Bab 1

Romance Completed 92499

JAM sudah menginjak ke pukul 6.40 pagi setelah Yara selesai mandi dan tunaikan solat Subuh. Sememangnya Yara akan bangun pukul 6 pagi pada setiap hari untuk mulakan rutin hariannya. Seperti biasa perkara utama yang Yara perlu fikir adalah baju apa yang dia mahu pakai untuk pergi ke kerja pada hari ini.

Yara berdiri di hadapan pintu almari yang sudah dibuka. Habis dibelek-beleknya semua pakaian yang digantung dalam almari itu berkali-kali tapi Yara masih bingung untuk buat pilihan.

“Hmmm… nak pakai baju apa hari ni ha? Adoi! Ni yang malas ni tak tahu nak pakai apa?” rungut Yara.

Bukan orang perempuanlah kalau masih rasa tak banyak baju untuk dibuat dipakai walau almari seperti nak runtuh kerana terlebih muatan.

Malas Yara nak serabutkan kepala otaknya untuk memikir baju apa yang dia perlu pakai hari ini, Yara terus ambil telefon bimbitnya. Yara mesej seseorang.

YARA
Biy pakai baju color apa hari ni?

Yara terus hantar sambil tersenyum.

Husbaby typing…

HUSBABY
Blue because I miss you…

Yara tergelak kecil. Sempat pula suaminya buat pick up line eh!

YARA
Okey… I wearing blue too because I miss you too…

Balas Yara bersama pick up line juga. Dan terima kasih kepada encik suami kerana memudahkan Yara untuk buat pilihan. Lantas Yara mengambil blaus berwarna biru yang tergantung dalam almari. Yara cuba memadankan blaus tersebut dengan seluar panjang berwarna putih. Setelah puas hati dengan padanannya, Yara terus bersiap sebelum terlewat.

Selesai bersiap, Yara belek dirinya di cermin sebelum keluar dari bilik.

“Okey dah cantik,” puji Yara yang memandang dirinya dalam cermin. Telefon bimbit yang berada di atas meja solek diambil lalu Yara brswafoto dan mengambil gambarnya dari pantulan cermin untuk hantar pada seseorang.

Macam inilah rutin rumah tangga perkahwian jarak jauh Yara dan Fahri yang sudah hampir 2 tahun. Kalau mood elok hantarlah lebih gambar. Kalau angin mood tak baik mungkin setakat hantar good morning sajalah walau jaranglah Yara buat begitu. Mungkin kerana Fahri pun suka melayan kerenahnya yang apa yang dia hantar jadi jarang Yara nak rasa sunyi atau mood tak baik walau tinggal berjauhan daripada suami. Itu yang Yara rasa bersyukur sangat kerana rumah tangganya bersama Fahri kekal harmoni dan romantik dengan cara sendiri.

“Okey done send view cantik!”

Yara terus keluar dari bilik tidurnya. Jam sudah hampir ke pukul 8.00 pagi jadi Yara perlu keluar sekarang jika tak nak terlewat sampai. Sempat Yara singgah ke dapur dan membuka laci cabinet untuk ambil beberapa paket biskut Munchy’s Oat Krunch sebagai alas perutnya jika nasi goreng kegemarannya sudah habis dijual.

BUNYI telefon bimbit mengalihkan perhatian Fahri yang sedang minum air Nescaffe panas sebagai minuman paginya sebelum bergerak ke ofis. Fahri tersengih melihat gambar-gambar yang Yara hantar padanya.

MYLOVE
View yang paling cantik untuk tatapan you pagi ni mesti la your beautiful wife…

Fahri gelak kecil. Isteri siapa ini? Kuat memuji diri sendiri tau! Tapi memang Fahri akui pagi ini terasa bahagia melihat wajah isterinya yang cantik lagi dicintai walau hanya gambar sahaja. Dapatlah buat ubat rindu.

“Ya memang cantik…ni yang buat I tak sabar nak lepaskan rindu ni. I love you!” Fahri rekod panggilan suara dan hantar kepada Yara melalui WhatsApp.

Baru saja Fahri mahu keluar pergi ke kerja, telefon bimbitnya berbunyi. Panggilan daripada ibunya. Puan Fatimah.

“Angah tak nak singgah sarapan dulu kat rumah ummi ke?” tanya Puan Fatimah lembut.

“Tak apalah ummi. Angah dah sarapan. Ni pun nak gerak ke ofis dah,” balas Fahri menolak pelawaan Puan Fatimah dengan baik. Lagipun perutnya sudah kenyang walau minum Nescaffe panas bersama biskut Munchy’s Oat Krunch.

Fahri bukanlah orang yang jenis bersarapan berat setiap hari, jadi itupun sudah mengenyangkannya.

“Oh…hmmm…Ummi nak tanya ni,” ujar Puan Fatimah yang sememangnya hubungi Fahri kerana mahu bertanyakan sesuatu. Walau jarak rumah mereka tidaklah jauh tapi jarang Puan Fatimah dapat ketemu Fahri jika anaknya sibuk.

“Tanya apa ummi,” soal Fahri sambil melihat jam di pergelangan tangan. Belum terlewat lagi untuk dia keluar rumah dan sampai ke ofis jika berbual seketika dengan umminya.

“Minggu ni angah pergi KL atau Yara balik sini?” tanya Puan Fatimah.

“Oh… minggu ni angah dengan Yara kat rumah masing-masing sebab Yara ada kursus hujung minggu ni kat Melaka,” jawab Fahri. Sepatutnya minggu ini giliran Yara pulang ke rumahnya di sini kerana Yara cakap sudah lama dia tidak balik ke Perak kerana Fahri yang selalu pulang ke Kuala Lumpur pada setiap pertemuan mereka tapi dibatalkan kerana Yara perlu gantikan rakan sekerjanya untuk pergi kursus.

“Oh…” Kedengaran lega Puan Fatimah. “Kalau macam tu boleh la ummi nak minta tolong angah hantar ummi dengan geng marhaban ummi pergi ke majlis cukur jambul kat kampung sebelah,” pinta Puan Fatimah.

“Haaa…boleh je ummi. Nanti ummi bagi tahu pukul berapa. Okey la ummi…Angah nak gerak dah ni. Apa-apa ummi WhatsApp je angah tau,” suruh Fahri.

Bukan Fahri tak biasa tolong hantar Puan Fatimah dan rakan-rakannya pergi ke majlis di mana Puan Fatimah terlibat dengan kumpulan marhaban. Umminya memang masih aktif dengan aktiviti kumpulan marhabannya. Lagipun jarak rumah keluarganya tidaklah jauh hingga membebankan Fahri untuk ambil dan hantar Puan Fatimah. Lagipun Fahri pun bukan ada aktiviti hujung minggu ini.

“YARA…apa rahsia you eh makin berseri dan cantik? Hubby you tak risau ke kalau ada laki lain nak cuba try you?” tanya Safura bersama usikannya. Mungkin terlalu banyak sangat baca kisah skandal rumah tangga sebab itu yang ada dalam fikiran rakan sekerjanya yang seorang ini.

Ketika ini Yara sedang bersarapan bersama dengan tiga orang pekerja wanita di pantry. Nasib baik gerai akak jual nasi goreng masih ada lagi. Dapatlah Yara bersarapan dengan kenyang. Kalau tak, mahu kebulurnya nak tunggu makan tengah hari pukul 1 nanti.

“Risau?” Yara angkat kening. Sudu pada tangannya diletak atas plastik bungkusan nasi gorengnya. “I ni maintain cantik bukan nak buat hubby I risau ke cemburu ke tapi…”

Masing-masing fokus mendengar kata-kata Yara.

“Untuk keuntungan hubungan I dengan dia juga. Ofcourse la I kena maintain cantik untuk buat hubby I semangat nak drive 3 jam balik KL,” ujar Yara selamba.

Pecah tawa mereka. Masing-masing sudah berkahwin jadi fahamlah apa maksud Yara.

“Tapi kan…I ni dah kahwin lebih kurang macam you juga tapi kenapa sekarang I macam dah kekurangan energy nak maintain cantik semua macam you,” rungut Lia salah seorang antara mereka.

“Hisy…You ni… Jangan la nak samakan you dengan Yara. You tu sehari suntuk nak kena layan suami kat rumah lepas tu ada anak kecik pula. Mana ada masa untuk diri sendiri tak macam Yara yang ada masa banyak habiskan untuk diri sendiri. You kalau nak ada masa banyak sila la PJJ macam Yara tak pun ambil maid macam I. Boleh la you goyang kaki,” sampuk Safura dengan pendapatnya sendiri.

Bagi Yara pula masing-masing ada cara tersendiri yang berbeza sebab itu Yara malas nak buka mulut kalau sering dibandingkan dengan golongan isteri yang lain.

“I ni tak mampu la nak upah maid macam you yang berlakikan anak orang kaya,” perli Lia. Dalam kalangan mereka, Safura seperti T20 yang jarang merungut nasib seperti isteri lain.

“Tapi you untung tau, Lia…Boleh hilang penat tengok baby you yang comel tu tau. Kalau I, kena tengok dinding bilik je kalau penat,” ujar Yara sambil melawak untuk mengawal keadaan.

Yara tak mahu Safura dan Lia bertekak dengan pendapat masing-masing. Walaupun Yara ada cara tersendiri untuk rasa bahagia tapi Yara tak suka nak mendabik dada yang cara dialah yang terpaling betul kerana Yara betul-betul menggunakan peluang habiskan masa untuk diri sendiri jika bukan waktu Fahri pulang dan itulah caranya.

Bila dia ada masa dan ruang sendiri jadi dia bolehlah manfaat untuk kebaikan dirinya juga. Walau orang akan fikir kenapa nak berkahwin kalau sibuk nak fikir nak ada masa sendiri. Dan rezeki Yara iaitu perkahwinannya jarak jauh jadi Yara tak perlu nak minta masa dan ruang sendiri.

“Macam tu you kena cepat-cepat ada baby,” ujar Lia teruja apabila teringatkan buah hati comelnya.

Yara hanya tersenyum. Yara dan Fahri tak pernah pun merancang walau mereka tinggal berasingan. Cuma itulah belum ada rezeki lagi. Mungkin Tuhan berikan masa dan peluang untuk mereka berdua dulu. Fikir positif sajalah.

“Eh…tapi kan mak mertua you tak bising ke yang korang masih PJJ lagi. Bagus eh mak mertua you walau tinggal kat kampung tapi boleh fikir secara moden. Yalah setengah mak-mak mertua ni kan bising kalau wife tinggal jauh busy semua sebab risau sangat anak dorang tak ada orang nak jaga makan minum pakai semua,” ujar Safura dengan becok.

“Itu pun satu rezeki I. Selain mak mertua I lahirkan suami I yang handsome tu…dia pun jenis cool tak kisah I stay KL dan terus dengan kerjaya I. Itu pun salah satu punca kebahagiaan I juga tu yang korang nampak I boleh maintain cantik sebab I tak ada mak mertua yang boleh buat I sakit kepala stress semua.”

Ketawa semua mendengar kata-kata Yara. Sememangnya punca kebahagian seorang isteri bukan setakat pada suaminya tapi juga pada peranan mak mertua. Siapa yang boleh rasa bahagia jika perlu hadap mak mertua dari neraka? Yara pun takkan sanggup dan mungkin perkahwinan jarak jauhnya ini akan lebih beronak duri dan tidak seperti apa yang Yara rasa dan nikmati sekarang ini iaitu hubungan yang penuh dengan keterujaan dalam hatinya. Nama Fahri meniti di bibirnya pun sudah melonjakkan rasa bahagia dalam jiwanya apatah lagi bila mereka bertemu untuk melepaskan rindu. Ibarat betapa jauh jarak antara mereka, begitu tebalnya juga rasa cinta dan rindu dalam hati mereka.

Share this novel

pbezpq
2024-04-26 16:07:38 

test_account


NovelPlus Premium

The best ads free experience