BAB 1

Drama Series 9639

"Betul ke jalan yang aku masuk ni"

Dia memperlahankan sedikit keretanya sambil membelek navigasi pada telefonnya.

Althaf yang sedang membaca surat khabar terasa kereta yang dipandu Zukie sangat perlahan.Dia menutup surat khabar ditangannya.Kepalanya melihat ke hadapan.

"Kenapa Zukie?"soal Althaf yang ingin tahu.Zukie memandang cermin belakang.

"Ni kereta depan ni...kejap bagi isyarat sebelah kanan lepastu sebelah kiri...tak tahu nak masuk mana..."ucap Zukie sambil masih mengikut sebuah kereta kenari berwarna merah jambu itu.

Althaf bangkit ke hadapan dan menekan hon pada stereng mengejutkan Zukie.

"Lain kali hon je...pagi-pagi menyusahkan orang dengan kereta peti ais dia"ujar Althaf kembali duduk.

Pin!! Pin!!!

Naurah memandang cermin sisi melihat sebuah kereta warna hitam jenama Mercedes Benz AMG GT.

"Sabar boleh tak...orang dahlah tengah keliru nak masuk mana..."marah Naurah yang hanya dirinya sendiri boleh dengar.

Dia memberi isyarat sebelah kanan dan memberi laluan dahulu pada kereta dibelakangnya.

Zukie melencongkan kereta melepasi kereta dihadapannya itu.Althaf memandang pada pemilik kereta itu sekilas.Jelas terpancar wajah marah itu walaupun berkaca mata hitam.

Naurah memandang juga tapi apa pun dia tak nampak gara-gara cermin kereta itu gelap.Dia teringat yang dia perlu jumpa Julia jam 8 pagi sekarang ada lagi lima minit.Dia perlu cari tempat letak kereta.

Selesai meletakkan kereta dia terus cepat-cepat keluar berlari mencari arah masuk ke bangunan syarikat AY Marine Corp.
Dengan kasut tumit tinggi dia berlari anak menuju ke lobi syarikat.Sampai di lobi syarikat dia terkejut melihat semua pekerja yang berpenampilan sangat kemas.Dia membelek dirinya.

Telefon pintarnya menjerit dengan lagi set fire to the rain.Dia cepat-cepat menjawab panggilan dari Julia.

"Ju...aku dah sampai kau dekat mana?"soal Naurah.

Julia berjalan keluar dari life terus nampak Naurah yang berdiri tengah-tengah lobi.

"Aku ada dekat depan..ni.."ucap Julia melambaikan tangan pada Naurah.Naurah tersenyum terus berjalan ke arah sahabat baiknya itu.

Julia mematikan panggilannya.Naurah tersenyum manis.

"Kau dah kenapa tersenyum macam tu?"soal Julia.

"Aku nervouslah...kita nak pergi mana ni?"soal Naurah.

"Jom ikut aku naik pejabat"

Naurah mengikut langkah kaki Julia.

Althaf mengisi tandatangan pada setiap helaian kertas yang berada didepannya itu sambil diperhatikan oleh Zukie.

"Mana yang aku minta semalam ada?"soal Althaf sambil matanya masih pada laporan didepannya.

Zukie membelek jam dipergelangan tangannya.

"Ada....kejap...saya..panggil masuk..."ucap Zukie melangkah keluar dari pejabat Althaf.

Zukie cepat-cepat mencari Julia.Dari lif dia terus berlari ke arah Julia.

Naurah yang berada disebelah Julia sedikit bingung dengan kemunculan lelaki yang berkot kemas seperti kelam kabut.

"Ju....ni...ke?"soal lelaki itu sambil menunjukkan arah Naurah.

Julia memandang Naurah meminta menyerahkan resume padanya.Naurah menyerahkan fail resume pada Julia.

"Ya...ni Naurah Edlina...dia kawan baik aku yang aku cerita dekat kau tu... Naurah...kau ikut Zukie jumpa dengan orang yang nak bagi kau kerja...nanti dah selesai cari aku dekat bilik sana"ucap Julia menunjukkan pintu bilik yang berada sebelah kiri itu.

"Aku ikut dia....tapi..."ucap Naurah sebelum tangan Zukie menarik lengannya.

"Julia..." sebut Naurah sambil meminta pertolongan Julia.Julia hanya tersenyum.

Zukie membuka pintu pejabat itu.Naurah yang mengikut dari belakang terdiam seketika melihat pejabat itu.

"Besarnya pejabat...kalah bilik aku...luasnya..."ucap Naurah dalam hati.

Zukie memanggil

"Cik Naurah..."bisik Zukie.Naurah berjalan dan berdiri sebelah lelaki bernama Zukie itu.

Zukie memandang Tuan Althaf yang masih membelek kertas dihadapannya.

"Tuan....saya dah bawa yang Tuan minta tu...saya kenalkan Cik Naurah Edlina"ucap Zukie pada Althaf.

Naurah memandang lelaki yang sedang duduk dikerusi sambil membelek kertas yang banyak atas meja.

"Selalu kalau CEO dalam drama meja kosong...yang ada cuma sebatang pen..."ucap Naurah berangan.

Althaf memandang wajah gadis dihadapannya itu.Pen ditutup dan diletakkan atas meja.

"So....awak Nora...."

Zukie dan Naurah memandang lelaki itu.Suka hati dia je tukar nama mak ayah aku bagi.

"Minta maaf...Naurah...bukan Nora..."ucap Naurah membetulkan kesalahan lelaki itu.Zukie memandang gadis itu yang menjawab.

Lelaki itu bangkit dari duduknya.Dia menyandarkan tubuhnya pada meja.

"Tak penting....yang penting sekarang ni...Kau tahu tak kenapa kau ada dekat sini?"ucap Althaf sambil memeluk tubuh.

"Sebab saya dapat kerja...."ucap Naurah dengan yakin.

Althaf tersenyum sinis.Zukie dah gementar.

"Zukie....kau tak jelaskan apa-apa lagi dekat dia ke?"soal Althaf memandang Zukie macam nak telan.

"Emm... belum...Tuan...boleh saya terangkan sekarang?"soal Zukie meminta izin.

"Tak payah...esok je..."perli Althaf.Naurah mencebikkan bibirnya.Panas hati pulak tengok perangai mamat depannya ni.

"Cik Naurah silakan duduk"ucap Zukie mengarahkan Naurah untuk duduk disofa.

Naurah duduk disofa empuk itu setelah kakinya hampir tertanggal gara-gara berdiri lama.

Zukie menyerahkan kontrak kerja pada Naurah.Naurah menyambut dan membuka kontrak itu.

"Ini kontrak kerja untuk Cik Naurah.Saya akan jelaskan beberapa perkara yang Cik Naurah patut tahu"ucap Zukie satu persatu.

Naurah mengangguk.

"Okay...saya Zukie pembantu peribadi kepada Tuan Althaf Yaqeez"ucap Zukie sambil menunjukkan pada Althaf yang sedang memerhati mereka berdua.

Ahhh....Nama mamat ni Al....Al apa tadi...Al...apa-apa jelah.

"Tugas awak adalah sebagai "babysister" Tuan Althaf" ucap Zukie dengan sekali nafas.

Naurah terdiam seketika.Althaf memerhati gadis itu yang diam sahaja.

Naurah tergelak terbahak-bahak.Althaf memandang Zukie yang turut terkejut.

"Kenapa awak gelak?"soal Althaf dengan suara garau.

"Yelah....takkanlah saya nak kena babysister Tuan..Al.."

Naurah memandang Zukie untuk meminta tolong.

"Althaf..."sebut Zukie.

"Ahh...Tuan Althaf...bergurau ke?.Takkan saya nak kena jaga Tuan Althaf yang panjang macam galah ni...betul tak?"soal Naurah yang masih tersisa gelak.

Althaf mengenggam kemas penumbuknya sambil memandang Zukie yang sudah pasrah.Mana Julia dapat kawan macam ni.

"Tak ada benda yang kelakar pun.Kalau awak tak nak saya boleh bagi bayaran "lima ribu ringgit" tu dekat orang lain"ucap Althaf sengaja menekankan jumlah bayaran itu.

Naurah terdiam.

"Lima ribu ringgit....banyak tu...cuma jaga Tuan Althaf je..."ucap Naurah.

"Ya....awak akan ikut ke mana saja Tuan Althaf pergi maksudnya orang penting Tuan Althaf awak dan saya mulai harini kalau awak setuju"ucap Zukie.

Tapi Naurah masih belum jelas dengan tugas "jaga" Tuan Althaf tu.

Naurah mengangkat tangannya.Althaf memandang gadis itu.

"Kau dah kenapa angkat tangan?. Ingat sekolah"perli Althaf.

"Maksud jaga tu macamana?.Saya tak berapa jelas sangat"ucap Naurah.

Althaf mengambil fail resume pada Zukie dan dia melabuhkan punggungnya dihadapan Naurah.Fail itu dibuka dan diletakkan depan Naurah.

"Kau study pasal psikologi...aku nak kau tolong aku..."ucap Althaf serius.

Naurah memandang lelaki itu cuba menangkap apa yang cuba disampaikan.

"Tapi saya tengok Tuan normal je.."ucap Naurah.Memang betul pun penampilan lelaki ini normal.Rambutnya kemas dengan pakaian kemeja putih dipadankan dengan vest berwarna hitam dan haruman minyak wangi yang kuat seperti aura lelaki itu sendiri.

Lelaki itu tersenyum senget.Naurah kaku ditempatnya.Patut ke aku tolak atau aku terima tawaran dia?.

Lelaki itu tersenyum senget.Naurah kaku ditempatnya.Patut ke aku tolak atau aku terima tawaran dia?. Enjoy your reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience