Bab 61

Romance Series 39793

"Mama kenal dengan talhah?" tanya tania ketika berjalan seiringan dengan mamanya

"Haah, semalamkan dia datang jumpa kamu. Kamu lupa ke?"

"Ouhh, takde lah. Ingatkan masa dia datang tu mama dan tidur rupanya tak"

"Iye la, kalau mama tidur. Lepastu jadi apa-apa macam mana?"

"Mama tak percayakan tania eh?"

"Sape kata?"

Tania pun menunjukkan diri sendirinya, lalu terus datin seri damia menggelengkan kepalanya

"Dah la jomm breakfast, kamu dengan talhah duduk la dulu. Mama nak panggil papa dengan abang hud kejap"

"Orait mama" lalu terus duduk di meja makan

Talhah pun mengikuti tania ke meja makan. Dilihat banyak lauk disitu, nasi goreng usa, sandwich, spagetti, air hot coklat, dan air kopi panas. Pening kepalanya mahu mengambil yang mana, semua dilihat sedap

"Wowwwww, banyaknya makanan"

"My mom rajin masak lauk banyak, tambah-tambah lagi dia tahu ada tetamu nak datang. Lagilah dia nak masak banyak-banyak kalau boleh nak penuhkan satu meja ni"

"Ouhh, macam tu. You tak nak jadi macam tu?"

"Entahlah, tak terfikir lagi lah. Eh by the way i lupa nak tanya, you kerja tak harini?"

"Tak, tak kan la i nak masuk office dengan muka bengkak macam ni? nanti heboh satu office. Macam la i tak kenal dengan si mulut tempayan sekali dengan longkang tu. I bagi cerita original, dia pergi tambah gula lah, garam lah, pak aji, secukup rasalah"

Tergelak tania mendengarnya, "hahahahahaha habis perisa eh?"

"Yup, that why i malas nak masuk office"

"Ouhh, faham. Untunglah bila jadi CEO kann? boleh ikut suka hati je nak masuk office bila, nak keluar office bila"

"Alahh, you pun nanti jadi wife i. Sama je"

"Ehhh, kita tak ada apa-apa hubungan pun. Takde istilah wife tu"

"You sure? kalau you jodoh i macam mana?"

"Macam tu lah, kita kahwin. And bukan ke you ajak i kahwin ke semalam?"

Tan Sri Dato' Syukri dan Hud pun turunlah ke bawah, dan menegur mereka

"Talhah" panggil dato' syukri

"Ya saya, Tan sri" jawab talhah sambil bangun dan menyalami tangan dato syukri dengan hud

"Duduk-duduk, tapi kenapa muka tu?"

"Ada problem sikit"

"Ouhh"

"Tan sri sihat?"

"Sihat, alhamdulillah. Tak payahlah panggil tan sri, kalau datin seri kamu boleh panggil mama. Tak kan la saya kamu nak ber tan sri pulak kann? panggil papa je"

"Baiklah pa pa"

"Dah-dah makanlah. Nanti kalau dah sejuk tak sedap pulak"

Mereka pun menjamu selera dengan nikmatnya. Setelah selesai, tania ingin keluar dengan hud untuk jalan-jalan

"Tania you nak ke mana?"

"Ouhh, i nak jalan-jalan dengan abang i. Kenapa?"

"Ouhh, kalau i nak ikut jugak boleh?"

"Emmm tapi muka you bengkak-bengkak lagi, boleh ke?"

"Boleh je"

"Tapi kalau staf you nampak macam mana?"

"Ouhh, biar je lah. Nanti i pakai mask"

"Hemm kejap, i tanya abang i"

Tania pun beredar menuju ke bilik abangnya, lalu bertanya

"Abang, nak tanya sikit boleh?"

"Apa dia?" tanya abangnya sambil menyikat rambutnya

"Kalau talhah nak ikut jugak boleh?"

"Lahh, dah kenapa dia nak ikut? dia sepatutnya kena pergi office kann?"

"Katanya tak nak pergi, itu yang dia nak ikut. Boleh?"

"Boleh je, no hal"

"Okay" terus turun ke bawah dan menuju ke talhah

"Abang i cakap okay je"

"Okaylah kalau macam tu" talhah pun memakai topi dan mask untuk menutup mukanya. Tania yang melihatnya terdiam

"Ehh handsome dia pakai macam tu, ala-ala kpop pulak" tania termenung melihat talhah sebegitu sehinggakan tidak sedar hud tiba di sebelahnya

"Eh pandang apa anak teruna orang sampai tembus tu?" tegur abangnya

Terus tania tersedar, lalu cepat-cepat masuk ke dalam kereta abangnya

"Talhah, masuklah"

"Baik, abang"

Mereka pun meneruskan perjalanan menuju ke shopping complex yang selalu hud dan tania pergi. Mereka menuju ke sogo

"Okay, so kita dah sampai. Jomm turun"

Tania keluar terlebih dahulu, kemudian barulah talhah dan hud keluar. Tania berjalan ditengah-tengah ibarat dua orang abang sedang mengawal adik perempuannya di dalam mall itu

Tania ternampak kedai makanan, terus dituju ke kedai itu. Talhah dan hud hanya melihat

"Abang, cepatlah tania nak order makanan ni. Jangan berlenggang pulak eh?"

"Tahu, lepastu sape bayar?"

"Abanglah"

"Eh kita pulak"

"Emm takpe-takpe talhah belanja"

"Okay, beres" kata abangnya cepat

"Eh abang ni kann"

"Alahh, bakal adik ipar kann. Why not?"

Tania menjeling abangnya. Mereka pun memesan makanan dan makan. Setelah siap, mereka pun menuju wayang

"Talhah you nak tengok cerita apa?"

"Emm terpulang, but i suka tengok cerita hantu. Boleh?"

"Takde cerita lain ke?"

"Kejap, i tengok" talhah melihat senarai cerita yang ada di skrin itu. Hud hanya melihat gelahat mereka berdua

"Ni kalau aku suruh mama kahwinkan dorang, sah dorang suka ni" kata hud seorang diri lalu pergi ke arah mereka dengan membawa popcorn dan air coca cola

"Jomm, masuk. Ke nak berdating lagi dekat luar ni?"

"Abang ni!" marah tania sambil mencubit lengan abangnya

Talhah hanya melihat mereka, masuk ke dalam bilik pawagam. Tania berada di kedudukan ditengah

"Dah la tengok cerita hantu, nasib baik aku duduk dekat tengah-tengah. Boleh aku peluk salah sorang tu kalau aku takut" kata tania sendirian

Talhah hanya tersenyum mendengar kata-kata tania itu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience