Bab 13

Romance Series 39746

"Apa maksud kau along? aku jual rupa?" keliru talhah dengan alongnya

"Iye la, kau ingat aku tak tahu. Kau tu dekat office itu popular ramai peminat. Sekali petik jari penuh perempuan keliling pinggang"

"Eh kau along, aku tak adalah sampai macam tu eh. Aku still jaga batas, aku tak layan semua. Aku cari yang bernilai macam permata. Bukan boleh pakai buang macam lampin baby tu" sindir talhah kepada alongnya

"Alahhh kau, nak sindir aku pulak. Tahu la aku jenis suka main tukar ganti"

"Eh, makan cili terasa pedas jugak rupanya"

"Fuhhhhhh" kata along sambil meniup rambutnya di dahi

"Okaylah along, dah sampai office. Thanks bye bro"

"Okay, beres bye"

Talhah terus naik semula ke pejabatnya, lalu berjalan menuju ke biliknya. Masuk notifikasi melalui apps office tentang tania mengisi cutinya kerana sakit. Talhah terus approve sahaja. Mudah je kan bila orang dah suka ni

Knock knock knock

Tidak sempat talhah ingin memberitahu untuk masuk, ada seorang perempuan ni terus masuk ke dalam biliknya tanpa izinnya lagi. Siapa lagi kalau bukan ariana tu a.k.a tunangnya sendiri

"Biy, you free tak harini?" panggil ariana kepada talhah sambil mendekatkan dirinya

"Tak, why?" jawab talhah tegas

"Alaaa you ni, emm........ bila you free?" kata ariana sambil memegang tali leher talhah

"Nanti i free, i call you. Sekarang i betul-betul busy ni. You faham-faham je la" jawab talhah sambil menarik tali lehernya daripada dipegang oleh ariana

"Okay, promise?" kata ariana sambil menyambungkan jari kelingkingnya kepada jari talhah, tapi talhah sempat mengelak

"Okay, i promise" jawab talhah hanya dengan menunjukkan jari kelingkingnya sahaja

"So biy, memandangkan you dah jadi CEO kann. Kalau i nak pinjam duit you boleh? nak pergi shopping dengan kawan i" kata ariana sambil cuba mengoda dan duduk diriba talhah

Kelang-kabut talhah bangun daripada duduknya, ariana terduduk di kerusi itu. Mongok mukanya apabila tidak dapat duduk diriba talhah

"How about i transfer kan je duit ke dalam akaun bank you, senang sikit"

"Ouhh, okay jugak. Jap i bagi number akaun"

Ariana pun menulis la nombor akaunnya, lalu diberikan kepada talhah siap tulis nilai yang diinginkan sebanyak 30K

"Okay i dah transfer dekat bank you"

"Thanks biy, i sayang you. Bye" kata ariana sambil cuba untuk mencium pipi talhah tapi sempat dielak oleh talhah. Ariana merungus geram, tetapi hanya seketika kerana dia hanya memerlukan talhah untuk duit, bukan belaian. Dia ada yang lain untuk membelainya. Setelah dimasukkan duit ke dalam akaun banknya, ariana terus turun ke bawah lalu menunggu kereta yang harus dinaiki. Talhah daripada atas hanya memerhati kelakuan mereka dibawah. Keluarnya seorang kereta lalu menolong membuka pintu "Sempat lagi kiss sebelum masuk kereta eh? Murah sangat tu" perli talhah daripada atas. Lalu memusingkan kerusinya semula ke arah mejanya dan mencapai telefon bimbitnya untuk menghubungi pihak bank

"Hello"

"Hello kami daripada pihak bank, apa boleh saya bantu encik?"

"Saya nak buat pembatalan tentang keluar duit ke akaun tadi sebanyak 30K"

"Ouhh, boleh. Tapi boleh saya tahu kenapa?"

"Sebab saya tersalah tekan nombor nilai" kelentong talhah

"Baiklah encik talhah, sekejapnya"

Pihak bank tu tekan-tekan sahaja

"Okay, saya dah batalkan keluaran duit tersebut"

"Okay, terima kasih"

"Baik, sama-sama"

Talhah terus meletakkan telefonnya semula diatas meja "Hehh kau ingat aku nak bagi kau guna duit aku? jangan mimpi la" kata talhah seorang diri sebelum melakukan kerjanya kembali

Lagi 10 minit tamat waktu bekerja, talhah hanya membelek-belek failnya secara sekali pintas sahaja kerana ingin mencukupkan 10 minit itu. Setelah itu, talhah mengemaskan mejanya sambil melihat bilik tania yang kekosongan itu. "Alahh bosan tak ada dia, tak ada orang yang aku nak kacau. Tak ada orang aku nak usik" kata talhah lalu beredar ke lif untuk turun ke bawah dan pergi ke tempat letak kereta. Lalu memulakan perjalannya ke rumahnya

Setibanya dirumah, dilihat kereta abangnya ada di tempat letak kereta, talhah meletakkan keretanya di sebelah kereta abangnya lalu berjalan ke pintu dan mengetuknya

Knock knock knock

Alongnya datang lalu membuka pintu, hairan dilihat adiknya cepat pulang ke rumah

"Aikk, awalnya kau balik. Buang tebiat ke apa?"

Talhah hanya diam dan menuju ke sofa untuk merehatkan badannya seketika

"Apasal bro? kau kalau tak pukul 7 atau 8. Tak pun mummy call, kau tak kan wujud dalam rumah ni sekarang. Tepati masa betul eh" perli alongnya sambil menghulurkan jus oren kepada adiknya itu

Talhah minum lalu berdiam diri seketika dan membuka bicara "Saje nak balik awal, aku bukannya ada kawan pun nak stay lama-lama dekat office tu. Baik aku balik, boleh rehat awal"

"Ouhh....... yang special kau tu tak masuk office ke? dia kan kawan kau"

"Tak, dia aku bagi cuti sebab kaki dia tak sembuh lagi"

"Ouhh...... untunglah disayangi boss, lama-lama jadi isteri boss"

Talhah hanya diam, dan membaringkan dirinya di atas sofa. Alongnya itu ternampak telefon talhah yang masih terbuka. Niatnya satu mahu mewakilkan adiknya itu dengan yang special

Alongnya atau namanya taufiq itu mencapai telefon talhah lalu mencari nombor tania. Dilihat nombor tania di simpan sebagai my sweetheart beserta emoji love lagi. Tiba-tiba abangnya terniat jahat lalu mendailkan nombor tania

Lama hampir 5 minit, tetapi tania masih tidak mengangkat. Taufiq yang perasan talhah tidak mengendahkannya cepat-cepat taufiq berpura-pura berborak dengan tania

"Hello tania sayang"

"Wehhhh along!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience