BAB 1

Romance Series 34696

Masa Kini – TUJUH TAHUN KEMUDIAN

SEKEJAPAN pasang matanya dinaikkan dan sekejapan diturunkan pula dan akhirnya dia membuka kaca mata lalu disangkutkan di atas kepala.

“Hurm…”

“Hurm?”

Terjongket sebelah keningnya tika halwa pendengarannya menangkap bunyi gumamam ajuk dari mulut wanita di hadapannya ini.

“Pening saya sekejap…”

“Apa yang peningnya, Puan Hayati?”

Puan Hayati mula meletakkan fail di atas meja kerjanya.

“Pertama kali mohon kerja ke Cik…”

“Puan Amara. Saya sudah berkahwin, puan.” Jazlynn Amara melemparkan senyuman manis.

“Maafkan saya Puan Amara. Berbalik semula kepada pentanyaan saya sebentar tadi. Ini kali pertama Puan Amara mohon kerja?”

“Ya, puan. Selama saya berkahwin, suami saya tak izinkan saya berkerja sebelum ni dan suruh saya duduk rumah jaga anak-anak dan sekarang anak pun dan besar sikit… jadinya suami saya izinkan saya cari kerja.”

Puan Hayati terangguk-angguk kepalanya sebelum beliau mula membalas bicara.

“Maaf kalau Puan Amara sedikit tersinggung dengan kata-kata saya ini ya. Sejujurnya saya bagitahu puan yang tiada kelayakan yang Puan Amara ada untuk pegang mana-mana jawatan di syarikat ni. Puan cuma isi borang mohon kerja. Tapi saya tak nampak satu sijil atau apa sahaja supporting document untuk saya membuat penilaian.”

“Saya bukannya mahu mohon jawatan besar-besar, Puan Hayati…”

“Maksud Puan Amara?”

“Suami saya hanya izinkan saya bekerja sebagai Tea Lady saja. Tolong ya Puan Hayati. Bagilah saya kerja di sini. Sebab sudah berpuluh syarikat saya pergi semuanya tolak dan suami saya bagitahu yang kalau ini pun saya tak dapat… next time no more! Please puan…”

Jangan kata sejongket kening yang ternaik. Dua-dua kening Puan Hayati sekali terjongket tinggi! Selama hampir dua puluh tahun berkhidmat selaku penyandang jawatan sebagai Pengurus Kanan Sumber Manusia di syarikat yang gah ini. Ini kali pertama dia menemu duga calon yang boleh dikatakan pelik tapi itulah! No comment so far!

*

“SARAH…!”

Jazlynn Amara melajukan langkahnya sebaik sahaja terlihat kelibat si sahabat yang sedang menunggunya di perkarangan lobi.

“So how? Puan Hayati setuju tak ambil kau kerja?

“Dia setuju! Yeay! Alhamdulillah!” Jazlynn Amara dan Nur Sarah sudah melompat-lompat teruja.

"So… apa position yang kau dapat? Executive?! Manager?! Assistant Manager?! Director?!”

“Tea Lady, babe!”

“What?!”

Bikin terjojol biji mata Nur Sarah mendengarnya.

“Okey apa…”

“Kepala otak hang lah okey! Tea Lady? Puan Hayati tu rabun ke apa masa kelek fail CV kau?!”

Nur Sarah merentap halus fail yang berada di tangan Jazlynn Amara.Kali ini berganda terjojol biji mata Nur Sarah!

“Eh perempuan! Dah kenapa fail ni kosong?! Mana sijil-sijil kelayakan kau?!”

Jazlynn Amara memaut bahu sahabatnya dan mula berjalan beriringan menuju ke lif. Sesekali ekor matanya melirik sipi melihat mata-mata mula tertumpu ke arah mereka berdua… ataupun lebih tertumpu ke arah Nur Sarah sebenarnya… yang sudah serupa acik ponti versi muslimah terjerit-jerit kepadanya! Nak aja ku lempang nanti karang putus kawan pula! Heh!

“Kau pun tahukan sejak aku jadi suami pada Abang Hakim… mana pernah dia izinkan aku kerja. Bila Abang Hakim izinkan aku kerja semula. Aku dah tak memilih sangatlah. Janji ada kerja. Abang Hakim pun kasihan tengok aku bosan duduk di rumah dan dia pun ada bagitahu aku jangan apply kerja yang bikin kepala otak ni stress. So… jadi Tea Lady mana ada stress! Buat air saja. Hehehe…”

Nur Sarah mula mengeluh tipis.

“Suka hati kaulah, Jaz. Janji kau happy dan yang paling penting aku pun tumpang happy sebab kita berkerja di syarikat yang sama. Hari-hari aku tuntut air kat kau nanti!

BEEP!
BEEP!

“Eh! Laki aku sudah voice note lah ingatkan aku ambil Haziq dan Hani di sekolah. Aku gerak dulu ya, Sarah. Lagipun aku nak singgah ke AEON Big dulu nak beli sotong. Hari ni Abang Hakim nak lauk sotong balik kerja nanti.”

“Yalah, Jaz. Sampaikan salam aku pada Abang Hakim. Ini menyempat aku beli cookies. Ada staf jual. Kau kongsi-kongsilah dengan anak-anak kau tu.”

Jazlynn Amara dan Nur Sarah melagakan pipi sebelum keduanya berpamitan.

*

“PUAN Hayati…”

Puan Hayati hanya mengemam senyuman kepada staf yang barusan sahaja memasuki ke unit pejabat Sumber Manusia.

“Dah pukul berapa sekarang ni, Razif? Apa alasan awak kali ni? Kucing bersalin songsang di rumah?”

Perlian Puan Hayati disahut dengan gelak ketawa tipis staf-staf yang lain. Mahu gelak galak?! Mahunya kena surat amaran dari Acik Yati kita ni!

“Ish! Mana ada, Puan. Tadi di parking saya ada ternampak satu kereta sport Nissan ni. Fullaweh! Smart gila! Saya apa lagi, puan. Selfie lah dulu. Nak post dalam IG Story dan TikTok.”

Puan Hayati mula mencebikkan bibir. Lalu mula terfikir. Gerangan milik siapa pula kereta Nissan Sport itu?! Hurm… tiba-tiba ‘terkepochi’ pula dah! Hish!

“Weh! Weh! Kau orang nak tahu tak siapa owner kereta tu? Terkejut aku! Sah-sah sejenis perempuan yang ada sugar daddy bela ni…”

“Siapa? Siapa?” Pekerja yang bernama Ain mula merapat ke meja Razif.

“Aku hanya tahu nama dia Amara. Syok sangat selfie… perempuan tu dah bercekak pinggang depan aku!”

Puan Hayati yang sedang melangkah mahu menuju keluar untuk menghadiri mesyuarat kembali ternaik jongket dua alis keningnya buat kali yang ketiga!

“Siapa sebenarnya awak, Jazlynn Amara? Hurm… interesting!”

Puan Hayati mula mengumam.

Perempuan yang sedang diumpat kutuk oleh Razif itu…Adakah Jazlynn Amara yang hadir pada hari ini untuk sesi temu duga… yang tiada kelayakan langsung dan merayu untuk diambil sebagai Tea Lady di syarikat ini?!Diakah itu?!Kalau benar… seorang yang memegang jawatan Tea Lady bakalan membawa Nissan Sport ke sini tak lama lagi?!Bukanlah mahu menghina tetapi omongan masyarakat keliling boleh tahan spekulasinya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience