Dihya hanya memandang tatapan maut Sarah itu dengan sengih meleret nipis di bibir. "Saya tak katakan apa-apa pun lagi. Kenapa cik nak marah?"
"Kau ingat aku tak tahu ke apa kau nak cakap? Kau nak cakap yang aku ni tak penting pada Zane kan. Sebab tu Zane tak hiraukan aku!"
"Sedar pun. Ingatkan tak sedar tadi."bisik Dihya di dalam hati. "Dah tu, cik nak apa ke sini? Tuan Zane takkan balik sebelum jam 8 malam nanti. Kalau ada hal penting baik cik cari tuan di pejabatnya."beritahu Dihya mengerling ke jam di tangan kiri. Sudah masuk 2 petang. Dia belum siapkan dessert dia lagi. Dan cik muda bratty ini tidak habis-habis nak membuang waktu dia.
Dengan penuh amaran dan renungan tidak suka, Sarah mencekau kolar baju Dihya dengan kedua-dua belah tangan.
"Dengar sini elok-elok...Aku tak tahu apa yang kau dah hasut pada Zane sampai buat dia berpaling tadah dari aku. Apa aku nak kau tahu, kau ada peluang untuk pergi dari sini sebelum kakak ipar aku yang masuk campur. Kalau dia dah masuk campur aku tak rasa kau boleh tunjuk berlagak macam ni lagi next time.."
Dihya merenung kedua bola mata Sarah tanpa berkedip. Kakak ipar? Maksudnya isteri Zane?
"Sebab semua perempuan simpanan Zane sebelum ni terima nasib yang sama. Sama ada mereka dibebaskan hidup dalam keadaan cacat atau hilang jejak sepenuhnya. Ianya kerja kakak ipar aku jugak."
Jadi selama ini semua perempuan simpanan Zane dihalau dengan isteri lelaki tu, bukan sebab mereka pergi dengan rela? Dihya semakin tertarik ingin tahu. Kenapa isteri Zane masih mahu bersama dengan Zane mengenangkan sikap kaki perempuan Zane ni? Sampai sanggup lakukan semua tu semata hendak halau mana-mana perempuan yang hadir dalam hidup suami wanita tu.
"Kalau kau sayang diri kau yang tak seberapa sangat nilainya ni, berhambus dari hidup Zane secepat mungkin. Jangan terhegeh-hegeh pada abang aku tu lagi! "ucap Sarah.
"Macam mana kalau saya beritahu cik yang saya tak boleh keluar dari sini?"Dihya memandang cabar akan Sarah. Kalau la Sarah tahu keadaan apa yang sedang dia hadapkan gadis ini mungkin takkan berani bercakap begini pada dia.
"Hei, kau tak faham ba-"
"Sebelum kakak ipar cik datang cari saya, tuan dulu yang akan bunuh saya kalau saya keluar dari sini." Dihya pantas memotong kata Sarah. Nada suaranya juga mendatar. Seakan dia langsung tidak terkesan dengan tindakan Sarah ketika itu.
"Apa kau cakap?"
"Cik rasa kenapa tuan bawa saya ke sini? Kenapa dia kurung saya dekat sini?" Dihya menarik sengih meleret. Kalau dia boleh keluar, memang dia dah boleh keluar. Masalahnya dia tak boleh.
"Alasan! Aku tahu tujuan kau dekati Zane. Kau nak gunakan dia. Kau nak kawal dia. Sebab tu kau taknak tinggalkan dia!"
Dihya tidak membalas kali ni.
"Kau patut berdoa banyak-banyak. Astrid bukan seorang wanita yang mudah untuk dihadap. Mungkin cukup masa habis cacat muka kau dia kerjakan."getus Sarah dengan bengis sebelum mencampak tubuh Dihya ke kanan hingga berlang dengan kabinet kasut di situ.
Oleh kerana tidak sempat hendak imbangkan diri, rusuk kanan Dihya berlanggar kuat pada kabinet itu sebelum jatuh terduduk atas lantai sejurus itu.
Setelah itu Sarah berpaling dari situ sambil mengenakan shade hitamnya semula ke wajah dengan lagat berlagaknya.
Dihya yang ditinggalkan sendirian atas lantai itu hanya berkerut kening memegang tukang rusuknya yang kesakitan. Tak memasal betul. Harap-harap tak tinggal bekas. Kalau Zane nampak dia yang susah nak menjawab nanti.
"Kalau dah nama adik beradik, perangai pun kena sama ke?" sungut Dihya teringatkan Zane yang suka berkasar. Sarah pun sama. Muka dah lawa dah, tapi bila datang perangai tu....menggeleng kepala dibuatnya.
Share this novel
xsbr nk tunggu next