Bab 28: Antara Barakah Guru dan Bara Sang Naga

Action Completed 149

Kelas Sejarah hari itu terasa berlalu dengan lebih tenang dari biasa. Buat pertama kali, tiada lagi kepala Faiq terkulai di meja, tiada lagi dengusan bosan atau renungan kosong ke luar jendela. Kali ini, dia duduk tegak, buku teks di tangan, sesekali mencatat nota ringkas dan mengangguk perlahan dengan mata yang fokus ke arah papan putih.

Cikgu Zakiah yang sedang menulis tarikh penting Perjanjian Inggeris-Belanda di papan putih terhenti sejenak. Matanya melirik ke arah pelajarnya itu. "Eh?" bisiknya dalam hati. Dia menoleh sekali lagi, memastikan penglihatannya tidak silap.

'Faiq? Serius? Tak tidur?'

Perasaan terkejut dan lega bercampur dalam dadanya. Dia menelan liur perlahan, masih belum percaya. Hatinya yang dulu pernah terguris kerana dimarahi semula oleh Faiq — kini sedikit demi sedikit terasa disembuh. Mungkin... mungkin inilah permulaan baru buat Faiq.

Usai kelas, Cikgu Zakiah menghampiri tempat duduk Faiq. Suaranya lembut, "Terima kasih sebab beri perhatian dalam kelas hari ini, Faiq. Cikgu bangga."

Faiq hanya angguk perlahan. "Saya minta maaf untuk sebelum ni, cikgu. Saya janji akan usaha."

Wajah Cikgu Zakiah hampir basah oleh air mata, tapi dia sempat menahan. Dia hanya mengangguk dengan senyuman kecil, penuh harapan.

Namun, jauh dari kelas itu, di sebuah bengkel motosikal milik syarikat PACITOS...

"KAU BUAT APA?!"

Jeritan garau Dragon bergema dalam bengkel. Tangannya menampar meja logam hingga segala skru dan spanar melantun. Matanya tajam memandang Idzlan yang berdiri menunduk, jelas ketakutan.

"Kau pinjamkan motor kau kat Faiq?! KAU GILA?!"

Idzlan cuba bersuara, "Dia... dia perlukan—"

"Dia? Atau kau yang nak jadi hero?" herdik Dragon, langkahnya mendekati. "Kau tahu tak siapa aku?! Kalau aku kata jangan, maknanya JANGAN!"

Dragon mendekatkan wajahnya ke wajah Idzlan, nafasnya berapi.

"Kau ingat aku main-main? Kau ingat aku tak tahu dia dapat balik motor dia dengan duit hadiah tu? Kalau dia tak menang?! Kau nak tanggung?!"

Idzlan tidak mampu menjawab. Hatinya berkecamuk, tapi dalamnya tetap yakin: dia tidak menyesal bantu Faiq.

Dragon merengus. "Lepas ni, kau buat kerja kau. Jangan pandai-pandai berlagak budiman dalam dunia aku."

Dengan itu, Dragon berlalu masuk ke pejabat kecil di hujung bengkel, meninggalkan Idzlan yang menggenggam erat hujung bajunya, menahan segala ketakutan — namun dalam diam, dia mula sedar... satu perubahan sedang berlaku. Dan perubahan itu bernama Faiq.

Langkah Idzlan keluar dari bengkel itu tampak longlai... tetapi di balik wajah suramnya, ada bara kecil yang baru mula menyala. Kata-kata Dragon siang tadi bukan sekadar herdikan — ia telah mencabar egonya, martabatnya. Dia terasa dikhianati oleh Faiq... budak yang dulunya hanya dipandang lekeh kini mula meniti bibir ramai sebagai wira baru sekolah.

"Dia... rampas semua perhatian. Dia... buat aku nampak macam bodoh," getus Idzlan, rahangnya mengetap.

Dia mengeluarkan telefon dari poket hoodie-nya. Jarinya laju membuka galeri—gambar Faiq di pelbagai situasi, termasuk beberapa tangkapan skrin lama dari status WhatsApp dan Instagram yang pernah menjadi bahan bualan rakan-rakan satu sekolah.

Matanya menangkap satu gambar lama — Faiq bersama dua lelaki berpakaian tidak kemas, motosikal bersebelahan — gambar yang pernah tular dengan pelbagai andaian. Idzlan tersenyum nipis, penuh muslihat.

"Aku tahu macam mana nak jatuhkan kau, Faiq. Kau fikir kau dah berubah? Tapi semua orang akan percaya apa yang mereka nampak... bukan siapa kau sebenarnya."

Malam itu, Idzlan mula menyusun satu perancangan licik. Dia mencipta satu akaun palsu, menyebarkan gambar lama Faiq dengan kapsyen sindiran berbaur fitnah:

"Wira konon. Dulu lepak port gelap, sekarang pura-pura budak baik. Orang macam ni layak ke menang hadiah?"

Perlahan, siaran itu mula mendapat perhatian, terutama dari kalangan pelajar dan ex-pelajar sekolah. Komentar muncul satu demi satu, ada yang menyokong, ada yang mempersoalkan, dan ada juga yang mula menghina.

Namun, yang Idzlan benar-benar mahukan — bukan sekadar menjatuhkan Faiq di mata umum. Tapi... menjatuhkan semangatnya. Melenyapkan sinar baru yang kini mula bersinar terang di hati pemuda itu.

"Biar dia kembali jadi Faiq yang dulu... yang mudah dikawal... yang tiada siapa peduli," bisik Idzlan perlahan.

Dan malam itu — satu perancangan gelap sedang menjalar, menunggu masa untuk menyambar sasaran utamanya: Faiq.

...Desas-desus itu menyebar lebih laju daripada amarah Dragon. Seluruh warga sekolah terkejut apabila notis rasmi dari pejabat pengetua menyatakan bahawa Faiq digantung persekolahan selama dua bulan atas isu disiplin — tanpa menjelaskan butiran. Sekeping gambar lama Faiq bersama Dragon dan motosikal PACITOS tersebar dalam grup Telegram pelajar.

Aina tersentak, matanya berkaca. "Tak mungkin Faiq... Dia dah berubah. Aku nampak sendiri usaha dia selama ni." Dia menoleh ke arah Faiqah, mengharapkan reaksi.

Faiqah Hafizah tunduk, cuba menyembunyikan riak wajah yang terkejut dan keliru. "Kalau betul dia bersalah, kenapa sekarang? Dan kenapa gambar lama?" hatinya berbicara.

Hilmi mengerutkan dahi, "Aku syak Idzlan. Dia tak masuk kelas Sejarah semalam. Aku nampak dia pakai jaket PACITOS..." bisiknya pada Fazli.

Fazli yang sedang menyusun buku di perpustakaan menggenggam pen jarinya. "Kalau betul dia fitnah Faiq, aku takkan maafkan."

Amin termenung panjang di saf belakang surau. "Aku tahu Faiq banyak silap dulu... Tapi dia tengah baiki semua tu. Kenapa datang ujian ni pula?"

Uwaisy dan Khairul Anam cepat-cepat berjumpa. "Kita tak boleh biarkan ni terus. Aku akan cari siapa yang sebarkan gambar tu," kata Khairul dengan tegas.

"Dan aku akan jumpa Cikgu Zakiah, Ustaz Naufal, kita kumpulkan semua bukti perubahan Faiq. Tak adil gantung budak yang tengah berubah," balas Uwaisy penuh semangat.

Misya Alisha diam tanpa sepatah kata. Namun riak wajahnya menunjukkan simpati. Walaupun tidak rapat dengan Faiq, dia tahu, Faiq bukan seperti yang digambarkan.

Amir Furqan yang menerima berita itu daripada Pak Tam, terus keluar dari rumah tanpa berkata apa-apa. Di sebelahnya, Amirah mengejar, "Abang nak ke mana?"

"Aku nak cari budak nama Idzlan."

Pak Tam termenung di dapur, wajahnya sugul. "Aku sepatutnya lebih berjaga-jaga. Budak tu dalam pantauan aku," bisiknya pada Mak Minah, yang turut sebak.

Mak Minah hanya mampu berkata, "Kita tak boleh biarkan dia sendirian dalam ni."

Cikgu Zakiah pula duduk terdiam di mejanya. Air matanya menitis. "Dia yang dulu pernah tidur dalam kelas aku... sekarang dihukum atas dosa silamnya." Dia tahu perubahan Faiq bukan pura-pura.

Ustaz Naufal, sebagai guru kaunseling, segera merancang pertemuan dengan pengetua. "Kita perlu satu jawatankuasa semakan semula. Dia bukan budak bermasalah lagi."

Cikgu Siti Hawa, guru BM yang pernah melihat semangat Faiq dalam Komsas, berkata, "Ada sesuatu yang tak kena. Saya percaya dia sedang diperangkap."

Dan kini, beban membuktikan kebenaran jatuh ke bahu Uwaisy, Khairul Anam, dan Amir Furqan — tiga sahabat yang percaya, perubahan Faiq bukan sekadar lakonan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience