"Kenapa Faiq berubah? Semua jawapan itu ada pada Ummi dan Abi," kata Faiq lalu terus sahaja dia mematikan panggilan telefon.
Datin Sri Faridah sedikit terkejut dengan tindakan Faiq terus mematikan panggilan telefon. Datin Sri Faridah agak kecewa dengan perangai Faiq yang makin menjadi-jadi.
"Arghhh serabutlah!" jerit Faiq. Faiq terpandang akan gambar percutiannya bersama keluarganya pada lima tahun lepas. Dia sungguh rindu akan keluarganya yang dulu.
"Abang... Faiq rindu sangat dekat abang," kata Faiq tanpa sedar air matanya jatuh.
Tok tok tok! (bunyi ketukan pintu)
"Masuk," cepat sahaja Faiq mengelap air matanya, karang bibiknya nampak habis jatuh standard dia.
"Faiq, Mak Minah sudah siapkan makan malam. Mari turun," kata Mak Minah.
"Nanti bila aku lapar aku turun sendiri. Tutup pintu," kata Faiq.
Faiq terus merebahkan dirinya atas katil lalu memejamkan matanya seketika. Kenangan lalu kini berada di ingatannya.
Enam tahun lepas,
"Abang, berhenti rehat sekejap lima minit," kata Faiq dengan tercungap-cungap sambil mengelap peluh yang membasahi dahinya.
"Come on Faiq, tidakkan sudah mengalah kot? Jom cepat sambung jogging, lagi sikit sahaja ini!" kata Amir Furqan.
Terus sahaja Amir Furqan berlari ke hadapan.
"Eh abang, tunggu lah kejap oii!" jerit Faiq.
Lalu Faiq mengejar abangnya dan tiba-tiba...
Dush!!
Sebuah kereta Saga telah melanggar Faiq ketika Faiq hendak melintas jalan.
"Arghhh!" jerit Faiq.
Amir Furqan terasa terdengar jeritan seseorang, lantas sahaja dia menoleh ke belakang. Terbuntang matanya melihat Faiq dilanggar kereta. Terus sahaja dia berlari ke arah Faiq.
"FAIQ!! Allahu Akbar. Faiq bangun!!"
Kembali ke masa kini
"Assalamualaikum, anak Ummi ini sudah makan malam ke belum?" tanya Datin Sri Faridah kepada anaknya melalui panggilan telefon.
"Belum Ummi, sekejap lagi Faiq turunlah," kata Faiq dengan nada suara yang malas.
"Faiq sudah solat Maghrib ke belum ini?"
"Eh Ummi ini banyak tanya lah. Sekejap lagi Faiq solat lah, aduhai," kata Faiq dengan biadab.
"Faiq, kenapa kurang ajar sangat dengan Ummi ini? Berdosa tahu tidak? Faiq ingat ya, Ummi yang lahirkan Faiq!!"
Faiq tahu, tetapi dia terlalu keras hati untuk menunjukkan rasa hormat.
Tiba-tiba telefon berbunyi.
"Baik-baik, ini aku Uwaisy."
"Haa Uwaisy, ada apa kau telefon aku?"
"Fuhh, hahaha... kau memang natural cakap macam ini ya?"
"Cakap macam mana?"
"Kasar, bertindak melulu, hahahaha... okey, tidak mengapalah... Faiq, malam ini kau lapang tidak?"
"Kalau aku lapang pun, bukan ada orang kisah pun pasal aku. Duduk sorang-sorang di rumah."
"Haa itulah kau, gaya cakap pun macam itu, memang orang takut nak berkawan dengan kau... malam ini aku ada buat makan-makan sikit dekat rumah aku, kalau nak datang, WhatsApp lah aku. Aku hantar lokasi, okey assalamualaikum."
"Kisah apa aku? Aku memang tidak ada kawan eh. Tidak mati pun kalau tidak ada kawan. Waalaikumussalam."
Faiq terus mematikan perbualan telefon itu.
POV UWAISY
"Aishhh dia ini... tutup macam itu sahaja telefon. Sabar lah Uwaisy," bisik hati kecil Uwaisy.
"Ehh Uwaisy, dia jawab apa? Datang tidak?" tanya ibunya.
"Tidak tahulah ibu, datang kot," jawab Uwaisy.
Uwaisy memuncungkan mulut tanda nada kecewa.
Telefon berbunyi, matanya tertumpu pada telefon.
Segala ingatan terhenti seketika tatkala telefon berdering.
Nama tertera "unknown number".
"Haishh, siapa pula ini," bisik hati kecil Faiq.
"Hai geng, assalamualaikum."
"Waalaikumussalam, kau siapa? Dari mana dapat nombor aku ini hah?"
"Haa rileks bro, bawa berbincang."
Share this novel