AMZAR menghabiskan masa berjalan di dalam pasaraya sendirian sementara menunggu Nora. Walaupun badan masih penat dan letih Amzar cuba lawan demi menjaga hati Nora. Pandangannya terhenti ke satu ruang legar di sini. Amzar menghampiri ke kawasan itu dengan perasaan sedikit teruja. Baju bayi cantik dan murah berlonggok di dalam rak jualan.
Baju kuning lembut dipegang dan diangkat tinggi. Baju romper ada tulisan besar di dada 'Mommy’s sunshine'.
“Berapa ni dik?” soal Amzar.
“RM6 bang. Ambil 3 helai RM15," balas jurujual spontan.
Amzar mengangguk. Dompetnya dikeluarkan setelah mencapai tiga pasang baju serta dua set sarung tangan kecil berwarna putih.
"Mesti comel anak abah nanti," gumam Amzar.
.
.
Nora terbaring kepenatan sambil memegang perut. Boleh dikatakan setiap hari Nora mula rasa loya dan letih. Baju kerjanya dibuka butang terasa panas.
"Sayang."
"Apa tu abang?"
Amzar duduk sebelah Nora. Baju di dalam plastik dikeluarkan dan diletak di perut isterinya.
"Ini untuk baby kita.”
Membulat mata Nora melihat baju-baju kecil dan comel tu. Tangannya membelek satu demi satu dengan senyuman meleret.
"Abang, cantiknya baju romper ni."
"Cantik kan... abang nampak baju tu terus terbayang anak kita pakai. Kecil, gebu, senyum tak ada gigi. Mesti comel siap boleh gigit-gigit."
Nora ketawa kecil. Nora sedar walaupun hidup mereka serba kekurangan suaminya tetap mahu gembirakan dirinya dan anak yang ada dalam perutnya. Tangan Amzar ditarik dan dibawa ke atas perutnya.
"Baby cakap terima kasih abah."
Amzar senyum meleret. Lama dia membiarkan tangannya di atas perut Nora.
"Assalamualaikum anak abah. Jangan susahkan mak...."
"Ummi," pintas Nora.
Amzar menoleh dan mengangguk. "Jangan susahkan ummi ya anak. Abah dengan ummi sayang awak. Abah nak tengok awak keluar."
Malam ini Nora dan Amzar baring di atas tilam nipis di dalam bilik. Saat bahu mereka bersentuh, mata merenung siling, tiada Netflix, tiada aircond dan juga tiada tilam empuk namun ruang itu masih penuh dengan rasa ketenangan dan bahagia dengan cara mereka.
“Sayang."
Amzar tiba-tiba bersuara perlahan.
“Hmm?”
“Terima kasih sebab pilih abang. Walaupun abang tak kaya, tak pandai sangat tapi Nora tetap ada dengan abang.”
Nora menolak pipi suaminya kasar dan tersenyum.
"Sebab abang selalu buat saya rasa cukup walaupun dunia kata kita serba kekurangan. InsyaAllah ada rezeki untuk anak kita.”
"Rezeki Anak?"
"Abang kenapa terkejut? Allah dah kata setiap anak akan bawa rezeki yang berbeza. Tak payah buat muka pelik macam tu. Tak lawak."
Amzar terdiam. Dia diam bukan sebab kata-kata Nora tapi memikirkan rezeki yang dia dapat daripada April. Adakah itu dikira rezeki juga?
.
.
April. Namanya seindah wajahnya. Lembut, ayu, dan penuh cerita di sebalik senyum yang sering diberi ke lelaki bernama Amzar. Seperti hari-hari sebelumnya April akan singgah di pondok pengawal bersama bungkusan makanan dan air setiap kali sebelum masuk kerja.
"Ya adik? Cari Am?"
April hanya senyum dan ketawa kecil. "Nah, satu untuk abang dan satu untuk Am. Saya masuk kerja dulu."
Idris mengangguk dan mencebik.
"Aku tahu nama kau dan cara kau baik dengan Am sejak dari awal. Kau baik dengan Am sebenarnya bukan sekadar kawan kerja. Kau sengaja nak rosakkan rumah tangga Am," bisik batin Idris.
Bungkusan tadi di bawa masuk ke dalam dengan keluhan panjang.
"Ini kalau Nora tahu, boleh perang Am dengan orang rumah sebab perempuan ni. Am, Am... kau pun nafsu teruk sangat. Orang rumah kau bukannya tak cantik pun. Comel, idung terletak molek jea, baik pun baik."
"Hoi Idris! Kau bebel apa tu?"
Idris berdecit.
"Aril, nah makan. Ada orang bagi."
"Ini mesti perempuan yang syok dekat Amzar tu bagi. Untung betul Amzar ada perempuan minat dia."
"Untung tengkorak kau. Isteri dia hidup lagi dekat rumah tu. Makan jea la, bising betul mulut kau."
"Abang emosi sangat kenapa? Abang marah ya dia suka Am?"
Idris menghalakan pemumbuk ke muka Aril dengan wajah ketat. "Kau rasa kau tak nak hilang gigi baik kau diam."
.
.
AMZAR duduk bersila di depan Nora sedang melipat dan menggosok baju. Letihnya masih tersisa namun demi Nora dia berusaha berlagak santai agar tidak pecah lubang.
"Sayang, abang dah siapkan mee untuk isteri abang yang tercinta."
Nora tersenyum lebar. Sungguh dirinya gembira melihat Amzar ambil berat dengannya.
"Terima kasih abang. Untungnya baby ada abah yang baik. Rezeki kita malam ni baby dapat makan mee abah masak," puji Nora.
"Well, demi Nora dan anak kita yang bakal lahir abang sanggup buat apa jea asalkan mereka gembira."
"Sweetnya abang malam ni sampai Nora rasa segan pula dengan abang."
"Segan apa sayang? Sayang isteri abang bukan orang lain. Sayang makan dulu abang nak ambil air."
Amzar bangun dan melangkah laju ke dapur semula. Gerak gerinya kemas dan teratur. Semua kerana telefon bimbit di dalam poketnya tiba-tiba bergetar.
"Aril?" gumam Amzar.
"Dia bukan tak tahu yang Nora ada rumah," bisik batin Amzar.
"Am free malam ni? Ril dah masak makanan kegemaran Am. Am suka pedas-pedas kan?" omel Amzar ketika membaca teks di skrin telefon.
Amzar pandang wajah Nora di ruang tamu sedang menunggunya makan bersama. Sedetik kemudian Amzar memandang mesej di telefonnya lama. Satu keluhan panjang dilepaskan.
“Sekejap lagi saya keluar beli barang dapur. Nanti saya datang," bisik Amzar disertai jari jemarinya laju menaip.
"Send. Siap. Sekarang yang depan pula," gumam Amzar.
.
.
Nasib Amzar seperti menyebelahi dirinya malam ini. Melihat isterinya tertidur selepas makan sedikit sebanyak melancarkan rancangannya. Badan isterinya diselimut dengan perlahan disulami ciuman lembut di ubun-ubun.
"Kesian sayang penat. Rehat ya sayang," bisik Amzar lembut.
Amzar keluar perlahan-lahan dari rumah. Motor ditolak jauh sebelum dihidupkan. Amzar tidak mahu Nora sedar dia keluar malam-malam.
Kedudukan apartment April agak jauh dari runah sewa mereka namun demi menemui April dirinya sanggup meredah angin malam. Nafasnya ditarik dalam-dalam sebelum menekan loceng rumah milik April.
"Datang pun, masuklah."
Terkebil-kebil Amzar melihat senyuman April. Rambut yang panjang dan halus dibiarkan tidak berikat, baju warna neon yang terang dan longgar serta kaki April yang cantik cukup gugat iman Amzar. Rasany jantung Amzar sekarang menghadapi masalah untuk bernafas. Tangannya di tarik April dibiarkan tanpa kata.
"Am tak datang tadi mesti Ril kecewa," bisik April manja.
Amzar memandang meja makan kecil tu penuh dengan lauk. Rendang daging, telur masak lemak, ulam dan sambal belacan. Juga ada sedikit buah-buahan kegemaran Amzar.
"Macam mana Ril tahu saya suka semua ni,” kata Amzar.
April senyum dan tidak menjawab soalan Amzar. Sengaja tangannya menolak Amzar supaya duduk. April duduk bertentangan dengan Amzar.
"Ril, malunya saya dengan Ril."
"Buat apa nak malu. Ril suka dengan lelaki macam Am. Suka masakan kampung, lemah lembut dengan perempuan dan paling penting body hot."
Amzar terdiam bukan sebab pujian April tapi sebab lain. Dirinya membeku sebab kaki April naik bermain di kakinya.
"Cepatlah baca doa. Tak kan nak tengok jea lauk tu," rengek April dengan suara manja.
Amzar hanya mengangguk dan menurut kehendak April.
Selesai makan malam bersama April berdiri di sinki membasuh pinggan. Dia sedar Amzar sedang memandangnya apa lagi baju labuh yang dia pakai sengaja dipakai dengan seluar pendek. April mahu Amzar melihat kakinya yang putih dan licin.
"Am tengok apa tu?"
"Uhuk! Eh, mana ada saya tengok. Saya tertengok."
April ketawa manja. Dia menoleh dan menyandarkan punggungnya di sinki.
"Am, andainya Ril bukan bakal isteri awak mesti awak tak datang rumah saya macam ni. Betul tak?"
Amzar terkedu. Sekarang ini hanya bunyi siaran televisyen yang berbunyi di ruang tamu. Dirinya mula dihimpit rasa bersalah.
"Ril bukan Nora tapi Ril dah buat diri aku rasa dihargai dan dimanja dengan cara berbeza," bisik batin Amzar.
"Saya kesian dengan awak dan Nora,” ucap April perlahan secara tiba-tiba.
"Kenapa pula?” soal Amzar bingung.
"Awak baik sangat tapi awak dikelilingi orang yang suka ambil kesempatan."
''Maksud Ril?"
"Ya la, Am asyik kena cover kerja Idris dengan Seith. Mereka tu mengular jea masa kerja. Ril pun sama ambil kesempatan dengan kebaikan Am. Paksa Am jadi suami saya. Paksa Am makan dengan saya."
Amzar sekali lagi terdiam.
April senyum senget. Umpannya seperti mengena apabila lelaki ini terdiam. Ini yang dia mahukan. Kini langkah seterusnya perlu diambil. April melangkah dengan lebih dekat hingga tangannya menyentuh dada Amzar lembut dan penuh niat.
"Am, Ril tak minta cinta Am. Ril cuma… nak rasa disayangi seperti Kak Nora. Selama seminggu ni. Itu jea permintaan kecil Ril sebelum Ril kahwin dengan suami Ril semula."
Amzar bagai dipukau. Suaranya terpampan di kerongkong. Wajah April ditenung lama. Rasa bersalah mula hadir namun pada masa sama hati Amzar inginkan lebih. Buat pertama kali Amzar tidak menolak sentuhan April.
"Am, Ril tahu Am juga nak seperti ini," bisik April lembut dan manja.
Buah anggur di meja dicapai dan disuap ke mulut Amzar. Kepala April tanpa sengaja rebah di bahu Am.
.
.
Jam menunjukkan 1.45pagi. Nora tersedar dari lenanya. Susuk tubuh suaminya tiada di sisi. Hanya bunyi kipas angin menemaninya.
"Abang?”
Tiada sahutan.
Nora bangun melihat cahaya lampu yang memancar dan mencuri keluar dari tingkap kaca biliknya. Satu keluhan dilepaskan perlahan. Dia melangkah ke dapur perlahan namun kosong. Tandas juga gelap. Pintu depan pula berkunci.
"Mana ni? Abang!"
Nora memandang sekeliling rumah. Kunci rumah dan kunci motor suaminya sudah tiada. Dia terbongkok mencapai telefon sedang cas.
"Abang caskan telefon Nora," gumam Nora perlahan. Nora membuka skrin telefon.
"Abang ada mana?" ucap Nora sambil menaip.
Seminit, masih lagi satu tanda. Tiada balasan. Nora meletakkan telefon dan duduk di ruang tamu sendirian. Uniform kerja suaminya masih tergantung di tempat baju.
"Keluar dengan kawan agaknya," keluh Nora.
Sepuluh minit. Masih senyap telefonnya. Lima belas minit kemudian telefon Nora berbunyi. Pantas Nora mencapai telefon dan membuka skrin.
"Sorry sayang. Tadi bos call abang. Ada orang emergency tak masuk. Abang kena ganti syif malam ni," bisik batin Nora.
Nora terkebil-kebil.
"Patutlah hilang. Abang ni suka buat Nora terkejut," balas Nora dengan senyuman ketika menaip mesej.
Nora merebahkan tubuhnya di lantai yang dingin.
"Mungkin betul. Mungkin memang kecemasan. Abang kan suka ganti orang. Semoga rezeki abang Tuhan permudahkan. Dah berapa bulan sejak aku mengandung dia kerja lebih masa," omel Nora sendirian.
Suasana berbeza di apartment April. Amzar sedang seronok duduk di sofa sambil memeluk April.
"Am. Kak Nora tak mesej lagi? Dia tak syak?"
"Tak, lagipun macam April kata... saya selalu ganti orang secara tiba-tiba."
April ketawa kecil sambil mengusap pipi Amzar lembut. "Am, apa jadi nanti bila Ril dah mula jatuh hati dengan Am?”
Amzar hanya menghela nafas panjang. Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi perlahan. Amzar intai dan jelas nama Nora di skrin.
"Kenapa biarkan... nanti dia risau.”
Amzar pandang April. Hati dia serabut dengan Nora namun pada masa sama dirinya rasa tenang dan selesa bersama April. Paha April yang gebu digosok lembut dengan senyuman meleret.
"Saya sekarang tengah kerja, mana boleh balas mesej. Nanti bos marah," bisik Amzar nakal.
April ketawa mengekek dan memaut tengkuk Amzar tanpa rasa segan.
"Eee, beraninya Am. Ril takut... tapi sebabkan Am berani buat semua ni malam ni, Ril akan transfer duit ke Am."
"Saya tak bawa baju lebih Ril, nanti kantoi dengan Nora," ucap Amzar cuba mengelak.
"Kain batik Ril kan ada," bisik April dan disulami gigitan kecil ke cuping telinga Amzar.
Share this novel