21 Siapa Wanita Itu?

Family Series 57531

“Jangan lari Deila!!! Tak guna! Kau nak lari ke mana hah?! Sampai lubang cacing opah akan kejar kau!”

“Maafkan Del, opah!!! Ampunkan Del!!! Del salah! Del berdosa! Tolong jangan pukul Del lagi opah, Del dah penat lari!!!”

Keduanya sudah tercungap-cungap dek berkejaran keliling rumah.

“Sampai mati opah tak maafkan kau! Sampai hati kau menconteng arang di muka opah, Del! Sampai hati kau!!! Opah besarkan kau dengan penuh kasih sayang, opah bekalkan kau dengan ilmu agama secukupnya… ini balasan kau kepada opah?! Apa dosa opah, Del?”

“Tak, opah! Tolong jangan cakap macam tu.” Deila sudah menangis teresak-esak. Pilu hatinya. Terpukul dengan kata-kata opah. “Del salah, semua ini kekhilafan Del, opah tak salah! Del yang salah. Del khilaf, Del lemah… maafkan Del… opah tak salah.”

“Pergi!!! Mulai hari ini, opah tak nak tengok muka kau lagi! Mulai hari ini, kau bukan cucu opah! Keluar dari kampung ni, Deila! Pergi!!!”

“Opah!!!”

Tiba-tiba muncul Amirul bersama beberapa orang kampung dan mulai mengheret Deila.

“Opah!!! Jangan buat Del macam ni opah! Tolong Del, opah!!! Del sayangkan opah!”

Opah memusing badan, tak sudi langsung memandang Deila yang semakin menjauh diheret oleh penduduk kampung.

“Mirul! Mirul! Tolong jangan buat macam ni, Mirul! Kau sahabat sejati saya, Mirul. Tolong jangan bawa saya pergi!” Deila merayu kepada Amirul sambil meraung menangis. Dia benar-benar ketakutan saat itu. Terasa diri berseorangan, tiada sesiapa di sisi untuk menyokongnya.

“Kau perempuan keji! Selama ini, saya yang paling setia di sisi kau, Del! Saya yang selalu ada di saat jatuh bangun kau. Tapi kau tak pernah pedulikan perasaan saya. Kau buat saya macam tunggul! Mulai hari ini, saya tidak kenal siapa kau, Deila Araferro! Pergilah kepada lelaki bandar tu. Jangan sesekali muncul di kampung ini lagi!”

“No!!! Jangan buat saya macam ni, Mirul! Tolong saya! Mirul!!!”

Deila meronta sekuat hati. Dia menendang, menumbuk malahan mencakar tangan yang cuba menyentuh tubuhnya.

“Lepaskan saya!!! Saya tak nak pergi!!!”

“Aduh!!!”

BUK! Bunyi seperti nangka busuk jatuh terhempas menerpa pendengaran.

“Deila Araferro! Sakit gila! Arghhh!!!”

Deila yang tengah meronta-ronta pantas membuka mata luas-luas. Dia pandang sekeliling dengan wajah kebingungan. Sunyi sepi! Hanya terdengar rengusan kasar seseorang. Mana opah? Bebola mata berguling. Mana Amirul? Mana orang kampung?!

“Deila Araferro!” Hampir terlompat Deila apabila seraut wajah tampan tersembul dari bawah katil. Wajah masam mencuka bersama kesan cakaran di wajah. “I’m hurt, Del!”

Ya Allah! Pantas Deila mencekup mulut. Apa berlaku? Dia bermimpi ke?

“R… Rhett… kenapa dengan muka kau? K… kenapa kau berada di bawah katil?”

Semakin kelat wajah Rhett dengar pertanyaan Deila.

“Dah kau puas tumbuk tampar, kau tendang saya hingga bergolek jatuh ke bawah katil, kau boleh tanya kenapa?”

Serius? Jatuh rahang Deila dengar. Laju dia mengesot tubuh, mendekati Rhett yang sedang duduk di lantai sambil meletak wajah di birai katil.

“Saya ke yang buat lukisan hodoh di muka kau ni?” Deila tanya dengan rasa bersalah setelah meneliti sebentar wajah Rhett. Jemari naik mengusap pipi Rhett yang bergaris merah panjang dari tulang atas pipi ke dagu.

“Saya ke buat buat semua ni?” Deila tanya lagi. Seolah tidak percaya itu semua perbuatan dia.

“Tak, hantu yang buat!” Sinis Rhett jawab. Deila terkedu. Bebola mata dilarikan, seolah mencari sesuatu sebelum Deila menjatuhkan kaki, berkira-kira mahu keluar dari katil. Pantas Rhett menangkap lengan Deila.

“Nak ke mana?” Rhett bertanya dengan suara mengendur.

“Nak cari ubat. Biar saya ubat luka kau tu.” Terang Deila jujur. Rhett menggeleng.

“Tak perlu. Dalam bilik hotel macam ni tiada disediakan peti rawatan kecemasan.” Deila membantutkan pergerakan dan kembali memandang Rhett.

“Maaf… saya tak sengaja cakar muka kau.” Deila segera meminta maaf kerana dia dihimpit rasa bersalah.

“Sakit sangat Del, saya tak tayang lagi tubuh saya yang pasti dah lebam-lebam kau tumbuk dan tendang tadi.” Rhett masih mahu menyakat. Mati-mati tayang wajah serius walhal hampir terhambur tawa bila lihat wajah cuak Deila.

“Aduh, biar betul! Takkan saya tidur seganas itu?” Deila berbisik pada diri sendiri. Rhett kemam bibir. Dia dengar dan hati bagai digeletek ketika itu.

“Mimpi apa tadi? Ganas sungguh isteri saya ni. Kalau hari-hari macam ni, saya boleh jadi cacat, Del.”

Mendengar pertanyaan Rhett, bebola mata Deila berkaca. Ya, mereka sudah sah sebagai pasangan suami isteri. Pernikahan mereka berjalan lancar dan kini mereka berada di dalam sebuah hotel di sempadan tanah air. Bahagia? Sukar mahu menjawabnya. Perkahwinan mereka masih terlalu baru. Dia masih sakit hati atas perbuatan Rhett. Dan yang pasti, dia benar-benar rasa bersalah pada opah. Mungkin mimpi itu diberikan sebagai peringatan bahawa ada perkara yang belum selesai!!

“Saya mimpikan opah, Rhett.” Melihat perubahan air muka Deila, Rhett bingkas bangun lalu duduk di samping Deila. Bahu Deila dipeluk lalu diusap lembut.

“It’s okay, opah pasti mengerti. Kita akan pujuk opah perlahan-lahan.”

“Saya rasa bersalah pada opah.”

“It’s okay, kau tak salah pun. Saya yang bersalah. Kalau opah mengamuk, biar saya je tadah badan. Kau duduk diam-diam di tepi.”

Deila memandang Rhett dengan mata terpicing. Tak melebih ke kata-kata lelaki ni? Rhett sengih senget, menampakkan separuh gigi putih yang tersusun cantik.

“Kau kalau tak bagi kata-kata sarkastik tu tak boleh ke?” Deila menumbuk dada Rhett dengan tenaga sederhana. Rhett tergelak lalu menangkap pergelangan tangan Deila.

“Rhett!” Deila terhempas di atas tilam bila Rhett menarik tangannya dan tubuh sasa Rhett mendorong tubuh Deila hingga rebah.

“No, Rhett! Saya tak benarkan kau…”

“Dosa menolak kemahuan suami, Del. Saya dah turutkan kemahuan kau tadi. Kau kata penat, saya biarkan kau rehat. Now let’s do it, isteriku.”

Arghhh, benci!!!

“Del…” Rhett berbisik di telinga. “Kau masih perawan. Saya tak sentuh kau sebenarnya.”

“Apa?!” Hampir tergolek Rhett bila Deila menolak tubuhnya sekuat hati.

“Kau tipu saya ke? Kau memang…”

“I have to. Kalau tak, kau takkan kahwin dengan saya.”

“I really hate you, Rhett Raffendy!”

“You can’t hate your husband, dosa. Kau sepatutnya kata… I love you, Rhett Raffendy.” Rhett kembali memanjat ke atas tubuh Deila. Rontaan Deila mati bila pergerakannya dikunci oleh Rhett.

“I love you, Miss Pepeyo.” Bibir bertaut, nafas seolah bergabung menjadi satu. Dua tubuh menjadi satu saat mereka mulai melayari bahtera asmara.

Setelah nafas kembali normal, Rhett menarik Deila ke dalam pelukan. Peluh yang membasahi wajah diseka perlahan.

“Saya tak bercadang mahu punya anak dalam masa terdekat.” Luah Rhett sambil mengusap rambut panjang Deila.

“Ya, lebih baik begitu.” Jawab Deila dengan tenang.

“Saya mahukan anak bersama kau, tapi kita tangguhkan dulu. Masalahnya sekarang, kita kena pujuk keluarga kita dulu.”

“Saya faham maksud kau, Rhett. Saya setuju.” Deila jawab sambil menguap. Dia letih setelah melayan kemahuan batin Rhett tadi. Rhett mengeratkan pelukan. Dia tidak tahu apa bakal berlaku kepada dia dan Deila pada hari-hari mendatang tetapi dia bertekad akan melindungi Deila dengan sepenuh hati.

Rhett lebih dulu terjaga keesokan harinya. Nyenyak sungguh tidurnya bila memeluk seseorang yang dicintai sepenuh hati itu. Wajah tenang Deila yang masih lena ditenung tanpa rasa bosan. Macam mimpi! Terasa barusan dia dihalau oleh wanita itu. Sekelip mata kini dah berada di dalam pelukannya.

Setelah bersiap, Rhett menggoncang tubuh Deila.

“Del, bangun! Kata nak pergi shopping sebelum balik, bangunlah!” Deila menggeliat. Mata masih tertutup rapat.

“Ya, Allah! Del, opah datang!”

“OPAH! Mana opah?!” Meletup tawa berdekah-dekah Rhett bila Deila bingkas melompat turun dari katil sambil memandang sekeliling dengan wajah panik. Rasa takut pada opah mengatasi rasa nyeri di pangkal paha.

“Tak guna! Kau kenakan saya? Berani kau?!” Marak mata Deila bila sedar diri dipermainkan. Laju tangan menyambar bantal di atas katil.

“Del!”

Buk! Melekat bantal di wajah tampan Rhett. Tercengang sungguh Rhett.

“Kau! Kau!” Sampai tak mampu menghabiskan kata gara-gara terkejut dengan tindakan ganas Deila. Dia kahwin dengan naga betina ke?

“Berani kau jual nama opah?!” Deila menjerit. Kemarahan masih bersisa.

“Saya gurau jela. Tu pun tak boleh ke?” Ada rajuk pada nada suara Rhett.

“Sampai hati kau buli suami kau, Del.”

Giliran Deila tercengang. Ah, dia dah melampau ke? Buli? Buli ke macam tu? Selama ini dia dan Amirul bergaduh macam tula, tapi tak pernah pun Amirul sebut perkataan buli. Dia selalu panggil Deila sebagai penjahat atau singa betina je.

“Lain kali kau jangan prank guna nama opah. Saya tengah serabut nak hadap opah sekarang. Dahlah, saya nak pergi mandi.” Langsung takde perasaanlah isteri dia ni. Rhett mengeluh sambil duduk di birai katil.

Ganas nak mampus. Nasib cantik gila. Ada masa-masa manja dan gedik nak mampus. Mulut berbisa tapi sekali rasa pasti ketagih… argh! Rhett meraup wajah. Jelas, dia dah tergila-gila dengan isteri sendiri.

Mereka dibawa berjalan di sekitar Hat Yai dan Songkhla oleh tourist guide yang dipanggil Kak Siti. Lama Deila terpegun tidak berganjak di depan sebuah gerai yang membuat aiskrim gulung pelbagai perisa.

“Kenapa? Nak ke?” Bisik Rhett lalu memeluk bahu Deila.

“Rhett… berapa agaknya harga mesin tu?” Rhett memandang hairan. Ingatkan nak beli aiskrim!

“Tak tahu. Kenapa?”

“Saya nak beli satu, nak bawak ke kedai runcit. Pasti laku keras!” Rhett menepuk dahi. Ya Allah, minah seorang ni kan. Tengah dating dengan suami pun masih sempat fikir tentang bisnes?

“Dah, dah… jom gerak kalau tak nak beli aiskrim!” Laju Rhett tarik tangan Deila untuk pergi dari situ.

Mereka tiba di kawasan gerai menjual pakaian.

“Wah, ni mesti cantik kalau puan yang pakai ni!” Tersenyum-senyum Deila bila Kak Siti menghulur sehelai dress kepada dia.

“You can try. There is a change room inside, go and try it.” Penjual pakaian itu mendesak lalu menarik Deila ke bilik menukar pakaian. Deila hanya menurut.

Tidak lama kemudian, dia keluar lalu berpusing-pusing di hadapan Rhett.

“Tadaaa! Cantik tak?”

“Wah, cantiknya awak!” Kak Siti lebih dulu memuji sambil bertepuk tangan. Rhett memandang dengan mata terjegil.

“Tak cantik! Langsung tak cantik, Del! Apa ni? Seksi sangat ni! Tak boleh, pergi tukar sekarang! Kau lebih cantik pakai T-shirt oversize dan seluar jeans. Tukar Del. Saya tak suka!”

Deila membulatkan mata. Bagi dia dress itu taklah seksi mana pun. Takde dedah sana sini. Cuma agak ketat menampakkan bentuk tubuh badan.

“Saya suka baju ni dan saya nak pakai baju ni.” Deila melawan. Tak dia peduli tatapan marak berapi yang Rhett lontarkan.

“Tak boleh!” Rhett memaut pinggang Deila lalu dia angkat tubuh Deila menuju ke bilik menukar pakaian.

“Tukar sekarang!” Perintah Rhett lalu menolak Deila masuk dan menutup pintu dengan kasar.

Mereka tiba di sempadan ketika hari beransur petang. Selepas mengambil kereta di kawasan parking, perjalanan diteruskan. Rhett pada awalnya berniat mahu terus menghantar Deila pulang ke kampung kerana risaukan opah. Ketika berhenti makan di sebuah restoran, Rhett menghidupkan telefon bimbit yang sudah beberapa hari sengaja tidak diaktifkan kerana dia tidak mahu rancangannya terganggu.

Dia berniat mahu hidupkan sebentar kerana mahu menghubungi kawan baiknya. Belum sempat mahu mendail, berderet-deret pesanan masuk. Telefon terus berbunyi, menandakan ada panggilan masuk. Tercengang Rhett memandang skrin telefon bimbitnya. Rhett memandang Deila dan skrin telefonnya silih berganti.

“Kenapa tak sambut?” Tanya Deila dengan rasa hairan. Rhett kelihatan serba salah.

“Err… panggilan dari papa, Del.” Beritahu Rhett tanpa ditanya. Deila mengangguk.

“Sambutlah, Rhett. Mereka pasti tengah risaukan kau.” Pujuk Deila lembut, seolah memahami apa yang sedang bermain dalam benak Rhett ketika itu.

“Maaf, saya cakap dengan papa sebentar ya.” Rhett bingkas berdiri dan menjauhi meja. Dia tidak mahu Deila dengar perbualan dia dengan papa.

“Where are you Rhett Raffendy? Pergi macam tu je? Kau jangan jadi lelaki dayus, Rhett! Apa-apa hal kita boleh bincang dekat rumah. Bukan hilang macam tu je!” Jeritan lantang papa di corong speaker langsung tidak mengejutkan Rhett. Dia sudah jangka, papa pasti mengamuk gila!

“Saya takkan balik selagi papa tak batalkan perkahwinan tu. Saya dah cakap papa, tolong beri saya masa. Kenapa papa hantar rombongan meminang tanpa pengetahuan saya?”

“Kau sudah berjanji, Rhett. Keluarga Zara menuntut janji yang dah kau lafazkan. Kau nak papa buat apa? Malukan keluarga kita?!”

“Tak papa! Saya… saya tak mahu kahwin dengan Zara.”

“Apa?! Kau dah gila ke Rhett?! Kau jangan buat hal! Semua dah diuruskan oleh keluarga Zara! Papa nak kau balik sekarang sebelum papa bawa polis cari kau. SEKARANG, RHETT RAFFENDY!!!”

“Papa! Papa!” Rhett genggam telefon bimbit seeratnya. Sakit hati. Bengkak bernanah hati dengan sikap papa. Rhett menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan amarah dalam dada sebelum melangkah mendapatkan Deila.

“Macam mana? Apa kata papa kau?” Deila tanya setelah Rhett menghenyak punggung di kerusi.

“Saya kena balik sekarang, Del.”

“Saya faham. Hantar saja saya ke stesen bas, Rhett. Saya boleh balik sendiri.”

“Tak, Del. Saya tak benarkan awak balik guna kenderaan awam. Jauh perjalanan tu. Saya tak yakin dengan pemandu bas tu.”

Deila terkedu. Macamlah dia tak pernah naik kenderaan awam. Dia dah biasa kot sebelum dia dapat kumpul duit dan beli sebuah kancil terpakai.

“Tak, saya okay je…”

“Awak bawa kereta saya. Nanti saya suruh kawan hantar kereta kepada saya.”

“Tapi…”

“Takde tapi-tapi Del. Lebih selamat kau bawa kereta sendiri berbanding ikut pengangkutan awam. Satu lagi, ni… ambil nombor telefon saya. Jika ada apa-apa… anything, call me!” Hanya selepas berkata, baru Rhett teringat yang di kampung Deila tiada liputan.

“Macam mana saya nak hubungi kau?” Rhett tanya tidak puas hati.

“Boleh je sebenarnya. Ada tempat tertentu yang boleh dapat dua tiga bar. Kalau nak full bar, pergi je ke pekan kampung sebelah. Bagi telefon kau.” Deila menghulur tangan. Rhett memandang curiga namun telefon bimbit dalam genggaman tetap dia serahkan kepada Deila.

“Ni nombor telefon saya. Simpan baik-baik.” Buntang mata Rhett memandang.

“Kau ada telefon bimbit selama ini, Del? Asal baru beritahu saya?” Nada suara benar-benar tak puas hati.

“Saya memang ada telefon bimbit sejak saya belajar di bandar. Ramai je orang kampung ada termasuk Amirul, cuma jarang digunakan kalau di kampung.”

“Masalahnya, kalau ada emergency macam mana nak hubungi kau?” Rhett tanya lagi. Dia masih tak puas hati sebenarnya kerana risau dia tak dapat berhubung dengan Deila nanti.

“Saya akan hubungi kau.”

“Habis tu kalau saya rindu pada kau macam mana?”

“Tengok je bulan.” Rhett tarik wajah cemberut bila dengar jawapan Deila.

“Saya serius, Del!” Rungut Rhett. Sebal dengan sikap Deila.

“Saya pun serius, Rhett. Kita kan berada di bawah langit yang sama. Kau sendiri kata, selagi kita berada di bawah langit yang sama, tiada yang mustahil. Kalau rindu, datanglah jumpa saya. Ingat-ingat juga isteri kau dekat kampung. Saya tak yakin tetapi saya tetap menaruh kepercayaan pada kau, Rhett.”

Rhett tertampar dengan kata-kata Deila. Tiba-tiba dia rasa sebak. Berat hati mahu berpisah dengan Deila. Dengan jiwa hampir kosong, Rhett menghantar Deila sehingga ke kereta single cabnya.

“Hati-hati memandu, sayang. Kalau penat, berehat dulu. Jangan paksa diri.” Berair-air mata Rhett saat menitipkan pesan. Dia berusaha untuk tidak menangis tetapi perpisahan itu terlalu menyakitkan. Dia belum puas bercinta dengan Deila. Terasa masa mereka berdua terlalu cepat berlalu.

“Err… Rhett…” Deila bersuara, ragu-ragu. Rhett merenung seraut wajah paling cantik pernah dilihatnya itu, walaupun wajah itu kosong tanpa secalit pun mekap.

“Saya nak shopping sekejap di bandar sebelum balik boleh? Dah alang-alang sampai sini, guna kereta besar lagi. Banyak barang saya boleh borong untuk kedai runcit saya tu.”

Rhett tepuk dahi. Dia punyalah sebak sampai mahu menangis kerana perpisahan mereka, Deila boleh fikirkan tentang kedai runcitnya? Argh! Sebalnya!

“Kau nak pergi shopping? Jadi bila kau nak bertolak balik? Jangan lewat sangat, Del! Bahaya.”

“Tak, kalau lewat saya tidur hotel.” Bulat mata Rhett mendengar.

“Baik, malam ni tak payah balik. Nanti call saya beritahu hotel mana. Saya datang temankan.” Amboi, laju benar Rhett jawab.

“Tak payah, saya tahu jaga diri.”

“Del, saya tunggu panggilan kau. Ini arahan suami kau, jangan ingkar! Dah pergilah.” Rhett terus menghadiahkan kucupan di pipi Deila.

“Saya tunggu panggilan kau!”

Deila tersengih sebelum memandu pergi. Seperti yang dia jangkakan, kerana terlalu leka mencari barangan kedai runcitnya, Deila terpaksa menempah sebuah bilik hotel kerana dia juga tidak berani memandu seorang diri meredah kepekatan malam.

Dengan menggunakan telefon hotel, nombor Rhett didail. Tidak bersambut. Deila dail sekali lagi. Masih tidak bersambut. Ketiga kalinya…

“Hello?” Terkejut Deila bila dengar suara gemersik seorang wanita menyambut panggilan. Siapa? Takkan tok? Mustahil semerdu itu! Ke ibu Rhett? Jantung mulai mengepam dengan laju.

“Zara!” Kedengaran suara Rhett menjerkah di hujung talian.

“Sayang, ada yang call you tapi tak bercakap! Salah nombor agaknya.”

Gagang telefon terlepas dari genggaman Deila. Sayang? Tiba-tiba ada rasa sakit menyucuk-nyucuk dada.

Siapa wanita itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience