Chapter 3 - Setia

Romance Series 29529

Nurlydhia lebih banyak mendiamkan diri ketika dalam perjalanan menuju ke balai polis .Naik kereta bersama orang asing membuatkan dia lebih mendiamkan diri tambah lagi kejadian yang hampir maragut kesuciannya masih segar di ingatan.

Kayden Iqsa lelaki yang bertanggunjawab dan saksi kepada kejadia tadi juga perlu hadir ke balai polis untuk memberikan sedikit keterangan dalam laporan yang akan dibuat .Sekilas pandang dia menjeling wanita disampingnya yang terlihat masih takut .Terlihat dari penampilan dan raut wajah dia dapat rasakan wanita ataupun gadis ini masih terlalu muda dan masih sukakan keseronokan luar .

Namun cara wanita ini bercakap dan berpakaian membuatkan Kayden sendiri tertanya -tanya berapakah usia gadis ini sebenarnya .Cantik dan rupawan segalanya dimiliki oleh si dia patut mampu menaikkan syahwat lelaki tadi .

Nurlydhia sedar keadaan yang terus menerus sepi membuatkan dia serba salah .

Dia lalu berdehem

"Encik polis ke?"
Nurlydhia bertanya untuk menghilangkan kesangsiannya apabila terlihat lelaki ini begitu handal dalam seni pertahankan diri dan terlihat sudah akrab dengan anggota polis peronda tadi

Kayden Iqsa yang sedar dengan soalan yang diajukan dengan sebaris senyum dia mengangguk sambil berkata "lebih kurang tapi bukan dia ..faham tak?"Ujarnya santai

Nurlydhia kurang mengerti tapi dia buat-buat faham risau dicop sebagai kepochi pula jika lebih -lebih bertanya .

Kayden pula mengambil kesempatan meneruskan perbualan dengan bertanya nama dan umur kerana sejujurnya dia tidak sukakan suasana sepi jika ada orang disampingnya sejak isterinya koma .Dahulu wanita itulah yang selalu berada di sampingnya dan menemaninya berbual sepanjang tempoh perjalanan tidak kira apapun topiknya .Itulah kerinduannya yang tidak dapat dia sembunyikan .

"Awak nama apa ?umur?"

Nurlydia menoleh ,agak malu untuk mengaku kerana takut dicop gatal kkerana seawal ini memutuskan untuk berkahwin dan akibatnya hampir dibaham buaya buas
.Dia menggaru -garu kepala memikirkan jawapan

Kayden masih menanti jawapan tapi seolah-olah tiada jawapan yang bakal keluar

"Kalau taknak bagitau takpe ,tiada paksaan btw saya Kayden Iqaa boleh panggil KAY "
Kayden kembali bersuara bersama senyuman ramah yang dia sentiasa ukirkan buat orang sekeliling

Nurlydhia diselungi perasaan serba salah ,sudahlah lelaki inilah yang menyelamatkannya takkanlah sekadar memberitahu nama dan umur pun dia rasa tak mampu.Nurlydhia mengelengkan kepala kerana kesal dengan sikapnya sendiri .Mahu atau tidak dia perlu cuba agar tidak menimbulkan salah faham antara mereka berdua.

Dia lalu menoelh ke samping dan memberitahu nama dan umur

"Nurlydhia boleh panggil Dhia dan umur saya baru 18 tahun "

Kayden Iqsa membuntangkan mata dan agak terkelu kerana tidak percaya .Masih terlalu muda untuk berkahwin dan mengenal dunia namun dia cuba beriak selamba

"Semuda ini awak dah nak kahwin dengan lelaki tadi ?"
Dia bertanya lagi tapi dengan nada ingin tahu dan tiada niat sikitpun untuk memandang rendah pada wanita ini sekadar ingin tahu kisah disebaliknya kerana dia tahu keputusan sebesar ini takkan dibuat tanpa adanya kisah yang membuatkan dia terpaksa akur dengan keadaan

Nurlydhia mengangguk dan berkata"saya silap sebenarnya ,terlalu taksub dan termakan pujuk rayu lelaki ..dia menjanjikan sebuah teratak indah memandangkan teratak syurga saya sudah musnah sejak bergelar yatim piatu "

Seperti yang Kayden sendiri jangka ,ada kisah dibalik besarnya sebuah keputusan .Hatinya berasa sayu dan timbul perasaan simpati .

"awak membesar tanpa ibu bapa ,jadi siapa yang jaga awak ?"

"ibu saudara saya ,saya seumur dengan anak perempuan dia jadi memakan kos untuk saya terus bersama dia jadi saya rasa dengan berkahwin mungkin dapat meringankan beban dia tapi siapa sangka segalanya punah sekelip mata "

Kayden terangguk-angguk kerana faham dengan situasi yang menghimpit itu

Tidak lama selepas laporan dibuat ,Kayden mengajak pula Nurlydhia ke hospital .

"Saya rasa tak perlu ,lagipun saya takde kecederaan "
Nurlydhia mencelah ketika mereka melangkah keluar dari balai polis

Kayden berhenti melangkah
"Perlu sebagai langkah berjaga-jaga lagipun tadi ada berlaku pergelutan antara awak dan dia "

Nurlydhia menarik nafas panjang ,malas dia mahu berdrama melayu di sini lebih baik jika dia ikut sahaja

"Baiklah Encik "
Akhirnya dia akur dan dia memasuki perut kereta yang telah dibuka pintunya oleh empunya badan itu sendiri

Setelah selesai mendapatkan rawatan dan menjalani beberapa prosedur Nurlydhia keluar dari bilik rawatan tapi lensa matanya gagal mengesan kelibat lelaki yang membawanya ke sini sebaliknya dia terdengar namanya diseru oleh suara yang amat dia kenali

"Ya Allah Dhia ..kenapa boleh jadi macam ni sayang ?"
Maksunya yang baru tiba terus sahaja menarik Nurlydhia kedalam dakapannya kerana terlalu risau

"Maksuuuuu"
Air mata Nurlydhia terus tumpas di situ ,dia memeluk ibu saudaranya dengan erats sekali

"Rafael jahatttt ,dia cuba rogol Dhia "
Nurlydhia terus memberitahu tanpa berdalih lagi

Puan Aminah yang terkejut langsung beristigfar "Astagfirullahadzim "

"Tapi dia tak apa-apa ,ada orang selamatkan Dhia "
Tambah Nurlydhia lagi

"Siapa orangnya?,maksu nak berterima kasih banyak -banyak dekat diaa"
Puan Aminah menggenggam erat tangan Nurlydhia saat itu ,syukur yang tak terhingga apabial Allah menghantarkan malaikat di saat yang tepat

"Assalamualaikum "
Muncul satu suara garau di situ tidak lama kemudian

"Dhia dah siapkan ?"
Kayden muncul di situ dan sedar dengan kehadiran wanita berumur di samping gadis yang dia selamatkan

"Maksu inilah dia orangnya "
Nurlydhia berterus terang di hadapan maksunya

Puan Aminah ingin melutut saat ini tetapi dengan segera Kayden melarangnya berbuat begitu sebaliknya dibantu wanita berumur itu untuk berdiri

"Eh makcik jangan begini ..bantuan say ikhlas dan Dhia masih terlalu mentah untuk melaui semuanya taoi nasib masih menyebelahinya jadi makcik jangan risau lelaki itu akan merempat didalam penjara "

"Terima kasih Tuan kerana dah selamatkan Dhia tak terbalas budi Tuan pada kami "

Kayden mengangguk dan memimta agar dirinya diapnggil Kay sahaja"Makcik boleh panggil saya Kay sahaja "Ujarnya ramah dan lembut senyum juga tak lekang terukir di bibir

Nurlydhia pula sudah banjir dengan air mata dengan keadaan ini .Lelaki ini telah menjadi hero dalam sepanjang kisah hidupnya

"Encik Kay kami mintak diri dulu ..terima kasih atas segala bantuan encik pada hari ini ,insyaalah suatu hari nanti saya akan membalas segala jasa encik pada saya "Kini tiba masa Nurlydhia pula menyampuk sekaligus meminta diri

"Dhia sebelum awak pergi saya nak awak lebih berhati -hati selepas ini,awak masih muda masih banyak yang awak boleh kejar ,jangan sia-siakan orang sekeliling awak ingat berhati-hati dengan mulut manis lelaki kerana tika ada maunya bulan bintangpun dia sanggup janjika tapi bila dia dah dapat dia boleh buat awak ibarat kuman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar"

Nurlydhia mengangguk tanda mengerti dan dia terus mengucapkan selamat tinggal pada pertemuan yang singkat ini .Singkat tapi penuh makna ,makna yang menyedarkan dia tentang hakikat sebuah kehidupan yang dia tidak sedar sebelum ini

Kayden membiarkan bayang kedua wanita itu hilang dari pandangan matanya hingglah ada suara yang menegur

"Siapa tu "
Puan Elvina bertanya pada anak lelakinya

"Maaa bila sampai "
Soal Kayden pula tanpa membalas soalan ibunya tadi

"Baru jer..btw cantik budak taadi ..berkenan tak?"
Puan Elvina bertanya tanpa berlapik lagi

"Maaaa jangan start merapu "

"Im not ..mama tahu Kay sayangkan Rissa sangat-sangat tapi Kay kena tahu Kay satu-satunya anak mama yang boleh teruskan keturunan kita "

"Ma ,Kay dah janji dengan Rissa untuk setia sampai hujung nyawaaa ..."

"Mamaa tahuuu dan bukan niat mama untuk melupakan Rissa ,Rissa menantu yang baik dan mama pun sayangkan dia tapi Kay sendiri tahu hakikatnya dan keluarga kita perlukan wanita yang boleh menyambung keturunan "
Puan Elvina terus berlalu pergi sebaik menghamburkan luahan hatinya

Kayden menghela nafas panjangggg ,hakikat itu amat sulit untuk ditelan meski pelbagai cara telah dicuba

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience