“Ergh... sakitnya kepala…” gumam Armel perlahan.
Dia merasa berpusing di kepalanya makin menjadi-jadi. Sambil membuka mata perlahan-lahan, dia cuba fahamkan apa yang sedang berlaku sekelilingnya. Seingatnya dia berhujan lebat dan berbaring di atas sofa. Ah, kenapa ingatannya susah untuk mengingati sesuatu.
Dengan pergerakan yang perlahan, Armel angkat tangan, memicit pelipis yang berdenyut tajam sambil cuba bangun dan duduk. Tapi... gerakannya terhenti.
Ada sesuatu yang hangat dan berat melekap di pinggangnya. Dengan debaran di dada, Armel tunduk. Nafasnya tiba-tiba tersekat bila nampak satu lengan besar melingkar di pinggangnya.
Jantungnya terus berdegup kencang. Panik menguasai diri. Dia segera toleh untuk tengok siapa empunya lengan itu.
Dan bila pandangannya jatuh pada wajah lelaki yang terbaring sebelahnya. Tubuhnya terus membeku.
“Bos?” bisiknya teragak-agak, suara bergetar halus.
Khair Yusof masih lena. Wajahnya tenang, rambut sedikit kusut. Tidak langsung sama dengan aura dingin dan garang yang Armel kenal di pejabat.
Matanya kembali tertumpu pada lengan itu. Rasa cemas, keliru, dan malu bersatu dalam diri. Dia cuba gerakkan tubuh perlahan-lahan, tapi pergerakannya buat Khair Yusof bergerak kecil.
Khair membuka matanya sedikit. Armel terus kaku, panik jelas terpapar di wajahnya.
Khair Yusof membuka matanya sepenuhnya dan terus terpandang wajah Armel yang sangat hampir dengannya.
“Kau dah bangun?” gumam Khair dengan suara serak dan malas. Dia berkelip beberapa kali, macam tengah cuba sedar sepenuhnya.
Armel tersentak. Dia terus mengundurkan badannya sampai hampir jatuh dari katil. Namun, pantas Khair mencapai pinggang Armel. Nafas mereka tidak menentu.
“Kita ada buat apa-apa ke?”
Khair Yusof yang dah mula sedar betul-betul, tarik nafas panjang. Dia lepaskan lengan dari pinggang Armel, lalu duduk sambil pandang gadis itu dengan wajah yang nampak letih dan sedikit menyampah. Tapi, dia cuba tenang.
Melihat Khair masih berdiam diri, Armel dah tak tahan. “Kita dah buat ke?”
“Dah, diam. Semalam awak meracau sebab demam panas jadi saya jaga awak dan tertidur kat sini.” Khair bersandar dan memandang Armel dengan riak kosongnya, namun hati bergelora.
“A... apa?” Wajah Armel berubah pucat. Pandangannya macam tak percaya. Khair Yusof pula mengusap lehernya yang terasa tegang.
Sebelah kening Khair terangkat. “Apa? Kenapa pandang saya macam tu?”
“Apa maksud saya meracau?” Armel makin malu. Dia nak tahu perkara sebenar. Dia tahu sewaktu kecil kalau dia demam memang dia akan meracau. Janganlah dia buat benda memalukan.
“Memang tak ingat ke?” Bayangan mereka bercium dan saling menyentuh menghangatkan fikiran Khair.
Ah, janganlah tanya ayat tu. Lagilah buat dia risau. Muka Armel makin merah. “Tak... jangan...” bisiknya sendiri.
“Awak ni kenapa?” Khair Yusof dengus tengok tingkah pelik Armel.
Daripada serabut layan perangai Armel yang ni, Khair Yusof terus bangun dari katil. Tapi belum sempat berdiri penuh, Armel tiba-tiba menerpa turut bangun juga berhadapan dengan Khair Yusof.
Dan… keduanya terhempas ke atas katil semula. Kali ni Armel pula duduk atas badan lelaki tu.
“Armel!” sebut Khair terkejut. Dia memang tidak menjangka langsung.
Armel renung mata Khair dengan pandangan mencurigakan. Nafas dia tercungap. “Kita tak buat apa-apa semalam, kan bos? Tolong cakap dengan saya kalau kita tak…”
“Kenapa?” Khair dah hilang sabar. Tanpa sedar, dia bertindak balas spontan dan terus menukar posisi mereka.
Sekarang, Khair Yusof pula berada di atas Armel, tangan dia letak pada tilam kiri dan kanan gadis itu, macam sedang kurungkan Armel.
Armel kelip mata berkali-kali. Dia kaku. Wajahnya merah menyala, entah kenapa dia perlu gugup sebegini. Jarak mereka... terlalu dekat.
Khair Yusof masih merenung tajam. Jantung Armel laju tak terkawal. Fikirannya ligat cuba cari alasan logik untuk situasi yang entah apa-apa ni.
“Awak...” Khair tahan nafas. Lidahnya kelu. Dia telan air liur. Cuba kawal perasaan yang makin galak naik. “Awak betul-betul tak ingat apa jadi?”
Armel pula telan air liur. Panik dia bertukar malu. Matanya berkedip laju, tak mampu nak tenung mata lelaki itu.
“Saya... saya tak ingat apa-apa,” gumam Armel perlahan, hampir tak kedengaran. Dia yakin muka dia sekarang memang merah habis.
Khair Yusof tarik nafas panjang. Dia bangkit dan duduk di sisi Armel, tangan gosok tengkuk sendiri. Kalau dibiarkan, dia pun boleh hilang kawalan. Biarlah apa yang mereka lakukan itu menjadi rahsia, lagipun tidak salah bukan dia bersama isterinya?
“Sebenarnya kau tak perlu pun berdrama macam ni,” ujar Khair perlahan. Tapi tiba-tiba dia ingat sesuatu. “Ah… sebenarnya memang ada sesuatu yang berlaku.”
Armel terus tegang. Dia duduk cepat-cepat. “Be… benarkah?”
Khair Yusof mengeluh, angkat bahu. “Pasal semua benda. Pasal kerja, pasal saya. Oh ya. Awak cakap saya handsome... dan awak suka saya.”
Mata Armel terbeliak. “Apa? Tak mungkin!”
“Yeah. Tapi jangan risau. Kita tak buat apa-apa. Kau demam panas semalam dan meracau. Saya jaga awak sampai saya pun tak tidur.” Khair Yusof terus bangun dan membuka setiap baju dan seluarnya begitu saja, lalu mendedahkan badannya begitu saja.
Armel rasa macam nak lenyap terus dari muka bumi. Dia tutup muka dengan dua tangan. “Kenapalah saya fikir bukan-bukan tadi...”
Bila pintu bilik air tertutup, Armel duduk di tepi katil sambil letak tangan atas dada. Jantung dia masih berdegup laju. Dia tarik nafas panjang. Tapi makin diingat kejadian tadi, makin pipinya membara.
Bayangan wajah Khair, cara dia tenung tadi, suaranya yang kasar tapi caring — semua tu muncul satu-satu.
Bila Khair Yusof keluar semula dari bilik air, Khair Yusof dah bersiap. Dia tengah berdiri dekat pintu, khusyuk melihat telefon.
Dan entah kenapa, masa tu… Khair nampak sangat... menarik.
Armel termenung. Tapi Khair sempat jeling ke arahnya. Senyum halus terukir di hujung bibir lelaki tu. Pandangannya tenang tapi penuh rahsia.
SELEPAS bersiap dan sempat bertekak dengan Khair sebab dia mahu juga pergi ke pejabat kerana banyak kerja yang perlu dia lakukan. Baru saja dia keluar dari bilik pakaian terkejut dia melihat Khair yang sedang bersandar sambil memandangnya dengan tangan dimasukkan ke dalam poket sisi seluar.
“Dah siap?” suara Khair tanya pendek, tapi… eh, suara tu macam menggoda sangat di telinga Armel.
“Y-ya, bos. Dah.” Dia jawab tergagap. Tak boleh nak sorok perasaan gugup.
Khair angguk kecil. Dia simpan telefon dalam poket, terus jalan ke pintu. Tapi sebelum keluar, dia berhenti dan pandang Armel semula.
“Oh, satu lagi.” Suaranya perlahan. Tapi nadanya… menggoda.
“Ya, bos?” Armel balas, kepala masih tertunduk.
Khair renung dia dengan pandangan yang sukar dijangka. Muka dia masih tenang.
“Lain kali, pakai baju penuh sebelum rebah sebab mungkin ada benda yang akan berlaku kalau ada iman yang tidak dijaga. Dan, jangan main hujan.”
Armel terkedu. Malu. Tapi entah kenapa… rasa lain yang muncul. Jantung dia berdegup kencang. Entah kenapa dia juga mendambakan bibir itu seperti kecanduan. Mana boleh jadi candu kalau belum pernah merasa betul tak?
P/s: Jom baca dan tengok macam mana Khair menjaga dirinya untuk tidak bermimpi lagi.
Share this novel