17

Drama Series 14425

"Sebab terlalu biarkan, mereka tu naik kepala. Papa biarkan selama ni, bukan papa malas nak ambil tahu. Tapi, papa bagi mereka peluang untuk cari rezeki. Mungkin dengan cara sentiasa memaaafkan akan buat mereka sedar. Malangnya, papa silap. Mereka makin besar kepala dan buat syarikat ni macam mak bapak mereka punya." Keluh Dato Hisyam.

"Azril dan pesan banyak kali, papa tak nak dengar. Bagi muka sangat, memang dorang naik kepalah. Masa ni baru nk bertegas, memang sukarlah mereka nak dengar."

"Nasib baik projek tu cuma bernilai RM100k. Kalau 1 juta? Mahu meraung? Kalau tak ada kes songlap macam ni, rasanya papa masih bagi muka dekat dorang." Sambung Azril lagi.

Dia dah rasa dah, Encik Amri tu bukannya jujur sangat. Dia dah bagi amaran dekat papa sebelum ni. Tapi papa tak nak dengar. Katanya, dia terlalu fikir negatif dekat orang. Kang tak pasal projek 100k tu lesap. Duit hilang entah ke mana.

"Mungkin tak ada rezeki."

Waaa..simplenya jawapan papa. Azril bersandar pada kerusi dengan kepala tergeleng.

Dia dah tak tahu nak cakap apa dekat papa. Mudah sangat maafkan orang.

"Ril dah tak tahu nak komen apa." Dia mengalah

"Farra macam mana? Dah mengandung ke belum?

Azril terngadah. Perlahan-lahan dia pandang papa bila soalan tu melantun dari bibir papa. Bertaut pandang, tanpa sedar bibir mengeluh perlahan. Kemudian, dia geleng kepala.

Suasana sepi seketika. Mereka masing-masing membisu.

"Papa bukan nak masuk campur tangan. Tapi... Ril pun tahu kan? Anak tu penting dalam sebuah keluarga. Sebagai pewaris, papa tak nak serahkan Darma Group pada orang lain."

Ya. Dia tahu. Tapi nak buat macam mana? Masih belum rezeki lagi.

"Belum ada rezeki, pa."

"Ril dengan Farra dah cek hospital? Apa kata doktor?"

"Keturunan kita tak bermasalah pa. Buat apa nak cek?"

"Farra?"

Azril dia sesaat.

"Dia cakap dia dah cek hospital. Dia tak ada masalah."

"Kalau tak ada masalah, sepatutnya dah mengandung. Usia perkahwinan korang pun dah masuk 4tahun." Ujar papa lagi

Muka dia ketat. Kepala dia berat. Dia ingatkan isu ni dah habis. Malangnya, soalan pasal anak ni memang tak akan habis.

"Ril tak tahu nak komen apa, pa. Sebab Ril pun tak tau bila Allah nak bagi kami zuriat. Buat masa sekarang, Ril dengan Farra cuma mampu berusaha je, pa." Dia bingkas bangun.

"Ril keluar dulu." Ujar dia seraya melangkah keluar daripada bilik meeting lalu melangkah ke bilik sendiri.

Masuk bilik je, dia tergamam dengan kehadiran tetamu. Dahi berkerut. Mata mengecil.

"Umar." Sepatah nama diseru. Mereka berjabat tangan sambil berpelukan.

"Bila kau sampai?"

"Baru je. Kebetulan lalu depan ofis kau. Aku singgahlah." Ujar Umar seraya melabuhkan duduk. Mata pandang Azril tak berkelip. Dahi dia mula berkerut. Seraut wajah itu nampak kelat dan muram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience