35 Ambil Peluang

Family Series 110448

“Perempuan sial! Berani kau cederakan saya?!” Lelaki dengan wajah dipenuhi parut dan terlihat sangat bengis itu bertempik bak halilintar.

Deila tersengih sinis. Walau pun tangan yang sedang menggenggam batang besi penyangkut baju kelihatan menggigil teruk, wajah tetap tenang berhadapan dengan empat orang lelaki berbadan besar yang sedang cuba mendekatinya itu. Salah seorang daripada lelaki itu terkoyak dahi dan darah merah segar meluncur laju membasahi wajah dipenuhi parut itu. Semua kerana libasan besi Deila. Dia sendiri terkejut dengan kekuatannya sampai mampu mencederakan lelaki perkasa itu.

Hebat! Dia harus berterima kasih dengan dirinya sendiri. Sikapnya yang suka membuli Amirul di kampung ternyata tidak sia-sia. Semua kemahiran itu kini dia praktikkan untuk melawan dan mempertahankan diri. Ya, dia masih berjuang walau pun peluangnya sangat tipis. Sekurang-kurangnya tiada penyesalan saat dia hembuskan nafas terakhirnya nanti.

“Korang siapa hah?! Saya tak buat apa-apa kesalahan! Kenapa datang ke sini?! Pergi sebelum polis datang! Saya dah buat laporan dan mereka akan tiba bila-bila masa sahaja!”

Deila bukan omong kosong. Dia sempat buat panggilan ke balai polis sebelum lelaki-lelaki asing itu menerpa masuk tadi. Deila menghunus batang besi penyangkut baju itu ke arah lelaki-lelaki yang semakin mendekat ke arahnya.

Lelaki berparut itu ketawa terbahak-bahak sambil mengesat darah yang mengalir ke wajah, mengganggu permandangannya.

“Anggap diri kau bertuah kerana berjaya cederakan saya tapi tidak akan ada kali kedua kerana saya akan pastikan kau mati di tangan tangan saya!”

Seraya berkata, lelaki itu berlari pantas sambil mengangkat tinggi buku limanya. Deila menggenggam erat batang besi.

“Mampus kau!” Jerit lelaki itu seraya mengayun buku limanya ke arah Deila.

Batang besi di tangan dengan pantas dilibas ke arah lelaki berparut itu. Seolah dapat baca tindakan Delia, lelaki itu dengan mudah menangkap batang besi tersebut lalu menarik batang besi itu dengan kasar. Deila ikut tertarik ke depan.

“Argh!”

Deila menjerit saat buku lima lelaki itu menusuk dalam ke perutnya. Hampir tersembul keluar biji mata menanggung sakit.

“Saya dah kata takkan ada kedua kalinya!” Nada suara sinis mengejek! Belakang Deila yang terdedah pada serangan ketika dia membongkok menahan kesakitan dihentak keras guna kedua-dua siku lelaki itu

Berpinar pandangan saat Deila jatuh melutut di hadapan lelaki itu. Hanya mampu merenung kosong muncung sepucuk pistol yang dihala tepat ke wajahnya. Dalam otak kini hanya kematian memenuhi. Takut? Ya, walau pun dia sudah bersedia hadap kematian, dia sangat takut! Terlalu takut hingga jiwa terasa kosong, seolah dia berada di dimensi lain ketika itu. Sebuah kawasan lapang yang kosong dan terlalu luas, terlalu suram dan sepi. Rasa ditinggalkan… rasa keseorangan… powerless… buat jiwa kekeringan, perlahan merekah dan akhirnya pecah menjadi molekul-molekul halus tak bergraviti dan mulai berselerakan memenuhi udara sehingga lesap dari pandangan. Begitu menakutkan! Pernah rasa? Ia adalah raja segala ketakutan di dunia. Ketakutan hingga buat roh mahu berlari keluar meninggalkan jasad.

“Deila!!!”

BANG! BANG! BANG!

“Deila!!!”

“Buka mata kau, Del! Please… please… please… don’t you dare leave me alone! Don’t you DAREEE!!!”

“Del!!! I said wait for me! I clearly said don’t give up! I hate you, I really hate you Deila Araferro! I HATE YOU DEL!!!”

DI DALAM sebuah banglo mewah kelihatan seorang wanita pertengahan usia sedang tersenyum puas di ruang tamu selepas meletakkan telefon bimbit di atas meja sofa.

“Mummy! Kata bibik mummy cari saya tadi?”

Zara melangkah tenang menghampiri ibunya yang sedang duduk santai dengan kaki berlipat itu.

“Ya, mummy nak bincang sesuatu dengan kau. Jangan asyik berkurung je dalam bilik. Aktiviti macam tu tak sihat. Kau pergilah temankan Rhett dekat hospital. Korang kan dah nak kahwin? Nanti dikata pula kita ni tak pedulikan budak tu.”

Zara mengeluh halus. Punggung dilabuhkan bertentangan dengan ibunya.

“Bukan tak nak, saya nak sangat temankan Rhett, mummy. Tapi Rhett tu macam tak suka dengan kehadiran saya. Asyik suruh saya balik je.” Keluh Zara dengan suara sebak.

“Jangan risaulah, mummy akan uruskan semuanya dan pastikan kau jadi isteri Rhett. Satu-satunya isteri Rhett!”

Zara memaku pandangan gerun ke wajah ibunya. Entah mengapa, wajah ibu kelihatan begitu menakutkan saat itu. Dia jadi resah melihatnya.

“Mummy… mummy tak buat perkara tak baik pada Deila kan? Mummy dah janji. Tujuan saya beritahu di mana Deila supaya mummy boleh beritahu Tok Teh kerana mummy nak jumpa mereka kan? Saya tahu tok sedang gigih mencari Del sekarang.”

Zara semakin keresahan bila lihat ibu ketawa sinis. Nalurinya mengatakan yang ibu telah merancang sesuatu yang tak baik pada Deila. Tak! Bukan itu tujuannya walau pun dia sangat bencikan gadis itu. Dia tidak mahu ibu melakukan kejahatan semata-mata kerana dia. Lagi pun, dia tahu Deila anak piatu. Di samping rasa benci, dia sebenarnya rasa kasihan pada gadis itu.

“Kau tak perlu campur tangan. Tahulah mummy uruskan budak tu. Yang penting, dia takkan jadi penghalang kau dan Rhett bersatu lepas ni.”

“Mummy… mummy tak buat benda tak baik pada Del kan? Saya dah beri amaran pada Del, mummy. Dia dah kata yang dia akan undur diri dan pergi jauh dari keluarga tok. Mummy jangan buat apa-apa ya?” Zara cuba memujuk walau pun dia sendiri tidak yakin dengan kata-kata Deila. Tapi, apa pun niat ibu, dia kena halang. Dia yakin dia mampu uruskan semuanya tanpa bantuan ibu.

Masih segar di ingatan pergelutan dia dan Deila. Saat mereka berdua sudah hampir ke penghujung tenaga, Deila melontar kata yang bisa buat dia tersenyum gembira.

“Zara… kau pasti terlalu cintakan Rhett kan? Saya faham. Cinta bertahun-tahun tak mungkin dilupakan sekelip mata. Saya rela berundur, kau yang pertama. Kau lebih layak. Saya akan pergi jauh dan takkan muncul lagi di depan keluarga tok. Jangan risau, saya tak pernah anggap Dato’ tu bapa kandung saya dan saya tak pernah mahu guna walau sesen pun duit orang tua tu.” Itulah kata-kata Deila sejurus sebelum Deila jatuh pengsan kerana kehabisan tenaga.

“Yela, mummy tahulah apa yang perlu mummy buat. Kau jangan risau. Wajah tu kena jaga, pergi facial, SPA… buatlah rawatan muka supaya wajah tu berseri-seri masa sanding nanti.”

Zara angguk. Wajah ibu ditenung buat seketika. Harap ibu mengotakan kata.

“Mummy nak ke rumah Dato’ untuk bincangkan tentang perkahwinan kau.”

“Saya ikut, mummy!”

“Tak payah. Biar mummy je bincang dengan keluarga tu.”

Zara mengeluh. Hanya mampu memandang pemergian ibu dengan hati gusar. Dia risaukan ibu. Dia risau bila lihat riak wajah ibu.

Tok Teh yang sedang menikmati minum petang dengan air teh hijau selepas bertengkar dengan Dato’ Zarif hampir tersedak bila ibu Zara tiba-tiba muncul di muka pintu sambil beri salam.

“Jemputlah masuk. Zara tak ikut sama?”

Tok Teh mencebik bila dengar suara mesra menantunya menjemput mak langsuir itu masuk ke rumah. Mahu apa lagi wanita tak sedar diri itu? Sudah dia tegaskan pada Razif yang dia tak sudi terima keluarga itu, Rhett pun tak hingin! Tu yang buat dia bertengkar hebat dengan anak lelakinya. Tapi, mak langsuir tu tak faham-faham! Betul-betul buat dia tinggi darah.

“Zara sibuk buat persiapan perkahwinan tu. Dia kirim salam dan minta maaf kerana tak dapat join perbincangan ni.” Jawab ibu Zara sambil melangkah masuk.

“Kesian Zara. Rhett tak dapat nak bantu. Harap-harap Rhett cepat sembuh supaya majlis tu tak perlu ditangguhkan.”

Semakin muncung bibir Tok Teh dengar kata-kata balasan dari menantunya. Huh! Apalah istimewanya budak Zara tu di mata Zarif laki bini? Dia tak faham! Kalau dibandingkan, Del jauh lebih baik dari budak Zara tu!

“Bagaimana dengan penceraian Rhett? Dah diuruskan ke? Yela, kita perempuan. Mana ada yang mahu dimadukan kan? Lagi pun… err… perkahwinan Rhett tu macam tak betul. Dato’ sendiri tak setuju, bukan?” Ibu Zara cuba memancing. Bukan dia tidak nampak tok yang sedang duduk di ruang makan dengan wajah masam mencuka. Tapi dia tahu, tok tak mungkin dapat menghalang Dato’ Zarif. Itu kelebihan yang harus dia gunakan sebaik mungkin.

“Ah, tentang tu tak perlu risau. Suami saya sedang uruskan. Rhett kena akur dengan keputusan papanya.”

“Apa kau ingat Rhett mahu ceraikan Del ke? Rhett cintakan Del! Dan ni… orang tua ni takkan terima Zara dan keluarga dia jadi sebahagian dari keluarga ni. Ada faham?! Jangan harap! Jangan bikin malu bawa gelaran Datuk Datin tapi buat perangai hidung tak mancung, pipi tersoro…”

“Mak! Cukup!!!” Suara bentakan keras Dato’ Razif yang tiba-tiba muncul buat Tok Teh telan kata. Tak dinafikan, terbit rasa gerun bila dia pandang wajah bengis anak lelakinya ketika itu. Macam mahu menerkam dan menyiat-nyiat kerongkongnya.

“Mak tak perlu campur tangan. Lebih baik mak masuk ke bilik sekarang.” Arah Dato’ Razif.

“Hah! Sampai bila kau nak kurung orang tua ni Razif? Dahlah semua perhubungan aku kau sekat, telefon bimbit aku kau rampas, kau memang nak aku mati awal kan? Kau ingat lepas aku mati semua harta aku jatuh ke tangan kau ke hah? Aku lebih rela dermakan semuanya ke rumah anak yatim biar kau dan kebodohan kau tu makan diri sampai kau mamp…”

“MAK!!! SUDAHHH!!!” Bergema satu rumah dengan suara tempikan bak guruh Dato’ Razif. Menggigil tubuh menahan rasa marah. Kata-kata Tok Teh benar-benar mencabar Dato’ Razif.

“Kau akan menyesal, Razif! Jangan sampai Rhett pergi menjauh tak kembali kerana sikap kau!”

Tok Teh kesat air mata lalu berlalu pergi. Penat! Dia sudah terlalu penat cuba membetulkan keadaan. Semua berpunca dari dia. Kalau saja dia tidak jadi penghalang suatu ketika dahulu, pasti semua ini tidak akan berlaku. Tiada yang menderita. Tiada yang jadi mangsa keadaan. Deila… kasihan sungguh anak itu. Terpaksa menanggung semuanya kerana kesilapan yang pernah dia lakukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience