Bab 19

Romance Series 30911

“Jauh lagi ke?” soalnya. Tiba-tiba tekaknya terasa loya. Perutnya rasa tak selesa.

“Dalam sejam lagi. Kenapa? Nak pergi tandas ke?” tanya Umar kembali.

Dahlia menggeleng. Dia cuba tidak melayan rasa loyanya. Masalahnya sekarang mereka berada di tengah-tengah highway. Takkan dia nak minta Umar berhenti sebab dia nak muntah?

Tahan Lia. Tahan.

“Kau okey ke?” tanya Umar risau. Nampak wajah Dahlia seperti sedang menahan sesuatu.
“Aku…” Dahlia cepat-cepat menekup mulutnya dengan tapak tangan. Dia tak boleh nak bercakap. Bila bercakap makin loya tekaknya.

“Kenapa Lia?” Makin risau Umar dibuatnya.

Rasa ada sesuatu yang menjalar ke kerongkong. Dan tanpa dapat ditahan lagi, akhirnya Dahlia termuntah.

“Uwekk…” Rasa macam nak menangis pun ada sekarang ni. Tak fasal-fasal dia muntah dalam kereta. Habis tempat duduk terkena muntahnya. Bajunya juga kotor.

“Umar… Aku minta maaf.” Rasa bersalah menghimpit diri.
Wajah Umar kelihatan tenang. “Takpa Lia. Boleh cuci. Depan tu ada R&R. Dah tak jauh dah.” Sempat dia mencapai tisu lalu dihulurkan pada Dahlia.

Tubir mata Dahlia sudah bergenang. Walaupun Umar tak marah, dia tetap rasanya dirinya teruk. Macam budak-budak muntah dalam kereta! Menyusahkan Umar tak habis-habis.

“Muntah lagi kalau nak muntah. Jangan tahan.” Sebelah tangan pegang stereng, sebelah tangan lagi mengusap lembut belakang tubuh Dahlia.

Dahlia pandang Umar dengan mata berkaca. Memang dia rasa nak muntah lagi tapi dia cuba tahan sebab tidak mahu banyak lagi muntah yang akan mengotorkan kereta Umar.

“Tak apa. Boleh cuci sekejap lagi. Muntah je. Jangan tahan.” Reaksi Umar tak seperti yang Dahlia bayangkan. Ingatkan Umar akan marah sebab kotorkan kereta dia. Tapi lelaki itu siap bagi dorongan untuk dia muntah lagi.

Dahlia yang sudah tidak mampu menahan lagi akhirnya muntah sekali lagi. Lepas keluarkan semua isi perutnya barulah dia rasa lega. Kalau tak, rasa terseksa sangat menahan diri daripada muntah. Perutnya bagai dipulas-pulas.

***
Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb.

ig - orkedungu_14
fb - Orked Ungu
***

UMAR keluar daripada perut kereta. Wajahnya berseri-seri dengan senyuman bahagia yang terlakar di bibir. Sejak daripada tadi dia tidak sabar untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba rasa rindu dekat Dahlia pula. Padahal baru beberapa jam saja tak bersua muka. Ah, Umar benar-benar dah mabuk cinta.

“Assalammualaikum!” Langkah dibawa masuk ke dalam.

Senyap.

Tiada sahutan.

Selalunya Dahlia akan menyambutnya pulang. Umar fikir mungkin Dahlia masih di dapur. Maklumlah hari ini isterinya itu bersemangat nak memasak.

Umar bawa langkah ke dapur. Tapi sebaik dia tiba, Umar tergamam melihat sekujur tubuh yang terbaring di lantai.
“Dahlia!” Dia pantas mendapatkan Dahlia.

“Umar… Sakit…” Lemah saja suara Dahlia kedengaran. Dia pegang lengan Umar kuat. Tahap kesedarannya semakin merosot. Matanya hampir terpejam.

Jantung Umar hampir gugur melihat cairan merah yang membasahi seluar yang dipakai isterinya itu.

“Lia, bertahan Lia. Kita pergi hospital.” Tanpa menunggu lama, Umar terus mencempung tubuh Dahlia. Dalam hati tidak henti-henti dia berdoa semoga Dahlia dan kandungannya baik-baik saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience