Dia masih sedar saat tubuh melayang di udara sebelum terhempas di atas aspal. Dia masih sedar saat seorang lelaki bertubuh kurus memakai topi turun dari lori untuk lihat keadaan dia. Dia dengar dengan jelas saat lelaki itu bercakap dalam telefon.
“Selesai… ya, confirm mati.”
Dia masih mampu lihat dengan jelas saat lori besar itu memecut pergi. Seluruh tubuh tidak dapat digerakkan. Hanya bebola mata berputar memerhati. Air mata merembes laju bila lihat sekujur tubuh yang berada tidak jauh darinya kaku tak bergerak.
Amirul!
Cuba buka mulut untuk memanggil lelaki itu, tetapi suara tidak mampu dilontar. Hanya bibir bergerak-gerak. Saat kesedaran hampir ke penghujung, dia sempat dengar bunyi siren. Sempat dia dengar suara bercakap-cakap, sempat dia rasa tubuh diangkat dan dibawa masuk ke dalam satu ruang sebelum mata perlahan-lahan tertutup.
“Puan! Puan dah sedar? Puan!”
Mata terbuka perlahan. Cahaya silau dari mentol putih yang menembak terus ke wajah buat mata menyepet.
“Puan Deila Araferro? Ini beg tangan puan kan?” Sebuah beg tangan hitam ditayang di depan wajah. Deila angguk.
“Puan, kecederaan puan sangat serius dan doktor mahu jalankan pembedahan segera. Puan, kami perlukan kebenaran dari suami atau pun keluarga puan. Setakat ni, puan boleh faham tak?”
Deila angguk. Doktor di depannya menunjukkan sebuah telefon bimbit di hadapan Deila.
“Bagus, puan. Ini telefon puan?”
Deila angguk lagi.
“Puan boleh bercakap? Cuba sebut nama puan.”
Deila terkebil-kebil mendengar permintaan doktor tersebut.
“Puan, saya mahu dengar puan sebut nama puan.” Ulang doktor itu lagi.
“D-Deila… Ara… ferro..”
“Bagus, puan. Sekarang saya mahu puan telefon suami puan supaya saya boleh jalankan pembedahan secepat mungkin. Puan, dengar penerangan saya baik-baik. Boleh?”
Deila angguk, sekali lagi.
“Saya kena jalankan pembedahan untuk selamatkan puan, tetapi anak puan mungkin tidak dapat diselamatkan. Ianya terlalu berisiko dengan keadaan puan sekarang. Puan faham kan?”
Deila renung wajah doktor yang sedang berbicara kepada dia dengan mata berkaca.
“A-Anak?” Air mata jatuh setitik demi setitik saat Deila ulang perkataan itu.
“Ya, puan. Kandungan puan hampir cecah usia tiga bulan.”
Deila mahu meraung saat itu namun suara tersekat di kerongkong. Hanya air mata mengalir laju membasahi pipi.
“Puan boleh hubungi suami puan sekarang? Atau puan buka lock telefon dan tunjukkan nombor suami puan, saya akan bercakap sendiri dengan dia nanti.”
Deila geleng. Tak! Dia mahu bercakap dengan Rhett. Dia bakal kehilangan bayinya. Mereka berdua bakal kehilangan anak pertama mereka. Dia mahu sampaikan sendiri kepada Rhett. Dia mahu bersama suami melalui saat-saat sukar seperti ini.
Dengan bantuan staff hospital, nombor Rhett berjaya didail. Staff tersebut mendekatkan telefon ke bibir Deila. Panggilan dibuat menggunakan loud speaker. Hanya sekali dering, panggilan itu terus disambut oleh Rhett.
“R-Rhett… saya…”
“I don’t have time right now, Del! If you still concern, pergi ke majlis tu sekarang!”
TUT!
Semua staff termasuk doktor yang berada di situ berpandangan sebelum memaku lensa mata ke wajah Deila.
“I-Itu… suami puan?” Tanya doktor itu, ragu-ragu. Deila tidak mampu menjawab. Hanya air mata terus menitik ke pipi.
“Puan, saya perlukan ahli keluarga puan untuk beri kebenaran sebelum pembedahan dijalankan. Kita tak boleh tangguh masa lagi, puan kehilangan banyak darah dan keadaan puan sangat kritikal. Ada siapa-siapa yang boleh saya hubungi selain suami puan?”
Deila memandang sayu wajah penuh berharap doktor itu. Malangnya, dia tiada sesiapa di dunia selain opah dan Amirul. Teringat Amirul, air mata semakin lebat membasahi pipi. Nafas naik turun dengan laju. Pandangan berbinar-binar.
“Puan!”
Melihat keadaan Deila, doktor itu segera melakukan pemeriksaan. Dari anak mata, jantung dan tekanan darah.
“Kita tak boleh bertangguh lagi, cari siapa-siapa dalam contact list puan ni, sekarang!”
RHETT masih di ruang menunggu bersama ibu Zara saat telefon bimbitnya kembali berdering. Niat mahu hubungi papa terus terbantut tadi selepas terima panggilan Deila.
Dengan mood ke laut, Rhett pandang skrin telefon. Bila lihat nama yang tertera, sebuah dengusan kasar dibuang.
Tok Teh!
Kalau tok sudah menelefon, kemungkinan besar tok dah jumpa Deila. Rhett lirik jam di pergelangan tangan. Dia yakin papa dan tok bijak memujuk tetamu. Dia mahu berada lebih lama di hospital. Dia mahu bercakap dengan Zara dan selesaikan semuanya sebelum datang ke majlis mereka.
Biar Deila pulak yang tertunggu-tunggu!
Rhett terus mematikan telefon bimbit tanpa menyambut panggilan tok. Dia tengah berserabut, nanti tambah berserabut bila dengar bebelan tok.
Rhett pandang sekeliling. Mahu cari staff hospital dan tanya bagaimana keadaan Zara. Tetapi tiada seorang pun berada di ruang menunggu. Hanya ada seorang staff di kaunter depan. Rhett mengeluh. Jam di tangan dia tenung sekali lagi. Kalau dia masih berlengah di situ, papa pasti akan batalkan majlis mereka kerana sudah berjam-jam tertangguh.
“Aunty…” Rhett bingkas bangun seraya berkata. “saya nak…”
“Mana doktor ni, Rhett? Bilalah aunty dibenarkan jumpa Zara? Rhett, kita pergi tanya kat kaunter bila kita boleh jumpa Zara.” Ibu Zara ikut berdiri lalu tarik tangan Rhett menuju ke kaunter depan. Rhett menurut tanpa suara.
“Anak puan dah dipindahkan ke wad kelas satu. Puan boleh daftar dulu sebagai penjaga. Untuk pelawat, kena ikut masa melawat. Ada sejam lagi.” Terang jururawat yang bertugas ketika ibu Zara bertanya.
Rhett diam, berfikir. Hanya sejam lagi dia perlukan. Jam di pergelangan tangan dilirik. Pasti sempat!
Selepas ibu Zara mendaftar dan beredar menuju ke bilik Zara, Rhett menunggu di lobi hospital sehingga masa melawat tiba. Rhett melangkah tenang menuju ke bilik Zara. Ketika dia masuk, kelihatan ibu Zara sedang duduk di sisi katil sambil menggenggam jemari Zara. Rhett terpaku di ambang pintu, menarik nafas panjang sebelum teruskan langkah menghampiri katil. Zara masih tidak sedar. Wajah pucat. Tiub infius tergantung di tepi katil.
“Rhett… Zara masih belum sedar.” Luah ibu Zara dengan sebak. Rhett diam. Bebola mata memandang ke seraut wajah Zara.
“Zara akan sedar, aunty.” Hanya itu yang mampu Rhett katakan.
Rhett menemani ibu Zara sehingga waktu melawat tamat. Zara masih belum sedar ketika Rhett meminta diri untuk pergi.
“Saya akan datang lagi esok.” Janji Rhett sebelum beredar.
Rhett memandu dengan kelajuan maksima menuju ke dewan hotel di mana majlis persandingan dia dan Deila diadakan. Hampir empat jam dia terlewat. Ketika sampai, hanya tinggal staff hotel di situ, sedang sibuk membersihkan dewan.
“Dato’ Razif tangguhkan majlis.” Itu yang diberitahu oleh salah seorang staff ketika Rhett bertanya.
Tanpa berlengah, Rhett memandu balik. Dia sudah bersedia hadap amarah papa dan bebelan berjela Tok Teh. Mungkin Deila juga tengah merajuk. Rhett mengeluh berat. Kejadian hari ini bukan salah dia seratus peratus. Kalau Deila tidak buat hal dulu, tak mungkin majlis sanding mereka ditangguh. Deila masih berhutang penjelasan kepada dia. Mengapa tiba-tiba menghilang tanpa beritahu?
Hanya ada seorang yang mampu buat Deila bertindak gila.
AMIRUL!
Rhett mendengus. Diri mulai terbakar dengan api cemburu. Pasti kerana Amirul. Sebab itu Deila tidak mahu beritahu dia. Rhett hentak stereng dengan kuat.
Ketika tiba di rumah, suasana di dalam sudah sunyi sepi, keadaan juga gelap. Hanya lampu kecil di dinding terpasang di tingkat bawah. Rhett mahu terus naik ke bilik dan berehat. Dia benar-benar rasa letih. Di anak tangga paling atas, Rhett terserempak dengan Dato’ Razif yang kebetulan baru keluar dari dalam bilik.
“Rhett, baru balik ke?” Tegur Dato’ Razif. Rhett angguk perlahan.
“Kau matikan telefon ke? Tok mengamuk call papa tak henti-henti siang tadi.” Rungut Dato’ Razif.
“Saya di hospital, papa. Saya matikan telefon kerana tak mahu ganggu pesakit.”
“At least kau balaslah panggilan tok. Papa rasa macam penting sangat tok nak cakap dengan kau. Dia siap marah papa tak reti nak ajar kau. Call tok kau. Tanya apa yang berlaku. Papa tak nak campur hal korang.” Usai berkata, Dato’ Razif kelihatan mahu beredar tetapi segera ditahan oleh Rhett.
“Macam mana dengan Del?” Tanya Rhett dengan suara lemah. Dato’ Razif angkat bahu.
“Rasanya tok tahu. Masa dalam dewan, tok terima panggilan seseorang. Tok bergegas pergi lepas tu. Mungkin Del yang call tok kau.”
Rhett hela nafas panjang. Kalau tok ada, dia tak perlu risaukan Deila. Rhett masuk ke dalam bilik. Rasa letih buat Rhett terus terlelap sebaik saja tubuh dibaringkan di atas tilam.
Pagi itu, selesai bersiap untuk ke pejabat, Rhett sempat jenguk ke dalam bilik Tok Teh. Dia mahu berbicara sekaligus meminta maaf kepada Tok Teh. Malangnya tok tiada dalam bilik. Rhett dipagut rasa hairan juga pelik. Tok ke mana pagi-pagi macam tu? Adakah tok bersama Deila? Rhett mendengus. Walau pun Rhett ketiduran sampai pagi, dia tahu Deila tidak balik semalam. Mungkin ada balik tetapi tidak tidur sebilik dengan dia. Pasti bersama tok!
Apa masalah Deila sebenarnya? Mengapa sibuk cari tok dan bukan suami dia sendiri? Rasa sebal semakin menebal. Rhett keluar tanpa bersarapan terlebih dahulu.
Tidak tenang mahu bekerja, Rhett cuba hubungi telefon bimbit Deila. Tidak dapat disambungkan. Rhett mendengus. Kemarahan mulai meruap. Nombor tok didail. Bersambung tetapi tidak disambut. Semakin meruap rasa marah, hampir naik sampai kepala.
Mood terus ke laut. Panggilan telefon dari ibu Zara pun langsung Rhett tak layan dek rasa marahnya kepada Deila. Isteri dia dah kenapa? Tahu buat salah, kalau tak nak jumpa pun it’s okay, tapi at least telefonlah dan terangkan mengapa buat macam tu. Hilang tiba-tiba!
Rhett menyandar di penyandar kerusi kerjanya. Gigih dia fikir mengapa Deila bertindak macam tu. Adakah disebabkan Zara Adelia? Mungkin Deila dapat tahu yang Zara mahu bunuh diri. Adakah Zara dah jumpa Deila terlebih dahulu? Rhett bingkas menegakkan badan.
Tapi…
Rhett kembali membungkam.
Amirul!
Amirul cintakan Deila. Adakah Amirul akan berdiam diri bila tahu dia dan Deila bakal bersanding dalam majlis besar-besaran? Pasti Amirul tersakiti. Orang yang tersakiti sanggup bertindak di luar akal waras.
Rhett urut pelipis. Semakin dia fikir, semakin mahu pecah kepalanya. Telefon bimbit berdering lagi. Rhett mengeluh bila lihat nama yang terpampang di skrin telefon.
“Rhett, Zara dah sedar! Dia cari kau, Rhett. Dia nak jumpa kau. Tolong datang ke hospital sekarang, please Rhett. Aunty hanya berharap pada kau untuk pulihkan semangat Zara.”
Rhett bingkas mengangkat punggung. Tergesa-gesa dia keluar menuju ke lobi syarikat.
Ketika Rhett masuk ke dalam bilik Zara, ibu Zara bingkas bangun dari tempat duduk dan segera meminta diri untuk keluar sebentar. Alasannya mahu ambil udara segar. Sebenarnya mahu beri peluang Rhett dan Zara berdua-duaan.
Selepas ibu Zara pergi, Rhett ganti labuh punggung di kerusi yang dihuni oleh ibu Zara tadi.
“Zara…” Rhett panggil lembut. Zara menaikkan bola mata lalu menentang sepasang mata jernih Rhett.
“Are you okay?”
Zara menggangguk, masih terlihat lemah keadaannya. Zara cuba bangun. Rasa tak selesa berbaring sambil berbual dengan Rhett. Melihat itu, Rhett bingkas bangun, mahu bantu Zara.
“Zara, biar saya tolong.”
Melihat Zara angguk, Rhett memangku tubuh Zara. Tanpa rasa segan silu, Zara melingkarkan kedua-dua lengan di belakang tengkuk Rhett.
Pintu bilik yang tidak tertutup rapat itu menjadi saksi sepasang mata dipenuhi air jernih sedang menyaksikan dua manusia di dalam bilik itu. Duduk di atas kerusi roda, wajah pucat lesi itu dipenuhi air mata. Baju hospital yang membaluti tubuh dicengkam erat. Hancur! Dia hancur saat melihat adegan di dalam bilik kelas satu itu.
“Del… ya Allah, kenapa ni? Kenapa menangis ni sayang?”
“Tok, bawa saya pergi dari sini tok… tolong, saya tak nak berada di sini, di hospital ni. Bawa saya jauh, tok… please tok…”
Satu jer chapter untuk mlm ni yer, enjoy! jgn naik darah dulu ekeke
Share this novel
betul tu tinggalkn rhet del laki x guna tu
apolah bodohnya laki ni...geramlak ..lain kali dengar dulu..ni asik2 zara yg di dulukn..tgglkn joo gi jauh2 ..anak pon dah hilang..amirul pon ontah idup ko tk tu?