Operasi K bermula pada hari pertama bulan yang baru. Divisyen pertama yang mendarat adalah 2nd IZMC Division, badan sama ketika melakukan pendaratan di Melati Atoll (24km) barat Pulau Kesuma pada lima hari yang lepas.
Kereta kebal seperti Type-24 memasuki kawasan bandar terlebih dahulu sebelum infantri. Banyak struktur musnah dijilat api besar dan menyukar pergerakkan di jalan yang sempit.
Akibat serangan yang terlalu teruk, tiada satu askar musuh ada di depan mata askar Zehir. Mejar yang memimpin division itu terus menghantar berita baik kepada Major General di IZN Industrious.
Dipenghujung hari, seramai 60,000 askar terdiri daripada IZA dan IZMC mendarat dengan selamat tanpa sebarang tentangan.
Secara tidak langsung, Pulau Kesuma telah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu utara dan selatan.
Mejar Adzwan menyusun atur pergerakkan Imperial Army naik ke utara dan Imperial Marines turun ke selatan. Diberi nama Operation Steel Typhoon.
1st IZMC Division ditugaskan untuk bergerak terlebih dahulu ke bahagian selatan sebelum 2nd dan 3rd IZMC Division menyusul.
10,000 askar [1st Div] masih berjalan membawa senjata walaupun awan perlahan-lahan bertukar jadi gelap.
"Berhenti!
Teriak Kolonel Alan;
"Ada arahan baru dari mejar, berhenti bergerak dan tunggu ada arahan seterusnya!"
Pvt_Iszran,
Devil's_Tongue_Road,
1st_IZMC_Divisyen,
South_of_Kesuma.
36th Squad diberikan kerja memasang kawat duri dan membina benteng beg pasir di tepi jalan menuju ke bandar.
Tatkala skuad lain, sibuk membina pos kawalan di belakang mereka.
Hasril datang dengan dulang berisi mangkuk makanan;
"Ranger scout dah bergerak awal ke depan... Sementara kita bina pos ni."
"Sarjan. Saya dah sediakan khemah untuk semua orang, dalam parit ni."
Azizul memegang skop bersama anggota lain.
Sarjan turun ke bawah dan melihat khemah dalam parit yang sudah dibina mereka.
"Ok?"
Izuwan meletakkan beg pasir yang terakhir.
Iszran membandingkan lakaran posisi benteng dengan apa dibina oleh ahli skuadnya;
"Ok."
Malam menjelang. Iszran dan Izuwan ditugaskan berjaga di pos, merenung jalan raya yang ditelan oleh kegelapan.
Iszran duduk diam tatkala Izuwan menguyah biskut kering dan meminum air teh.
"Aku tertanya-tanya, kenapa Puteri Kesuma dan Kejora mulakan perang saudara dua tahun lepas Raja Jasmin I mangkat?"
Izuwan berhenti makan.
"Ketidaksamaan pendapat. Isu kesamarataan dalam masyarakat dan macamana kewujudan kelas atas dan bawah menghalang kemajuan bangsa.
"Kesuma mahu golongan bawah juga mendapat hak belajar, bebas bersuara dan mengubah taraf hidup mereka.
"Isu perhambaan hutang, beli dan serah juga satu kecacatan di matanya. Bangsa Zehir sudah jauh dari akarnya.
"Dengan masalah di sempadan utara dan barat, Kesuma berhasrat untuk akhiri semua ni.
"Supaya Kesuma boleh membina semula kualiti bangsa kita macam zaman zehiria purba."
Iszran minum dari bekas air yang tergantung di pinggangnya.
"Jadi Kejora? Bertentangan dengan apa yang Kesuma mahukan?"
Izuwan terus bertanya sambil menguyah biskut.
"Senang cakap, ya.
"Kejora mahu kekalkan sistem perhambaan sebab percayakan zehir adalah bangsa yang dipilih oleh tuhan untuk takluki bangsa-bangsa lain. Kerana sudah berpaling muka kepada perintah-perintah tuhan.
"Kalau ikutkan rekod, Kejora ada lagi ramai pengikut setia dan mampu kuasai Pakma dalam masa dua hari saja.
"Sedangkan kubu-kubu kuat di selatan dan timur jatuh ke tangan Kejora tanpa masalah."
Iszran berhenti sekejap dan suasana menjadi sunyi sepi.
"Ada apa-apa bunyi yang mencurigakan?"
Izuwan memegang rifle, lalu merenung ke tempat semak samun.
"Tiada.
"Mari sambung. Aku dah nak habis cerita dah ni."
Iszran meletakkan rifle atas peha. Izuwan memasang telinganya.
"Kesuma menang dalam perang saudara ni sebab semangat tinggi pengikutnya dari barat dan utara.
"Keluarga kaya macam Hetzer dan Kuzotov berjaya bawa pulang sokongan pemerintah dari kerajaan lain macam Rajamanis, Yan dan Sri Berajaraya."
"Dengan Pakma dibawah jagaan Keluarga Hetzer yang pimpin askar dari Rajamanis.
"Keluarga Kuzotov bergerak ke selatan dengan askar dari Yan dan Sri Berajaraya.
"Maka Kesuma pun berlayar ke timur, bertemu Kejora untuk kali terakhir.
"Kejora pula kehilangan 184 kapal ketika usaha menenggelamkan armada dari Pakma.
"Kejora kehilangan 10 ribu askar bila Kesuma tiba di pulau pada waktu tengah malam.
"Pertarungan terakhir antara adik dan kakak berlaku di Istana Kejora.
"Kesuma menamatkan riwayat kakaknya dengan tetakan di leher dan memenangi seluruh perang."
Iszran angkat kedua-dua bahu sebagai tanda ceritanya habis dan Izuwan kembali menyandar pada beg pasir.
"Tapi waktu tu Zehir masih kerajaan kecil kan?"
Izuwan menggaru kepala.
"Ya. Dua tahun lepas tu baru Kesuma mulakan kempen penyatuan seluruh benua zehiria. Mewujudkan Pax Zehiria. 300 tahun kita bebas dari konflik bersenjata."
Iszran mengambil biskut di tangan kawannya.
"Walaupun Kesuma berkuasa penuh terhadap seluruh empayar, baginda tetap pakai gelaran komander atau imperator.
Raja, ilmuan dan rakyat dari luar benua kita saja yang menggelarnya sebagai kaesar, sinonim maharaja.
Dan semua buku mesti tulis nama penuhnya, Bimasakthius Septavis Kesuma atau Kesuma Kaesar."
Keesokkan paginya, Ranger Scout balik dari menjalankan misi dan melaporkan segala-galanya kepada Mejar Adzwan.
"Isz. Wan. Pergi rehat. Saya dah suruh Azizul dengan Azik ke sini ganti kamu.
"Jam 1700, jumpa saya di luar khemah kolonel."
Hasril datang dengan berita menyenangkan.
Tidak lama kemudian, mereka berdua meninggalkan pos dan pergi bersihkan diri sebelum berehat di khemah.
Suasana di kawasan itu jadi sedikit sepi selepas 2nd Division dan 3rd Division bergerak keluar dari kawasan bandar.
1700. Iszran dan Izuwan tiba di luar khemah kolonel.
Hasril keluar membawa fail dan melihat budaknya sudah berada di depan matanya;
"Sini. Ikut saya."
"Kolonel tetapkan saya untuk ketuai 6th Company. Jadi saya nak awak berdua tolong saya dalam hal pengurusan anggota.
"Keperluan dan Disiplin yang penting sekali. Pastikan company kita sentiasa bersedia, bila-bila masa arahan akan dikeluarkan dari pihak mejar atau kolonel.
"Faham?"
"Faham, tuan."
Iszran dan Izuwan mengangkat tabik.
2 hari kemudian...
"2nd division dah bertembung dengan tentera musuh di flourhill yang diperkukuh dengan parit dan bunker.
"3rd division dihalang oleh elimina 32nd infantry brigade dan pertempuran sengit berlaku dekat devil's ridge."
Askar-askar bercerita semasa makan tengahari di kantin.
Hasril, Izuwan dan Iszran duduk semeja berbincang pasal isu semasa berkaitan bekalan dan cara kekalkan moral anggota bila musim hujan tiba nanti.
"Perut dulu, lepas tu kepala barulah tangan dan kaki yang buat kerja."
Hasril menerangkan.
"Semua jalan di luar bandar akan menyusahkan kerja-kerja kita nak bawak askar cedera keluar dan mesti kereta kebal dengan kereta perisai tak dapat nak pergi jauh ke selatan untuk tolong mereka di sana."
Izuwan menyatakan kerisauan yang terlintas di fikirannya.
Iszran hanya menjadi seorang pendengar dalam perbincangan itu, sebelum bersuara di hujung;
"Pasal lumpur tu saya akan cuba cari penyelesaiannya dengan merujuk kepada chief engineering corps di bandar."
"Ok. Saya akan letak dalam laporan harian sebelum serahkan kepada kolonel."
Hasril bersetuju.
Kereta kebal bergerak pantas di jalan raya. Semua askar hanya melihat sambil makan.
Guruh berbunyi. Awan menjadi gelap. Angin sejuk sempoi meniup daun-daun kering gugur ke tanah.
"A leaf float downstreams,
Carrying with it meanings,
Monsoon has come at last.
A generous rain,
It lands hard on eyes that,
Neither flinch nor blink.
Fish break the surface,
And a reflection shatters,
Momentarily.
Crossing the river,
Takes me from the familiar,
To new adventure."
Iszran bersajak dengan suara sedikit sayu, menceritakan segala realiti kehidupan sebagai seorang askar. Yang lain hanya mendengar.
"Flourhill" Sebenarnya nama tu setakat lucu, jadi aku pilih. Kalau nak gambarkan bentuk bukit tu, bayangkan saja bentuk tepung berbukit... So... 1 company merangkumi 200 orang. Bab ni pendek pula sebab banyak cakap, mengantuk nak tulis panjang-panjang. Tapi takpe, bab lepas ni lagi panjang. 6th Company akan mula beraksi.
Share this novel