bacdh 'Aras Rasa'

Drama Series 55610

"Ni!"

Mama hulur telefon jenis android daripada jenama terkenal. Bukan telefon bimbit lamanya berjenama iPhone yang mama rampas selepas tahu dia mengandung.

"Sim kad baru, dekat kotak ada emailnya dah create baru dengan password. Mulai sekarang guna yang itu. Contact lagi budak dua beradik haramjadah tu... nahas!".
"I will be out of town for work... a week. Duduk saja dalam rumah!"
"Doesn't mean you are married, you can disobey me. That husband is just a dummy for your bastard.”
"Cukup masa dia akan tinggalkan rumah ni termasuk baby tu. Faham!?".

Khaleeda angguk laju-laju. Bimbang Mama sakitkan dia lagi seperti sebelum ini hingga badan dia penuh lebam merata. Mujur ketika majlis perkahwinan lebam sudah semakin samar dan yang di wajah berjaya disembunyikan dengan solekan.

Seusai habis berkata Mama keluar dari bilik dan hempas pintu kuat, meninggalkan dia terkedu seorang diri. Air mata gugur lagi. Dia sakit tapi tiada tempat untuk mengadu.

Mujur tangan Mama yang menyakiti dia kalau Papa dengan tenaga lelaki rasanya dia sudah bergelar arwah. Tiada langsung mereka mahu bertanya jika dia mangsa. Terus jatuh hukum dia bersalah.

Mana Hamzah? Selepas membuat pengakuan langsung lelaki itu senyap. Sampai hati Hamzah. Air mata jatuh lagi. Tak mungkin Hamzah akan senyap macam ini, bukankah Hamzah selalu merayu dia menjadi kekasih hati.

Mengapa sahabat baik Hamzah menjadi suaminya?. Ada cerita apa muncul pula Yusoff menjadi watak Pak Sanggup?. Khaleeda buntu dan penuh tanda tanya di dalam fikirannya.

Di mana pula Yusoff sekarang ini?. Selepas majlis di hotel dia langsung tidak bertemu lagi dengan suaminya itu. Peranan Yusoff hanya sampai di majlis itu sahajakah?.

Atau lelaki itu ada di luar?. Bukankah sebentar tadi Mama kata suaminya itu hanya kambing hitam dan cukup masa suami dan anak di dalam kandungannya ini akan tinggalkan dia. Bermakna peranan Yusoff masih belum tamat.

Allah...
Sakitnya. Seluruh tubuhnya sakit. Khaleeda pekap tangan ke perut. Ada zuriatnya di dalam perut yang sakit amat ini.

Dia tak rela dengan apa yang telah berlaku. Dia tak mahu dengan kandungan ini. Tapi kelmarin ketika mama membelasahnya, bahagian perut ini yang paling dia lindungi.

Air mata Khaleeda menitis lagi. Lebih lebat kali ini hingga terhinggut-hinggut tubuhnya.

Anak ku...
Khaleeda usap perutnya perlahan.

@@@@@@@

Sudah begini tulisan takdir.
Dia sekarang berada di tanah perkuburan memberi penghormatan terakhir kepada Neneknya, emak kepada arwah Mama.

Rezekinya dapat berjumpa buat kali terakhir dengan arwah yang lama amat tidak bertemu. Kali terakhir bertemu sebelum arwah Mama meninggal dunia.

Keuzuran Nenek dan keuzuran Mama ketika itu membataskan pertemuan. Selepas Mama pergi dia sibuk dengan sekolah dan mencari rezeki.

Dua hari lepas apabila dia berkesempatan bertemu, Nenek dalam keadaan uzur benar. Ahli keluarga Mama meminta dia tetap tinggal di kampung jangan pulang dahulu sementelah keadaan Nenek yang begitu.

Ceritanya selepas majlis di hotel dia meminta kebenaran pasangan orang kaya untuk menghantar keluarga sebelah arwah Mama pulang ke kampung memandangkan semuanya saudara tua untuk perjalanan yang jauh.

Saudara muda yang menghantar sudah pulang dahulu kerana urusan yang tidak dapat di elakkan. Yunus pula menghantar saudara sebelah arwah Baba ke Perak dan dia ke Pahang.

Mungkin dua tiga hari lagi baru dia akan pulang ke Kuala Lumpur. Saudara mara meminta dia tunggu untuk kenduri tahlil arwah. Dia tidak sampai hati mahu beralasan memandangkan sudah lama benar dia tidak pulang ke kampung.

Jika dia sudah pulang ke Kuala Lumpur entah bila lagi dia dapat berjumpa saudara mara di sini. Kira-kiranya tidak mengapalah untuk kali ini.

Dalam kepala Yusoff terfikir pula hala tuju jika sudah sampai di Kuala Lumpur. Dia harus ke mana?. Pulang ke rumah Mama dia menyampah dengan Wati. Macam tak boleh pandang lagi muka perempuan seorang itu.

Perkara yang pasti dia juga memang tidak boleh lagi tinggal di rumah Hamzah. Ketika hari pengebumian sahabat itu dia sempat bertemu dengan Pakcik Adnan bapa Hamzah.

Dengarnya Pakcik Adnan mahu tinggal di situ bersama isteri barunya. Dia tidak dapat berbual lama dengan Hamizah kerana drama berat yang berlaku antara Pakcik Adnan dengan mantan isterinya di tanah perkuburan itu.

Jadi dia hanya akan ke sana untuk mengambil barang-barangnya yang masih di situ.

Ketika menandatangani perjanjian dengan pasangan orang kaya, salah satu syarat dia harus tinggal di rumah mereka. Tinggal di situ sehingga suatu masa yang mereka putuskan kelak. Yusoff rasa sehingga bayi itu dilahirkan.

Dan jika Yusoff mendapat tempat di universiti dia boleh pergi melanjutkan pelajaran namun perlu tetap pulang ke rumah pasangan orang kaya untuk mengaburi mata umum.

Hmmm...
Bilalah dia akan bebas. Harap sangat tidak lama perjanjian ini berlangsung. Berapa usia kandungan budak tu.

Entah kenapa Yusoff rasa ralat. Mana la budak tu letak kepala otak ketika rebah menyerah tubuh dan maruah.

@@@@@@@

Khaleeda pekap tangan ke perut. Dia elus-elus perlahan. Air mata menitis lagi. Allah... salah diakah?

Tidak!
Tidak!
Dia tak salah.

Lembab sarung bantal Khaleeda kerana air mata yang turun tanpa henti. Sedih, sakit. Khaleeda tertekan perasaannya.

"Puan... puan tak boleh macam ni. Sabarlah, nanti cuba lagi. Puan pun masih muda. Jauh lagi perjalanan. InsyaAllah ada rezeki lain Allah bagi."
"Allah hadiahkan ada sebab, Allah ambil semula pun bersebab. Tak ada perkara berlaku tanpa izin Allah. Sabar ye puan. Istighfar banyak-banyak."

Seorang jururawat yang masuk untuk mengambil tekanan darah memberi dia nasihat atas kehilangan ini. Ya, bayi di dalam kandungannya sudah tidak ada.

Selepas Mama dan Papa berpergian, tinggal dia seorang diri di rumah seperti selalu. Kali ini bertemankan tekanan.

Bertemankan persoalan kenapa mesti dia diuji dengan kehadiran bayi kecil. Dia tak rela anak itu ada di dalam tubuhnya.

Dua malam lepas mujur dia tidak kehilangan nyawa. Mujur dalam keadaan berdarah dan gelap mata dia berjaya memandu tiba ke hospital. Segalanya berlaku terlalu pantas.

Perutnya merasa teramat sakit ketika berbaring dalam linangan air mata. Mulanya Khaleeda fikir kerana dia berlapar, kerana dia tiada selera walau mahu meneguk minuman.

Sakit yang berterusan dia fikir angin hinggalah dia ke tandas dan ada letusan kecil di bawah sana, serentak itu darah turun dengan banyak.

Dia memandu dalam keadaan mengeletar teruk kerana panik dan hampir hilang sedar. Sampai di ruang pakir kecemasan hospital swasta itu dia sudah tidak nampak dengan keadaan sekeliling.

Apabila buka mata dia sudah di atas katil wad. Berita kemudiannya yang menyusul, dia tidak tahu dia berada di aras rasa yang mana. Gembira? Tak mungkin, jika gembira mengapa dia sedang menangis. Lega? tapi dia rasa kehilangan!.

Anak itu tahu agaknya perjalanan dia untuk sampai bertemu di dunia nyata tidak ditunggu untuk disambut dan dirai. Anak itu tahu ibunya lemah dan pengecut.

Allah...
Air mata gugur lagi.

@@@@@@@

Tak ada angin tak ada ribut!.

Wati pandang lagi muka telefon. Mencolet dan mencolet lagi. Hmmm... memanglah cantik lawa. Kalau aku pun duduk rumah besar, makan makanan terpilih, duit berlambak... mesti cantik lawa macam ni!.

Hmm...
Pelik, pelik...
Ada benda ni, yang dia tak tahu tapi... dia boleh teka dengan mudah. Dia kan bijak cuma miskin. Silaplah dulu mengurat Yunus. Patut dia cari lelaki kaya.

Maklumlah...
Dia pun cantik apa!. Ya, dia kan cantik. Kalau tak tak kan lah Yunus yang paling kacak di kilang dulu pilih dia, mahukan dia.

Silap... silap... kenapalah dia pilih Yunus yang pokai.

Kalau cari lelaki kaya boleh bela badan macam anak pasangan orang kaya ni. Siapa nama dia? Dada? Dida? Arghh! whatever lah!.

Wati ketuk-ketuk lagi jari telunjuk di dagu.

Kes aku orang tua kaya tu tarik... tiba-tiba Yusoff kahwin anak orang tua kaya tu.

Kau rasa kenapa?
Wati tarik senyum panjang.

Nanti eh. Rasanya boleh cari untung ni!.

yg ni dpt bce tak? smlm tulis tk kuar pn

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience