4 Tahun yang lalu,
KERUT wajah anak tirinya cukup menggambarkan anaknya dalam masalah. Elvin tersenyum sinis memandang gadis itu berbaju tidur Doraemon duduk di meja belajar. Suasana hujan lebat di malam hari sedikit sebanyak menjadikan Elvin bagaikan dirasuk iblis. Tiga hari isterinya berkerja di luar bandar dan dirinya mula merasa sunyi.
"Melur, buat apa tu?"
"Pak cik, Melur tengah siapkan kerja sekolah."
Elvin berdiri berdekatan dengan Melur. Sengaja tangannya mengusap lembut belakang badan Melur dengan sentuhan lembut.
"Banyak lagi?"
"Sikit jea lagi. Kenapa pak cik?"
"Boleh tak Melur buatkan air untuk pak cik. Nanti Melur hantar dalam bilik ya."
"Boleh pak cik."
Selang beberapa minit kemudian Melur membawa segelas air ke bilik mak. Pintu bilik diketuk dan Melur memanggil pak cik sebelum dia masuk ke dalam.
"Pak cik? Pak cik dekat mana?"
"Pak cik dekat sini... tolong pak cik Melur! Sakitnya."
Melur meletakkan gelas dan berlari ke arah pak cik sudah terbaring di muka pintu bilik air. Melur mula panik melihat pak cik mengerang kesakitan.
"Pak cik boleh bangun tak?"
"Tak boleh. Kaki pak cik sakit."
Kepalanya digaru sekejap.
"Biar Melur papah pak cik ke katil."
Elvin menggeleng namun tangannya sudah memaut bahu anak tirinya terlebih dahulu sebelum disuruh.
"Boleh ke Melur nak angkat pak cik?"
"Boleh ke tidak saya pun tak pasti tapi saya cuba bawa pak cik. Pak cik bangun perlahan-lahan."
Melur terkejut apabila pak cik bangun dan mencembung tubuhnya secara tiba-tiba setelah selesai dia bersuara.
"Melur tak boleh... tapi pak cik boleh. Tengok ni."
"Argh, pak cik, lepaskan saya!"
"Lepas? Aku tak akan lepaskan kau sayang. Aku perlu rasmikan tubuh kau sebelum lelaki lain rasa tubuh kau."
Tubuh Melur dihempas ke atas katil. Elvin mencapai pil di atas meja dan dimasukkan ke dalam mulut Melur secara paksa. Jeritan dan tangisan Melur langsung tidak dihiraukan. Nafsunya sudah menguasai diri. Malam ini dia perlu menguasai anak tirinya sebagai ganti gara-gara ditinggalkan isteri.
Melur semakin tidak keruan apabila tubuhnya dipaksa melayan nafsu serakah bapa tirinya. Melur menjerit namun setiap kali dia menjerit pak cik akan menampar dan menumbuknya supaya diam.
.
.
Rintik hujan masih menggerutup menemani Melur sedang berjalan seorang diri. Tubuhnya menggigil dan kepalanya terasa berat. Peristiwa tadi bakal terbenam dalam lubuk kenangannya hingga mati. Kakinya melangkah tanpa arah tuju sejauh mungkin.
"Maafkan Melur mak. Melur terpaksa lari dari rumah. Suami mak.... melampau... Melur tak sanggup diperlakukan seperti binatang."
Masih terngiang-ngiang suara pak cik memarahinya tanpa sebab. Walaupun dirinya selamat dapat lari daripada bapa tirinya, ugutan serta caci maki pak cik benar-benar membunuh hati dan perasaannya.
Langkah Melur terhenti apabila muncul sebuah kereta Chery berwarna putih di hadapannya. Seorang lelaki seusia arwah bapanya mendekati dirinya yang sudah tidak bermaya.
"Adik nak ke mana jalan sorang-sorang dalam hujan? Pak cik tumpangkan awak balik ya?" tegur Rumi.
"To...long saya... sa...."
Belum sempat Melur habis bicara tubuhnya lemah dan rebah di dalam pelukan lelaki yang tidak dikenalinya.
"Adoi, pengsan pula budak ni... aku nak buat apa sekarang? Hoi, Ezad! Budak ni pengsan."
"Rumi, bawa dia masuk kereta dulu. Hujan makin lebat."
Rumi memilih untuk mendengar cadangan rakannya di dalam kereta. Tubuh kecil gadis itu dicembung dan dibawa masuk ke dalam kereta.
.
.
"Kau biar betul Ezad? Budak lagi!"
Sakit pula jiwa Rumi apabila rakannya memilih membawa budak ini ke kelab. Wajah anak muda di pahanya ditenung sekejap.
"Rumi, aku bawa ke sini biar anak buah aku jaga dan rawat dia. Kau bayangkan kita bawa dia pergi hospital, nanti doktor syak bukan-bukan dengan kita. Kau tak nampak ke badan, muka dia ada kesan lebam kena pukul. Silap hari bulan bukan kau... aku sekali ke dalam. Dah cepat... angkat dia bawa masuk."
Rumi terdiam. Ada benar juga dengan apa yang Ezad bebelkan. Dia mengalah dan menurut arahan Ezad. Tubuh anak gadis itu dicembung dan dibawa masuk ke dalam.
"Hati-hati, jaga kepala dia terhantuk nanti. Rumi, ambil jaket aku atas tu. Selimutkan dia."
.
.
Air di dalam gelas ditenung lama. Bunyi bising dan godaan perempuan seksi di dalam kelab seperti tidak memberi kesan kepada Rumi. Fikirannya lebih memikirkan keadaan gadis kecil yang dibawa sejam lalu.
Pesanan ringkas dari isterinya juga hanya dibaca melalui notifikasi sahaja.
"Betul ke kau mengandung anak aku Syika?" bisik batin Rumi.
Gelas digenggam kemas.
"Kenapa aku rasa itu bukan anak aku?"
Saru keluhan dilepaskan kasar.
"Mungkin sebab bercuti awal bulan lepas di Pulau Tioman dengan family Syika rasanya," gumam Rumi sendirian.
Selang beberapa minit belakang badannya ditepuk lembut seorang gadis tinggi lampai.
"Rumi, Ezad panggil awak suruh tenangkan budak tadi."
"Dia dah sedar?"
"Dah tapi dia macam takut dengan orang. Ezad pujuk pun dia tak nak."
Rumi meneguk air di dalam gelas dan mengikut langkah Shasha ke dalam. Dia hanya mendengar Shasha bercerita mengenai budak yang diselamatkan tadi. Sebaik tiba di bilik mata Rumi memandang susuk tubuh gadis itu sedang mencangkung dan memeluk kedua lututnya. Rasa simpati menyelubungi hatinya.
"Muka dia pucat," gumam Rumi.
"Rumi, tolong budak ni."
"Kenapa ni Ezad? Kau buat apa dengan dia?"
"Buat apa pun tak sempat Rumi oii... dia dah melompat lari duduk bucu tu. Entahlah budak ni... dia tak nak bagi kerja sama dengan Abby bila sedar. Aku masuk tanya dia tiba-tiba menangis dengan menjerit macam...."
Pandangannya dialihkan ke Abby. Abby mengangguk lambat. Rumi mengeluh. Kepalanya digosok dan diraup kasar sekejap mencari akal. Ezad cuba memujuk namun tetap gadis itu menjerit ketakutan.
Sedetik kemudian bahu Rumi ditepuk kuat apabila Ezad mengaku kalah melayan gadis kecil itu.
"Kau tolong take over. Aku tak boleh lama-lama macam ni. Sabar aku hilang... tangan kaki yang naik kejap lagi."
"Rumi, I tengok gaya dia macam takutkan sesuatu," bisik Abby.
Rumi meneguk liur. Dia bukan lelaki yang pandai memujuk.
"Kau fikir apa lagi. Pergi cepat," bebel Ezad dan menolak tubuh Rumi ke arah gadis itu.
Rumi menggosok tengkuknya sebelum merendahkan tubuhnya. Dia menarik nafas dalam-dalam.
"Adik, adik ingat pak cik?"
Matanya terpejam sekejap merasa lega melihat anak gadis ini mengangguk.
"Jangan takut ya... kami ni semua orang baik. Tadi adik pengsan masa pak cik tegur adik. Adik ada masalah ke tadi?"
Rumi mengeluh apabila tiada jawapan dan tindak balas dari anak gadis ini.
"Adik tinggal mana? Biar pak cik hantarkan balik?"
"Saya tak nak balik pak cik. Saya tak nak balik... ayah tiri saya... saya takut... saya takut nanti dia buat lagi."
Tangisan gadis itu tiba-tiba meninggi dan teresak-esak sambil memeluk lengannya. Rumi, Ezad dan beberapa perempuan di dalam ruang bilik mengeluh dan mengomel setelah mendengar jawapan yang keluar dari mulut gadis itu.
"Patutlah takut... binatang betul bapa tiri dia. Mari sini bagi kat I. Biar I kerat-kerat barang dia lepas layan dia. Apa punya perangai anak tiri pun nak makan," bebel Shasha.
Rumi bangun dan mencapai botol mineral di meja. Botol dihulurkan ke gadis itu setelah penutupnya dibuka.
"Nama adik siapa? Umur berapa?"
Melur memandang wajah lelaki di hadapannya menghulurkan air. Botol itu disambut dengan lambat.
"Kenapa? Tak percayakan pak cik? Nama pak cik Rumi. Belakang ni semua kawan-kawan pak cik. Jangan takut. Pak cik nak tolong awak," pujuk Rumi.
Suasana sunyi seketika tanpa bicara. Selang beberapa detik Melur memilih untuk bersuara.
"Nama saya... Melur. Saya... baru tingkatan... tiga pak cik," balas Embun tergagap-gagap.
"Cantik nama. Melur boleh pak cik tahu apa yang sebenarnya berlaku? Melur memang tinggal berdua jea ke dengan ayah tiri?" soal Rumi lagi.
Laju dia menggeleng. Botol di tangan diteguk seketika menghilangkan rasa haus.
Ezad mengajak Shasha keluar apabila melihat budak itu mula bercerita.
"Kau pergi sambung kerja. Tak silap aku kau ada customer malam ni."
Selang beberapa minit kemudian Rumi membiarkan budak itu menangis di bahunya. Wajahnya memandang Abby dengan wajah berkerut.
"Rumi, I rasa biar dia tenangkan diri dulu. I nak keluar sambung kerja."
Rumi hanya mengangguk dan membuka butang bajunya terasa panas. Begitu juga Melur sudah berpeluh dan rasa tidak selesa.
Ezad sedang berdiri memeluk tubuh di luar merentap tubuh Abby kasar.
"Kenapa kau keluar lambat," bisik Ezad.
"Hah, Rumi yang suruh temankan dia lepas you keluar dengan Shasha."
Kepala Abby ditunjal sedikit kuat.
"Air dia minum tu bukan air biasa. Elok sangat dua-dua minum. Kau kunci pintu tu dari luar. Kelab tutup nanti baru buka."
"Kenapa tak cakap awal-awal. Kiranya kita ada anak buah baru?"
"Ya. Awalnya aku nak try tapi dah Rumi ambil botol tu. Aku nak kata apa lagi."
"Ezad, dia bawah umur lagi. You nak mati ke suruh dia kerja sini."
"Dia tak kerja sini. Dia akan kerja di kedai makan bawah dulu sampai dia cukup umur."
"You memang jahat Ezad. I love otak jahat you."
~
Share this novel