Di tempat yang lain...
Nana menunggu sampailah tengah malam sebelum balik ke rumah semata-mata untuk mengelak daripada berjumpa dengan datuknya. Dia tanggalkan kasut tumit tingginya di depan pintu dan berjalan perlahan-lahan melalui rumah yang gelap. Namun, sebaik sahaja dia nak menaiki tangga, semua lampu rumah menyala serentak. Tubuh Nana kaku di tempatnya, dengan sebelah kakinya masih tergantung di udara.
"Roel Anaya!"
Nama penuhnya dipanggil. Nama tu cuma keluar daripada mulut datuknya, dan cuma bila lelaki tua tu tengah marah dengannya. Dekat luar pun, orang kenal dia dengan nama nana je. Disebabkan dia dibersarkan di luar negara, dia tak guna pun nama penuh dia. Paling pun Anaya je. Dan dia sendiri lebih suka dipanggil 'Nana'.
Nana berdiri tegak dan melangkah dengan tenang menuju ke ruang tamu. Dia disambut dengan renungan tajam dan marah dari datuknya. Walaupun lelaki tua tu tengah duduk atas kerusi roda, tubuhnya nampak lemah dan tak lagi sekuat yang dulu, matanya masih setajam mata helang. Pandangannya seolah-olah sedang menyelidik ke dalam jiwanya.
Tapi walau tajam mana datuknya renung, Nana tetap nampak macam kertas kosong. Dia cuma apa yang dia tunjukkan pada wajahnya; angkuh dan bijak, tapi juga realistik. Dia tak pernah sembunyikan apa-apa, terutamanya daripada datuknya yang sangat dia hormati.
Lelaki tua tu dah berusia lewat enam puluhan, wajahnya tak ada perasaan tapi tetap nampak berwibawa. Disebabkan dia pernah berkhidmat dalam ketenteraan, dia pancarkan aura kehebatan, ketegasan, dan keberanian. Dia adalah seorang lelaki yang dah mengharungi macam-macam cabaran kehidupan.
Memandangkan Nana tak suka tengok datuknya dari atas, dia melutut dengan penuh hormat supaya ada pada paras mata lelaki tua tu.
Dia nampak sangat beradab dekat depan datuknya, seorang yang dah lepas zaman kegemilangannya tapi masih merupakan figura yang berpengaruh. Walaupun dia sendiri dah berada di puncak kejayaan, tapi dekat depan datuknya, dia cuma seorang cucu yang rendah hati dan penuh hormat.
Dia perlahan-lahan melihat ekspresi datuknya sebelum berkata, "Abuelo, kali ni Nana tak buat apa-apa. Belum buat apa-apa memang dah rosak blind date tu."
Farid Ismadi, datuknya, mengusap dahinya dan berkata, "Maksudnya, kamu memang dah ada plan nak rosakkan blind date tu la, ya?"
Dia tersenyum manis dan berkata, "Nana kan cucu abuelo. Takkanlah Nana tak terikut jejak abuelo, kan?"
"Patut ke abuelo bangga kalau kamu cakap macam tu?" Nada suaranya kedengaran tegas.
Senyumannya tak pudar walaupun datuknya masih lagi keras. Malah, senyumannya tetap santai sambil dia teruskan, "Abuelo, Nana dah cakap banyak kali, tak payah buat macam ni lagi. Dah berapa banyak blind date yang fail? Kenapa abuelo tak boleh terima je yang Nana okay je dengan apa yang Nana ada sekarang?"
Farid mengeluh dengan rasa kecewa sebelum berkata, "Salah ke kalau abuelo cuma nak kamu bahagia?"
Nana mengerutkan sedikit keningnya sebelum menegaskan, "Kenapa abuelo ingat Nana tak bahagia? Nana percaya dengan satu benda dalam hidup ni. Kita tak sepatutnya berpuas hati dengan sesuatu yang kurang. Hubungan boleh terbina kalau boleh bawa benefit untuk satu sama lain. Sama ada Abuelo kata tu cinta atau kebahagiaan, akhirnya, semuanya cuma sifat yang mementingkan diri untuk manusia. Orang jalinkan hubungan untuk isi kekosongan yang mereka rasa dalam hati. Mereka mencari perasaan yang hilang dalam hidup mereka. Semuanya ada kaitan dengan benfit. Tak ubah macam urusan perniagaan. Bila mereka rasa perasaan tu dah tak cukup, mereka pilih untuk berpisah dan bercerai. Kita semua cuma bermain permainan monopoli dengan gunakan nama cinta dan perasaan."
Mata datuknya menunjukkan emosi yang bercampur-baur, tapi Nana belum selesai, "Tapi bila saya dah rasa bahagia dalam hidup, kenapa saya perlu jalinkan hubungan just because Nana nak cari kebahagiaan? Orang tu kena ada sesuatu yang lebih untuk Nana tertarik dengan dia. Sekurang-kurangnya sesuatu yang lebih daripada sekadar perasaan yang tak guna." Dia berhenti sekejap sebelum menambah, "Lagipun, kalau orang itu tak bahagia dengan diri sendiri, macam mana dia nak cari kebahagiaan dalam hubungan yang melibatkan orang lain?"
"Diam!"
Nana tersentak dan terus menutup mulutnya. Alamak! Nampaknya dia sekali lagi dah buat datuknya marah. Tapi dia tak kisah, sebab datuknya takkan pernah marah lama-lama dengan dia. Dia tak nafikan, dia pun memanipulasi kasih sayang datuknya dekat diri sendiri.
Sekurang-kurangnya, datuknya kata itu namanya kasih sayang. Walaupun dia sendiri tak tahu macam mana rasanya kasih sayang tu, dia tahu satu perkara; dia lebih penting pada datuknya kalau nak dibandingkan dengan apa pun.
"Ayah," terdengar suara seorang wanita yang melangkah masuk sambil mengusap dada lelaki tua tu. "Jangan marah-marah macam ni. Tak baik untuk kesihatan."
Nana memandang wanita tu dan ucapkan terima kasih dengan gerakan bibirnya. Wanita tu, Anira Harris, tersenyum padanya dan menggeleng perlahan dengan pasrah. Dia adalah anak angkat kepada Farid. Dia kehilangan ibu bapanya sejak kecil, dan masa tu, nenek Nana ambil dia sebagai anak angkat. Walaupun sekarang nenek kepada Nana dah tak ada, dia tetap ada di sisi keluarga ini.
"Kenapa kamu tak nasihatkan je budak kepala batu ni supaya dengarkan je cakap ayah?!"
Nana tunjukkan ekspresi seolah-olah merajuk. Walaupun emosinya tak pernah berubah, dia dapat menguasai seni memalsukan ekspresi muka. Semua ini semata-mata untuk memperdayakan datuknya yang selalu risau sebab dia terlalu tak berperasaan. Sebab itulah datuknya selalu aturkan banyak blind date untuk dia. Dia berharap kalau Nana jatuh cinta dengan seseorang, mungkin dia sekurangnya dapat pupuk perasaan yang ikhlas.
"Sayang, kamu kata kamu dah bahagia. Jadi jelaskanlah apa kebahagiaan yang kamu rasa sekarang ni."
Ekspresi Nana bertukat serius semasa dia menyebut, "Nana rasa gembira dan puas dengan apa yang Nana ada. Saya rasa hidup saya dah cukup bagus, bermakna, dan berbaloi." Entah kenapa, dia rasa bangga dengan dirinya sendiri.
Faris pandang Anira sebelum bertanya, "Kamu dengar tak? Dia masih ingat yang dia boleh tipu ayah dengan definisi kebahagiaan dari Google."
Nana mengeluh perlahan, "Abuelo, Abuelo suruh Nana senyum, kan? Tengoklah betapa cerahnya senyuman Nana sekarang. Apa lagi yang Abuelo nak daripada Nana?"
"Nana, senyuman kamu takkan dapat tipu abuelo lagi. Senyuman kamu tak ikhlas."
Ekspresi Nana berubah sedikit, dan dia pun pandang Anira dan berkata, "Nini, awak kan belajar medic. Kenapa tak ingatkan Abuelo saya ni yang jantung kita yang buatkan kita terus hidup? Kita hidup bukan sebab kebahagiaan."
"Nana, make sense je kenapa abuelo risaukan Nana." Nana pandang dengan pandangan yang tak percaya sebelum Anira menyambung, "Nana kan pandai. Banyak buku yang Nana dah baca. Mesti Nana pernah dengar ayat, ‘Hidup bukan untuk sekadar hidup, tapi untuk alami semuanya.'"
Nana menganggukkan kepalanya. "Dah banyak kali Nana dengar orang cakap macam tu." Dia menjawab tanpa ragu. Dengan daya ingatan yang sempurna, bukan susah untuknya mengingat sesuatu yang pernah dibacanya.
"Betul!" ujar Anira. "Walaupun kami faham yang Nana kata yang Nana bahagia, maksud kami bukan untuk Nana rasa bahagia je tapi untuk rasa semua perasaan dalam hati manusia."
"Termasuk rasa sakit?" soal Nana dengan serius.
Anira mengangguk jujur. "Ya, termasuk rasa sakit. Kami nak Nana rasa sakit tu macam mana. Sebab dengan sakit tulah Nana dapat tau yang Nana sebenarnya ada perasan. Semua orang layak rasa gembira dan rasa sakit."
“Termasuklah kamu,” ujar Farid, masih lagi marah.
Share this novel