BBW 20

Conspiracy Series 6633

“Tyra, mama Sierra dah tempah suite malam pertama untuk kamu berdua. Ini pula hadiah dari Mommy dan Daddy.”
Jenny menghulurkan sampul keemasan kepada satu-satunya permata hatinya.

Tangan Tyra sedikit menggeletar saat menyambut sampul itu. Jiwanya masih dipenuhi haru dari malam perkahwinan yang Indah. Jemarinya sempat menggenggam lengan Haider — kehangatan sentuhannya cukup menenangkan.

Haider membalas dengan senyuman menenangkan, dan saat itu, jantung Tyra bergetar perlahan — tenang tapi mendalam.

“Bulan madu ke Norway?” Tyra bersuara nyaring, mata membulat, bibirnya mengukir senyuman yang tak mampu disembunyikan. “Tromsø? Tempat yang ada aurora borealis tu, kan?”

Jenny dan Tyson sama-sama mengangguk dengan senyuman bangga.

“Kami tahu kamu berdua sukakan keajaiban alam. Ini hadiah kecil untuk permulaan hidup ajaib kalian bersama.”

Tyra terus memeluk ibu dan ayahnya erat, air mata bergenang dalam syukur yang tak terucap.

Dua hari kemudian, Tromsø, Norway.

Udara sejuk mencengkam kulit, tapi cinta mereka cukup hangat untuk mengusir segala rasa beku. Tangan Tyra tak pernah lepas dari genggaman Haider, seolah takut kehilangan keajaiban ini.

Malam pertama mereka, mereka menaiki van eksklusif menuju kawasan terpencil. Langit malam perlahan-lahan berubah — jalur hijau, ungu, dan biru bergulung lembut di langit seperti lukisan hidup.

Tyra terpaku, mulutnya ternganga kecil. “Haider… ini terlalu indah. Macam mimpi.”

Haider merangkul bahunya, bisikan lembut menyentuh telinga Tyra.
“Kalau ini mimpi… biarlah kita tak pernah terjaga.”

Mereka duduk rapat atas bangku kayu, diselimuti kehangatan dan keajaiban. Aurora borealis terus menari, menjadi saksi cinta yang baru berputik — murni, mendalam dan tak terganti.

Selepas malam magis itu, mereka dibawa ke sebuah hotel igloo kaca unik dan memukau. Mereka berbaring bersama, selimut tebal melindungi tubuh, tapi hati mereka terbuka luas.

“Macam kita berada dalam dunia lain,” Tyra berbisik, matanya masih memandang ke langit yang bertaburan bintang.

Haider memandang wajah isterinya. “Dunia yang hanya milik kita berdua.”

Pagi berikutnya disambut salji lembut yang menari dari langit. Tyra dan Haider menyarung pakaian tebal dan menaiki husky sled ride. Haider hampir terjatuh cuba mengemudi — membuat Tyra ketawa sehingga sakit perut.

“Suami I ni adventurous ke clumsy?”

Haider menjawab sambil tersenyum malu, “Both. Asalkan awak bahagia.”

Kemudian, mereka singgah di sebuah kabin kayu di tengah hutan. Bau kayu manis dan vanila menyambut mereka, disulami api unggun yang menjilat perlahan kayu-kayu kering.

Makan malam mereka, ikan salai, roti rye dan coklat panas — dinikmati penuh manja.

“Thank you sebab bawa I ke sini,” Tyra bersandar di dada suaminya, suara lembut seperti bayu.

Haider mencium ubun-ubunnya.
“Its all thanks to your parents. but really Thank you sebab sudi jadi isteri I. I tak janji kaya, tapi I janji takkan biarkan you keseorangan.”

Malam itu, sebelum tidur, Tyra menulis dalam jurnal kulit berwarna biru lembut:

> “Dalam diam salji dan cahaya aurora, aku temui cinta yang paling suci. Bukan hanya pada lelaki bernama Haider, tapi pada takdir yang Tuhan telah tulis dengan penuh kasih, Aku berjanji Cinta Dan setia ini hanya Untuk satu lelaki Yang layak, Haider Xavier.

Esok pagi, mereka berjalan di pelabuhan Tromsø. Suasana tenang, salji jatuh perlahan seperti debu kristal. Kapal nelayan kecil berayun, dan dunia seolah berhenti untuk mereka.

Tyra terpesona pada seutas rantai perak berbentuk bintang kutub di sebuah kedai kecil.

“Ini simbol arah… macam cinta kita. Walau sesat, tetap tahu jalan pulang.”

Haider diam-diam membelinya dan menyerahkannya di luar kedai.
“Let me be your true north. Supaya you tak akan sesat, selagi ada I.”

Petang itu, mereka sesat sewaktu menyusuri laluan luar bandar. Salji menebal, papan tanda tenggelam. GPS hilang signal.

Tyra mulai gelisah.
“Sayang… kita kat mana ni?”

Haider genggam erat tangannya.
“Pegang I. Kita cari jalan sama-sama. You tak akan sesat, selagi I ada.”

Mereka berjalan hampir sejam, berkongsi cerita lucu zaman remaja mereka.ketawa dalam takut. Akhirnya mereka tiba di sebuah warming hut, kecil tapi cukup menyelamatkan.
Tyra ketawa lega, matanya bersinar penuh rasa.

“Macam cerita cinta penuh adventure…”

Haider senyum, pandangannya menusuk terus ke jiwa Tyra.

“Adventure paling indah… sebab ada you dalam setiap langkah.”

Tyra mencebik manja, menyindir sambil menyilangkan tangan.

“Mana pergi janji you nak jadi my true north?”

Haider ketawa kecil, angkat tangan macam menyerah.

“Please jangan salahkan I, sayang… salahkan GPS ni yang buat kita sesat. Tapi, kalau sesat dengan you, I rela.”

Langit senja memancarkan cahaya keemasan yang membias di wajah mereka. Angin sepoi-sepoi mengelus pipi Tyra yang mulai kemerahan. Deruan ombak di kejauhan menambah suasana syahdu.

Tyra memandang Haider sambil geleng kepala, senyum tak lekang di bibir.

“Nasib baik pemandangan cantik. Kalau tak, I dah naik hantu,” katanya, separuh mengugut, separuh mengusik.

Haider buat muka bersalah sambil menekur ke arah peta di telefon bimbitnya.

“I janji, lepas ni kita takkan sesat lagi. Tapi I suka sebenarnya… bila kita sesat sama-sama. Rasa macam dunia ni kita yang punya.”

Tyra ketawa kecil. “Ayat power.”

Haider mendekat, suaranya lembut.

“Tak perlu GPS kalau hati I memang dah set arah ke hati you…”

Tyra menunduk, tersipu. Tapi mulutnya tetap nakal.

“Kalau bateri GPS habis, jangan pulak you cari jalan lain.”

Haider ketawa, lalu menarik Tyra dalam pelukannya.

“Kalau sesat sekalipun, I tetap pilih sesat dengan you. Sebab setiap jalan dengan you… sentiasa bawa I pulang.”

Malam terakhir mereka di Tromsø, langit menari sekali lagi.

Tyra berdiri di luar igloo, menatap aurora yang beralun indah. Angin menyapu pipinya, tapi air mata yang jatuh bukan kerana sejuk.

Haider memeluk dari belakang, hangat.

“Cantik, kan?”

Tyra diam sejenak sebelum berkata,
“Cantik… Tapi yang buat I menangis malam tu bukan aurora.”

Haider mendengar, sabar.

“I nampak sesuatu dalam cahaya tu. Cinta. Doa yang Tyhan makbulkan. You. Hadiah yang I tak pernah sangka layak terima.”

Haider menarik Tyra rapat, mencium ubun-ubunnya.
“Kalau aurora muncul sekali-sekala… I janji I akan jadi cahaya yang takkan padam dalam hidup you.”

Di Lapangan Terbang Tromsø...

Kabut pagi menyelubungi landasan. Tyra dan Haider berdiri berdua di hadapan gate.

“Tempat pertama kita bercinta sebagai suami isteri… Norway akan jadi saksi cinta kita.” suara Tyra bergetar, tangan tak lepas dari genggaman suaminya.

“Dan tempat I jatuh cinta semula dengan you... Setiap kali you pandang langit, I nampak harapan dalam mata you,” balas Haider.

Tyra senyum, air mata jatuh perlahan.
“Sebab harapan I… adalah you.”

Pesawat berlepas dalam cahaya samar Artik — bukan menuju ke penghujung, tapi ke permulaan. Cinta mereka baru bermula, di bawah langit yang menari untuk mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience