Bab 4 - Rogol dalam perkahwinan

Mature Content Series 2587

PINTU lif terbuka dan Aamal keluar dari pintu lif dan masuk ke pejabatnya dengan senyuman yang dia selalu ukirkan. Tempat kerjanya selalu menjadi tempat dia paling suka kerana dia akan tenggelam dengan kerjanya.

“Dapat email tak tadi?” sapa Linda sebaik saja Aamal meletakkan barangnya di atas meja kerjanya.

Aamal mengangguk. “Aku dah pilih artikel untuk diletakkan kat bahagian rahsia isteri. Cuma kali ni aku pilih subjek yang agak taboo untuk orang kita.”

“Apa tu?” tanya Linda. Dia selalu suka dengan pemilihan artikel Aamal untuk diletakkan di ruangan majalah mereka.

“Intimasi seorang isteri dalam mencapai kepuasan.”

Bulat mata Linda. “Weh… topik ni hot ya. Memang kebetulan ada yang bincang kat X. Aku macam weh… tapi tulah bila hubungan badan ini dia bukan melibatkan sebelah pihak saja tetapi dua orang.”

Aamal hanya mengangguk. Dia mahu mendengar penjelasan Linda.

“Ya, perkahwinan bukan semata seks tetapi seks sangat penting dalam perkahwinan. Senang cerita kalau dari awal kau tak nak buat kau bagitahu jelah kat pasangan kau. Supaya dia boleh fikir sama ada nak hidup dengan kau ke tak,” jelas Linda dengan selamba.

Linda pula sudah mempunyai dua kali perkahwinan dalam usianya 30 tahun. Ya, muda. Tapi, Aamal suka dengan pemikiran Linda. Linda kata dia suka jatuh cinta dan memberi peluang pada perasaan cinta.

“Awalnya dah meeting,” sapa Nora dengan secawan air kopi di tangan.

“Biasalah topik hangat dibincangkan sebelum meeting kejap lagi,” jawab Linda.

Nora adalah ketua editor mereka di majalah Hawa. Majalah ini adalah majalah digital di bawah satu penerbit terbesar di Malaysia. Majalah Hawa hanyalah salah satu daripada senarai keluaran majalah yang ada di syarikat Media Kreatif Bhd.

“Jom meeting sebab kita dapat revenue tinggi minggu lepas. Social media kita jugak dapat perhatian baru-baru ni. Sebab tu nak meeting untuk tengok apa yang kita boleh buat,” ulas Nora sambil menuju ke meja mesyuarat.

SELEPAS kepulangan keluarga Wafi, tinggal Wafi dan Aamal di rumah itu. Rumah yang sememangnya sunyi, hanya bingit dengan kesunyian.

“Sorry, kalau saya ada buat awak terasa hati sepanjang beberapa hari ni.” Suara Wafi memecahkan sunyi dan membuatkan Aamal memandang Wafi yang datang dari belakang ketika dia sedang mengemas barang dia memasak tadi.

Aamal menggeleng. “Tak apa. Faham je awak sedih sebab pasal Kak Na. Siapa je yang tak sedih, lebih lagi awak kawan baik Kak Na.”

Kawan baik.

Terdiam Wafi mendengar perkataan itu. Ya, semua orang dikaburi dengan perkataan kawan baik padahal yang sebenarnya antara dia dan Aamna adalah lebih daripada itu. Aamna menolak untuk bersamanya kerana penyakitnya.

“Mungkin saya akan nampak macam ni lebih lama. Saya ambil masa sikit,” kata Wafi sambil memandang redup isterinya itu.

“Dan, kalau kita pisah tempat tidur boleh ke?” tanya Wafi lagi dengan perlahan.

Aamal sudah pun menjangka perkara ini. Tapi entah kenapa, bila mendengar sendiri dari mulut suaminya, hatinya terasa begitu pedih. Tidak, dia tidak boleh marah. Dia sudah berjanji pada dirinya sendiri untuk bersabar.

“Okey. Saya faham. Jadi, saya akan tidur kat mana?”

“Awak nak tidur bilik mana?”

“Kalau boleh saya nak tidur bilik sebelah awak sebab saya tetap nak dekat dengan awak. Bukan apa supaya saya dapat tunaikan tanggungjawab saya,” balas Aamal dengan menahan rasanya.

Wafi senyum kecil, tapi sangat menyakitkan Aamal. “Awak tak perlu buat apa-apa sebagai isteri. Tak payah masakkan untuk saya, tak payah sediakan baju saya, tak payah buat apa-apa. Awak pun buatlah apa yang awak nak buat, saya takkan kacau.”

“Saya isteri awak, Wafi Zahin.” Tegang suara Aamal.

Hatinya tertusuk sembilu. Pedih.

“Awak tolonglah. Saya kahwin dengan awak bukan sebab perasaan. Tapi, atas permintaan Aamna. Kalau bukan sebab dia… saya takkan kahwin dengan awak,” luah Wafi dan matanya bergenang bila teringatkan Aamna.

Sakitnya.

Wafi Zahin menatap tajam ke arah Aamal. Renungan lelaki itu sememangnya kosong. Entah kenapa Aamal boleh mencintai lelaki ini dari dulu lagi. Nafasnya sesak, dia hanya mengangguk lemah.

“Ya, saya tahu semua tu. Saya minta maaf dengan apa yang jadi sekarang ni. Saya terima awak pun sebab saya percaya dengan Kak Na yang mahukan lelaki terbaik untuk saya. Tapi terpulang pada awak, Wafi.”

Diam.

“Saya masuk bilik dulu,” sambung Aamal dan terus masuk ke dalam biliknya dan terus menutup pintu dengan perlahan.

HATI Wafi jadi serba salah dengan Aamal, dia tidak mahu menyakitkan hati wanita itu kerana wanita itu tidak pernah berbuat salah. Langkahnya dituju ke dalam bilik tidurnya. Dia merenung dinding yang memisahkan biliknya dan bilik Aamal duduki.

“Kenapa Aamna? Kenapa semua ni perlu terjadi?”

Matanya dipejamkan.

Bayangan dia bersama dengan Aamal terlayar di kepalanya. Nafasnya terus sesak. Dia marah dengan dirinya kerana kenapa dia perlu memikirkan tentang hal Aamal sedangkan dia sedang menhadapi perpisahan selamanya dengan Aamna.

Bauan Aamal, suara lembut Aamal, sentuhan Aamal dan patuhnya Aamal membuatkan Aamal seorang yang sangat sempurna sebagai seorang isteri.

“Saya nak malam ni…”

Itu adalah ayat Aamal yang membuatkannya tersentak dan berlakukah persetubuhan antara dia dan Aamal. Entah kenapa dia merasa sedang curang bersama Aamna ketika itu.

“Aamal…”

TANGGA diturun satu per satu untuk ditujukan ke dapur. Terus saja dia mencari ubat demam di tempat yang disediakan. Sebaik saja makan ubat dia duduk di ruang tamu. Bibik Sue menegur Aamal.

“Aamal?”

Aamal memandang dengan senyuman tawar. Namun, kepalanya sangat berat ketika ini. Dia yang mahu saja menjawab terus saja rebah.

“Aamal!”

Bibik Sue terus mencapai Aamal yang sudah terbaring di atas lantai. Tanpa berfikir panjang, terus dia berlari memanggil Wafi di bilik atas.

Sebaik saja memanggil Wafi, terus saja Wafi berlari ke bawah dan terus mengangkat tubuh Aamal dan meletakkan di atas sofa. “Awak?”

Aamal masih begitu dengan nafas beratnya.

Bibik Sue menghulurkan air kepada Wafi dan Wafi meraup wajah isterinya dengan air yang diberikan bersulamkan bismillah.

Aamal mula membuka mata dengan payah. Keluhan lega keluar dari bibir Bibik Sue dan Wafi Zahin.

“Sue masuklah tidur dulu. Saya bawak Aamal naik atas,” beritahu Wafi sambil mengendong Aamal dan melangkah dengan cermat membawa Aamal menaiki tangga. Kasihan dia melihat wanita ini.

Sedihnya tidak siapa yang peduli. Pintu biliknya dibuka dan dia merebahkan Aamal di atas katil. Entah kenapa rengekkan Aamal seperti tidak mahu melepaskannya membuatkan hati Wafi bergetar.

“Jangan… tinggalkan saya,” ucap Aamal dengan mata terpejam.

Terus saja Wafi teringat akan Aamal yang sudah tiada siapa di dunia ini melainkan emak Aamna iaitu emak saudara Aamal.

“Aamal…” bisik Wafi. Tanpa sedar dia menyelit rambut Aamal dan mengusap perlahan kepala Aamal. Dia terus berbaring dan mengiring menghadap Aamal. Tangannya masih membelai wajah Aamal.

Perlahan dia mengucup pipi Aamal. Terus saja Wafi menggeleng selepas menyedari apa yang sedang dia lakukan. Baru saja dia mahu menjauh, Aamal memeluk lengannya.

Nafas Aamal kedengaran sungguh mengasyikkan. Hati Wafi terasa kosong, dia mahu sesuatu mengisinya. Entah kenapa dia seperti dirasuk dan dia mengucup bibir Aamal. Pada awalnya tiada balasan.

Kemudian, Aamal membalasnya dengan bunyi desahan. Suasana yang sunyi dan cuaca hujan di luar membakar lagi emosinya yang sudah berkecamuk.

“Awak nak tunaikan tanggungjawab sebagai isteri ya?”

Aamal yang masih mamai hanya mengangguk.

Seperti mendapat keizinan, Wafi menyentuh Aamal untuk kali kedua. Persetubuhan yang pertama membuatkan dia merasakan hubungan seks ini sangat mendamaikan perasaannya. Mungkin dia boleh cuba dan mungkin segala keresahan malam ini akan hilang.

Butang baju tidur Aamal dibuka satu per satu, Aamal langsung tidak melawan. Wafi mengucup dari leher sehingga ke dada putih Aamal. Aamal meringis kerana kegelian, namun itu lagi membuat Wafi dipandu nafsu.

Rengekkan dan suara Aamal membuatkan Wafi semakin menggila. Benar orang kata sekali merasa tentang hubungan badan ini, memang bahaya kerana dia akan membuatkan kita mahu dan mahu lagi.

Kini hanya nafsu yang dipandu oleh Wafi dia kini sudah berada di atas Aamal. Dia mengangkat sedikit kaki Aamal untuk memberi ruang kepadanya. Dengan bacaan doa dia memulakan perjalanan hubungan itu.

Pada mulanya Aamal seperti tersentak dan tidak mahu namun selepas hormonnya berfungsi terus saja Aamal merelakan. Ketika ini hormon oksitosin dan dofamin sudah memberi tandak balas pada tubuh Aamal.

Hanya Wafi yang merasa kepuasan dengan setiap gerakan yang dia lakukan. Sesungguhnya benar, aktiviti ini benar-benar membebaskan fikirannya daripada serabut. Wafi mengerang hebat dan akhirnya melepaskan kepuasannya.

Dia mengucup Aamal yang lemah di bawahnya. Dia mengucup pipi Aamal. “Terima kasih. Mungkin ni saja tanggungjawab seorang isteri yang saya perlukan.”

KEESOKAN paginya, Aamal membuka matanya dengan perlahan dia merasakan sangat sakit di bahagian bawahnya. Dia memandang keliling, ini bukan biliknya tetapi bilik Wafi. Dia memandang ke sebelah dan melihat Wafi sedang lena tidur sambil tidak berbaju.

Jarang sekali Wafi sebegini. Dia merasakan nyilu pada bahagian dadanya dan dia menyelak selimut dan alangkah terkejutnya dia bahawa badannya sudah terdedah dan seluarnya sudah tiada.

Air matanya laju mengalir. Dia memandang Wafi dengan perasaan kecewa. Kenapa tidak mengejutkannya dan memuaskan nafsu sendiri saja?

Perlahan dia bangun dan menahan sakitnya, semalam dia merasakan sangat penat dan dia tahu dia hanya jatuh ketika di bawah. Aamal masuk ke dalam biliknya dan melihat setiap tanda yang dibuat oleh Wafi di dada dan lehernya.

“Apa perasaan ni? Kenapa aku tak suka yang dia buat kat aku ni?” bisik Aamal kepada dirinya.

Pagi itu, laju saja dia bersiap dan meninggalkan rumah setelah menyiapkan baju dan sarapan untuk Wafi. Entah kenapa dia tidak mahu bertembung dengan Wafi.

Masuk saja ke pejabat terus saja moodnya ditukarkan kepada mood ceria. Dia menyapa sahabat baiknya di pejabat. Linda.

“Baca kes apa hari ni?” tanya Aamal sambil menghidupkan komputernya.

“Kes rogol dalam perkahwinan,” balas Linda dengan wajah yang berkerut.

“Rogol dalam perkahwinan? Ada ke?” tanya Aamal. Dia cuma tahu istilah itu pernah wujud tapi adakah istilah itu serius atau hanya dibuat-buat.

Linda mengangguk. “Ada, babe.”

“Macam mana tu?” tanya Aamal ingin tahu.

“Okey dia macam ni. Istilah tu adalah merujuk kepada hubungan intim di antara seorang suami tanpa kerelaan isterinya. Rogol ditakrifkan sebagai persetubuhan tanpa kemahuan atau kerelaan seseorang wanita. Tapi, ada satu perbincangan mengatakan tiada kesalahan bagi rogol dalam perkahwinan sebab susah untuk dibuktikan kat mahkamah,” jelas Linda dengan penuh semangat.

Aamal terus teringat akan kejadian yang menimpanya pagi tadi. Dia cuma mengangguk. Adakah hubungan seks yang berlaku malam tadi adalah sebahagian daripada rogol dalam perkahwinan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience