Bab 67

Romance Series 39746

"Tapi aku betul-betul wehh, mintak maaf sangat-sangat" kata talhah lalu menyalami abangnya

"Aku tahu, bukan salah kau. Kau daripada dulu lagi nakal. Cakap sape je yang kau dengar kecuali cakap aku yang kau buat masuk telinga kanan keluar telinga kiri"

"Takpelah, aku maafkan kau. Aku pun silap jugak, aku rosakkan orang sekeliling kau. Aku bukan berdendam tapi aku cuma nak perhatian macam yang kau dapat tu je" mereka berpelukan seketika sebelum meleraikan pelukan

Taufiq melihat ke arah tania

"Tania you tahu kan tadi tu i yang mesej?"

Tania menganggukkan kepala

"Talhah yang bagitahu right?"

"Yes"

"Sebab tu talhah keluar ambik you kann? dia tahu apa yang i nak buat kann?"

Tania hanya menganggukkan kepalanya sahaja, tidak berani ingin bertentang mata

"You janganlah takut, i tak jahat. I just need same attention from my family"

Tania hanya tersenyum

"So tak payah nak nangis-nangis dah, apa plan kau lepasni?"

"Kau nak jadi CEO tak?"

"Aku tak reti lah, aku tak belajar pasal business ni. Kau ambik alih je lah"

"Lahhh, cakap nak haritu. Aku dah buat bakeup plan. Kau ambik je la jawatan tu, nanti aku ajar kau sikit-sikit boleh?"

"Daddy tak percayakan aku lah"

"Sape cakap?" tanya tan sri anaqi tiba-tiba

"Tadi daddy cakap kann?"

"Ouhh, memanglah. Tapi kalau kamu betul-betul nak jadi CEO. Kamu belajarlah daripada talhah daddy yakin kamu boleh. Anak daddykan" kata daddynya

"So kau nak tak? daddy dah bagi greenlight tu?"

"InsyaAllah boleh kott. Tapi kau ajar eh? kalau kau blah, aku blah jugak"

"Kalau semuanya blah, sape nak ambik alih company tu?"

"Hahahahahahahahahahahahaha daddy ni, taufiq bergurau aje" kata taufiq lalu mereka sekeluarga ketawa bersama

Setelah sekian lama tania mendiamkan diri, taufiq pun berbicara dengannya

"Tania i nak minta maaf dengan you, you tak salah. I yang salah nak kaitkan you dalam hal ni. I tahu niat i salah, but nasib baik ada talhah yang selamatkan you dan bawak you pergi jauh daripada i. Jujur i cakapkan, i tak ada niat nak rosakkan you, i cuma nak talhah hilang kebahagiaan je. I minta maaf lagi sekali"

"Takpelah mr taufiq"

"Why panggil i mr taufiq pulak? you kan bakal adik ipar i nanti? just call me along je"

"Ouhh, okay along. Tania pun nak minta maaf jugak. Sebenarnya i dah plan semuanya ni dengan talhah. Sebab i tak nak you jauh tersasar. I know you seorang manusia yang baik, tetapi you cuma kurang kasih sayang. I trust you boleh berubah. You pun dah jadi suami and bakal dapat anak lepasni. I hope you boleh jadi seorang ayah yang baik dan bertanggungjawab. I yakin you mampu untuk berubah ke arah kebaikan, its not to late"

"Thanks tania"

Taufiq melihat adiknya semula

"Kau plan nak kahwin dengan dia tak?"

"Sape? tania ke?"

"Iye lah, ke kau nak ariana?" bisik taufiq

"Ariana dah jadi milik kau along, tak kan la aku nak ambik pulak. Aku tak nak jadi penyondol"

"Aku tahu lah, kau pun nak yang fresh kann"

"Mestilah"

Mereka berbisik sesama sendiri, tania hanya perhatikan mereka sambil berkerut dahinya

"Ishh dah la kau ni mengarut, dia pandang kau"

Terus talhah memusingkan kepalanya

"Aku plan nak kahwin dengan dia"

"Ouhh, baguslah tu. Kita boleh buat majlis sanding sekali"

"Boleh je, tapi ariana bunting pelaminlah"

"Haah"

"Bila kau nak kahwin?"

"Tu tak sure lagi"

"Kau ni, lambat-lambat kena kebas baru tahu"

"Tahu, aku dah confess tapi dia reject"

"Seriouslah dia reject kau?? seriouslah? reject free free je?"

Talhah menganggukkan kepala

"Cubalah goda dia lagi, aku yakin boleh. Aku yakin dia suka dekat kau"

"Memang dia suka dekat aku, tapi bila aku cakap aku suka dia. Dia tak percaya alasannya sebab aku dah ada tunang. Tapi aku tak tahulah kali ni"

"Cubalah, sebelum kau gigit jari. Tak pun nangis dekat bucu katil je nanti. Aku tidur peluk ariana, kau tidur peluk bantal je lah" usik taufiq

"Ahh kau, diamlah. Tahulah dah tukar title daripada single ke couple"

"Hahahahahahaha tengok mummy, ada orang jealous lah"

"Nak buat macam mana, kita kena reject"

Muka tania sudah kemarahan apabila talhah berkata begitu

"Iya ke kamu kene reject? ish ish ish itulah tak pandai tak takel anak dara orang. Pandai-pandai kamu lah. Mummy dengan daddy tak nak tolong, kamu usahakanlah sendiri ye"

"Mummy............."

Lalu mereka sekeluarga pun tergelak bersama. Pada tengah hari itu, talhah telah menghantar tania untuk pulang ke rumahnya semula setelah selesai makan tengah hari dan perbincangan tadi. Semasa dalam perjalanan, talhah membuka bicara

"Tania you okay tak ni?"

"I'm okay, i tak sangka abang you sebaik tu bila dia dah mengaku kesalahan dia"

"Yeah, i know. And i pun tak sangka sebenarnya yang abang ni tu dia betul-betul suka dengan ariana. I ingatkan dia main-main je"

"Itulah, so you dengan ariana 100% putuslah?"

"Yup, dia dah jadi kakak ipar i. Tak kan i nak rembat pulak"

"Hahahahahaha ye tak ye jugak kann"

"Yes, and i pun ada you. Kannnn?"

Tania kembali diam

"You suka dengan lelaki yang papa nak jodohkan untuk you tu?"

"Why you tanya macam tu?"

"Saje je nak tahu"

"Entahlah, kalau seseorang tu tak suka dekat I. I accept je lah lelaki tu"

"I ke seseorang tu?"

"Entahlah, tak tahu"

Talhah tersenyum, dia la tu seseorang tu. Boleh pulak jadi lurus macam pembaris

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience