HFM 47 | | Confirmation Gift

Romance Series 73463

KLIP!

KLIP!

Kepala itu tunduk ke bawah semasa Dihya tekun memotong kuku. Sambil duduk bersila menghadap Zane atas sofa di luar balkoni, mereka bersantai seketika menunggu waktu makan malam.

Sedang Dihya memegang tangan berjari jemari kekar itu tiba-tiba tangannya digenggam dengan kuat. Memeranjatkan dia yang sedang fokus ketika itu.


"Ack!" Dihya mengangkat kepala. Sambil pandang Zane, dia berkerut kening. "Kenapa?"buat dia terkejut aje la. Kalau tersalah potong tadi macam mana? Kan masalah namanya tu.


"Kamu tak ada ke nak tahu apa-apa tentang saya Dihya?"

Dihya kembali menyambung sesi memotong kuku.


"Kalau saya tanya tuan nak beritahu ke?"


"Bergantung pada soalan kamu tu."


"Kalau macam tu apa bezanya kalau saya tanya ke tak..."

Banyak sebenarnya yang Dihya tertanya-tanya tentang Zane. Sebab bagi dia segala mengenai Zane masih banyak yang misteri untuk dia. Tapi kalau dia tahu semua tu apa fungsinya maklumat tu nanti pada dia. Sebab itu dia tak bertanya walaupun terdesak macam mana sekali pun dia nak tahu.

Tapi kalau dah diberi peluang, apa salahnya kan?


"Sebelum saya ada berapa ramai Mistress yang pernah tuan miliki?"tanya Dihya tidak beragak.

Membuatkan Zane menjungkit kening tinggi.


"Straight to the point huh?" sengih Zane memandang Dihya dengan lucu.

Dihya hanya buat muka. Orang tanya soalan dijawab pulak dengan soalan. Kalau macam tu baik tak payah suruh orang bertanya.


"Ramai. But you are my first."jawab Zane ringkas.


"Maksudnya?"Dihya berkerut kening tidak mengerti.

Tapi Zane tidak menjelaskannya lebih lanjut. Lelaki itu hanya berdengus kecil sambil termenung bermain dengan rambut Dihya. Nampak macam seorang bijak tapi polos rupa-rupanya Dihya ni.


"Selain tu, apa lagi yang kamu nak tahu tentang saya?"


Dihya berjeda seketika."Saya tanya sebab saya nak tahu je. Bukan ada maksud apa-apa tau, tuan jangan fikir bukan-bukan pulak."

Zane mengangguk okay.


"Kenapa tuan teruskan perkahwinan tuan kalau tuan tak cintakan isteri tuan?Tuan tak rasa ke tindakan tuan ni hanya buatkan Tuan dan isteri tuan terseksa sebab perkahwinan ni?" Dihya mula buff kuku Zane seusai memotong semua kukunya.

Soalan Dihya buatkan Zane menarik nafas dalam sebelum dilepaskan panjang. Dia sendiri tak tahu. Sebab dia tidak pernah pedulikan perasaan sesiapa. Jadi terpulang pada Astrid sebenarnya. Kalau isterinya itu mahu terus bersama dengan dia walaupun dia bersikap seperti ini, itu pilihan Astrid. Kalau Astrid nak menuntut cerai, dia pun tak kisah. Sebab bukannya dia yang mahukan perkahwinan ni sejak awal.


"Tak terfikir. Sebab dari awal lagi saya tak pernah anggap perkahwinan saya dan Astrid tu betul-betul. Saya anggap ianya seperti bisnes semata. Jadi sama ada dia isteri saya atau saya suami dia. Ianya tak ada beza bagi saya."

Dihya berdengus kecil dengan sengih kecil di bibir. Itu bermakna Zane tidak ada perasaan suka pada isteri lelaki tu sejak awal? Untuk seketika Dihya teruja. Tetapi realiti menyentak dirinya sesaat kemudian. Tak sepatutnya dia gembira dalam hal ni. Sebab sekarang dia adalah home wrecker wanita tu! Cepat-cepat Dihya menepis perasaan senangnya tu!


"Kalau macam tu, sampai bila tuan akan teruskan semua ni?"Dihya berhenti. Dia pandang Zane semasa tangan lelaki itu masih dipegang." Macam tuan kata, tuan lakukan semua sebab faktor orang sekeliling tuan. Adakah tuan akan terus begini sampai ke akhirnya?"


Zane pandang Dihya untuk buat beberapa saat tanpa mengatakan apa-apa. Dia faham apa yang Dihya cuba tanya. Tapi buat masa sekarang tiada jawapan untuk soalan itu."Hanya masa akan menentukannya. Sebab manusia tak boleh berubah secara mendadak. Kamu tak boleh nak expect dari saya untuk berubah dalam waktu semalaman aje Dihya."


Dihya pun ikut sama membalas tatapan mata itu. Sesiapa boleh nampak bahawa Zane seorang yang lemah lembut jenis orangnya. Tengok sendiri di mata itu. Masa pertama kali dia bertentang mata dengan mata itu, Dihya terus terpana hingga terbayang-bayang akan wajah ini. Tapi tak sangka pula sikap Zane berbeza dari tatapan mata itu. "Kalau macam tu, boleh tak tuan berubah sehingga masa saya di sini tamat tempoh?"aju Dihya. Dia teringin juga tahu bagaimana sikap sebenar Zane.

Kening kiri Zane terjungkit. Lelaki itu agak terkejut dengan permintaan itu.


"Apa yang kamu nak saya ubah?"

Dihya tersengih kecil. Agak tergamam sebab Zane tidak marah atau membantah idea dia itu. Dia expect Zane akan katakan remark yang sinis. Tapi tidak.


"Bukan ubah sepenuh. Cuma selesaikan sedikit. Mula dari awal. Iaitu masalah keluarga tuan. Dendam tuan dengan ayah tuan. Kemudian isu tuan dengan isteri tuan. Kemudian baru tuan.Mana tahu lepas tuan selesaikan isu luaran tuan, isu dalaman tuan pun ikut selesai."


"Siapa kamu? Penasihat psikiatri saya?" Zane mencuit hujung hidung itu.


"Kan tuan bantu selesaikan masalah saya, apa salahnya kalau saya tolong ringankan masalah tuan? Kalau tak banyak sikit pun jadi la."

Zane sebak sendiri bila dengar. Sebabnya kalau Dihya tahu hal sebenar dan apa yang dia lakukan pasti Dihya takkan menganggap dia sebagai hero di matanya. Kenyataan dimana dia punca Dihya hilang upaya. Dah cukup buatkan Zane berasa tidak tenang. Inikan lagi kenyataan dia mencintai Dihya tetapi tidak dapat menyatakannya secara terang-terangan.


"Apa yang kamu akan lakukan kalau saya buat semua tu?Apa saya dapat?"


Dihya tersenyum meleret. "No problem. No stress. Tuan happy. Saya happy. Semua happy. The end."

Riak wajah Zane perlahan-lahan berubah mendung. Lelaki itu termenung memandang wajah Dihya sebelum melemparkan pandangan ke arah depan. Melihat pemandangan matahari terbenam dengan perasaan konflik. Ada benarnya apa yang dikatakan Dihya itu. Sampai bila dia nak bergelumang dengan isu-isunya yang selama ini menghantui ketenangan dia. Kan lebih baik kalau dia selesaikan sepenuhnya dan jalani hidup dengan tenang.

Sedang Zane termenung, Dihya perhatikan tepi wajah itu dengan dalam.


"Cakap pasal masalah. Saya harap tuan tak marahkan adik tuan dan Encik Kyren lama-lama."

Lamun Zane mati serta merta. Dia memalingkan kepala ke arah Dihya semula.


"Cik Sarah dia bukan sengaja nak sakiti saya. Dan Encik Kyren rahsiakan hal ni dari tuan bukan saja-saja. Niat dia baik. Sebab dia risaukan tuan dan cuma nak jaga tuan. Saya taknak hal ni jadi serius."


Menjeling Zane dibuatnya. Pantang betul dia setiap kali Dihya mention lelaki lain depan dia! "Macam mana kamu tahu kamu tahu niat Kyren tu baik? Kamu dah kenal dia cukup lama ke?"

Dihya berdengus kecil.


Jadi bartender ni ajar dia baca ramai jenis orang. Tak perlu untuk kenal dengan lama buat dia faham orang tu macam mana. "Well...just let's say yang saya boleh baca seseorang dengan sekilas pandang. Apa yang Encik Kyren lakukan tu semuanya demi kebaikan tuan. Jadi jangan salahkan Encik Kyren. Dia hanya menjalankan tugas dan amanah dia je. Kalau saya jadi dia pun, saya akan frust bila tengok tuan saya tetiba aje beri perhatian pada seseorang yang saya tak kenal."

Tiada kata-kata yang dapat Zane balas apabila Dihya berkata begitu. Setiap bait yang dituturkan Dihya sedikit sebanyak memujuk dirinya. Tak pernah dia sangka yang dia akan menemui seseorang seperti Dihya ini. Biasanya orang yang hadir dalam hidup dia kebanyakannya merunsingkan fikiran dan beri dia tekanan semata. Tapi tidak Dihya. Gadis ini lebih banyak buat hatinya tenang dan melapangkan fikirannya.

Tak terbayang Zane kelak jika Dihya sudah tidak lagi ada bersama dengannya. Apa yang akan berlaku pada dia nanti?

Patut ke dia jadikan Dihya hak milik dia sepenuhnya. Dengan itu tiada siapa bakal memiliki Dihya!

Punya lah khusyuk Zane berfikir sampaikan kening itu hendak bercantum. Dihya yang lihat terus melurut kan jari di tengah kening Zane dengan hujung jarinya.


"Apa yang tuan tengah fikirkan sampai berkerut kening tu? Adakah kata-kata saya buatkan tuan marah?"


"Bukan. Saya cuma terfikir apa saya nak buat dengan kamu..."

Dihya menyelaknya rambut ke belakang telinga apabila angin mula bertiup kuat di situ hingga menerbangkan rambutnya ke muka.


"Tuan boleh buat apa saja pada saya. Cuma jangan sakiti saya sudah."


Pada masa itulah Zane tersentak. Satu idea terlintas dalam kepalanya. Akhirnya dia sudah tahu hadiah apa yang dia mahu berikan kepada Dihya nanti. "I won't. I promise that."gumamnya perlahan tanpa Dihya sedari kerana gadis itu sibuk membersihkan sepah dari sisa mengetip kuku di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience