Bab 2 - His promise

Romance Series 5730

JIKA masa boleh diputar, Yasmeen Medina rela hidup sebatang kara daripada menumpang kasih palsu dalam rumah megah yang tidak pernah benar-benar menjadi miliknya. Kedua orang tua angkatnya tidak mengasuh, mereka hanya memelihara, seperti umpan, berharap anak pungut itu mampu jadi doa terkabul untuk zuriat kandung. Dan ketika si ibu akhirnya hamil, Yasmeen pun kehilangan fungsinya.

Anak pungut. Kata itu melekat seperti noda yang tak pernah luntur. Tidak sekali dua kali telinganya mendengarnya, bahkan dari bibir Rachel sendiri. Rachel yang seharusnya melihatnya sebagai kakak, tapi sebaliknya menjadikannya bayangan murahan yang boleh diusir bila-bila masa.

Dia tahu, dia bodoh kerana bertahan. Bodoh kerana tetap cuba menutup luka dengan alasan balas budi. Mengingat kembali kisah samar tentang ibu kandungnya yang sakit keras di hospital saat dia masih bayi. Dia tidak ingat wajah itu, hanya cerita. Dan cerita itulah yang selalu dijadikan tali untuk mengikatnya dalam rasa bersalah.

Balas budi. itu mantera yang ditanamkan sejak kecil. Meski bukan anak sebenar, mereka sudah memberi makan, memberi bumbung atas kepala. Jadi selepas kuliah, dia disumbat ke perusahaan keluarga, sekadar jadi karyawan yang boleh disuruh apa saja. Di mata dunia luar, Yasmeen Medina anak bangsawan. Tapi hakikatnya, dia hanya hantu dalam rumah itu.

Bahkan kamarnya pun bukan di sayap utama, melainkan di bilik sempit yang diperuntukkan untuk pembantu.

Dan di situlah dia selalu sedar: tempatnya hanyalah bayangan.

“SIAPA yang suruh kau duduk di situ?”

Suara dingin itu memecah lamunannya. Yasmeen tersentak, kepalanya berpaling. Tengku Rayyan berdiri di ambang pintu balkoni, bahunya tegak, wajahnya gelap. Tatapannya menikam, seolah-olah kehadiran Yasmeen hanyalah kesalahan yang tidak boleh diampunkan.

Yasmeen diam. Matanya hanya memandang. Dia sudah terlalu terbiasa dengan kata-kata hinaan, tapi tetap… saat ia keluar dari mulut Tengku Rayyan, ia terasa lebih berat daripada batu.

“Cakap tak serupa bikin…” Suara lelaki itu rendah, dingin, sarat dengan sinis.

Kening Yasmeen berkerut, cuba memahami maksudnya. “Apa maksud kau?”

“Dasar perempuan murahan.”

Kata itu terhempas bagai belati, menusuk tanpa belas. Yasmeen kaku. Sesaat dia bernafas, tapi hanya sesaat. Kemudian bibirnya terangkat sedikit, bukan dalam senyum, tapi dalam kepahitan.

“Aneh…” suaranya tenang, tapi tajam, “...kalau benar aku murahan, kenapa kau masih peduli di mana aku duduk?”

Tengku Rayyan terdiam. Bukan kerana kalah, tapi kerana tidak menyangka dia membalas. Yasmeen bangkit, berdiri dengan penuh tenang. Gaun tidurnya jatuh longgar di tubuh, tidak disengajakan, tapi cukup untuk membuat pandangan lelaki itu terikat tanpa izin.

Dia berjalan perlahan dan berhenti hanya beberapa langkah dari Tengku Rayyan.

“Apa lagi yang kau nak lempar pada aku? Murahan? Barang pakai buang? Atau pengganti yang tak pernah kau mahukan?”

Tengku Rayyan menelan nafas yang terasa sempit di dada. Dia mahu berpaling, tapi matanya tetap tersangkut pada Yasmeen. Pada garis wajahnya yang tidak dibuat-buat. Pada mata yang penuh luka, tapi tetap berani menatap.

Pada bahasa tubuhnya yang tidak berusaha menggoda, tapi entah bagaimana… justeru itulah yang paling menggoda.

Dia mara selangkah. Yasmeen tidak berundur.

Tangannya hampir terangkat, ingin meraih bahu halus itu, tapi Yasmeen menepis tidak dengan kasar, hanya cukup untuk membuatnya tersentak.

“Jangan salah faham, Tengku Rayyan,” katanya, lirih tapi tegas. “Aku tak pernah cuba memikat kau. Kalau hati kau terpikat jugak, itu masalah kau. Bukan aku.”

DAN di situ, buat pertama kali, Tengku Rayyan merasakan sesuatu yang menakutkan dalam dirinya sendiri, bahawa dia mungkin benar-benar terganggu. Bukan kerana benci. Tapi kerana tarikan yang tidak seharusnya wujud, namun terlalu sukar untuk ditepis.

Tengku Rayyan berdiri terlalu dekat. Nafasnya turun naik, tubuhnya masih dibalut wangi sabun yang bercampur dengan panas tubuh lelaki. Yasmeen diam di tempatnya, tapi matanya tetap menantang, membuat jarak yang rapat itu semakin berbahaya.

‘Aku takkan kalah!’ bisik egonya. Tapi di kala ini, matanya turun, dari wajah Yasmeen ke bibirnya yang sedikit terbuka, ke lengkuk lehernya yang seakan menunggu disentuh. Jarinya hampir terhulur, hanya tinggal sejengkal untuk menyentuh dagu itu.

Nafas Tengku Rayyan menghembus di sisi wajahnya. Hangat. Membakar. “Kau berani mencabar aku, Yasmeen Medina?”

Yasmeen mengangkat wajah, kali ini matanya tepat menikam matanya. Ada getar, tapi juga ada api. “Kalau kau masih fikir semua ini godaan, itu masalah kau, bukan aku. Aku cuma berdiri di sini. Kau yang tak mampu nak kawal nafsu.”

Diam. Sunyi yang terlalu pekat hingga bunyi jantung keduanya seakan bergema.

Tengku Rayyan teragak. Bibirnya hanya beberapa inci dari bibir Yasmeen. Tubuhnya menjerit untuk meraih. Untuk menuntut. Untuk melanggar prinsip yang selama ini dia pegang.

NAMUN Yasmeen yang pertama menggerakkan tangan, menahan dadanya dengan satu tolak lembut. Tidak kasar, tidak juga menggoda. Hanya cukup untuk memutuskan aliran panas yang hampir menelan mereka berdua.

“Mungkin kau lupa…” suaranya lirih, tapi tajam bagai kaca, “…perkahwinan ni cuma di atas kertas. Kalau kewujudan aku di sisi kau pun dianggap cubaan menggoda, jangan lapik amarah kau sebagai alasan untuk menyentuh aku.”

Tengku Rayyan terdiam. Kata-kata itu menikam lebih dalam daripada yang dia mahu akui. Tuduhan yang tadi dia lempar, kini berbalik padanya. Untuk sesaat wajahnya terasa panas, malu, tapi cepat-cepat dia sorok dengan wajah dingin.

Yasmeen tidak menunggu respon. Dia berbalik, berjalan ke sofa dengan langkah tenang seolah-olah dia yang menguasai ruang ini, bukan lelaki itu. Dengan sengaja dia merebahkan diri, berbaring selesa, malah sempat menghela nafas panjang. “Aku cuma ikut permintaan kedua orang tua Rachel,” katanya datar, tapi tajam.

“Balas budi. Itu saja. Jadi jangan perasan, jangan salah sangka.”

Tengku Rayyan mengetap rahang. Dia mahu membalas, tapi lidahnya kaku. Hati, anehnya mula dihantui rasa ingin tahu.

“Korang akan bersama lagi kalau Rachel sudah kembali.” Yasmeen menyambung, matanya separuh terpejam, suaranya separuh malas. “I won’t be by your side forever, so don't worry... Aku cuma pengganti sementara.”

Lelaki itu mendengus, cuba kembalikan maruahnya. “Aku akan pernah menerima kembali seseorang yang sudah meninggalkan aku, walaupun itu Rachel!”

Yasmeen mengangkat kening, separuh mengantuk, separuh mengejek. “Oh ya? Good luck with that Rayyan, semoga ‘istiqamah’.”

Tengku Rayyan terdiam. Tatapannya masih berat, masih enggan pergi. Tapi akhirnya dia mengundur setapak, menghela nafas panjang yang mengaku kalah. Dan waktu itu, Yasmeen bersuara lagi, sedas yang menggoncang ego lelaki seorang Tengku Rayyan.

“Apologies, if my beauty scares you. But keep your promise to hate me, jangan sesekali mungkiri. Dan jangan menyesal…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience