1

Mature Content Series 226

RUMAH batu dua tingkat di pinggir bandar sunyi seperti selalu pada waktu pagi. Hanya kedengaran derapan tapak kaki seorang isteri sedang sibuk menyiapkan sarapan untuk suami dan anak kesayangannya.

"Morning sayang. Sibuknya dia. Masak apa pagi ni," tegur Rafael.

Bella tersentak dan melatah kecil sebaik tangan kasar suaminya mula melingkar di pinggang.

"Abang, terkejut saya. Abang tak siap lagi? Baju kerja abang saya dah gosok la sana," tegur Bella lembut.

Satu ciuman hinggap di pipi suaminya sebelum beredar ke meja makan bersama semangkuk nasi goreng.

"Abang masuk lambat. Sayang lupa ke abang hari ni kerja luar?"

"Allah, saya lupa la abang. Sorry, sorry. Macam tu jom kita breakfast."

Lengan Rafael ditarik agar suaminya duduk di meja. Wajah lelaki ini tenang disulami senyuman yang tidak pernah gagal menenangkan dirinya setiap kali pandangan mereka bertaut sekejap.

"2 minit ya. Duduk diam-diam."

"Terima kasih, sayang. Abang tak tahu macam mana hidup ni kalau sayang tak ada." Dagu isterinya dicubit lembut.

Senyuman manja terukir di bibir merahnya. Dia mula menghidang nasi goreng ikan masin dengan teh o panas untuk cinta hatinya. Walaupun penat bekerja, dia tidak pernah lupa uruskan suami dan anak.

"Boleh tak ni?"

"Boleh, isteri abang masak semua sedap. Ben tak sekolah ke hari ni sayang? Abang tengok dia tidur dalam bilik?"

"Abang, hari ni sekolah dia cuti. Semalam sekolah dia sukan."

"Oh, abang lupa! Sayang la suka lalaikan abang."

"Saya ke abang?"

"Sayang juga. Abang tunaikan je."

Rafael memerhati buah hatinya yang sedang tersipu malu. Sejujurnya dia tidak nafikan wajah isterinya cantik namun entah mengapa setiap kali memandang matanya, hanya Bella yang buat dirinya menemui ketenangan.

Isterinya tidak pernah suka berhias. Katanya, dia mahu cantik di rumah dan hanya untuk dirinya. Bukan untuk pandangan orang luar. Memang benar apa yang ibu kepada anaknya ini katakan. Di matanya, Bella tetap menggoda dengan cara yang sederhana tanpa gincu dan tanpa wangi-wangian berlebihan bila di luar. Isterinya memang cantik dengan senyuman dan kelembutan yang hanya dia sahaja faham.

"Abang tengok apa?" tanya Bella sambil menyuap nasi ke mulut.

"Tengok rezeki abang pagi ni," jawab Rafael selamba sambil tersengih.

Bella menggeleng kecil. Bibirnya yang nipis dan kecil cukup buat jiwa Rafael resah. "Dah 15 tahun kahwin tapi dia tetap pandai pikat batin aku."

"Tengok tu, auto isteri abang dah pakai blusher," usik Rafael.

"Abang ni suka sangat pikat saya pagi-pagi. Rezeki tu atas meja bukan depan mata," sindir Bella.

Rafael ketawa mengekek. Kakinya nakal menguis kaki isterinya. "Dua-dua rezeki. Cuma yang depan mata ni... susah abang nak lepaskan. Makin dia sibuk, makin buat abang geram."

Sekelip mata suasana dapur kecil terasa hangat. Hangat kerana kasih yang masih berdegup di antara mereka.

Setengah jam kemudian Rafael mencium dahi isterinya sebelum Bella masuk ke kereta.

"Abang, boleh ke saya ambil pembantu rumah?"

"Hah, kenapa pula?!"

"Saya cuma kesiankan abang dengan Ben. Saya tak dapat masak dan urus rumah macam dulu. Ada pembantu boleh la dia uruskan rumah. Abang okey ke?"

Satu keluhan dilepaskan dan tangannya naik menggosok kepala isterinya.

"Sayang rasa itu boleh buat keluarga kita bahagia dan mudahkan urusan sayang, abang sebagai suami ikut je."
..
..

Ben duduk bersila di depan televisyen dan matanya fokus menonton drama. Sesekali dia menoleh ke arah papa. Papa leka memandang skrin telefon dan mengomel sendirian.

"Ini mesti berbual kosong geng daddy-daddy ni, kan?" soal Ben.

"Ya,tak mungkin la group gosip mommy atau games Ben pula," balas Rafael dengan tawa kecil.

"Papa, betul ke mama kata nak ambil orang gaji?" Kepalanya terlentuk dibahu papa sebaik sahaja papa memaut dan menggosok kepalanya.

"Hmm, mama kata mama kesiankan kita dekat rumah."

"Nak kesian apa, kita okey je. Mama bukan tak balik rumah."

"Ben, kita memang okey tapi mama tu tak. Ben tak kesian ke tengok mama sejak naik pangkat ni. Pergi kerja sebelum Ben pergi, balik bila Ben dah tidur."

"Ben tak selesa la papa ada orang lain dalam rumah. Nanti tak boleh bebas macam selalu."

"Ben, kita kena fikirkan mama juga. Mama balik kerja terus kemas rumah. Ben tak nampak ke lipas kudung pun geleng kepala tahu tak tengok mama buat kerja."

Ben benamkan wajahnya di dada papa menahan tawa. Sedetik, dia memanggung wajah ke arah papa yang sudah meletakkan telefon di tepi.

"Lepas ni tak payah kita order makanan hari-hari. Betul tak papa," ucap Ben penuh teruja.

"Betul la tu. Tak payah la kita makan nasi hangit jadi sup ya tak," balas Rafael, tenang.

"Siapa la maid yang mama nak ambil ya papa. Papa rasa mama pilih yang tua ke muda?" tanya Ben lagi tapi mata fokus di televisyen semula.

"Tua ke muda ke biar mama pilih sendiri. Papa bayar je sayang," balas Rafael, spontan.

Suasana sunyi tanpa bicara untuk seketika. Sedetik, kotak minda Rafael mula berfikir tentang rakannya Sany. Senyuman segaris terbentuk tanpa sedar. "Silap datang yang solid, bergetah, masak aku. Jadi macam Sany nanti, layan maid sendiri."

"Hisyh, apa aku merepek ni. Sany tu lain. Dia tak ada anak."

Rafael mula bermonolog dengan hati dan perasaannya apabila anaknya mengajukan soalan tadi. "Aku buat, silap hari bulan kantoi dengan Ben. Kerja gila namanya."

Lamunannya terhenti apabila Ben bangun dan berdiri di hadapannya.

"Papa, kenapa senyum sorang-sorang?" tanya Ben sambil mencekak pinggang.

"Tak ada apa-apa. Bila nak pergi tidur? Tak sekolah ke esok?" soal Rafael cuba menutup rasa malu.

"Ben nak masuk tidur la ni. Borak dengan papa pun bukan papa dengar. Salam cepat," jawab Ben sambil menghulurkan tangan.

Rafael terdiam. Dia memandang anaknya yang sedang merenung tepat ke arahnya. Tangan anaknya digenggam kuat.

"Ben tanya apa tadi, papa tak dengar. Sorry," pujuk Rafael.

"Ben tanya, nanti pembantu rumah tu duduk sini atau dia balik rumah dia?"

Dahi Rafael berkerut. "Entah, kenapa Ben tanya?"

Ben menjongket bahu. "Tanya la sebab bilik semua dekat atas. Bilik mama papa, bilik tetamu dua, bilik Ben pun atas. Bawah tu kan dah jadi stor."

"So?"

"Apa papa ni? Mana boleh bilik pembantu rumah dekat atas. Habis la privasi Ben."

Rafael terdiam. Dia berpaling ke arah tangga. Fikirannya mula berhayal ke sesuatu yang tidak sepatutnya ada. "Betul juga."

"Papa lupa bab tu. Mana mungkin nak suruh dia duduk atas sama kita, ye tak?" Lengan anaknya digosok dan diakhiri pukulan kecil.

"Nanti papa bincang dengan mama. Dah, pergi tidur. Esok sekolah, good night sayang."

Ben hanya mengangguk beredar sambil menyanyi perlahan. Baginya sendiri tidak pasti kenapa soalan anaknya terasa seperti memberi isyarat. Takdir seperti mula menulis sesuatu yang buat Rafael teruja.

"Betul juga cakap Sany sengal tu. Ada masa peluang datang sendiri. Aku cuma perlu berani menyambutnya," bisik Rafael tanpa rasa bersalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience