"Tea or coffee, Mr Bahr?" soal pelayan tersebut. "Coffee is nice.." senyum Bahr. "And how about you, Miss? " soal pelayan itu lagi. "Sorry, it's Mrs Bahr. " senyum Bahr, bangga. "Sorry.. Mrs Bahr.. what do you want to drink? " soal pelayan tersebut. "I don't want anything, thanks.. " kata Anya.
Mereka kini berada di lounge.. entah menunggu penerbangan ke mana.. "Sekali lagi saya tanya, kita nak ke mana? " soal Anya. Bahr hanya memandang dan terus mengenyitkan matanya.
Tersentak Anya, "gila ke? " soal Anya.. dan Bahr terus ketawa.. "Don't you remember we supposed to be like this. When you annoyed with my behaviour, but you always there because of me.. Selamatkan abg ketika abg dalam kesusahan bila semua girlfriend abg tak nak lepaskan abg. " terang Bahr dalam satu nafas.
Terdengar kerusi menyeret kerana Anya berdiri, terkejut mendengar kata-kata Bahr. "Awak dah ingat.. " kata Anya. Bahr terus berdiri di hadapan Anya dan terus memeluk erat dirinya.. "Abang tak pernah lupa.. takkan lupa. " kata Bahr, terus mencium bibir Anya. Dan syukur lounge itu sepi tanpa pengunjung ketika ini.
***
Idlan merenung dirinya. Sekarang dia berkerja di sebuah anak syarikat Zahin. Dia memang pandai, tapi jikalau dia tidak tergila-gilakan Becky mungkin dia boleh berjaya sama taraf dengan Zahin dan Zayhar.
Idlan tahu apa yang dia dengar. Tidak sia-sia dia letak airtag dalam kereta Sherry ketika berparkir di rumah Zayhar. Dan, dia tidak menyangka perempuan itu bersubahat dengan dua lelaki.. Dan, lebih parah lagi.. Becky sudah mula jatuh cinta kepada Zahin, sedangkan di belakangnya Zahin mempunyai seribu satu muslihat. Apa lagi yang dia cuba rungkaikan. Biarpun dia, Zayhar dan Misha adik-beradik.. dan entah bagaimana Zayhar boleh menjadi anak angkat kepada ibu bapa Zahin.
Entah kenapa dia merasakan bahawa susunan hidup mereka sangat berkait. Adakah dia perlu menjadi bodoh atau terus bertindak. Tapi, dia hanya seorang.. Becky dan rakan-rakannya tidak mempercayainya sama sekali.
"Misha? ".. Dendamnya sama.. Ingin melihat Bahr hancur-sehancurnya. " Jauh termenung abang Idlan? " soal Zahin. Idlan hanya tersenyum.. terpaksa melakonkan semula wataknya..
"Takdelah Zahin.. saya cuma bersyukur awak bagi peluang kepada Abang. " kata Idlan. "Abang ada potensi tu Abang.. Tapi, Zahin minta tolong satu je.. Jangan buat perangai ye, dan jangan pula Abang bagitahu Becky yang Zahin ajak abang kerja sini. " kata Zahin.
"No problem dik.. Terima kasih banyak adik. " kata Idlan. Zahin hanya tersenyun, dia terus keluar dari bilik Idlan. "Bodoh.. satu keluarga semua bodoh. Kau ingat senang-senang aku bagi semua ni. Kalau Sherry tak bagitahu yang kau dengan Zayhar adik-beradik.. aku langsung tak tahu sampai sekarang.. so, let's see.. Hancur Zayhar, kemudian Becky dan secara automatik Idlan tak ada pilihan kecuali kena ikut cakap aku. " kata Zahin.
"Dan kau terpaksa masuk kembali ke penjara atas cubaan membunuh Anya dan Bahr. Simple.. " bisik Zahin..
***
"Diam je dari tadi, ada masalah ke ? " soal Bahr kepada isterinya. "Saya benci awak.. " perlahan suara Anya. Bahr terus ketawa lepas, "kenapa pula nak benci. Okay apa orang cakap kita ni pasangan romantik.. " kata Bahr. Dia terlupa mereka berada di lounge kemudian dapat tepukan gemuruh daripada pelancong asing dan mengatakan mereka pasangan serasi.
"Dan awak ajak saya ke Perancis, sekali lagi.. awak kan tahu dan berapa banyak kali saya ke sana.. " soal Anya. "Tahu.. tapi waktu tu Anya pergi seorang.. Sekarang kita berdua, Anya dan Abang." kata Bahr.
"Annoyed lah awak ni. Baik saya tidur. " kata Anya terus membaringkan dirinya. "Sweet dreams sayang.. ingat ciuman abang tadi ye. " bisik Bahr terus mencium rambut Anya.
***
Becky hanya diam melihat Sherry mengamuk tak tentu pasal di hadapan rumahnya. "Kau boleh senyap tak, aku dah cakap banyak kali.. Aku tak tahu mana Abang Bahr pergi lah.. " kata Becky.
"Mana dia pergi dengan betina tu? " soal Sherry seperti orang gila. "Eh kau ni dah melampau, nasib lah mama aku ni ada dekat sini tau sekarang, ikut aku.. dah lama aku tampar mulut kau tu, eh betina yang kau cakap tu bini Abang Bahr tau. " kata Becky.
"Becky.. please language. " kata mamanya. "Mama, belun lagi jadi isteri dah jadi macam ni.. kalau dan jadi isteri habislah botak rambut abang Bahr tu. dah lah.. Becky nak tidur. Kau betina nak melalak sampai ke pagi silakan, mama aku dengan aku nak tidur. Jom mama. " ajak Becky.
Sheryy terus menghentakkan kakiknya, dia tidak tahu harus hubungi siapa.. Zayhar atau Zahin?...
Jeng jeng jeng... kesian Idlan.. siapalah yang tolong dia nanti erkkk? Dah lah semua orang tak percaya dia..
Share this novel