HFM 4 | | Sarah Moore

Romance Series 23693

Mall Aurora berdiri megah di tengah-tengah kawasan bandar yang sibuk, mencuri perhatian dengan fasad moden yang diperbuat daripada kaca dan logam berkilat. Terletak di persimpangan jalan utama, mall ini menjadi mercu tanda yang mudah dikenali dari jauh. Pada waktu pagi, sinar matahari memantul dari permukaan kaca bangunan, menambahkan kilauan pada struktur yang menjulang tinggi itu. Suasana di luar mall agak sibuk, dengan lalu lintas yang sentiasa bergerak dan pejalan kaki yang bergegas ke destinasi masing-masing.

Begitu melangkah masuk ke dalam Mall Aurora, pengunjung disambut dengan suasana yang berbeza. Langit-langit yang tinggi dan terbuka menimbulkan rasa lapang, sementara lampu pendarfluor yang tersembunyi di tepi langit-langit memberikan pencahayaan lembut dan menyebar. Lantai marmar yang berkilat melintasi seluruh ruang utama, memantulkan cahaya dari lampu dan memberi kesan mewah kepada ruang tersebut. Deretan kedai-kedai dari pelbagai jenama terkenal, dengan vitrin yang dipenuhi dengan barang-barang terbaru, menarik perhatian setiap pengunjung yang melintasinya.

Di kawasan tengah mall, terdapat ruang utama yang luas dengan pusat air pancut yang megah. Air pancut ini, dihiasi dengan pencahayaan LED berwarna-warni, menciptakan suasana yang magis. Jet air yang bergerak dalam pelbagai corak dan warna mengalir ke dalam kolam yang jernih, sementara muzik lembut dari pembesar suara yang terpasang menambah suasana yang tenang. Kanak-kanak berlari-lari di sekeliling kolam, teruja dengan percikan air yang sesekali mengenai mereka, manakala ibu bapa mereka duduk di bangku di sekitar kolam, berehat sambil memantau anak-anak mereka.

Dari tingkat bawah, pengunjung boleh melihat eskalator yang bergerak ke atas dan ke bawah, membawa mereka ke tingkat-tingkat berikutnya dengan mudah. Kedai-kedai pakaian, dari butik mewah hingga kedai fesyen kasual, menghidangkan koleksi terkini mereka dengan rekaan yang moden dan bergaya. Staf kedai berpakaian rapi dan ceria, siap sedia untuk membantu pelanggan memilih pakaian yang sesuai dengan citarasa mereka. Deruan pintu kedai yang berdering setiap kali ia dibuka menambah keramaian suasana, bersaing dengan bunyi derapan kaki pengunjung yang lalu lalang.

Di kawasan luar mall, terdapat taman kecil yang dilengkapi dengan tempat duduk dan pokok-pokok hijau. Taman ini menjadi tempat berehat bagi pengunjung yang ingin melarikan diri seketika dari kesibukan mall. Bunyi air dari air pancut kecil di taman menambah rasa tenang, dan pengunjung boleh menikmati suasana santai sambil melihat lalu lintas yang bergerak di luar.

Di tingkat bawah, laluan utama dipenuhi dengan kumpulan orang yang bergerak perlahan-lahan dari satu kedai ke kedai lain. Keluarga dengan anak-anak kecil berjalan bersama, kadangkala berhenti untuk melihat barang-barang yang dipamerkan di kedai-kedai pakaian dan mainan. Kanak-kanak yang penuh tenaga sering terlihat berlari-lari di sekeliling kolam air pancut, teruja dengan percikan air yang menyentuh kaki mereka. Ibu bapa mereka, yang duduk di bangku-bangku di sekitar kolam, mengawasi mereka sambil berbual dan menikmati suasana.

Di kawasan sekitar pusat mall, para pengunjung mengambil kesempatan untuk berehat. Beberapa orang dewasa duduk di bangku berdekatan dengan kedai-kedai yang menawarkan minuman dan makanan ringan. Suara perbualan dan gelak ketawa dari kumpulan rakan yang berbincang mengenai pelan mereka untuk membeli-belah menambah suasana yang ceria. Ada juga pasangan yang duduk berdua, menikmati masa berkualiti bersama sambil memerhati orang ramai.

Kedai-kedai pakaian dan aksesori penuh dengan pengunjung yang sedang mencuba pelbagai pakaian. Ada yang berdiri di depan cermin panjang, menilai penampilan mereka dengan serius, manakala yang lain sedang berbincang dengan rakan-rakan tentang pilihan mereka. Suara deringan telefon bimbit, bunyi butang pintu kedai yang berbunyi apabila dibuka, dan muzik latar dari kedai-kedai menambah bunyi latar yang sibuk di ruang ini.

Di kawasan makanan dan minuman di tingkat atas, suasana adalah lebih santai namun tidak kurang sibuk. Pengunjung yang lapar beratur di kaunter restoran fast food, sementara yang lain memilih meja di restoran yang lebih formal. Aroma dari pelbagai jenis hidangan – dari burger dan pizza hingga masakan Asia dan Eropah – memenuhi udara, menambah keinginan untuk menjamu selera. Suara pinggan mangkuk yang berdering dan suara perbualan dari meja-meja yang berdekatan mencipta suasana yang hidup dan mesra.

Para pekerja kedai, yang berpakaian rapi dengan logo syarikat mereka, kelihatan sibuk membantu pelanggan. Mereka menyusun barang, memberikan maklumat produk, dan memastikan segala-galanya berjalan lancar. Kesibukan mereka memberikan suasana profesional di tengah-tengah kehangatan dan keceriaan yang ditawarkan oleh pengunjung.

Di sudut-sudut tertentu, ada kumpulan remaja yang berkumpul, berbual-bual sambil memeriksa barangan yang mereka beli atau merancang untuk menonton filem di panggung wayang mall. Mereka nampak teruja dan penuh tenaga, kadangkala terlibat dalam perbualan bising dan gelak ketawa.

                    SARAH MOORE MELANGKAH MASUK ke butik pakaian mewah dengan langkah yakin dan sombong. Mata di balik shade hitam meliar sekitar  butik. Butik itu, dengan hiasan dalaman yang elegan dan lampu-lampu kristal yang berkilauan, memberikan suasana yang mewah dan eksklusif.

                    Seorang pegawai jualan bernama Lisa, yang berpakaian kemas dengan seragam butik, segera mendekati Sarah dengan senyuman ramah. "Selamat datang ke butik kami, puan. Ada yang boleh saya bantu?"

                    Dengan lagak, shade hitam diturunkan dari wajah. Mata Sarah naik turun memandang judging akan Lisa seakan staf dihadapannya itu sesuatu yang hina. Dia menatap Lisa dengan tatapan tajam.  "Saya mahukan layanan eksklusif," katanya dengan nada tegas. "Saya ingin melihat koleksi terbaru dan mendapatkan khidmat peribadi. And I'm not marry yet, so call me Miss. You heard me?"demand Sarah.

                    Lisa, walaupun agak terkejut dengan permintaan tersebut, segera menanganinya dengan profesional."Sudah tentu, cik. Kami ada beberapa koleksi khas yang baru tiba. Izinkan saya menunjukkan beberapa pilihan untuk cik."

Lisa membawa Sarah ke ruang pameran yang terasing, di mana beberapa koleksi pakaian eksklusif dipamerkan. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja Sarah melihat pakaian-pakaian tersebut, ekspresi wajahnya berubah. Dia memandang pakaian-pakaian itu tidak berkenan, dan dengan segera melontarkan komen tidak puas hati.

                    "Ini yang kau kata koleksi baru?Not like what I expected." kata Sarah, suaranya bergaris sinis. "Aku ingatkan istemewa la sangat sebab kau panggil ianya koleksi khas kan. Sekali tu biasa aje aku tengok."

                    Lisa cuba menjelaskan dengan sabar, "Kami baru sahaja menerima koleksi ini dan mereka memang sangat popular di kalangan pelanggan kami. Kami juga boleh cuba menghubungi pihak pereka untuk melihat jika ada sebarang pilihan tambahan."

                    Sarah menepis penjelasan Lisa dengan tangan. "Ah!What ever. Buang masa aku. Aku ingatkan kalau datang sini dapat la kan pakaian yang di viralkan sangat tu, tapi sampah! Layanan pun macam nak tak nak aje! Aku nak bercakap  dengan pengurus sekarang!"

Ketegangan di dalam butik mula dirasai oleh pelanggan lain yang sedang membeli-belah. Mark, seorang pegawai jualan yang lain, yang kebetulan berdiri berhampiran, mengamati situasi tersebut dengan cemas. Emily, seorang lagi pegawai, bergegas ke kaunter untuk memberi tahu Encik Wilson, pengurus butik yang kebetulan berada di biliknya.

Encik Wilson tiba di tempat kejadian dalam beberapa minit. Dengan wajah serius, dia melangkah masuk dan menilai keadaan. Sarah, yang kini berdiri dengan wajah cemberut, memandang Encik Wilson dengan kening mencerlung.

                   "This is so unacceptable."Sarah memulakan. "Aku datang sini sebab aku dengar butik ni terkenal dengan layanan istimewa dan koleksi eksklusif kononnya la. Tapi apa yang aku dapat lain pulak dari khabarnya?Macam ni ke kau orang berniaga?"

                    Encik Wilson, dengan nada tenang, menjawab, "Saya minta maaf atas kesulitan yang berlaku. Kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami. Saya akan pastikan kami mengambil perhatian serius terhadap maklum balas cik."

                    Sarah mengerutkan dahi. "Aku bukan puan. Aku cik!Berapa kali nak aku ulang. Lagipun aku bukan nak dengar ucapan maaf kau orang tu. Aku mahu tindakan. Kau kenal siapa Zane Hayes?"

Semua di situ kejung membatu taktala Sarah menyebut nama itu. Masing-masing membuntang mata kerana terkejut. Siapa yang tidak kenal Zane Hayes. Dah lelaki itu adalah pemilik seluruh bangunan mall ini mesti la mereka tahu!

                    "I see...you know who is him then?"Sarah perasan akan reaksi mereka. Membuatkan dia tersengih mengejek. "Aku teman wanita dia. So, kalau kau orang taknak aku susahkan hidup setiap staf termasuk butik ni, better kau layan aku dengan baik. Atau hal ni aku akan laporkan kepada dia."

                    Encik Wilson menahan nafas sejenak dan memandang Lisa dan pegawai-pegawai lain, yang kelihatan cemas. "Baiklah, cik. Untuk memastikan kepuasan anda, kami akan memberikan akses kepada koleksi eksklusif yang belum dipamerkan kepada umum. Saya akan mengaturkan pertemuan peribadi dengan pereka fesyen jika cik berminat."

                    Heh!Sarah menyilang tangan ke dada. Berasa bangga kerana mereka di situ menurut akan permintaanya. "Good.  And now move your ass and start working. Tunjukkan kepada aku semua koleksi edisi terhad yang kau orang miliki."

                    Encik Wilson mengangguk. "Kami akan mengaturkan semuanya dengan segera. Terima kasih kerana memberikan maklum balas ini. Kami berkomitmen untuk memastikan anda mendapat pengalaman membeli-belah yang memuaskan."

Sarah, walaupun tidak sepenuhnya puas, akhirnya mengangguk.

Ketika Sarah bergerak ke ruang peribadi untuk menunggu koleksi tambahan yang akan ditunjukkan, suasana di butik kembali tenang, walaupun beberapa pelanggan yang hadir memandang dengan penuh minat. Lisa dan pegawai-pegawai lain menghela nafas lega, walaupun mereka masih merasa tekanan dari ketegangan yang baru sahaja berlaku.

Dengan pengurus butik yang sedang mengambil langkah-langkah untuk memuaskan hati pelanggan pentingnya, butik itu kembali kepada suasana yang lebih tenang, tetapi dengan kesedaran bahawa pengalaman pelanggan boleh membuat atau merosakkan reputasi perniagaan mereka.

Ruang tersebut, dengan dinding-dinding berwarna pastel dan pencahayaan lembut, memberikan suasana yang agak tenang. Sebuah meja kecil dengan beberapa minuman ringan dan kudapan ringan diletakkan di sudut ruang, sebagai usaha untuk memanjakan pelanggan yang menunggu.

Lisa, yang kini cuba memastikan segala-galanya berada di tempat, mengaturkan koleksi pakaian tambahan yang akan diperkenalkan kepada Sarah. Dengan hati-hati, dia memilih beberapa pakaian eksklusif yang belum dipamerkan secara umum, termasuk beberapa pakaian yang direka khas oleh pereka terkenal.

Sementara itu, Encik Wilson, pengurus butik, bergerak pantas ke bilik pereka fesyen untuk mendapatkan koleksi tambahan seperti yang dijanjikan kepada Sarah.

                    Sarah memeriksa pakaian-pakaian dan aksesori dengan teliti, mengambil masa untuk merasai kualiti dan rekaan setiap pakaian di situ. Selepas beberapa minit, dia mengarahkan perhatian kepada Encik Wilson dan Lisa. "Saya sukakan semua ni, pack everything. From here to there."arahnya tidak beragak.

                    Encik Wilson mengangguk dengan senyuman. "Baik cik."

Bersama senyuman puas hati, Sarah berjalan keluar dari butik dengan beg shopping di tangan. Baru sahaja dia mengenakan shade di wajah semula, telefonnya pula berdering. Bila dia lihat ke skrin, nama 'MY BELOVED BANK' terpapar sebagai pemanggilnya.


"Hai baby..."sapanya dengan manja.


"Di mana kau?"


Sarah mengerling kanan dan kiri dengan lekas. "Mall of course. Kenapa?Did you miss me?"soalnya.


"No wonder aku terima notification sebanyak ni!"serius aje suara Zane dalam panggilan TU." Kau shopping atau beli satu mall tu!?Kenapa banyak sangat?"


Sarah mencemik muncung. "Alah...shopping sikit aje pun. Takkan la itu pun nak berkira kan?"


"Berapa kali aku nak beritahu. Jangan gunakan nama aku untuk puaskan nafsu kau tu."

Sarah ketawa puas. Oh.. Jangan salah faham, actually Zane Hayes ni bukan teman lelaki, tapi abang tirinya. Sama ayah lain ibu. Hasil tabung uji. Bukan anak yang sah. Sebab Sarah adalah anak uji kaji aje. Dia orang ingat boleh dapatkan waris lelaki seterusnya selepas Zane tapi end up dapat anak perempuan.

Last...last

Disebabkan dia tiada ikatan sah, maka Sarah tidak dapat menggunakan nama ayah kandungnya sekalipun dia mahu. Untuk itu, Zane Hayes la yang bertanggungjawab ke atasnya selama ini.


"Kenapa tak boleh? At least aku tak gunakan gelaran 'abang' atau anak kepada keluarga Hayes." sengih Sarah dengan jahat. "Lagipun kau dah ramai Mistress. Kalau aku claim kau sebagai boyfriend aku, no one care though..."


"Balik rumah Sarah. Berhenti merayau."


"Jeez.... Calm down. Today is my 21st birthday though. Sepatutnya kau biarkan aku enjoy hari special aku. Bukan suruh aku balik awal."


"Aku hantar orang untuk jemput kau. Balik rumah. Dah!"terus panggilan tersebut diputuskan.

Membuatkan Sarah berdengus tak percaya di situ. Skrin telefon dipandang seakan ianya muka Zane. Bertuah punya abang!Untung-untung la dia perlukan Zane. Kalau tidak, memang tak ingin la menghadap si kepala angin ni!

Serius beritahu, mcm mana eh nak buat perenggan align tanpa tekan space bar banyak kali semata nak buat barisan perenggan? Takkan la nak. Letak pembaris pulak dkt skrin kan... Hahaha...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience