50 Pepero Untuk Awak

Family Series 110448

Sedar tak sedar, dua tahun berlalu. Banyak peristiwa berlaku sepanjang tempoh masa itu. Zara meninggal dunia on the spot semasa kemalangan itu. Ibu Zara ditahan pihak polis dan selepas didapati bersalah, ibu Zara dijatuhkan hukuman penjara sepuluh tahun selepas rayuan dibuat.

Rhett Raffendy?

Macam robot yang diprogram, semakin obses di pejabat. Jarang berada di rumah agam, seolah pejabat itulah rumah dia kini. Suasana di rumah agam kembali seperti dahulu, suram dan sunyi sepi.

Tok Teh juga lebih banyak menghabiskan masa di luar, yakni selepas dia mulai bergiat jadi salah seorang ahli persatuan rumah anak-anak yatim. Di sisa baki usianya, tok mahu lebih pahala dengan menyumbang tenaga dan berbakti kepada mereka yang memerlukan. Ikhlas, tanpa mengharapkan nama dan balasan.

“Dafi! Ghadaffi!!!” Rhett menjerit dari dalam bilik pejabat. Memanggil pembantu yang sudah hampir enam bulan berkhidmat, selepas yang sebelumnya dipecat oleh Rhett.

“Ya, tuan! I’m coming, I’m here!” Gara-gara kelam kabut meluru masuk, hampir tersandung kaki sendiri.

“Cepatkan pertemuan saya dengan wakil Su-Han Holdings!”

“Errr…” Dafi garu kepala yang tak gatal. “tak bolehlah macam tu, tuan.”

“Make it happens or you’ll be fired!”

Damn bos darah beku ni! Dafi menyumpah dalam hati.

“Saya akan usahakan. Err… tuan…” Bebola mata Dafi jatuh, memandang beberapa kad jemputan yang sudah dia susun cantik-cantik di atas meja kerja Rhett pagi tadi. Sedikit pun tak terusik!

“Tuan dah pilih mana satu majlis amal yang tuan nak hadir?” Terpaksa juga Dafi tanya. Kalau tak, teruk dia kena hadap Tok Teh. Rhett dan nendanya sebijik, macam makhluk dari neraka. Buat hidup Dafi tunggang langgang.

“None!” Berbunyi rahang Dafi dengar jawapan selamba Rhett.

“Tak bolehlah macam tu, tuan. Tuan kena pilih satu dan tunjukkan muka tuan. Semua tu adalah majlis yang dianjurkan oleh rumah anak-anak yatim yang tuan dah support selama dua tahun ni. Kalau tak, teruklah saya kena jawab dengan Tok Teh nanti.” Dafi merungut sambil tayang wajah minta kasihan depan Rhett.

Rhett bungkam bila dengar nama tok dipetik. Argh! Dia sendiri pun tak sanggup nak hadap orang tua tu bila dah start enjin membebelnya.

“Baiklah.” Putus Rhett yang hampir buat Dafi melonjak kegirangan. Selesai satu masalah!

“Tuan dah pilih mana satu jemputan di meja ni yang tuan berkenan nak pergi?” Dafi melebarkan sengih sambil tunjuk atas meja. Rhett hanya memandang kosong.

“Kau je pilih.” Arah Rhett, bersahaja. Dafi membesarkan mata.

“Tuan…. Serius nak pergi kan?” Tanya Dafi, kurang yakin bila lihat wajah selamba Rhett.

“Kau je datang sebagai wakil saya, Dafi!” Rhett lempar pandangan sinis sebelum bingkas mengangkat punggung. Dafi pantas menahan di hadapan Rhett sambil merentang kedua-dua lengannya.

“Jangan macam ni tuan, teruk saya dibaham Tok Teh nanti. Tuan tahu Tok Teh menaruh harapan tinggi supaya tuan muncul di salah satu majlis itu kan? Spare me, boss. I need to make a living too…” Dafi sudah masuk ke tahap merayu sakan, siap ukir muka terpaling kasihan di dunia semata-mata mahu raih simpati Rhett.

“I’m not going!” Rhett menegaskan sebelum melanggar tangan Dafi dan terus melangkah keluar. Dafi tercengang sambil telan air ludah perit. Mampuslah macam ni. Bagaimana dia mahu laporkan kepada Tok Teh?

“Tok dah agak, Rhett takkan pergi. Takpe, Dafi. Tok punya rancangan. Kau cuma perlu ikut sahaja. Yang penting, jangan biar Rhett sedar. Pandai-pandailah kau berlakon nanti.”

Apa?! Dafi hampir hempuk muka di dinding konkrit selepas menelefon Tok Teh. Kalau saja bukan kerana gaji lumayan yang dia terima setiap bulan, sudah lama dia angkat kaki lari dari keluarga neraka itu.

Petang itu, selepas terima arahan dari Tok Teh, Dafi bergegas jumpa Rhett dalam bilik pejabatnya. Dafi beritahu Rhett yang salah seorang klien penting mahu berjumpa Rhett segera kerana ada isu yang perlu dibincangkan mengenai projek usaha sama mereka. Klien itu meminta Rhett datang ke sebuah dewan masyarakat yang terletak di pinggir kota kerana klien itu menghadiri majlis amal di situ.

Awalnya, Rhett tidak mahu angkat bontot dari kerusi kerja kerana masih banyak kerjanya yang belum selesai. Tapi, memikirkan tentang projek berprofit tinggi itu, Rhett mengalah lalu bingkas berdiri.

Rhett tergamam bila lihat banner yang direntang di atas pintu masuk dewan berkeluasan sederhana itu. Marak matanya ketika memandang Dafi yang sedang buat tak tahu di sebelah, pura-pura sibuk memandang sekeliling.

“Dafi, dare play tricks on me?” Serba tak kena tingkah Dafi bila Rhett bersuara sinis dan dingin. Belum sempat Dafi menjawab, hujung baju kotnya ditarik oleh seseorang.

“Uncle, nak rasa biskut Pepero paling sedap di dunia tak? Percuma untuk semua tetamu malam ni.”

Dafi menjatuhkan bebola mata, merenung seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan lapan ke sembilan tahun yang sedang menjinjing sebuah bakul rotan buatan tangan penuh terisi dengan biskut jejari pelbagai perisa, terbungkus cantik siap diikat dengan reben pelbagai warna.

“You’re so swe… urgh!” Dafi terjelepok, hampir bergolek di lantai bila tubuhnya tiba-tiba dirempuh dengan kasar oleh Rhett.

“Siapa buat biskut Pepero ni?!” Rhett sudah duduk mencangkung di hadapan kanak-kanak perempuan itu. Bahu anak kecil itu Rhett paut kasar lalu dia goncang perlahan. Anak kecil itu menjerit ketakutan lalu lari lintang pukang meninggalkan Rhett dan Dafi.

“Good job, boss!” Rengus Dafi lalu bingkas berdiri. Punggung dilibas-libas, untuk bersihkan dari kotoran selepas dia jatuh terduduk ditolak oleh Rhett tadi. “Tuan dah berjaya takutkan anak yatim piatu tu!” Sambung Dafi. Memerli Rhett.

“Get me that little brat, now!” Arahan kasar Rhett dibalas dengan jelingan tajam Dafi. Little brat katanya? Dasar bos dari neraka!

“Janganlah cakap macam tu, tuan. Anak tu tak bersalah. Tuan yang tiba-tiba menjerkah, sudah tentulah budak tu lari kerana ketakutan.”

“Cut the crap, Dafi. I want those Peperos!”

Urgh! Dafi memutar bebola mata dengan penuh rasa jengkel. Melangkah masuk ke dalam dewan tersebut, Rhett terpaku. Sana sini kanak-kanak berkeliaran sambil membawa bakul rotan. Satu persatu tetamu yang hadir diberikan biskut jejari. Rhett pandang tak berkelip.

PEPERO!

Rhett terpacak beku. Mata tak berkelip memandang sekeliling. Fikiran sudah jauh menerawang. Hati mendesak ingin tahu. Rasa teruja tidak dapat dibendung. Tak semena-mena, belakang betis Rhett dirempuh sesuatu. Rhett berpaling dan melihat seorang kanak-kanak lelaki tembam berumur dalam dua tahun jatuh terlentang di belakangnya. Bibir comot dipenuhi coklat berwarna merah jambu. Di tangan kanak-kanak itu masih ada separuh biskut jejari perisa strawberi.

“Now who’s this super cute little creature?” Dafi mengetap rahang, menahan geram melihat anak comel berkulit putih melepak itu. Bergolek-golek tubuh mongel padat itu ketika cuba bangun.

Rhett hanya memandang beku. Dafi sudah duduk bertinggung sambil hulur tangan, menawar bantuan kepada si kecil. Anak kecil itu akhirnya berjaya bangun dengan bantuan Dafi.

“Budak comel… siapa nama?” Tanya Dafi.

“Pe… yo… peyo…” Sebutan masih belum lancar, tetapi boleh difahami. Suara comel kanak-kanak itu buat Dafi semakin geram.

“Gebu gebas macam donut.” Getus Dafi sambil tahan diri dari mencuit pipi tembam kanak-kanak itu.

“Peyo? Itu nama kau ya?” Dafi cuit jua pipi si kecil itu lantaran sudah tidak mampu menahan diri.

“He’s talking about his favourite snack, you idiot!” Tiba-tiba Rhett menyampuk. Dafi renung Rhett dengan riak wajah tidak percaya. Diam-diam, rupanya Rhett tengah memerhati.

“Oh, Pepero ke? Hurm… anak siapalah yang comel dibiarkan berkeliaran di majlis keramaian macam ni? Tak takut kena culik ke?”

Dafi mengeluh lalu pandang sekeliling. Rhett sedari tadi asyik memaku pandangan pada biskut strawberi di tangan kanak-kanak itu tiba-tiba datang merapat.

“Dafi, saya nak biskut macam budak tu punya. Go and get me one!”

“Serius, tuan?”

Melihat Rhett angguk dengan wajah serius, Dafi mengeluh lalu beredar. Rhett memaku renungan ke wajah tembam anak kecil itu sebentar. Rhett duduk mencangkung di depan kanak-kanak lelaki itu. Mereka saling bertaut pandang buat seketika.

"Little brat, why your face look familiar?" Rengus Rhett, sedikit kasar. Dalam hati sebenarnya turut memuji kecomelan anak kecil itu.

"Pe... yo... pe...yo..." Pelat tetapi sangat comel menyapa pendengaran. Rhett tersenyum tipis.

"Yup, sweet Pepero... so addictive. I miss her... my sweet Pepero. So damn much." Rhett balas dengan suara hampir tidak kedengaran. Pipi tembam anak kecil itu Rhett usap perlahan.

"Are you lost little buddy? Where's your parent?" Usai tanya, Rhett pandang sekeliling. Di celah-celah orang ramai, Rhett lihat Dafi muncul dan berjalan laju ke arah mereka.

Rhett bingkas berdiri. Dafi menghampiri lalu serahkan sebungkus biskut jejari perisa strawberi kepada Rhett.

Tak buang masa, Rhett koyakkan kertas pembungkus. Biskut jejari dibawa ke hidung. Hati berdetak. Sama! Dengan debaran hebat di dada, Rhett buka mulut. Biskut jejari itu dia gigit separuh.

Ya, Allah! Sama! Sebijik!

Rhett masih ingat rasa itu. Takkan dia lupa walau pun sudah bertahun berlalu.

“Tuan! Kenapa? Tuan okay tak ni?”

Terkejut bukan kepalang Dafi bila lihat Rhett makan biskut jejari dengan mata berkaca-kaca.

“Andeqa!”

Suara jeritan tidak jauh dari mereka sontak buat Rhett dan Dafi menoleh. Rhett tersentak kaget.

“Mummy! Pe... yo!”

Si kecil berbadan tembam itu terkedek-kedek berlari usai menjerit.

“Tuan!”

Dafi meluru mendapatkan Rhett yang tiba-tiba dia lihat seperti mahu rebah menyembah bumi.

Tiber dh keluar sorg... siapa punya tnggjwb tu?

Share this novel

Hashim
2024-07-21 19:09:15 

Xada update ke ?

Hashim
2024-07-18 08:10:56 

Sambung lagi

zuraida khairi suzali
2024-07-16 13:17:11 

adakah baby kembar.. sorg selamat...


NovelPlus Premium

The best ads free experience