QIS kelihatan tekun menyusun adunan mousse coklat ke dalam gelas kaca kecil. Bau manis vanilla dan coklat memenuhi ruang, sementara Kak Zara dan Kak Moon sibuk mengemas dan membantu. Beberapa pekerja lain juga turut serta mengisi kotak untuk tempahan besar pembukaan hotel mewah milik Tuan Kim.
“Fuhh… banyak betul yang Tuan Kim tempah ya. Hampir semua dessert dia nak. Sampai tak cukup tangan nak buat semua ni.” Keluh Kak Moon sambil mengelap peluh di dahi.
“Tapi untunglah Cik Qis. Ada client besar macam Tuan Kim datang support. Agaknya Tuan Kim suka tak dengan Cik Qis.” Kak Zara meneka.
Qis tersenyum hambar, tangannya masih berhati-hati menyusun buah strawberi di atas mousse.
“Tuan Kim tu orang besar, terhormat. Mana mungkin dia suka dengan orang biasa macam Qis. Qis ni just pemilik kedai kecik ni je. Lagipun umur kita jauh sangat. Qis tak suka suami tua.”
“Eh, janganlah rendah diri sangat. Akak tengok dari mata dia je dah tahu. Dia tu… lain macam kalau sebut nama Qis. Masa kita hantar order pun, dia tak miss tanya ‘Cik Qis ada ke?.’ ‘Dia dah makan?.’ ‘Kenapa tak Cik Qis je yang hantar’. Padahal boss besar macam tu mana ada masa nak sibuk hal orang lain.”
“Tanya tak semestinya sukakan. Lagipun dia selalu nampak Qis dekat kedai ni. Kalau takda Qis mestilah dia cari. Pelanggan lain pun macam tu juga.”
Kak Zara geleng kepala.
“Akak ingat lagi, masa akak hantar order haritu, akak sempat tanya assistant dia pasal Tuan Kim. Akak saje lah, basa-basi. Tanya boss dia suka dessert ke. Nak tahu apa dia jawab?.”
“Apa?.”
Kak Zara menjongket kening penuh makna.
“Assistant dia cakap… sebelum ni boss dia langsung tak suka benda manis. Tapi lepas kenal kedai kita, tiba-tiba suka manis. Assistant dia pun pelik. Sejak bila boss dia berubah selera. Haa, tak ke pelik tu?.”
Qis tergelak, cuba menolak kenyataan itu.
“Alah akak… kedai Qis nikan sememangnya popular. Wajarlah kalau dia suka. Air tangan Qis kot.”
Kak Moon menepuk tangan Qis.
“Qis, jangan naif sangat. Orang macam Tuan Kim tu pemilih. Assistant dia cakap sendiri yang bos dia tak suka manis-manis apatahlagi beli dekat kedai kecil macam ni. Akak yakin sangat, Tuan Kim sukakan Qis. Kalau dia dah suka, maknanya memang suka betul-betul. Kalau tak, mana dia nak buang masa lepak dekat sini berjam-jam.”
Qis hanya mengangkat bahu.
“Entahlah, Qis malas nak fikir. Lagipun Tuan Kim tu garang. Dinginnya macam ais. Setiap kali jumpa pun Qis rasa macam nak lari je. Seram.”
Kak Zara tergelak mendengarnya.
“Garang-garang pun, kalau dia suka Qis, habislah. Dia akan kejar Qis. Lagipun, kalau Qis pregnant nanti, dia sendiri yang jaga. Tak payah susah-susah jumpa doktor lain. Dia terus rawat Qis. Full package!.”
“Akak niii!.” Qis menepuk lengan Kak Zara, mukanya berubah merah.
Kak Moon tiba-tiba teringat sesuatu.
“Oh ya, lupa nak bagitahu.”
“Bagitahu apa akak?.”
“Qis ingat lagi tak masa Qis demam haritu, tapi tetap datang kedai.”
Qis mengangguk.
“Ingat. Di sebabkan akak bagi Qis ubat. Qis cepat baik. Thanks, akak.”
Kak Moon menggeleng pantas sambil tersenyum.
“Sebenarnya ubat tu bukan dari akak, tapi Tuan Kim. Tuan Kim yang suruh akak bagi. Dia yang hulurkan dekat akak. Katanya untuk Qis.”
Qis ternganga.
“Ha?. Serius?!. Dari mana dia tahu Qis demam?.”
“Entahlah. Mungkin dia ternampak Qis nampak lemah, batuk-batuk. Akak pun serba salah nak ambil. Takut Cik Qis marah pulak. Jadi, akak terpaksa tipu Qis. Maafkan akak.”
Wajah Qis berubah, jelas dia terkejut. Zara dan Moon saling berpandangan, kemudian tergelak.
“Masih tak percaya lagi?.”
Belum sempat Qis menjawab, Kak Moon menambah dengan nada lebih perlahan, seolah bergosip.
“Akak ada dengar juga… Tuan Kim tu paling benci dengan adik tiri dia. Sebab dulu, mama dia meninggal sakit jantung bila dapat tahu ayah dia kahwin lain, siap ada anak lagi. Sejak tu dia jarang balik rumah keluarga dia. Lebih memilih menetap di luar negara daripada, sebumbung dengan keluarga dia.”
“Patutlah muka dia selalu nampak tegang. Siapa je yang tak sakit hati kalau jadi dia.”
“Betul tu. Dia simpan dendam. Dingin dia beralasan. Tapi, sejak dia kenal Cik Qis. Tuan Kim nampak happy. Muka tak ketat macam selalu. Tunggu apalagi, terimalah cinta dia. Mungkin Cik Qis orang yang di takdirkan untuk melengkapi hidup Tuan Kim.”
Qis menggeleng laju.
“Tak, tak. Qis tak suka dia. Lagipun muka dia tu… garang sangat. Macam harimau.”
“Siapa yang garang macam harimau?.”
Kedengaran suara garau menyergah dari belakang. Semua terdiam, membeku di tempat masing-masing. Tanpa berpaling pun Qis tahu siapa pemilik suara itu.
‘Oi, matilah aku kalini.’ Qis pantas menoleh, sambil menunduk hormat.
“T… Tuan Kim?.”
Kim berdiri di pintu dengan jas hitamnya yang kemas, wajahnya serius seperti biasa. Matanya tajam memerhati Qis. Membuatkan Qis menelan liur.
“Tuan dengar ke tadi?.” Soal Qis tergagap-gagap.
“Tak. Saya baru sampai.”
Zara dan Moon serentak menghela nafas lega.
“Oh… baguslah. Tuan ada apa datang sini?. Kedai kami dah tutup. Datang esok ya.”
“Saya nak ajak awak dinner. Sekali bincang tentang majlis tu. Saya ada sedikit penambahan.”
Zara dan Moon serentak tersenyum nakal.
“Tapi saya ada banyak kerja lagi nak buat. Tempahan ni semua kena siapkan.” Qis cuba berdalih.
“Alah, jangan risau. Akak boleh uruskan. Qis pergilah dinner dengan Tuan Kim. Tuan kim cakap tadi nak bincangkan sesuatukan.”
“Ya. Pasal dessert”
“See. Cik Qis pergilah.”
Kak Moon mengangguk laju.
“Betul tu. Lagipun, Tuan Kim kan client tetap kita. Tak baik tolak rezeki.”
Qis terkebil-kebil memandang mereka berdua, jelas dalam dilema.
“Kalau sibuk sangat sampai tak boleh keluar sekarang, saya boleh tunggu. Saya tunggu dekat depan.”
“Tapi tuan…”
Tanpa menunggu jawapan Qis, Kim berpaling lalu keluar dengan langkah tenang.
Qis terlopong.
“Eh?!.”
Zara dan Moon menekup mulut menahan ketawa.
“Fuhh… power giler Cik Qis. Boleh buat seorang Tuan Kim menunggu.”
“Cik Qis kot. Siapa juga yang tak suka. Sebaiknya, Cik Qis bersiap sekarang. Peluang tak datang dua kali.”
“Tapi kalau dia ajak dinner dalam bilik hotel, jangan ikut, bahaya. Silap-silap, Cik Qis jadi lauk makan malam dia pulak.” Usik Kak Moon.
“Oi… orang tua tu dah kenapa?.” Qis merungut kesal.
•
PADA akhirnya Qis pasrah akan kehendak pemuda itu, dia sekarang duduk berhadapan dengan Kim. Rasa janggal menguasai dirinya kini, kerana ini kali pertama dia keluar makan malam bersama lelaki itu, lebih-lebih lagi dengan wajah serius dan dinginnya. Menambah lagi rasa gugupnya.
‘Muka dia memang macam ni ke?. Tak reti nak senyum. Nilah buat aku nak terkencing dalam seluar ni.’ Katanya dalam hati.
Qis menunduk, tangannya sibuk menyusun sudu garfu di hadapan.
“Tentang majlis nanti… tuan cakap nak bincang pasal menu. Apa dia?.”
Kim mengangkat wajah, merenung tepat ke arah Qis dengan pandangan tajam menikam gadis itu.
“Sebenarnya saya hanya nak keluar dinner dengan awak. Kalau saya cakap terus terang. Mesti awak tak setujukan keluar dengan saya.”
“Hah?. Dinner… saja-saja?.” Soal Qis inginkan kepastian.
“Ya. Saya tahu awak belum makan. Kalau awak terus paksa diri awak berkerja tanpa isi perut, awak boleh jatuh sakit. Kerja, kerja juga. Kesihatan diri perlu di jaga. Kalau dah sakit, apapun tak dapat buat.”
“Macam mana Tuan Kim tahu saya belum makan?.”
“Saya doktor, Qis. Saya boleh baca dari wajah dan tubuh awak. Awak nampak letih, pucat. Itu tandanya awak kurang makan, kurang rehat. Bahaya. Tubuh awak dah bagi signal, tapi awak tak perduli. Itu boleh membawa maut. Hati-hati.”
“Tuan perasan semua tu?. Wah…”
“Bukan perasan. Memang jelas. Awak patut ambil cuti sekejap, healing. Sayang umur muda, tapi awak biarkan diri awak rosak kerana kerja.”
“Jap… Err… dari mana Tuan tahu semua ni?. Tuan stalker ke?.”
“Saya dah lama perhatikan awak. Tak susah nak tahu. Dan tolong…” dia berhenti sebentar, matanya tepat menatap Qis. “…jangan panggil saya Tuan. Just panggil nama.”
Qis segera menggeleng.
“Tak manis kalau saya panggil nama. Tuan Kim kan…”
Belum sempat Qis menghabiskan ayatnya, Kim memotong dingin.
“Kalau awak terus panggil saya Tuan, saya terpaksa hukum awak.”
“Hukum?. Apa dia?.”
Kim mengangguk.
“Awak kena keluar makan dengan saya setiap hari. Tanpa ada skip, walaupun sehari.”
Qis hampir tersedak dengan air yang baru disisip.
“Apa?. Setiap hari?.”
“Ya. Saya akan pastikan awak makan dengan betul. Saya tak nak awak jatuh sakit. Sekurang-kurangnya, kesihatan awak terjaga.”
Qis menatapnya lama. Ada sesuatu yang aneh. Kim biasanya garang, dingin, dan menyeramkan. Tapi hari ini…
“Kenapa pandang saya macam tu?. Terharu?.”
“Tak… saya pelik.” Qis beranikan diri menjawab.
“Pelik?. Pelik kenapa?.”
“Taklah selalunya Tuan… eh, maksud saya awak, garang, dingin. Tapi malam ni, caring. Rasa macam orang lain.”
Kim tersenyum, matanya tidak berkedip memandang Qis.
“Awak cuma kenal sisi luar saya, Qis. Saya dingin dengan orang lain. Tapi dengan awak… saya tak mampu.”
Qis terkedu. Pipi terasa panas. Dia cepat-cepat menunduk, menutup wajah dengan tangan.
“Kim?!. Kimkan.” Seorang pemuda menyapa. “Ya Allah… lama gila tak jumpa kau bro!.”
“Remy !!.”
Mereka pun bersalaman.
“Dah berapa tahun kita tak jumpa. Kau nampak makin muda.”
“Kau apa kurangnya, makin kacak. Tak tua-tua langsung, sedangkan umur kau lebih tua dari aku. Macam drakula.”
Qis cepat-cepat menunduk, menyorok di balik buku menu. Remy sempat melirik.
“Eh… siapa ni?. Girlfriend kau ke?.”
Senyuman sinis jelas terukir di bibir Wawa.
“Patutlah diam-diam je, rupanya dah ada awek. Cik adik ni siapa?. Jangan kata… kau nak test market je kan, Kim?.”
Kim cepat-cepat menarik buku menu dari tangannya.
“Kenalkan. Ini Qis. Bakal isteri aku.”
Mata Qis membulat.
“Isteri?.” Ulangnya.
Kim menekan tangan Qis di bawah meja, memberi isyarat agar berkata ‘ya’. Pandangan tajamnya membuat Qis takut.
“Ya. Saya bakal isteri abang Kim.”
Wawa dan Remy berpandangan, terlopong.
“Bakal isteri?!.” Suara Remy meninggi.
Kim hanya mengangguk.
“Ya. Lagi pun, Qis tengah mengandung sekarang baru dua bulan.”
Qis hampir tercekik air liur sendiri. Remy pula ketawa sinis.
“Power jugak kau ni, Kim. Belum kahwin dah isi dulu. Confirm kau takut dia lari, kan?. Kau lock terus.”
“Tapi anak luar nikah ni apa kata orang nanti?. Lagi-lagi kau pilih perempuan kampung macam budak ni. Ala miskin. Masalah lah jawabnya.” Kata Wawa.
Qis mengetap bibir, wajahnya memerah. Dia mengangkat wajah, memandang gadis itu.
“Kenapa dengan orang kampung?. Orang kampung juga ada tarikkan sendiri tau. Kalau tak, mana Kim lock saya dengan mengandungkan saya. Kim mesti tahu resikonya, tapi dia tetap pilih saya. Sebab Kim sayang saya. Kan abang?.”
“Betul tu.”
Kim tersenyum bangga. Qis tiba-tiba menekup mulutnya, pura-pura mual.
“Urgh… tak sukalah bau minyak wangi korang. Rasa nak muntah. Lagi-lagi dengan bau mulut puaka korang tu.”
Remy ketawa sinis.
“Harap pasangan kau ni tak kikis harta kaulah, Kim.”
“Kalau kikis pun, harta suami saya. Bukan harta encik.”
“Sombong!. Belum tentu Kim betul-betul sayangkan kau. Esok lusa lepas beranak, ditinggalkan, baru tahu.”
Qis pantas berpaling ke arah Kim.
“Betul ke abang nak tinggalkan sayang lepas ni?.”
“Abang takkan tinggalkan sayang. Harta abang, jiwa abang… semuanya milik sayang.”
“Dengar tu. Suami saya sayang saya.”
Wawa menggigit bibir, tak mampu balas. Akhirnya Remy menarik tangan isterinya.
“Sudahlah. Buang masa layan budak mentah ni. Good lucklah bro.” Lalu melangkah pergi.
Seketika Kim menepuk-nepuk tangannya.
“Hebat jugak lakonan awak tadi. Terbaik.”
“Awak yang mulakan dulu. Tiba-tiba cakap saya mengandung. Kalau saya gagap tadi macam mana?.”
“Ibu mengandung tak boleh marah-marah. Tak baik untuk bayi.”
“Ya, ibu mengandung ni memang tengah marah. Jangan tambah lagi.”
Tawa Kim pecah.
“Awak memang lain, Qis. Saya suka.” Puji Kim sambil mengelus ubun-ubun gadis itu.
Seketika jantung Qis berdegup laju. Wajahnya merona merah.
‘Oi… kau dah kenapa Qis?. Takkan kau dah jatuh cinta dekat pakcik ni…’ Katanya dalam hati.
Share this novel