BAB 6: Doktor Gila

Thriller Series 558

BAB 6: Doktor Gila

PADA waktu sebelah malam itulah wartawan Yeob Maon dan Asywina tiba di perkarangan Hospital Ampuan Zahara yang agak luas juga kawasannya.

Fasiliti kesihatan terbabit masih beroperasi sehingga ke hari ini cuma semenjak beberapa bangunan baru di tambah,blok yang lama di biar kosong serta tidak lagi beroperasi.

Perkara mulai gempar apabila ada staf dan kakitangan di Hospital Ampuan Zahara mendakwa banyak perkara pelik dan aneh berlaku dekat bangunan yang tidak di gunakan itu. Hal itu sampai ke pengetahuan syarikat penerbitan tabloid BONGKAR yang sentiasa berminat untuk membongkar misteri di sebalik dakwaan terbabit.

Jadi,salah seorang wartawan muda bernama Haziq telah di hantar ke sana dalam suatu tugasan meninjau dan merungkai segala misteri yang menyelubungi. Walaubagaimanapun Haziq di katakan tidak hadir bertugas di pejabat dan malah gagal di hubungi semenjak dia memulakan tugas kewartawanannya di hospital berkenaan.

Seorang ketua jururawat mengiringi wartawan Yeob dan Asywina ke blok fasiliti yang di maksudkan itu. Letaknya masih dalam kawasan Hospital Ampuan Zahara.

"Huu?uhuhu ini ke bangunan tu haa nurse?sekian"tanya Yeob Maon sambil mendongak tinggi melihat fasiliti yang di katakan telah tidak beroperasi itu.

Di lihatnya bangunan beberapa tingkat itu masih terang-benderang dengan lampu di buka di bahagian sebelah dalamnya.

"Ya Encik Yeob..Miss Asywina..inilah bangunan tu"kata misi.

"So tak ada lah menyeramkan sangat pun kan? Lampu-lampu di sebelah dalam pun masih di buka"kata Asywina.

"Ya..walaupun bangunan blok ni tidak lagi beroperasi,namun pihak Hospital Ampuan Zahirah tetap membuka lampu di dalam bangunan untuk keselamatan sekitar"ujar Misi.

"Uhuhu iya baik..baik..huu?! Mesin vending tu boleh guna lagi ke haa?sekian"tanya wartawan Yeob ketika terlihat mesin menjual air minuman dalam tin yang ada di tepi pintu masuknya.

"Boleh..pihak hospital tak teringat nak alihkan mesin tu ke bangunan baru sebab mesin vending ada banyak dalam kawasan hospital ni"jawab misi.

Setelah misi itu minta diri dan beredar,Yeob Maon dan Asywina pun melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut melalui pintu utamanya di mana mereka temui ruangan lobi dan kaunter.

Di atas meja kaunter lobi ada di tinggalkan sebuah buku dan pen. Misi tadi ada meminta agar dua orang wartawan itu mencatatkan nama dan beberapa butir lain dekat buku ketika hendak masuk dan keluar.

"Uhuhu iya bior aku check sikit buku daftor masuk ni. Uhuhu sekian"

Setelah di periksa ternyata mereka menemui butir maklumat rakan mereka iaitu Haziq ada tercatat di buku daftar.

"Okey Haziq ada masuk ke sini malam semalam,jam 9. Tapi dia tak sah kan pula waktu dia beredar"kata Asywina.

"Uhuhu iya mungkin Haziq ada kat dalam bangunan ni lagi..sebab tu dia tak mendaftor keluor..sekian"andai Yeob Maon.

"Yup. Aku harap kita akan temui Haziq masih berada dalam bangunan ni dan selamat adanya"

Dua wartawan mulai jalan beriringan bersama di suatu laluan. Di kiri kanan mereka ada bilik-bilik berjendela kaca. Akan tetapi lampu di dalam bilik berkenaan tidak pula di buka.

Kemudian mereka melewati ruang wad yang telah kosong. Katil-katil pesakit telah lama di pindahkan ke bangunan baru.

"Haziq!"teriak Asywina kuat-kuat.

Bergema suaranya di dalam bangunan.

Tiada jawapan.

"Huu?uhuhu iya kemungkinan besor Haziq ada kat tingkat lain ya..sekian"

"'Maybe kot"balas Asywina.

Macam-macam bilik dan ruangan di temui. Ada bilik klinik,bilik X-Ray,pejabat untuk staf kakitangan hospital dan sebagainya.

"Uhuhu bersepah jugak ya tempat ni..sekian"kata Yeob Maon ketika melihat ada kertas-kertas dan pamplet bertaburan di lantai. Sempat dia mencangkung dan kutip pamplet tu.

"Agaknya sebab dia orang dah pindah ke bangunan baru..jadi benda-benda tak penting macam kertas-kertas ni dia orang tinggal je lah"

"Huu?seminar untuk golongan obesiti dan cara untuk turunkan berat badan? Amalan memakan sayur?"

"Ahahaha..memang sesuailah kau simpan pamplet tu dan sertainya bila ada masa nanti Yeob"

"Uhuhuhu naya..naya..ini seminar penderaan buat orang gemuk ke haa? Uhuhu tak patut..tak patut..iya bior le aku sekiankan aja seminar-seminar cenggini..sekian"kata Yeob Maon.

Kertas pamplet di keronyok dan buang ikut suka hati dia je. Mereka pun terus berjalan. Sunyi-sepi dalam bangunan fasiliti kesihatan tu.

"Jom kita naik ke tingkat dua pulak"ajak Asywina ketika tiba dekat lif.

Lif masih berfungsi dan berada dalam keadaan baik. Dua orang wartawan itu pun naik ke tingkat seterusnya. Keadaan di situ lebih kurang sama juga seperti di tingkat bawah. Cuma ada beberapa barang seperti kotak-kotak dan stretcher yang tidak di gunakan di biarkan tinggal di situ.

"Uhuhu iya tingkat dua nampak macam seram sikit..lampu utama tak bukak ya..sekian"

"Hm..lampu pun jenis terang samar-samar je. Tengok kat sana tu! Lampu dah kelip-kelip. Ni yang suspense sikit ni"kata Asywina.

Setelah di tinjau,mereka mendapati rupanya kat tingkat dua itu adalah di khaskan untuk menempatkan pesakit psikiatri.

"Huu?uhuhu naya..naya..ini wad orang gila rupanya ya..sekian"

Tiba-tiba dua orang wartawan itu di kejutkan dengan bunyi sesuatu benda beroda seperti troli sedang di tolak.

"Psst! Agaknya ada orang lain selain kita kat tingkat dua ni kot?"kata Asywina separa berbisik.

"Uhuhu jangan-jangan itu Haziq..sekian"

Mereka pun berkejar ke satu lorong laluan di mana datangnya bunyi benda beroda di tolak tadi.

"Haziq! Kau ke tu?!"teriak Asywina kuat.

"Uhuhu iya Ziq ko dah kenapa tak datang opis siang tadi haa?!sekian"

Ketika membelok ke hujung lorong,mereka terkejut bila melihat rupanya bunyian tadi datangnya dari sebuah kerusi roda. Dan seseorang  di dapati sedang duduk di atas kerusi roda tersebut sebelum masuk ke dalam lif.

"Haziq!"

Asywina dan Yeob Maon dah terlambat! Mereka muncul dari arah tepi. Jadi hanya sebahagian kaki orang yang duduk di kerusi roda itu dapat di lihat sebelum pintu lif tertutup.

Lif di lihat sedang bergerak naik ke tingkat atas. Walaubagaimanapun mereka tidak pasti pula siapa yang sedang duduk di kerusi roda tersebut atau siapa pula yang menolaknya. Segalanya berlaku agak pantas.

TINGG!

"Okey dia pergi ke tingkat 4"Asywina terus memerhatikan butang berlampu pada pintu lif.

"Uhuhu naya..naya..bior le kita kejor naik ke sana sekarang..sekian"

Ketika tiba di tingkat 4,mereka pun berteriak memanggil nama Haziq beberapa kali sambil berhati-hati memasang langkah dan terus mengawasi keadaan sekeliling.

"Haziq! Oh Haziq!"

Laluan itu hanya di terangi lampu yang samar-samar terangnya. Sepertimana di tingkat-tingkat bawah tadi,tingkat 4 juga ada banyak bilik-bilik di kiri dan kanannya. Ianya samada bilik untuk kegunaan doktor merawat pesakit,wad atau bilik X-ray.

"Uhuhu mintak bior le ko jawab sikit panggilan kami ni Ziq! Uhuhu ko ada mana tu haa?!sekian"agak parau suara Yeob Maon bila berteriak.

Sementara itu di sebuah bilik,Haziq yang sedang terduduk pengsan di atas kerusi roda baru terjaga dan terdengar suara teriakkan namanya di panggil-panggil.

"Aku kat sini!!! Tolong aku!!"

Tiba-tiba sebatang tangan telah menekup mulut wartawan lelaki muda itu dari belakang.

Asywina dan Yeob Maon tersentak apabila akhirnya teriak panggilan mereka berbalas juga.

"Aku rasa suara Haziq macam datang dari dalam bilik tu!"kata Asywina sambil tunjuk ke sebuah bilik X-Ray.

Bergegas dia dan Yeob Maon berlari ke bilik tersebut sebelum terlihat seorang lelaki berkepala botak tengah dan agak hodoh sedikit wajahnya kerana kesan parut berjahit di pipi serta gigi hadapannya yang agak jongang sedang cuba menyuntik cecair dari picagari ke bahu Haziq.

"Lepaskan dia!"jerit Asywina.

Lelaki itu menoleh. Dia memakai sut seorang doktor sambil tersengih dengan gigi yang jongang.

"Huu?uhuhu iya ko ni sapa pulak haa?ko nak buat apa kat dia?sekian"soal Yeob Maon.

"Aku Doktor Eric. Kawan kau ni sakit. Aku nak suntik 'ubat' sikit kat dia"kata lelaki itu.

"Huu?uhuhu nampak macam ko je yang 'sakit'..sekian"

"Aku tak sakit! Dia ni yang sakit!"lelaki itu tiba-tiba angin.

Ketika melihat lelaki itu sedang leka membelakanginya, Haziq yang sedang terduduk di kerusi roda pun bingkas bangun dan merampas picagari di tangan Doktor Eric.

"Awak tu yang 'sakit' Eric! Tak habis-habis nak berlakon jadi doktor ya? Sudah! Mari amek suntikkan ubat awak ni!"kata Haziq mengacah-acah mahu menyuntik lelaki itu.

"Suntikkan?! Err...err...tolong jangan suntik saya..tolonglah tolong.."

Wajah Eric kelihatan pucat lesi. Dia berlutut ke lantai sambil bersilang tangan ke muka kerana takutkan picagari yang berada di tangan Haziq.

"Cepat korang call pihak hospital. Minta doktor bahagian psikiatri mereka datang kemari"kata Haziq.

Asywina pantas menghubungi.

-

ERIC di dudukkan ke kerusi roda. Lelaki itu telah di suntik dengan sedikit sedatif oleh doktor bertugas sebelum di iring pergi oleh beberapa anggota kesihatan hospital. Segalanya sudah selesai.

Haziq,Yeob Maon dan Asywina melepak sebentar di kawasan parkir kenderaan Hospital Ampuan Zahirah sambil bersembang tentang apa yang telah terjadi.

Hal misteri tentang hospital berkenaan telah berjaya di bongkar. Rupanya,Eric iaitu salah seorang pesakit psikiatri di katakan telah melarikan diri dari wad.

Tiada siapa menyangka bahawa lelaki gila itu bersembunyi di blok fasiliti lama itu. Eric telah menimbulkan beberapa angkara sehingga menyebabkan staf menyangka blok terbabit berhantu dan keras.

"Hai..yang malangnya ialah aku..tak pasal-pasal kena suntik sedatif dengan si Eric tu malam tadi sampi lemah tak bermaya sepanjang hari aku terduduk kat kerusi roda. Lepas tu dia tolaklah kerusi roda aku ke sana kemari seolah-olah aku ni pesakit dan dia pulak dah jadi doktor..haih!"cerita Haziq

"Ahahahaa"lebat Asywina ketawa.

''Buhuhuhu patut..patut..huhuhu iya memang patut sekali-sekala ko di 'rehatkan' cenggitu Ziq..huhuhu ini jikeranakan ko tak reti nak amek cuti. Asyik nak kerja tak henti-henti..sekian"

"Mak aih Yeob..macam tu pulak?"soal Haziq dah garu-garu kepala.

Bahahahahaha.

Terbahak-bahak Yeob Maon dan Asywina ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience