Rate

HFM 62 | | Anjing Suruhan

Romance Series 110280

SEJAK awal perkenalan sehingga mereka berkahwin, Zane sudah sedia maklum apakah identiti sebenar Astrid dan tujuan Astrid mengahwininya. Kalau bukan kerana rancangan ayahnya yang telah orkestra kesemua ini sejak awal, dia mungkin takkan pernah tahu bahawa Astrid hanya dijadikan sebagai anjing suruhan ayahnya buat mengawal dirinya dengan harapan ayahnya dapat gunakan dia supaya mengambil hati datuknya itu.

Tapi sayang ya, senjata makan tuan sendiri. Apa yang dirancangkan itu backfired. Bukan setakat tak dapat mengawal dirinya, Astrid kini juga tiada gunanya buat ayah dia. Maka penceraiannya ini tidak akan mempengaruhi pelan ayahnya untuk menjatuhkan dia dari posisi calon pewarisan datuk dia nanti.


"So disebabkan dia taknak support saya dan family saya lagi dia nak bercerai? Dan hanya semata untuk perempuan simpanan murahan dia jugak saya diceraikan? Bila masa pulak saya cuba bunuh orang! Jangan sesuka hati nak menuduh ya. Zane, you memang sengaja ke apa ni hah! Selama ni you tak pernah kisah hidup mati mistress you . Kenapa kali ni tiba-tiba aje beria nak pertahankan perempuan lain di bandingkan isteri You sendiri? Memangnya perempuan tu dah guna-gunakan You sampai buta hati tak boleh nak bezakan mana yang betul mana yang salah?"

Barulah Zane mengangkat matanya ke arah Astrid. Perlahan-lahan dia menurunkan tangan yang sedang memegang telefon ke bawah. Rahangnya berketik saat dia mengetap gigi dengan erat.

Simpulan tali lehernya ditarik longgar sebelum Zane menyondong ke depan. Kedua belah tangan direhatkan atas lutut sewaktu matanya terarah pada wajah berang Astrid. Tiada sedikit pun rasa kasihan apalagi suka setiap kali dia menatap raut wajah itu.


"Kau boleh pilih sama ada kita selesaikan hal ni dengan cara baik atau sebaliknya Astrid."ujar Zane.


" Zane! I ni isteri you. Mana hati perut you sampai you pilih perempuan simpanan You dari isteri you? Masuk akal ke semua ni? "kerut Astrid begitu kecewa.


"Isteri di atas kertas. Bukan secara mutuality. Fahamkan kat situ."


"Still, I isteri sah you. Bukan perempuan murahan tu!"bentak Astrid memukul kuat arm rest sofa.

Masih dengan riak tenang tidak peduli, Zane melentokkan sedikit kepala membalas tatapan marah Astrid itu.


"Kalau macam tu, perlu ke aku detail kan segalanya kepada kau supaya kau sign paper tu? Are we gonna go there?"

Gulp!Astrid tidak semena menelan liur. Itu aje la tahunya! Mengugut! Mentang-mentang la ada kuasa veto.


"Just sign the paper. Don't waste my time with your antics. I had enough."


"I taknak! You tak faham ke! I taknak bercerai dengan you gara-gara perempuan simpanan you tu!!Semua ni tak adil Zane! Kenapa you lebihkan Mistress You dari isteri you sendiri?" Astrid mula menangis. Wajah itu ikut kemerahan. "Apa orang kata kalau mereka semua dapat tahu I diceraikan dengan You hanya disebabkan perempuan simpanan tu!"jeritnya.

Masa inilah kesabaran Zane sampai ke takat didihnya. Lelaki itu berdiri lalu mencapai blazer di arm rest sofa lalu dicampak dengan kasar ke Astrid. Tepat mengenai muka itu.

Menjerit kecil Astrid dibuatnya kerana terkejut dengan tindakan tiba-tiba Zane itu.


"Dihya bukan sekadar mistress aku. Berhenti panggil dia perempuan murahan! Dia adalah wanita yang aku cintai. Wanita yang akan aku jadikan sebagai pendamping aku. Dan wanita yang akan melahirkan zuriat aku."

Menahan nafas Astrid dengan pengakuan Zane itu. Seakan apa yang baru didengari tadi perkara tak masuk akal. Yalah, selama dia mengenali Zane, lelaki ini bukan seorang yang mempunyai perasaan sayang, Apalagi cinta. Kehidupan Zane hanya mengenai obsesi terhadap hak warisan dan perempuan! Sekarang, Zane kata apa? Cinta?


"Dan kau! Manusia yang tak reti beruntung! Kalau kau berkahwin dengan aku demi duit, kenapa kau tak fokus aje pada duit tu? Kenapa kau perlu sibuk dengan urusan aku. Cukup bulan aku bagi kau lebih daripada apa yang kau nakkan! Takkan ada isu bercerai semua ni. Tapi tak. Engkau degil! Dengan beraninya kau masuk campur urusan aku, sentuh apa yang kepunyaan aku kemudian kau salahkan aku sebab jadi suami yang tak adil!"


"Zane, awak tak-"Astrid tiada peluang hendak menghabiskan kata-katanya apabila Zane terus bersuara.


"Kau kata murah?Yang murahnya kau! Ingat aku tak tahu apa kau buat dekat luar tu? Siang dengan sekretaris lelaki kau. Malam dengan call boy kau! At least Dihya hanya layan aku seorang. Bukan macam kau!"

Membuntang mata Astrid. Dia nganga terkejut dengan klaim Zane itu. Bagaimana suaminya boleh tahu? Dia fikirkan Zane takkan ambil kisah apa yang dia lakukan selama ini termasuk la aktiviti-aktiviti liar dia! Bagaimana boleh tiba-tiba aje keluar semua statement ni?


"Dan sekarang kau kata apa!"

Bergegar ruangan itu dengan suara marah Zane. Walaupun tidak nyaring tetapi ianya cukup untuk buatkan mereka yang dengar berdegup cemas.


"Kau salahkan aku. Sedangkan aku biarkan kau lakukan sesuka hati kau termasuk merosakkan emosi dan ketenteraman aku! Siang malam aku tak pernah tenang! Belum cukup lagi, kau gunakan aku untuk penuhi kehendak keluarga kau yang mata duitan tu! Kau rasa kenapa aku tak sentuh kau selama lima tahun ni?Sebab aku tahu kau akan gunakannya sebagai alasan untuk kawal aku! Yang mana memang betul sebab kau tu anjing suruhan ayah aku. Kau ingat aku tak tahu apa yang kau rancang dekat belakang aku selama ni?"

Kyren ketika itu sudah berdiri hampir dengan Zane di situ sewaktu Zane mencampak sut lelaki itu ke Astrid. Encik Thariq pula hanya pandang sebelah mata. Sebab elok jugak la Astrid dimarah kalau perangai dah macam tu.


"Kau dadahkan Dihya sebab nak dia mati dan berharap aku akan kembali pada kau lepas tu?"dengus Zane sambil tersengih sinis." Kau silap. Bukan aku yang kembali pada kau. Tapi kau yang akan kembali ke kehidupan susah kau semula. Sebab aku akan ceraikan kau tanpa meninggalkan sebarang hak milikan atau harta. Kalau kau nak duit, kau boleh jilat kaki ayah mentua kesayangan kau tu untuk dapatkannya. Sebab aku akan bekukan semua aset yang diberikan kepada kau atas nama aku selama ni sehingga kau tandatangan kertas penceraian tu!"

Apa dia! Astrid menganga.

Zane tak boleh lakukan semua tu! Kalau ianya terjadi, hidup dia bagaimana!?


"Zane, you tak boleh buat macam ni dekat I? "geleng Astrid turut bangun dari situ. Dia capai tangan Zane dengan terdesak. "Ayah you yang suruh I buat semua tu. Dia yang cakap dekat I supaya dadahkan you. Tapi I tak sanggup. Sebab tu I pilih untuk dadahkan mistress you... Zane please."

.

Originally chapter ni Ada satu aje, iaitu chapter 61 tapi disebabkan terlalu panjang sampai cecah 3k wording, tinta pecahkan ya kepada tiga CHAPTER. Maksudnya chapter 61-63 ni satu tajuk. Tinta nak pendekkan tapi disebabkan tinta ada tendency untuk buat huraian panjang berjela dan detail, maka panjang la setiap bab tu... Nak buat ayat pendek aje biar cepat habis, tp tak tahu la setiap buat mcm tu rasa mcm ada yg lacking, ada yg off ada yg kekok dalam chapter tu. That's why end up berjela ayatnya sbb di huraikan terlalu detail.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience