Sunyi.
Tak ada suara selain dengungan halus dari pendingin hawa dan sesekali bunyi daun pokok plum di halaman bergeser ditiup angin.
Mentari menebar jalur cahaya terang dari celahan langsir sheer yang bergantung malas di jendela.
Ruang tamu ini...
Luas, mahal malahan indah tapi tetap saja terasa seperti sangkar cuma tak punya jeriji.
Aku duduk di sofa sambil menarik lutut ke dada. Remote TV ada di tangan tapi aku cuma tekan saluran ke saluran tanpa benar-benar melihat.
Bosan.
Mati rasa. Sejak Carl arahkan aku berhenti kerja, hidup aku perlahan-lahan jadi kosong.
Dulu aku fikir, bila aku kahwin dengan lelaki seperti dia. Berjaya, segak amat beryakinan. Aku akan rasa cukup dilindungi, dimanja serta dihargai.
Huh!
Semua itu hanya wujud dalam drama, bukannya di alam realiti. Sekadar fantasi seorang pelarian seperti aku!
Telefon di atas meja bergetar. Aku dengar dan aku angkat. Swipe dan baca.
“Don’t go out. I’ll be back before dinner. Wear something nice.” Aku hadiahkan dengan senyuman senget menatap arahan sang suami.
Satu lagi arahan. Bukan tanya aku nak ke mana. Bukan tanya aku okay ke tak. Carl bukan suami yang bertanya. Dia cuma mengarah dan aku…
Aku patuh. Tak, terpaksa patuh. Mungkin juga pak turut. Angguk-angguk, geleng-geleng. Hari demi hari, aku makin lupa apa rasanya buat keputusan sendiri.
Aku bangun sambil pegang telefon, langkah perlahan ke bilik. Gambar perkahwinan kami tergantung elok di dinding lorong.
Aku dalam gaun putih dan Carl dalam sut Armani. Kami kelihatan bahagia tapi aku tahu, senyuman dalam gambar itu tak pernah sampai ke dalam mata aku.
Bila tiba di kamar. Aku berjalan lagi ke arah wardrobe closet dan buka pintu, renung sederet pakaian yang tergantung. Carl yang pilih semuanya. Dari warna, potongan serta jenis kain semua mengikut kesukaan dia. Bukannya aku.
Kadang aku tertanya, bila kali terakhir aku pakai sesuatu yang aku sendiri suka?
Sesuatu yang buat aku rasa aku?
Aku capai satu gaun satin biru muda. Bertali halus di bahu, labuh separas peha. Ini pun Carl yang belikan. Malam itu dia paksa aku pakai walau aku kata tak selesa tapi dia cuma ketawa dan kata...
"You’re not supposed to be comfortable. You’re supposed to look good for me."
Dan aku…
Aku benarkan.
Kenapa aku tak lari?
Kenapa aku masih di sini?
“Sebab aku takut,” bisik hati aku.
Takut hilang tempat berteduh. Takut dicemuh. Takut aku cuma akan diganti wanita lain yang lebih patuh, lebih cantik malah lebih diam.
Dan yang paling aku takut…
Kerna aku dah terbiasa dalam linkungan perasaan, tak disayangi sampai aku sendiri gagal untuk membezakan yang mana cinta?
Yang mana kawalan?
Airmata aku jatuh sebelum sempat aku sedar. Setitis. Dua titis. Aku duduk di hujung katil, gaun satin masih di tangan. Jari aku menggenggam kain itu sekuat mungkin.
Aku lelah.
Lelah dengan hari-hari di mana, aku senyum bila dia sentuh aku tapi hati aku jerit tak mahu. Lelah jadi perempuan yang hidup atas jadual dan kehendak suami sendiri.
Lelah berpura-pura semuanya baik-baik saja, sedang setiap malam aku rasa seperti tubuh aku dipinjam oleh seseorang yang aku sendiri dah tak kenal.
“Bila aku nak berhenti?”
“Bila aku nak lari?”
Tapi lari ke mana?
Carl bukan lelaki yang benarkan aku pergi semudah itu. Dia akan tarik aku dengan ugutan. Dengan ciuman. Dengan duit. Dengan tangisan palsu atau amarah sebenar. Apa-apa saja. Asalkan aku kekal di sini, sebagai miliknya.
Dan aku tahu...
Malam ini, bila dia balik
Aku tetap akan tunduk.
Tunduk dengan rela yang sudah lama hilang, keikhlasannya.
Aku bangun dari katil dan letakkan gaun satin itu ke atas kusyen empuk di tepi tingkap. Aku berdiri lama di situ, menatap keluar.
Jalan utama dari banglo elit kami hanya kelihatan samar-samar di balik pagar automatik dan pokok-pokok palma yang ditanam Carl atas alasan privacy. Ironi. Rumah yang kononnya untuk melindungi aku ini, hakikatnya penjarakan aku dari dunia luar.
Sejak berhenti kerja, aku langsung tak keluar rumah tanpa izin dia. Setiap pergerakan aku dipantau. Kadang dia buat main-main, pura-pura bertanya...
“Pergi mana tu, princess?” sambil senyum manis tapi aku tahu senyum itu bertaring.
Kalau aku jawab jujur pun, dia akan ubah rancanganku.
Kawan-kawan aku?
Dah makin jauh.
Ada yang Carl suruh aku putuskan hubungan langsung.
“Dia influence you the wrong way. You don’t need friends who don’t respect our marriage.” Segar lagi dalam ingatan fragmen itu.
Aku tak sedar, bila kali terakhir aku gelak betul-betul. Bukan gelak yang dibuat-buat sebab takut dia perasan aku dingin. Bukan senyum yang datang dari skrip di kepala.
Aku renung skrin telefon pintar milikku semula. Jemari aku menggigil sedikit waktu aku buka galeri. Ada satu gambar lama, aku bersama rakan sekerja waktu 'Farewell Party' sebelum aku letak jawatan. Gambar aku senyum, pipi merah ketawa. Mata bercahaya. Rambut lepas bebas.
Aku rindu wanita dalam gambar itu.Wanita yang dulu percaya dia layak tanpa perlu dikawal.Wanita yang ada suara. Yang ada pendapat. Yang ada dunia sendiri.
Telefon dalam genggamanku tiba-tiba berbunyi. Bukan notifikasi mesej. Tapi panggilan.
Mama.
Aku teragak-agak.
Carl tak suka aku kerap berhubung dengan keluarga, kononnya mereka itu toksid dan 'Overbearing'.
Carl memang pernah ugut untuk sekat nombor mama kalau aku terus berhubung secara senyap-senyap.
Tapi…
Hari ini, entah kenapa aku tekan juga.
“Hello, Ma…”
Suara aku perlahan. Hati aku bergetar aneh.
“Katerina… anak Mama okay ke? Mama rindu sangat. Dah lama tak dengar suara kamu. Carl okay? Kerja dia macam mana?”
Soalan biasa. Tapi hari ini rasanya berbeza.
Sebab aku tak tahu nak jawab yang mana.
Aku diam lama. Air mata jatuh lagi.
“Mama…” Suara aku terlontar setelah jenuh aku menolaknya dari tak menyepi lagi.
“Kalau… kalau satu hari nanti Katerina balik rumah mama boleh, ya?”
Sunyi di hujung talian.
Kemudian…
"Anak mama. Bila-bila pun pintu rumah mama terbuka untuk kamu. Tak perlu alasan. Kamu cuma balik, ya?”
Aku pejam mata. Dada aku sesak.
“Mama…”
Aku tahan suara dari teresak.
"Seandainya satu masa nanti mama tak nampak anak mama dalam gambar kahwin tu, lagi… Kat nak mama jangan bersedih, ya?”
Sunyi. Alam turut berjeda sama.
"Kat, apa maksud Kat? Carl ok tak tu? Carl ada sakitkan hati anak mama ke?" Suara Mama biasa saja tapi itu pun dah buat aku rasa cukup-cukup merana.
Air bening yang aku cuba takung luruh jua tanpa sempadan.
"Anak mama ok ke?" Mama tanya lagi. Aku cepat-cepat seka airmata. Buang esakkan. Aku ukir semula senyuman palsu ku.
Aku letakkan telefon ke dada seolah dari situ, suara Mama boleh masuk terus ke dalam hati yang dah terlalu lama membeku.
Untuk beberapa saat, dunia aku senyap.
"Kat. Hello..." Suara Mama masih ada. Aku pandang semula skrin yang ada nama Mama Tersayang.
"Ya, mama. Ada ni. Anak mama ok je. Saja je Kat cakap macam tadi tu, mama. Kitakan tak tahu apakan terjadi di masa akan datang. Sekiranya ada sesuatu terjadi Kat dah tak tahu nak ke mana-mana dah melainkan ke mama je..."
"Oh...mama ingatkan kenapa tadi. Kat sayang, doakan saja yang baik-baik. Mama dan papa pun doakan semuanya akan jadi baik-baik. Carl pun baik dengan Kat. Kalau Carl tu tak ok, kami berdua pun takkan lepaskan Kat pada dia."
Tenang sungguh suara mama. Tapi ketenangan itulah sedang menghiris-hiris tangkai jantung aku kini. Pedih!
"Okay lah Kat. Mama pun ada kerja nak disiapkan. By the way our company ok kan?" tanya mama sebelum talian putus.
"Okay ma..." Aku jawab nak tak nak saja. Aku pun bukan selalu ke sana. Carl melarang. Aku pun pelik semuanya tak boleh. Carl ingat aku ni patung kut!
"Kat, jaga suami Kat tu elok-elok. Jaga perut dia sama. Taat pada suami kamu tu. Mama tahu Kat bosan kat rumah tak bekerja tapi Kat kan boleh buat online sell..."
"Hmm...ya mama," sahut ku dan buat smirk. Niaga atas talian pun tak boleh, mama...
"Mama, sebelum terlupa boleh tolong Kat tak?" Aku bertanya sebab ingin tahu.
"Apa dia?" Mama tanya balik.
"Fail Kat yang dulu tu masih ada lagi tak kat bilik? Mama tolong tengokkan, boleh tak? Then message me back."
Share this novel