IZAT asyik termenung memikirkan dirinya akan bertunang minggu depan. Izat telah diberitahu oleh ibunya tentang bakal tunangnya itu. Izat juga kenal dengan bakal tunangnya itu. Kerana ibunya mengatakan perempuan yang bakal menjadi tunangnya itu bekerja di kedai runcit tidak jauh dari rumahnya. Izat tahu hanya ada seorang perempuan yang bekerja di kedai tersebut. Izat juga sudah selalu singah ke kedai runcit tersebut.
"Kenapa dengan boss ni? Asyik termenung je dari tadi," tanya Nureen pada Salleh.
"Entahlah, aku pun tak tahu apa masalah boss kita tu," jawab Salleh.
"Kau pergi la sembang dengan boss tu. Kau kan rapat dengan boss," kata Nureen lagi.
"Tak nak la aku nak ambil tahu sangat, nanti tak pasal-pasal aku kena sembur dengan boss pula. Kalau dia nak bercerita tentang masalah, dia pasti akan panggil aku nanti," kata Salleh pada Nureen.
"Yalah," kata Nureen sambil tangannya mula menyusun barang-barang yang akan diletakkan di dalam van.
"Nureen kau dah letak dah ke semua barang-barang tu dekat dalam van?" tanya Salleh.
"Aku dah letak semua dah alat-alat nak pasang pelamin tu. Kau tutup je bonet van tu," jawab Nureen.
"Yalah," kata Salleh dan tangannya mula menutup bonet van tersebut.
Tak lama kemudian Izat keluar menuju ke arah van yang sudah di letak barang-barang untuk dibawa ke rumah pelangan.
"Semua barang yang nak bawa dah letak dalam van ke?" tanya Izat pada dua orang pekerjanya itu.
"Saya dah cek tadi, semua dah masuk dalam van," jawab Nureen pada Izat majikannya itu.
"Korang pergi berdua je la dekat rumah pelangan tu. Kalau ada apa-apa masalah baru call aku bagitahu," kata Izat pada pekerjanya itu.
"Baiklah, kami pun dah nak bertolak dah ni" kata Salleh.
Salleh dan Nureen masuk ke dalam van, Salleh masuk ke tempat memandu. Manakala Nureen pula duduk di tempat penumpang sebelah pemandu. Setelah menutup pintu dan memakai tali pinggang kalender, Salleh segera menghidupkan enjin dan memandu ke arah rumah pelanggan mereka.
Sementara Izat hanya memerhatikan sahaja van yang dipandu oleh pekerjanya itu hilang dari pandangan matanya. Hari ini Izat tidak mengikut ke rumah pelangannya kerana ada dua orang rakannya ingin datang untuk bertemu dengannya.
Lebih kurang 15 minit Nureen dan Salleh pergi, dua orang rakan Izat berpakaian wanita masuk ke dalam butik pengantin Izat. Pakaian mereka berdua kelihatan agak seksi. Kerana memakai baju tak ada lengan dan skrit pendek. Solekan di muka mereka berdua juga agak tebal.
"Hey, lama you tak datang dekat tempat kita selalu lepak. You dah kenapa tiba-tiba je macam nak menjauhi kita orang je ni?" tanya salah seorang yang masuk ke dalam kedai Izat.
"Maaf, aku dah tak boleh nak lepak macam dulu dah. Lepas kejadian hari tu orang tua aku tak bagi aku keluar malam dah," jawab Izat sambil memadang pada dua orang yang berada di depannya.
"Umur you dah 30 tahun, takkan masih kena kongkong lagi dengan orang tua you tu. Susah-susah you pindah je tinggal dekat rumah sewa kita orang," kata seorang lagi memberi pendapat.
" Maaf, aku tak boleh... Mak aku dia ada masalah kesihatan,sebab tu aku tak boleh keluar dari rumah orang tua aku," kata Izat sambil matanya memandang pada dua orang yang ada di depannya ini.
"Yalah, I nak bagitahu you ni dah berapa hari ni Amin asik cari you je. Agaknya dia rindu dekat you tu," kata salah sorang rakan Izat.
"Aku mungkin dah tak boleh berjumpa dengan dia lagi. Lagipun tak lama lagi aku akan berkahwin dengan perempuan pilihan orang tua aku," kata Izat dengan nada yang agak sukar untuk ditafsirkan.
"You kan tak ada nafsu dengan perempuan, mana boleh orang tua you kahwinkan you macam tu," kata salah seorang yang dipanggil Mira oleh Izat.
Izat dikenali dengan pangilan Zati oleh rakan-rakan Izat yang mengalami masalah yang sama dengan Izat. Mira pula nama betulnya adalah Amir.
"Aku tak boleh buat apa, semua tu kehendak orang tua aku. Aku pun dah terangkan keadaan aku kat dorang, tapi diorang tak mau dengar pun," kata Izat sambil merenung ke arah pintu kedainya.
Izat risau juga kalau dua orang pekerjanya itu pulang secara tiba-tiba.
"Kenapa you takut sangat dengan orang tua you tu. Diorang tu dah tua bukannya boleh buat apa-apa dekat you pun," kata Mira yang agak kurang faham dengan sikap Izat itu.
"Entah! You dah ada kedai butik ni dah boleh hidup sendiri. Tak perlu la nak ikut cakap diorang tu," kata rakan Mira pula.
"Aku tak boleh bantah cakap diorang. Satu kerana mereka berdua tu mak ayah aku. Yang keduanya sebab mereka berdualah yang bagi modal sampai aku boleh buka butik pengantin ni," kata Izat pada dua orang rakannya.
Kedua orang rakan Izat itu terdiam mendengar kata-kata Izat. Hampir satu jam juga Mira dan rakannya berada di dalam kedai Butik Pengantin Izat, barulah mereka berdua mengundurkan diri untuk pergi dari Butik kepunyaan Izat itu.
--------
PETANG ini Izat sengaja pulang agak awal sedikit ke rumahnya. Kerana Izat ingin singgah ke kedai runcit tempat Maisarah yang juga bakal isterinya bekerja. Selama ini Izat tidak terlalu memerhatikan Maisarah. Kerana ibunya telah memberitahu tentang calon isterinya itu bekerja di kedai runcit tak jauh dari rumahnya. Membuatkan Izat ingin melihat bagai mana perwatakan gadis bernama Maisarah yang sudi dijodohkan dengan dirinya.
Dalam pukul 5.30 petang baru Izat sampai di depan kedai runcit Pak Tam. Izat memarkir keretanya di tepi jalan selepas itu ia pun membuka pintu untuk keluar dari dalam kereta. Izat berjalan masuk ke dalam kedai runcit Pak Tam. Izat melihat Maisarah berada di tempat cashier dan sedang mengira harga barang yang di beli oleh pelangan.
Izat mengambil beberapa barang kemudian ia bawa barang tersebut ke arah Maisarah untuk membayar harga barang tersebut. Izat meletakan barang tersebut di depan Maisarah.
"Ni je ke Encik?" tanya Maisarah pada Izat sambil memandang pada barang yang diletakkan oleh Izat.
"Ya, ini je barang saya," jawab Izat sambil matanya memerhatikan pada Maisarah yang sedang mengira harga barang yang di beli olehnya.
"Semuanya 30 ringgit sahaja," beritahu Maisarah pada Izat.
"Ooo, okay," kata Izat sambil menghulurkan wang kertas 50 ringgit ke arah Maisarah.
Maisarah mengambil wang tersebut dan mengembalikan wang baki kepada Izat. Lalu Izat mengambil barangnya yang telah Maisarah letak di dalam beg plastik. Izat tertanya-tanya adakah Maisarah tahu bahawa dirinya ini adalah bakal suaminya. Kerana Izat melihat Maisarah sepertinya melayan dirinya seperti pelanggan lainnya.
Izat juga terfikir kenapa Maisarah sanggup ingin menjadi isterinya. Kerana Izat dapat merasakan sudah banyak orang kampung yang tahu tentang kejadian dirinya ditangkap pada malam itu. Tapi ia tidak sangka Maisarah sudi menjadi isterinya. Melihat wajah Maisarah, Izat dapat mengagak umur Maisarah masih muda remaja lagi.
Sebelum masuk ke dalam kereta Izat memandang sekali lagi ke arah Maisarah, dan dalam masa yang sama Maisarah juga memandangnya. Pandangan mereka berpaut, entah kenapa. Hati Izat terusik.
Bersambung...
Share this novel