Bab 24 Diam

Romance Series 2769

Nuha dan Zara, yang duduk di hadapan mereka terus menunduk, berpura-pura menulis sesuatu sambil memasang telinga mendengar perbualan Luth dan Noah. Noah tahan senyum, dia tahu dua orang gadis tu sedang memasang telinga.

Zara pula menoleh sedikit ke arah Nuha.

"Kau tak nak acah-acah tanya dia ke, kenapa kau jumpa kak Qistina tadi Luth?" bisik Zara.

Nuha menggeleng perlahan. Zara mengeluh lemah. Dia tak tahu ke lelaki ni bukan suka bercerita benda yang tak penting bagi mereka. Sebab tu lah Nuha perlu ambil inisiatif dan bertanya.

Pen di tangan Nuha terhenti di atas kertas. Di dalam hati, dia berharap sangat Luth akan membuka mulut, menceritakan apa sebenarnya hubungan dia dengan Qistina. Kenapa Luth memilih untuk tidak bercerita? Sedangkan hatinya meronta ingin tahu siapa sebenarnya gadis itu dalam hidup Luth.

Noah mengangkat wajah melihat Luth yang masih kelihatan dingin. Dengan wajah bersahaja, dia bertanya.

"Kenapa muka kau macam orang baru lepas break up dengan awek je ni?"

Noah menyilang tangannya di dada, matanya tajam menunggu jawapan. Dia tidak suka bila Luth tidak bercerita mengenai Qistina padanya dan lebih memilih untuk diamkan diri. Dia sudah lama memerhati Qistina selalu mengejar Luth.

Luth menghela nafas panjang, menekan jari-jarinya ke pelipis.

"Aku cuma rasa geram. Bengang gila dengan seorang makhluk Allah ni."

Noah mengangkat kening, menunggu penjelasan lanjut. Tapi Luth hanya menggeleng sambil bersandar ke kerusi.

"Dahlah, aku malas nak cerita. Nanti aku cerita dengan kau, Noah. Sekarang aku nak siapkan modul matematik."

Nuha yang masih mencuri dengar kian resah, tapi dia tidak berani mengangkat wajah. Hatinya tertanya-tanya.

"Siapa yang buat Luth geram? Adakah kak Qistina? Dorang pernah bercinta ke?" pertanyaannya seperti angin lalu yang masih tidak menemui jawapan.

Zara kerling Nuha di sebelah dan dia terus memusingkan badannya. Seperti biasa dia mahu kenakan sahabatnya itu. Hobinya memang suka pedajal budak-budak ni.

"Kau ni, Luth. Muka macam orang berak berdarah, chill lah sikit. Patutlah Nuha takut nak bagi jawapan confession dia dekat kau."

Kata-kata Zara itu membuatkan mereka tersentak. Serentak, Noah dan Luth memandang raut wajah Zara.

"Zara!"

Nuha bersuara perlahan, namun cukup untuk menunjukkan rasa terkejutnya. Matanya membulat, dan pipinya mula memerah. Tanpa berfikir panjang, Nuha menyiku lembut lengan Zara, cuba menghentikan mulut nakal sahabatnya itu.

Zara hanya tersengih, dia cuma mahu meriuhkan suasana yang kian kelam.

"Apa? Aku cuma cakap benda yang betul je," katanya sambil menjeling ke arah Nuha yang sudah menundukkan kepala, cuba menyembunyikan rasa malunya.

Segaris senyuman terbit di bibir Luth, tetapi di dalam hatinya, ada sedikit rasa lega. Setidak-tidaknya, dia tahu bahawa perasaannya terhadap Nuha bukan lagi rahsia. Tetapi gadis itu masih lagi belum memberikan jawapan padanya.

"Jom kita stayback petang ni, kita buat homework sejarah." ajak Noah.

"No hal, aku okay je" balas Luth.

"Aku pon! Dah lama kita tak buat homework sekali." jawab Zara.

"Kau kan busy dengan Sir Aydan" perli Noah.

"Kau jangan ya nak cari gaduh-"
Tiba-tiba Luth mencelah, "Nuha sayang..kau senyap je. Kau nak join tak?"

Zara dan Noah serentak berpaling pada Nuha dan menunggu jawapan.
Nuha yang masih diam tidak berkutik, hanya menggeleng.

"Kenapa? Kau sakit ke?" soal Luth. Nuha masih membisu.

"Takpelah, janganlah paksa dia. Dia mungkin penat." ujar Noah dan menepuk lembut bahu Luth.

Zara hanya menangguk setuju. Hanya Zara dan Noah saja yang tahu kenapa Nuha diam sebegitu. Terkebil-kebil Luth melihat sikap Nuha yang tiba-tiba menjadi seorang pendiam.

Tamat saja kelas tambahan Pendidikan Islam, suasana kelas mula hiruk-pikuk dengan pelajar sibuk mengemas barang masing-masing. Zara dan Nuha sibuk menyimpan buku ke dalam beg mereka, manakala Noah pula rancak berbual bersama Izzat dan Adam. Gelak tawa mereka mengisi ruang kelas yang semakin kosong.

Sebaik saja Nuha menggalas bag sandangnya, Luth menghampiri. Luth berdiri tepat di hadapannya.

"Kau nak balik terus ke ni? Tak nak stay back dengan kita orang ke petang ni? Kau kenapa senyap je harini?" bertalu-talu soalan yang diajukan.

Dia memang tidak ada mood mahu menjawab pertanyaan Luth.

"Aku nak balik, lagi pon pagi tadi aku dah pesan dekat mama aku, aku minta tolong mama ambik aku balik hari ni" balasnya acuh tak acuh.

Zara yang berdiri di sisi Nuha hanya diamkan diri. Noah juga sempat kerling sekilas pada mereka berdua. Di mata Noah, Nuha nampak seperti kecewa dengan Luth.

Tanpa menunggu balasan dari Luth, Nuha mempercepatkan langkahnya menuju ke luar kelas. Luth meraup kasar rambutnya. Dia menarik nafas dalam. Nuha nampak lain sangat di matanya, nampak tidak selesa.

"Menyesal pula aku luahkan perasaan aku, kalau macam ni jadinya" bisiknya perlahan. Tetapi boleh didengari oleh Zara yang masih berdiri di tempatnya.

Dia menggenggam penumbuk, cuba mengawal emosinya. Kenapa Nuha menjadi semakin diam? Hatinya mendesak untuk mengejar gadis itu, untuk bertanya.

Namun, niat itu segera dibatalkan. Sekali lagi dia menarik nafas dalam, cuba meredakan perasaan gelisah yang semakin menyesakkan dada.

"Kalau aku kejar dia, mungkin dia akan rasa rimas,"bisiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience