Bab 4

Romance Series 17396

“DAH puas berangan? Get out!”

Gibran buat muka bila melihat raut wajah Raja Noah yang kurang mesra alam itu. Langsung tak boleh ajak bergurau hal wanita.

“Sesekali tu you kenalah enjoy dengan your life, Noah. Tak bosan ke asyik hadap kerja je? Cubalah pergi dating dengan mana-mana perempuan. Kalau tak nak susah payah cari kat luar, tu luar pintu ni dah boleh jumpa,” ujar Gibran yang maksudkan Rania. “Confirm hidup you yang flat ni akan berubah. Cubalah sesekali dengar nasihat I.”

“I tak perlu dengar nasihat you,” balas Raja Noah tanpa perasaan.

Baginya, hidup Gibran juga masih tunggang-langgang. Lagi-lagi bila sepupunya itu terlibat dengan ramai wanita di luar sana. Lagi Raja Noah rasa menyusahkan.

Gibran mencebik.

“Ya, ya, ya... Sibuk jelah diri you dengan kerja tu sampai ke tua. You seorang jelah workaholic sampai tak reti nak work life balance,” ujar Gibran dengan geram. “I gerak dulu. Kalau tiba-tiba you tukar fikiran, roger I. I boleh kenalkan you dengan supermodel.”

Raja Noah buat tidak peduli saja. Matanya lebih fokus memandang komputer riba dan memekakkan telinganya saja dari hasutan Gibran.

Keluar saja Gibran, dia terus terkejut bila melihat Rania yang mundar-mandir di depan pintu.

“Ah!” Hampir saja Gibran nak berlanggar dengan Rania.

“Ah! Sorry, encik.”

“You buat apa kat sini?”

Rania memandang Gibran yang tersengih. Nampak sangat Gibran ini persis buaya darat. Apatah lagi senyuman dan lirikan mata lelaki itu buat Rania rasa meluat.

“Watch your eyes, encik. Nak I cungkil mata tu.”

Like a boss, like a secretary!

“Eh!” Gibran panik bila dua jari Rania sudah diarahkan ke wajahnya seolah-olah wanita itu memang mahu mencungkil matanya.

“Mengacau je,” rungut Rania yang kemudian terus masuk ke dalam pejabat Raja Noah.

“Boleh tahan garang jugak? Elok la tu dengan yang King kat dalam tu,” gumam Gibran sambil geleng kepala dan terus pergi dari situ.

Rania memang tak nak peduli langsung dengan Gibran yang cuba beramah mesra dengannya. Sekarang dia hanya mahu selesaikan masalah yang belum selesai lagi tapi sudah tambah masalah baru.

Sekali lagi Rania masuk ke dalam pejabat Raja Noah tanpa izin bosnya itu.

“Tuan!” pekik Rania yang menuju terus di meja Raja Noah. Dia sudah berdiri tegak.

Tersentak Raja Noah seketika.

“Rania! Where are your manners?”

“Eh, sorry tuan. I cuma nak cepat je.”

Terdengar dengusan keluar dari bibir Raja Noah dan kemudian dia abaikan saja Rania. Dia sibuk memandang komputer ribanya sedangkan Rania sudah tidak keruan.

“Tuan,” panggil Rania lagi yang tak tahu nak mula dari mana. Dia terlalu gugup sampai memulas jarinya sendiri.

“Hm.”

Lagi sakit hati bila Raja Noah hanya membalas dengan deheman saja. Rania bengang, takkan bosnya itu tiada rasa bersalah atas tindakan yang dia cuba lakukan kepada Rania tadi?

“Tadi tuan betul-betul kiss I ke?”

Gerakan jari Raja Noah di atas keyboard berhenti secara tiba-tiba. Dia terdiam sebentar dan seolah-olah sedang berfikir sesuatu.

Raja Noah mengerutkan keningnya dan kemudian tubuh lelaki itu bersandar pada kerusi. Dia memandang Rania yang masih kelihatan gugup.

Pandangan dingin Raja Noah itu mampu buat tubuh Rania rasa beku dan kaku.

“You really want me to kiss you, huh?”

Bulat mata Rania dan baru sedar betapa bodohnya dia bertanyakan soalan yang mengundang soalan maut daripada Raja Noah.

Dengan pantas Rania geleng kepala sebab itu bukan maksudnya.

“Tak, tuan! Tak! Bukan tu maksud I.”

Raja Noah menolak kerusinya ke belakang sedikit dan dari posisi itu dia boleh melihat Rania dari hujung kaki hingga hujung rambut.

“So, why you nak tanya?’

“I salah soalan, tuan. I cuma nak tanya yang tuan dah delete belum gambar I tadi?”

Raja Noah menarik nafas dengan perlahan. Seharusnya dia tidak lupa jika setiausahanya yang seorang ini memang jenis banyak tanya.

“Please, tuan. Please delete, ya. Please!” rayu Rania.

“Tak nak!”

Rania mengeluh kuat. Nampaknya dia tidak mampu buat apa-apa. Takkan dia nak curi telefon pintar Raja Noah untuk padamkan sendiri. Masalahnya, bukan Rania ada peluang nak curi.

“Tapi tuan.”

“I cakap tak nak. Tak naklah, Rania. You tak faham bahasa ke?” ujar Raja Noah dengan tegas dan buatkan Rania rasa takut.

Tapi ketakutan Rania itu hanya sekejap saja dan sekarang dia kembali bersikap seperti biasa. Terus merayu tanpa putus asa.

“Tuan nak buat apa dengan gambar I?”

“Koleksi.”

“Ha?”

Bukan saja Rania seorang yang terkejut tapi Raja Noah juga terkejut mendengar jawapan yang keluar dari mulutnya sendiri.

“Tuan cakap apa?” tanya Rania lagi tapi macam biasa Raja Noah bukan mahu menjawabnya soalannya berulang kali. “Mana boleh tuan simpan gambar I. Tak manis tau. Nanti free…free je tuan dapat gelaran pervert.”

“Keluar sekarang!” Halau Raja Noah yang mula rasa malu dengan keterlanjuran kata-katanya. “I banyak kerja ni.” Raja Noah terus mendekatkan diri ke meja dan buat-buat sambung kerjanya.

Sedangkan Rania tetap tercengang melihat tingkah bosnya itu yang tak asing lagi.

“Tuan tak takut I report kat HR?” ugut Rania dengan berani.

“Report la.”

Rania mencebik bila Raja Noah langsung tidak takut dengan ugutannya.

“Tuan tak boleh tengok gambar I tu lagi.”

“So, siapa boleh tengok?” Sinis Raja Noah.

Rania terkedu. Bukan Rania tak tahu gaya Raja Noah berkata yang seolah-olahnya dia merelakan orang lain yang tengok gambarnya seperti itu. Rania tetap rasa malu.

“Bukan macam yang tuan fikirkan,” ujar Rania perlahan.

“Buat apa I nak fikir?”

Makin cebik Rania mendengar kata-kata Raja Noah itu. Walau Rania tahu yang bosnya itu bukan jenis pedulikan sesiapa tapi dia juga tak nak Raja Noah memandangnya rendah seperti dia perempuan yang tidak bermoral.

Mungkin apa yang berlaku hari ini memberi kesedaran buat Rania supaya lebih berhati-hati dan menjaga batas hubungannya dengan Danial.

“Tuan…” panggil Rania lemah. “Hmm, okey. I keluar.” Akhirnya Rania terpaksa mengalah bila Raja Noah langsung tak pedulikannya.

Huru-hara hidup Rania seharian ini. Lagi bertambah serabut bila dia cuba fikir apa sebabnya Raja Noah mahu menyimpan gambarnya itu.

‘Jangan-jangan si Grumpy King ni nak jual gambar aku?’

Lagi bertambah cuak Rania bila terfikir kemungkinan yang satu itu.

No! No! Rania tidak boleh biarkan perkara itu terjadi. Rania perlu cari cara untuk memadamkan gambarnya dalam telefon pintar bosnya itu.

Apa-apapun caranya, Rania tetap perlu lakukannya. Tak kiralah dia perlu berdepan dengan Raja Noah yang serupa Lion King!

Share this novel

Guest User
2025-04-27 00:44:34 

?


NovelPlus Premium

The best ads free experience