HFM 78 | | Lepas Tanggungjawab

Romance Series 136653

Dahulu, semasa kali pertama dia menjejak kaki ke ruang kerja Tuan Samsoong, dari awal lagi Dihya boleh mengagak bahawa lelaki yang bakal dia bekerja dengan adalah seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Walaupun aura dan karakter lelaki tersebut seakan angkuh dan tidak berperasaan, Dihya serta merta boleh membaca bagaimana Tuan Samsoong yang sebenarnya.

Seperti Zane sendiri, Tuan Samsoong kelihatan dingin dari luaran. Namun seseorang yang bertanggungjawab dalam diam. mungkin bagi mereka tunjuk secara depan-depan kelihatan kekok. Maka hanya bertindak secara senyap dan sembunyi aje yang boleh mereka lakukan demi menjaga insan yang mereka sayang.

Menjadi seorang yang mudah membaca seseorang melalui gerak bahasa tubuh, Dihya tidak mengambil masa yang lama untuk terus bersetuju dengan permintaan lelaki tersebut setelah dirinya ditawarkan tugas untuk melindungi tuan muda mereka merangkap cucu kesayangan Tuan Samsoong.

Ingatkan Tuan Samsoong aje yang jaga Zane. Rupa-rupanya Zane turut menjaga Tuan Samsoong. Cuma dua orang ini langsung tak sedar yang mereka ni saling melindungi.

Namun dia tidak menyangka suratan takdirnya berubah tiga enam puluh darjah dalam jangka masa lapan bulan sahaja. Sekelip mata saja hidupnya yang penuh dengan hutang dan tekanan terus lesap.

Tak tahu la pada hayat hidup dia yang lalu entah kebaikan apa yang dia dah lakukan sehingga hidupnya ditakdirkan dengan indah begini.

"Apa khabar Tuan Samsoong."sapa Dihya sebaik sahaja dia dan Zane berdiri di tepi katil dimana lelaki tersebut sedang baring melunjur. Dia memberi tundukkan kecil kepada beliau sebelum Zane memimpinya untuk duduk di kerusi bersebelahan kiri katil.

"Tuan dah makan belum?" tanya Zane kepada maid di situ sewaktu Dihya menyelesakan diri atas kerusi.

"Sudah tuan muda. Beliau juga telah mengambil ubat-ubatnya sebentar tadi."

Berpuas hati dengan jawapan maid itu, Zane mengangguk kepala. Dia kemudiannya memberi isyarat kepada maid Itu agar meninggalkan mereka sendirian yang mana dituruti tanpa mengatakan apa-apa.

Sepanjang masa itu Tuan Samsoong hanya memerhatikan tingkah Zane sejak melangkah masuk sehinggalah tiba di sebelah katil. Setiap perlakuan cucunya itu kelihatan lemah lembut terhadap Dihya. Jauh sama sekali sikap Zane yang dulu dingin dan tidak berperasaan. Nampaknya betul la kata Kyren. Kehadiran Dihya dalam hidup Zane mengubah karakter Zane sepenuhnya.

"Kejutan apa yang kamu sediakan hari ni sampaikan tiba-tiba datang tanpa amaran?" ujar Tuan Samsoong perlahan.

Dihya mengerling ke wajah tua Tuan Samsoong dengan renungan redup sebelum mengetap garis nipis di bibir. "Maaf kalau kedatangan kami menganggu rehat tuan. Tak lama pun kami ke sini."

"Tak mengganggu pun. Lagipun kalau bukan maid, Kyren saja la yang keluar masuk ruangan ni. Kalau ada orang lain yang datang tak adalah sunyi sangat."tambah Tuan Samsoong dengan renungan mesranya ke Dihya.

Sambil membetulkan selimut di badan Tuan Samsoong, Zane kemudiannya duduk di sebelah kaki lelaki itu. Menghadap datuknya lantas berkata. "Apa kata doktor?Kata Kyren hari ni Tuan check up?"

"Macam tu la. Nak cakap apa lagi. namapun orang tua. Tunggu ticket pass VIP aje ni hah."seloroh Tuan Samsoong.

Rahang Zane terketap erat mendengar jawapan itu. Kedengaran santai, namun bagi Zane ianya kenyataan yang berat untuk dia terima bahawa satu-satunya datuk yang dia miliki bakal meninggalkan dunia ini bila-bila masa saja.

"Memangnya kamu ke sini kenapa?Bukan ke datuk dah berikan kamu restu untuk mengahwini Dihya?Takkan la kamu nak minta lagi?"Tuan Samsoong melirik seketika ke wajah Dihya sebelum ke wajah Zane. "Ke ada masalah lain?"

Zane menggeleng. Dia tunduk seketika ke tangan Tuan Samsoong sebelum bersuara. "Ada berita gembira yang saya nak sampaikan."

"Berita gembira?Tentang siapa?Kamu?"pandang Tuan Samsoong lagi ke Dihya.

"Dihya hamil..."Dengan riak mendung Zane mengangkat matanya ke wajah tua datuknya. Dia gembira pada masa yang sama berat perasaannya ketika itu. "Dah masuk dua bulan. atuk orang pertama yang tahu."

Tidak semena Tuan Samsoong tertawa. "Selepas sekian lama atuk menunggu, akhirnya baru ada khabar gembira?Hahah. kamu ni salah timing la Zane. Orang tua ni nak mati dah. Baru nak bagi cicit."

Berkerut kening Dihya selepas dengar. Perlahan-lahan dia menyondong ke depan sebelum mencapai tangan Tuan Samsoong. "Stay seketika lagi bersama kami Tuan. Selain Tuan, saya tiada lagi ahli keluarga lain yang nak dikongsikan bersama berita gembira ni. Dan saya belum balas jasa baik tuan selama beberapa tahun ni. Kalau bukan kerana tuan, saya takkan berada di sini."

Zane diam di situ. Dia tidak dapat meluahkan isi hatinya kerana ego dia. Maka hanya tatapan mata saja yang menceritakan segala perasaan yang dia rasakan ketika itu.

Senyuman nipis terukir semula di bibir Tuan Samsoong. "Kalau masa mengizinkan." kepala Dihya di usap perlahan.

Lantas Dihya tunduk menekap tangan dahinya ke atas tangan Tuan Samsoong.

Pada masa itu la Tuan Samsoong mendepakan tangan ke arah Zane. Memanggil cucunya itu supaya mendekat. "Ke mari Zane."

Dengan gigi terketap erat, Zane pandang Tuan Samsoong seketika sebelum tunduk ke pelukan datuknya. Wajahnya di sembam ke dada tua itu dengan sebelah tangan memeluk sebelah badan Tuan Samsoong. Segala rasa sedih dan sebaknya dilampias dalam pelukan itu.

"Memandangkan kamu pun sudah bahagia. Maka hutang datuk pada kamu sudahpun langsai ya. Atuk harap selepas ni kamu bahagia hingga ke akhir hayat Zane. Tak ada siapa lagi yang akan menyakiti kamu." ucap Tuan Samsoong sambil menepuk belakang badan Zane. "Jaga Dihya dan keluarga kamu dengan baik. Dan maafkan la kesilapan ayah kamu tu. Jangan bencikan dia lama-lama. Buruk macam mana sekalipun ayah kamu tu, dia tetap darah daging kamu. Cuma jangan lakukan kesilapan yang sama ayah kamu lakukan pada anak-anak kamu nanti. Tu aje."

Masa inilah tubuh Zane mula menggigil hebat dek kesedihan. Walaupun dia sudah merasai kehilangan dan disakiti berkali-kali dalam hidupnya, dia masih belum bersedia untuk menghadapinya sekali lagi.

"Zane janji. Terima kasih. Dan maafkan Zane untuk semuanya atuk."ucapnya perlahan mengeratkan pelukan.

Tuan Samsoong pun tersenyum senang. Dia menyandarkan pipinya pada kepala Zane. Matanya terpejam. Hela nafas lega dilepaskan panjang. Lepas ni boleh la dia pergi dengan tenang. Tak ada la dia nak susah hati mengenangkan Zane. Memandangkan semuanya sudahpun selesai dengan baik, lepas sudah tanggungjawabnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience