Bab 6:Antara Dua Dunia

Action Completed 149

Usai sahaja Faiq membersihkan diri, terus sahaja dia turun ke bawah untuk menjamu selera. Ternyata Mak Minah sudah pun menghidangkan makanan di atas meja.

"Mak Minah, mana Ummi dengan Abi?" tanya Faiq.

"Ummi dan Abi sudah bertolak ke Dubai pagi tadi lagi," jawab Mak Minah.

"Okey, jadi, siapa yang akan ambil aku pergi sekolah nanti?" tanya Faiq lagi.

"Pak Tam yang akan ambil dan hantar Faiq ke sekolah," jawab Mak Minah.

"Okey, faham," balas Faiq.

Seusai sahaja selesai menjamu selera, Faiq terus berlalu naik ke biliknya. Perut sudah kenyang, mata pun sudah mula memberat. Baru sahaja hendak memejamkan mata, telefon bimbit Faiq berbunyi menandakan mesej WhatsApp masuk.

Faiq lantas membuka WhatsApp tersebut.

Daripada: Uwaisy

"Assalamualaikum. Esok jangan lupa datang rumah aku tau. Aku hantar location rumah aku sekali."

Faiq membaca mesej itu sambil tersenyum. Ini pertama kali dia rasa dihargai selepas semua yang berlaku dalam hidupnya. Walaupun kadangkala Uwaisy itu annoying, tetapi dia tetap seorang kawan yang ikhlas.
Faiq membalas mesej tersebut.

Kepada: Uwaisy

"Waalaikumussalam. Okey, insya-Allah esok aku datang."

Selepas membalas mesej tersebut, Faiq terus meletakkan telefonnya di atas meja sisi. Dia kembali merebahkan dirinya di atas katil.
Hari yang penuh penat, penuh kejutan, dan penuh kenangan pahit yang tidak pernah dia minta untuk ingat — namun tetap datang mengetuk ruang hati.

Faiq memejamkan matanya. Perlahan-lahan hanyut dalam lena yang panjang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience