BAB AKHIR

Drama Completed 19693

"Hubby!!!!" jeritan Naurah bergema satu bilik bersalin.Althaf memegang tangan isterinya.Dia melihat Naurah yang sudah berkeringat menahan sakit.

"Bukaan baru 7cm..."kata jururawat yang memeriksa.Althaf memegang kemas tangan isterinya.

"Sabar...Ayang....tahan...okay..."ucap Althaf cuba memberi semangat pada Naurah.Naurah menjelingkan matanya.

"Tahan?..Awak tahu tak sakit...itulah lelaki...ini kalau awak curang dengan saya... memang saya bawa lari anak saya...tau...!"ucap Naurah memberi amaran.

Althaf terkejut.Jururawat yang dengar hanya mampu tersenyum sahaja.

"Ayang...sudah-sudah... Ayang tengah sakit ni...selawat dengan hubby..."ucap Althaf sambil mengusap ubun isterinya.

"Sakit...."ucap Naurah menarik nafas berkali-kali.Doktor Ananda masuk ke dalam ruangan.Dia memeriksa bukaan.

"Okay... Puan Naurah..bukaan sudah 10 cm.Boleh cuba untuk push secara perlahan-perlahan.Saya dah kepala baby.."ucap Doktor Ananda.

Naurah meneran buat pertama kali tapi tak boleh.

"Good Puan Naurah....sekali lagi..push dan tahan okay..."ucap Doktor Ananda memberi arahan pada Naurah.

Althaf memegang tangan isterinya yang kuat mengenggam.

"Ayang .. sekali lagi...okay..kita nak jumpa baby..."ucap Althaf.

Naurah menarik nafas sedalam-dalamnya dan menolak.

"Argghhhh!!!!!!!"jerit Naurah diselang dengan tangisan kuat seorang malaikat kecil.

"Tahniah Puan Naurah you got a little hero...here..."ucap Doktor Ananda pada Naurah.Althaf tersenyum dan rasa bersyukur.

Althaf mencium pipi dan ubun isterinya.Naurah mengalirkan airmatanya.

"You did Ayang...you mother now..."ucap Althaf mencium tangan isterinya.

Tangannya mengesat airmata Naurah yang mengalir.Jururawat memanggil Althaf untuk memotong tali pusat.

Selesai bersalin Naurah dipindahkan ke wad dan anak mereka juga dibawa ke wad.

Jururawat menolak katil baby disebelah katil Naurah.

"Masyallah..Cantiknya...dia... Ayang..."ucap Althaf melihat puteri sulungnya.

"Tengoklah Ibu dia siapa..."ucap Naurah yang tersenyum.Althaf mengangguk perlahan.

"Hubby pergi ambil wuduk kejap..solat...lepas tu hubby iqamat..kan..."ucap Althaf pada Naurah.

"Okay...pergilah..."ucap Naurah.Althaf menuju ke bilik air.

Selesai solat Althaf terus mengiqamatkan puterinya.Naurah mengalirkan airmatanya mendengar.

Althaf meletakkan si kecil itu disebelah Naurah.Althaf duduk dikerusi melihat momen yang sangat istimewa ini.

"Macam mimpi... tiba-tiba dia ada depan kita.."ucap Althaf mencium pipi sikecil.

"Saya dah ada nama untuk dia..lama saya simpan nama ni..tau..sejak zaman sekolah lagi..."ucap Naurah.

"Amboi awal betul perancangan Ayang...sejak zaman sekolah...apa nama nak Ayang nak bagi..?"soal Althaf.

"Saya nak bagi dia nama Ammara Nisrina macamana?"soal Naurah pada Althaf.

"Ammara Nisrina....jadi kita panggil dia Ammara...."ucap Althaf.

"Panggil Ammara...tapi kalau saya tengah marah saya panggil Mara...je..."ucap Naurah.Althaf memicit hidung Naurah.

Naurah tersenyum.

"Okay Hubby setuju dengan nama tu..nanti Hubby daftar...kan Ammara Nisrina..."ucap Althaf yang mengusap ubun anaknya itu.

***********

Setelah beberapa hari akhirnya Naurah dibenarkan pulang ke rumah dan menjalani rutin berpantang.Puan Tihani dan Encik Bakar datang ke rumah bagi membantu Althaf dan Naurah.

Pagi-pagi lagi Puan Tihani mengajar Althaf untuk memandikan Ammara.

"Dah mandi anak Ayah... sekarang giliran Ibu pulakkan Umi..."ucap Althaf.Puan Tihani hanya mampu gelak sahaja.

"Ishh... Hubby ni malulah dengan Umi"ucap Naurah yang sudah merah padam.

"Betullah tu...kata suami..Althaf dah belajar dari Umi uruskan kamu..biar Umi pakaikan Ammara baju.. Althaf uruskan isteri kamu.."ucap Puan Tihani.

"Baik .. Umi..jom Ayang.."ucap Althaf memegang tangan Naurah ke bilik air.

Puan Tihani mengurut badan Ammara dahulu sebelum memakai baju.

Mak Tuti membawa hidangan sarapan pagi untuk Naurah.Dulang diletakkan diatas meja.

"Dah wangi...Ammara..."ucap Mak Tuti melihat sekecil yang sedang disiapkan oleh neneknya.

"Ya Nek Tuti...Ammara dah mandi.."ucap Puan Tihani.

"Kita nak masak apa Puan tengahari ni..tadi suami Puan ada beli ikan haruan"ucap Mak Tuti.

Naurah yang baru buka pintu bilik air terdengar perbualan Mak Tuti dan Puan Tihani.

"Ikan haruan?.Kena makan ke?"soal Naurah.

"Kenalah Ayang...baik untuk kesihatan Ayang..."ucap Althaf yang menyokong dan tersenyum.

"Tak naklah geli..."ucap Naurah yang rasa loya.

"Kena makan juga nanti Althaf pun kena makan"ucap Puan Tihani.

Senyuman Althaf terus hilang.Semua gelakkan Althaf.

********

"Ammara!! Ammara!!! mana budak sorang ni...senyap je...dengan adik sekali hilang...kalau senyap ni bahaya ni.."ucap Naurah memperlahankan api kuah yang sedang masak didalam periuk.

Dia berjalan ke arah ruang tamu.Tapi kosong tiada orang.

"Hubby!"

Naurah memanggil Althaf.Sama juga tidak menyahut.Tadi Naurah ada minta suaminya jaga anak-anak sementara dia masak untuk makan tengahari.

Naurah kembali ke dapur dan menutup api kuah yang sedang masak.Tak pasal-pasal kering kuah asam pedasnya nanti.Dia terus ke hadapan balik.

"Mesti dekat atas ni?"soal Naurah mendaki anak tangga ke bilik atas.Dia dengar suara riuh dekat bilik anaknya.Bergelak ketawa.

Naurah membuka pintu bilik dan terkejut dengan keadaan bilik yang bersepah dan yang paling dia sakit hati suaminya boleh tidur dekat katil Ammara.

Ammara dan Alif yang sedang menampal pelekat kartun pada muka Althaf dan bilik bersepah dengan main.

Naurah mencekak pinggang memandang mereka berdua.

"Ammara....Alif...."

Ammara dan Alif memandang wajah ibunya yang sudah merah.Ammara tersenyum dan Alif sudah menyorok dibelakang kakaknya.

"Apa semua ni?.Ibu dah pesan banyak kali kalau main..kemas...ni bersepah bilik.."ucap Naurah.

Ammara dan Alif terus berlari ke arah katil dan memanjat ke badan Althaf.

"Ayah!!"jerit mereka berdua.Althaf yang terjaga dan mengosok matanya terkejut melihat Naurah berdiri tegak depannya.

"Kenapa Ayang?"soal Althaf.

"Kenapa... saya suruh jaga diaorang hubby tidur...tengok bilik bersepah dengan muka hubby lagi..."ucap Naurah sambil menunjuk ke arah wajah suaminya.

Althaf melihat wajahnya dicermin.Dia memandang dua orang anaknya itu.

"Dahlah Ayang...jangan marah diaorang..."ucap Althaf memegang tangan Naurah.

"Sebab awak selalu back up diaoranglah... diaorang mengada...no..kali ni Ibu nak Ammara dan Alif pergi kemas sekarang..kalau tak jangan makan..."ucap Naurah.

"Baik Ibu....kami kemas"ucap Ammara dan Alif serentak.Althaf tersenyum melihat anak sulungnya itu bertanggungjawab dengan apa yang dia buat.

Althaf membantu anak-anaknya mengemas.Salah dia juga biarkan anak-anaknya main sendiri.

********

Naurah menunggu Ammara dan Alif mengosok giginya sebelum tidur.
"Dah siap..."ucap Naurah.Ammara dan Alif mengangguk.Naurah menepuk katil untuk Ammara dan Alif.

Mereka berdua baring dikatil.Ammara memandang Naurah.

"Ibu...Ammara minta maaf pasal siang tadi...Ammara janji tak buat lagi...kan adik..."ucap Ammara.Alif mengangguk perlahan.

Naurah tersenyum.Dia mengusap kepala Ammara dan Alif.

"Ibu maafkan... anak-anak ibu...Ammara dan Alif kan jantung ibu...mana boleh ibu marah lama-lama..."ucap Naurah.

Althaf tersenyum melihat situasi ini.Dia melangkah masuk dan berdiri dibelakang Naurah.

"Ammara dan Alif je ke...Ayah tak ada?"soal Althaf.Naurah memegang tangan suaminya.

"Ayah kan cinta hati Ibu..mestilah ada..."ucap Ammara yang petah walaupun baru 6 tahun.

"Ibu...nak...puk..."ucap Alif yang berusia 4 tahun.Naurah baring disebelah Alif manakala Althaf baring disebelah Ammara.

"Okay Ibu dan Ayah ada ni boleh tidur..."ucap Naurah mencium pipi Alif.Alif memeluk tubuh Naurah.

"Ammara nak adik lagi tak?"soal Althaf pada Ammara.Naurah menjengkilkan matanya.Althaf tersenyum.

"Adik..?. Alif kan adik Ammara..kenapa nak adik lagi?"soal Ammara.
"Ayah tanya mana tahu Ammara tak cukup dengan Alif seorang...nak yang lain.."ucap Althaf.

"Takpelah Ayah...Alif pun dah cukup...lagipun Ayah dah tua..."ucap Ammara.

Naurah tergelak kecil mendengar jawapan Ammara.Althaf terkejut anaknya membalas kata-katanya itu.

"Dengar tu Ayah...anak kata dah tua"sambung Naurah.

"Ehhh....Ayah baru 37 tahun muda lagi...boleh lagi ni...Ammara.."ucap Althaf pada Ammara.Rupanya Ammara dan Alif sudah lelap.

Althaf menutup lampu bilik dan pintu bilik dirapatkan sedikit.Tangannya merangkul tangan Naurah ke bilik.

Dia menyuruh Naurah duduk dihujung katil.

"Ada apa ni?"soal Naurah memandang suaminya itu.Althaf memandang wajah itu.

"Happy Anniversary yang ke 7 tahun buat kita.Terima kasih sebab sentiasa sabar dan banyak mengajar hubby untuk jadi suami dan Ayah yang baik untuk anak-anak.Hubby janji yang kita akan kekal sampai tua.Hubby nak ada masa Ayang dah berambut putih"ucap Althaf mengelus tangan isterinya.

"Terima Kasih juga pada Hubby yang banyak bimbing Ayang dan anak-anak dengan agama dan sentiasa mengingatkan Ayang.Tapi sayang tak ada hadiah untuk Hubby "ucap Naurah yang tidak membeli apa-apa.

"It's okay....yang penting Ayang ada dengan Hubby.Itu hadiah paling besar dalam hidup Hubby.Macamana seorang yang dingin macam hubby boleh bertukar menjadi lebih penyayang berkat sayang.."ucap Althaf mencium pipi isterinya dan dahi.

Kebahagian itu pasti ada akhirnya....

Pilihan hati belum tentu baik,
Pilihan keluarga mungkin baik,
Tetapi pilihan Allah adalah sebaik-baiknya.....

Alhamdulilah TAMAT jua kisah mereka.Disini saya akhiri tahun 2024 ini dengan kisah mereka.Teruskan menyokong karya saya yang baru akan datang MR CHEF .Lot of love to you guys..pembaca setia Tinta Kris Biru...salah dan silap harap maaf...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience