"Tuan nak apa ni!?"
Yusoff tarik Khaleeda supaya masuk ke dalam bilik belakang. Tidak menjawab soalan Khaleeda. Diam sahaja tetapi tetap terus dan masih menarik tubuh kecil itu.
"Di tak naklah!"
Khaleeda meronta, tahu dan dapat menangkap tujuan perlakuannya. Yusoff pikul Khaleeda ke atas bahu. Senang sangat memikul Khaleeda yang kecil dan ringan.
"Lepaslah! Di cakap dengan Miss apa Tuan buat ni!".
Dalam pada meronta ketika diletak ke atas katil Khaleeda berbunyi melawan dan mengugutnya.
"Tuan! Dulu tuan selalu tak ada kat rumah! Kenapa sekarang tak kerja macam dulu!?. Pergilah! Sekarang kan waktu kerja!".
Khaleeda masih meronta ketika dia cuba melepaskan pakaian isterinya itu.
Betul kata Khaleeda, lagipula dahulu dia tidak pulang ke rumah banglow baru di Putrajaya ini kerana balik dari kerja luar dia huru-hara mencari Khaleeda selepas pertemuan pertama mereka.
Sekarang untuk kerja hakikinya jadual kerja sudah sedikit longgar seperti yang sudah di atur. Begitu juga dengan kerja yang mendatang. Untuk beberapa ketika ini dia susun betul-betul masanya.
Apabila dia dengar May Rose mendapat tawaran kerja butik di luar dia tidak akan menerima tawaran kerja sebegitu. Dia mahu berduaan dengan Khaleeda. Itu sahaja masa yang ada.
Hari ini pula dia sudah keluar awal, dia yang menghantar Khalisya ke sekolah pagi tadi dan terus ke pejabat. Agak-agak May Rose sudah ke butik dia pulang ke banglow semula.
Berjaya sahaja dia melepaskan pakaian Khaleeda, segera dia diamkan mulut Khaleeda yang bising marahkan dia. Sekejap sahaja sudah senyap dan melawan dia cara lain pula setara kehendak batinnya.
Perempuan di bawahnya ini sudah biasa begini mana mungkin boleh menghindar perkara sedap. Tapi dia sudah memaksa Khaleeda membuat pemeriksaan kesihatan dan dalam keadaan bersih luar dan dalam. Masih ketat dan mencengkam.
Sudah siap kehendaknya biasanya Khaleeda akan tertidur keletihan dan dia bersiap kembali ke tempat kerja. Begitulah selalunya sejak dia berjaya membuat Khaleeda terpaksa kekal bekerja di dalam rumah banglow ini.
@@@@@@@
"My mom dah balik."
Khaleeda sedang menuangkan teh o ke dalam cawan di hadapan Yusoff dan Miss May Rose. Miss May Rose bercakap dengan siapa?.
"Sekarang dekat mana?".
Sahut Yusoff sambil meletakkan tablet yang dia calit sedari tadi.
"Kondo kat Bangsar."
Yusoff angkat cawan yang barusan Khaleeda tuang masuk isinya. Mencicip sedikit, kerana kepanasan air itu Yusoff meletakkan kembali cawannya ke atas meja.
"Dia ada cakap nak datang sini?".
"Ya, esok."
"Habislah...".
Sarapan pagi nasi goreng kampung ikan bilis garing kembali Yusoff suap masuk ke mulutnya. Suap dan suap lagi sehingga habis. Teh o yang sudah suam dihirup habis juga. Kemudian bangun berdiri, bersiap untuk keluar bekerja.
"You cakap dengan assistant you tu bersedia dengan your mom."
Yusoff yang sudah berdiri itu berpesan pula kepada Miss May Rose seperti itu.
Bersedia kenapa? Bersedia apa?.
Ketika Yusoff menghulurkan tangan kepada Miss May Rose untuk disalam Khaleeda palingkan wajah ke sinki.
Tidak sanggup melihat babak seterusnya Miss May Rose akan mengucup pipi Yusoff dan Yusoff mencium dahi Miss May Rose. Dia terluka.
Terluka kerana Yusoff pernah memberi perlakuan manis itu untuk dia satu masa dahulu.
Argh Di! Kau tu siapa sekarang!?
"Di!..."
Oii!
Sudu besi jatuh ke dalam sinki. Terperanjat disergah Miss May Rose.
"Ya Miss."
"Mengelamun aje dia. Teringat siapa?".
Teringat Tuan, Miss...
Hanya berani di dalam hati.
"Hahaha... Di teringat Sya pesan esok cikgu mintak tali, kad board..."
"Ye? Comel..." tersenyum Miss May Rose.
"Saya nak pesan... esok my mom datang, kalau dia cakap apa-apa awak rasa diprovoke... diamkan aje. Biarkan dia okay."
"Jangan menjawab tau."
"Baik Miss".
Dahsyat sangat ke orangnya sehingga Miss May Rose dan Yusoff berpesan begini?. InsyaAllah dia boleh kot. Lebih enam tahun ini dia sudah biasa bertemu orang yang akan memandang rendah padanya.
Cuma jangan sentuh Khalisya sahaja. Dia tidak akan bergaduh tapi dia akan pergi.
@@@@@@@
"Argh!".
Sepasang tangan yang tiba-tiba melingkari pinggangnya dari belakang memeranjatkan Khaleeda hingga terjerit.
"Diamlah!".
Sepatah Yusoff bercakap keras kemudian membalikkan tubuhnya menghadap lelaki tinggi lampai itu. Yusoff tekap tapak tangan ke wajah Khaleeda mendongakkannya lalu mencakup ulas bibirnya.
Khaleeda malas melawan. Jika dia meronta sekalipun Yusoff tetap menang seperti selalu. Dia niatkan apa yang mereka lakukan sebagai tanggungjawab dia sebagai isteri.
"Jom."
Yusoff heret tangannya masuk ke bilik di belakang rumah banglow. Tempat tinggal dia dan Khalisya.
"Semalam kan dah."
Khaleeda sempat memprotes.
"Esok May mom datang. Mungkin lama... nanti lama tak dapat."
Sambil menjawab Yusoff tolak dia supaya terbaring di atas katil queen di biliknya. Ganas!.
"Sampai bila nak macam ni? Baik Tuan lepaskan Di. Tuan kan dah ada Miss May."
Sebal hatinya melihat Yusoff yang seakan tidak sabar melepaskan kain di tubuhnya.
"Salah siapa? Kata dulu nak tuntut fasakh la. Kenapa tak buat? Dah la tak buat lepas tu masih status my wife boleh pulak kerja bukan-bukan."
"Di dah cakap kan... itulah sekali Di keluar malam. Kalau Tuan tak percaya, lepaskanlah Di!".
Kerja Yusoff terhenti, merenung mukanya dengan garang. Khaleeda toleh ke sisi dia seram dengan air muka Yusoff yang sebegini.
"Awak ingat saya nak percaya?. Kau jugak yang cakap dulu tak nak hidup susah bila aku ajak mulakan zero dengan aku sebab dah biasa hidup senang! Mana lawyer handsome, bijak pandai, anak orang kaya boleh tolong mak bapak kau tu! dah tinggalkan kau kan! sebab tu buat kerja malam! senang buat duit kan!".
Dia yang sudah hilang pakaian bahagian atas meronta menolak Yusoff di atasnya. Sakit hati yang sangat dengan hinaan Yusoff.
Sudahlah tidak percaya cakapnya malah langsung tidak mahu menimbang tara hidupnya untuk tujuh tahun ini.
Walaupun Yusoff tidak tahu cerita sebenar tapi tidak patut Yusoff bercakap seperti itu dengan dia. Tapi mahu pula mendatangi dia jika ada peluang. Lebih menyebalkan secara sembunyi-sembunyi seperti sekarang.
Yusoff rentap tangan Khaleeda supaya terbaring semula. Sekarang dia nampak sisi buruk Yusoff yang ini. Pantang lelaki itu jika dia menolak. Buruk sangat perangai bila kemaruk.
Yusoff sudah ada Miss May Rose, kenapa masih berkehendak dengan dia?. Adakah begini cara Yusoff jika mendatangi majikannya. Rasanya tidak mungkin. Apa yang dia selalu nampak Yusoff akan melayan Miss May Rose dengan romantis dan budiman pada waktu senggang mereka.
Khaleeda tidak lagi melawan. Nanti dia sakit apabila Yusoff sudah berkasar. Tak apalah, nanti bila Yusoff sudah 'di dalam' barulah lelaki ini akan lebih tenang. Ralit melakukan kerjanya. Khaleeda tahan sahaja rasa berbuku di dalam hati.
Menipu sungguh jika dia kata tidak suka Yusoff yang sudah ke tempat kerja pada sebelah pagi, pulang semula ke rumah sejam atau dua jam selepas itu untuk bersama dengannya.
Dia rindukan Yusoff. Rindu sangat. Tapi dia mahukan Yusoff seperti dua bulan sebumbung di bawah rumah besar papa dan mama. Bukan Yusoff yang ini, yang suka menghinanya, berbahasa kesat dan mudah berkasar mahukan dia.
Selepas sudah akan tinggalkan dia yang tertidur bersendirian. Yusoffnya sudah hilang kembali ke tempat kerja.
Apalah nasib dia jika Miss May Rose tahu. Mesti salah faham yang besar. Walaupun sebenarnya dia isteri pertama Yusoff, tidak mustahil dia yang akan dipersalahkan.
Masa itu ke mana dia nak pergi. Khalisya pula sudah gembira di sini. Miss May Rose melayan Khalisya seperti anaknya sendiri. Yusoff juga melayan Khalisya dengan sangat baik. Sampai tahap mengajar mengaji dan solat pada waktu terluang lelaki itu.
Kerana itu dia bertahan dengan perangai kasar dan tuduhan-tuduhan buruk Yusoff pada dia. Semuanya demi Khalisya. Supaya anak itu merasa kasih sayang seorang ayah yang tidak anak dan ayah itu tahu pertalian mereka.
"Tengah hari nanti saya ambil Sya."
Dia masih terbaring dengan mata yang mula kuyu mahu tertutup kerana keletihan. Terus celik segar biji matanya mendengar makluman Yusoff.
"Tak apalah. Nanti Di ambik. Takut orang cakap bukan-bukan."
Khaleeda terus duduk. Tangan menahan selimut di dada. Yusoff buat tak dengar terus masuk ke bilik air untuk mandi. Selepas seketika keluar semula dengan tuala mandi milik Khaleeda membalut bahagian bawah tubuh Yusoff.
"Kalau ada orang tau... cakap apa-apa... kaulah yang pecah rahsia. Saja nak orang tau. Kau kan nak laki kaya, bijak..."
"Aku yang dulu kau tak nak. Tapi... aku sekarang berjejeh air liur kau kan!".
Berasap terus telinga Khaleeda. Dicapainya bantal di sebelah lalu dihumban ke belakang badan Yusoff yang sedang terbongkok menyarung seluar.
"Lepaskan Di! Kalau Tuan menyampah sangat dengan Di lepaskan Di!. Ingat Di kemaruk sangat ke dengan Tuan?"
Yusoff berdiri tegak dengan tubuh sasanya yang tidak berbaju. Sebelah tangan memegang bantal yang Khaleeda baling sebentar tadi kemudian dicampak bantal itu ke atas riba Khaleeda yang sedang duduk bersila di atas katil.
"Buat lagi! baling lagi!".
Khaleeda sudah tertunduk, kemudian pandang ke tepi kiri dan ke kanan bukan ke wajah Yusoff yang tegang dan berlagak. Okay... kali ni dia memang takut.
"Ambik! buat lagi!".
"Di... Di minta maaf."
Khaleeda sudah menangis ketika mengungkap kata meminta maaf. Takut sungguh dia melihat bunga-bunga amokan di wajah Yusoff.
"Jangan nak kurang ajar ye! Dulu bolehlah kau buat! Buang aku! rendahkan aku!".
"Kau hina air mata aku merayu supaya kau terima aku!".
"Sanggup depan aku, suami sah kau ni kau pilih lelaki tu!"
"Jatuhkan air muka aku!".
"Lepas ni kau buat lagi... siap kau!".
Yusoff masih merenung garang wajah Khaleeda, seketika kemudian barulah berpaling dan menyarung baju kemeja yang dicapai di atas bangku.
Khaleeda terdiam matikan diri di atas katil. Tidak lagi berani bertikam lidah dengan Yusoff. Bimbang merasa tapak tangan Yusoff bercap di muka. Memandang Yusoff juga tidak berani.
Sebelum keluar, Yusoff mampir kepadanya. Khaleeda mengesot berundur ke belakang hingga melekat tersandar di kepala katil bersama dada yang bergendang.
Yusoff hulur tangan, Khaleeda kebingungan. Yusoff nak apa? Suruh urut ke?.
"Tuan nak apa?".
Soal Khaleeda takut-takut.
"Salam..."
Oh...
Khaleeda sambut tangan Yusoff menyalaminya dan mengucup lembut kekura tangan yang besar dan kasar itu.
Semerta teringat dua bulan di rumah besar mama dan papa. Air mata bertakung di tubir mata.
"Lain kali jangan buat lagi."
Khaleeda angguk-angguk tidak mampu menjawab kerana takut dan sedih. Yusoff pekap tapak tangan ke wajahnya lalu mengucup pipi, dahi, mata dan mencakup bibirnya sekilas. Kemudian Yusoff hilang di balik pintu.
kepada kesygn sume, perlu diingatkan sekali lagi genre cite ni drama ye. drama hdup utk dunia tipu-tipu sy jd watak utama tk semestinya hero pujaan Malaya. nti jd sama dgn cite2 lain. izinknlh Sy jd kn si Usop ni hero makian kwn2 sume utk beberapa ketika ini. cm seronok lah plk buat kesygn sume mrah kn Usop. jgn naik high blood pressure udah le. bce tenang2 je kwn2. Ok sume Sy dh janji encik suben nk cari uban dia Sy dh tersangkut kt cni dr pagi. mrah kwn tu Kang tk bg Sy main tpon plk hahaha. Ari ni mlas masak nk paw seben mkan luar dia blik ni. terima kasih sume. syg uoll
Share this novel
hahahahah ucop2.... rajin balik ke rumah check in bilik belakang. Sis follow plot cerita yg Haila create tapi yg penting beri kaw2 pada ucop kekesalan dia tuduh macam2 pada Di.... gerammm ikut sedappp dia jerrr... jaga ler sikit perasaan Di.... tapiiiiii Di pun paksa2 pun suka. hahahhahha
ishhh geramnya . asyik nak tuttt jea . selesaikan masalah tak lg. cian Di . nak lawan suami. dah lah sayang sangat. aduhhh. ucop ni gerammmm.