“MACAM mana kamu kupas buah tu, Intan? Hancur macam tu sekali. Lagipun mana ada orang kupas buah ni dengan pisau…” Intan mengeluh perlahan sebaik sahaja bekas buah itu diambil oleh Puan Syarifah.
buah ini bukan hancur kerana dia yang tidak panddai mengupas, tetapi memang sudah terlalu masak. Tak perlu tunggu kupas, pegang saja pun sudah buat isi kiwi itu hancur. Lagipun kiwi saja pun, kupas guna pisau atau kupas guna sudu tetap yang dimakan isi dalamnya. bukan kulitnya.
Dia yang sudah letih kerana baru pulang dari penerbangan panjang tengah hari tadi, hanya mampu diam saja disebelah.
Suara tangis Maysa menangkap pendengarannya membuat kakinya mengambil langkah mahu mendapatkaan anak daranya yang seorang itu. sejak pulang tadi, belum sempat dia bersenang-senang dengan Maysa.
“kamu mandikan aje dulu dia. dah siap mandikan, kamu datang sini balik buat air. Tak ada orang nak buat air. Maysa tu, kamu bagi je pada Aniq suruh jaga.” Baru beberapa tapak dia ambil langkah, atur kakinya sudah dihentikan oleh Pesanan Puan Syarifah.
Dengan tubuh yang letih, hampir saja buat dia hilang akal. Jika ikut hatinya yang paling busuk, mahu saja dia balas kata-kata Puan Syarifah yang kedengaran lembut tetapi maksudnya sangat tidak berperi kemanusiaan. Tetapi, risau jika perkara itu akan memburukkan lagi keadaan lalu dia abaikan wanita itu dengan hati yang mendongkol marah.
Tubuh Maysa pada Aniq dia rampas kasar, lalu membawa tubuh si kecil itu kebilik tidur milik Aniq ditingkat tiga.
Aniq yang tampak kaget, segera membuntuti langkah isterinya menuju ke bilik. merapatkan pintu bilik, Aniq merapati isteri pula yang sudah membancuh susu Maysa sambil mengendong Maysa.
“kenapa ni By?” Intan diam. tidak hiraukan Aniq yang kini sudah duduk dibirai katil, dia naik ke tilam lalu menyua puting botol ke mulut Maysa sebelum puting itu disambut rakus.
“Ami buat apa?” Intan tertawa mengejek. meluap rasa amarahnya. Sudahlah bagi harapan, konon mahu tolong. Alih-alih dia sorang saja bertungkus lumus separa tertiarap melayan Puan Syarifah didapur.
“You tahu? You tahu I jadi macam ni sebab Ami. Tapi pernah tak You tegur mak You supaya jangan buat isteri You macm ni?” dengan suara tertahan dia melepas amarah yang berkepul didalam hatinya.
“I penat tau Aniq? I penat! I baru balik kerja. I tak sempat peluk Maysa lagi, You sibuk nak minta I tolong mak You. Tapi, You biar I macam ni. You biar I berdua dengan Ami. You biar I sorang-sorang dekat dapur! You ingat I robot ke, Aniq?” jika tadi suara dapat dia tahan, kini suaranya sudah jauh lebih tinggi dari tinggi tubuhnya.
Sabarnya benar-benar sudah diluar batas.
“Ami suruh buat apa lagi?” disaat gawat begini, tiada guna untuk sama-sama naik hantu. Intan sudah membara, jadi dia perlu menjadi air supaya antara mereka tidak terus panas.
“dia suruh I mandikan Maysa, then turun balik buat air. Imagine that, Aniq? Hal anak, I kena settle. Hal tetamu dia pun I kena settle. Darjat tingkat hidup I, lebih hina dari babysitter. lebih jijik dari pembantu rumah! dia orang buat kerja tu, sekurang-kurang bergaji. I dibayar dengan ikhlas dan sabar! Mulianya hati I, kan?”Aniq terkulat-kulat mendengar luahan Intan. Bukan baru sekali Intan berkelakuan begini, Cuma saja dia tidak tahu bagaimana dia mahu respon pada luahan itu.
Intan mungkin sedang penat. Terlalu penat. Bukan dia tidak khabarkan pada Puan Syarifah tentang itu, sebaliknya… dia pula terkena balik. Sebagai anak yang sering timbulkan masalah pada zaman muda, tentunya tidak mahu terus-terus dicop kepala batu. mahu atau tidak terpaksa dia buat Intan akur padanya.
Tetapi beginilah Intan setiap kali. depan Puan Syarifah, wanita itu diam. tetapi dihadapanya… segala ketidak puasan hati dia lepaskan.
“tak apa. kalau macam tu, I settle Maysa. You buat air.” Putus Aniq cuba membantu supaya Intan tidak terus meradang.
“I buat Air? I buat air, Aniq?” tika ini, kesabaran Intan benar-benar sudah di tangga paling tinggi. Balik-balik dia yang disuruh berkhidmat untuk Ibu lelaki itu.
Intan mendengus kasar. “tak payahlah susah-susah. Dua-dua I boleh urus sendiri!” tidak menunggu Aniq berfikir, Intan lantas bangun lalu membawa tubuh kecil Maysa ke bilik air. bersama air mata yang menemani luka hatinya, tubuh kecil itu dibersihkan dengan lemah lembut.
Selesai menyarung baju tidur pada tubuh Maysa, tubuh itu digendong sambil membancuh air. Aniq yang cuba mendapatkan Maysa, dia abaikan. Berpura-pura tidak melihat dan terus menyambung kerjanya.
Tidak hanya membancuh air, sedikit pinggan kotor, juga sedikit kotoran yang melekat dilantai dan atas table top Intan bersihkan. Karang, tak buat menyindir lagi. ibu mentuanya itu bukan boleh. Pantang Nampak pincing sikit, habis disindir-sindirnya macamlah menjejaskan ekonomi empat buah Negara!
“kak Intan, makan jom…” ajakan Fariha dia sambut dengan senyuman mesra.
“makanlah. Akak nak tidurkan Maysa. Dia dah mengantuk sangat dah ni.” jawapannya sekadar beralasan.
“dah nak maghrib tak elok tidurkan budak-budak. Biar je dia main dulu. Nanti kang lepas isyak tidurkanlah.” Di meja itu, kewujudan Aniq dimeja tidak lebih dari kuman. Diam dan tidak berkutik!
Malas dia mahu ambil pusing pada reaksi Aniq. pura-pura tidak mendengar, dia terus membawa kaki menuju ke bilik. malas mahu hiraukan ucapan Puan Syarifah.
Budak dah penat, tidurkan sajalah. karang dah terlampau penat, sehingga mengaruk tak boleh tidur, bukan ada orang lain mahu tolong jaga pun. Harapkan Aniq tu sajalah, itupun kalau boleh harap. Silap-silap bila lelaki itu sudah malas melayan, habis cerita dia biarkan saja anak daranya melalak.
ANIQ tolak pintu bilik, kelihatan isterinya sedang tertidur pulas ditilam dengan Maysa yang turut tidur beralas lengan Intan. Segera merapat, kepala Maysa diangkat sebelum mengalihkan tangan Intan dari terus berbaring dilengan Intan. Tidak mahu lengan isterinya itu kebas dek kerana terlalu lama memangku kepala anaknya.
Pundak kepala Intan yang tertidur pulas dia usap lembut. wajah yang jelas terzahir riak keletihan dia pandang dalam. Lambat-lambat dia menunduk lalu dahi itu dikucup lama. Isteri yang dia nikahi kurang dua tahun lalu. Wanita yang dia nikahi atas dasar cinta. bagaimana wanita yang dijanjikan kehidupan yang baik, kini menjadi sengsara bersamanya.
Bersama melayari bahagia, adalah impian mereka. untuk berlayar di lautan cinta tidak semudah yang disangka. Membayang kebahagiaan ternyata tidak seindah melaluinya. Terlalu sulit, sehingga dia sendiri jadi hilang arah.
Lebih-lebih lagi yang menjadi punca lautan bahagia mereka sering bergelora adalah ibunya sendiri.
“Baby…” dahi Intan dielus lembut dengan ibu jarinya mengejutkan Intan saat teringat akan tujuannya masuk ke bilik.
“By…” panggilan kali kedua barulah tubuh Intan memberi respon. “You dah makan dah?” soalnya sebaik sahaja sebelah mata Intan terbuka.
Soalan itu hanya di jawab oleh gelengan Intan.
“bangunlah. Makan dulu. Dah pukul 9:30 dah ni.” dia mahu kejutkan Intan awal lagi tadi, tapi kasihan pula apabila melihat isterinya itu tertidur pulas. Tanpa sepatah bicara, Intan terus bangun lalu membawa kaki menuju ke bilik air.
Hilang tubuh Intan, Aniq kembali keluar dari bilik. Langkah kaki dibuka laju mencari kelibat Abang kembarnya yang tidak tahu dimana.
Tingkat bawah tiada. ditingkat dua pun tiada. Sudahnya dia mencuba nasib untuk mencari si abang di kolam.
Deng!
Elok saja Atiq dengan kain pelikat, sedang buka langkah mahu terjun tirus.
“berenang pakai kain pelikat, Bang? Tengah buat experiment ke?” tegurannya membantut tindakan Atiq yang sudah bergulung mahu terjun.
“nasihat apa yang kau perlukan hari ni?” tidak lain tidak bukan, kalau tiba-tiba Aniq muncul dengan muka ikan kering gred D ini, memang minta kejianlah tu.
sebelum-sebelum ni, sudah terlalu banyak nasihat yang diberi kepada adik kembarnya itu, tetapi tiada satupun yang dia guna pakai.
apa yang sayang sangat mahu gunakan pun, tak tahulah!
Dia ingat emas barangkali!
“bagi jelah apa-apa yang tinggal.” Dibuka t-shirt hitam yang membalut tubuh, lalu tanpa aba-aba dia melompat masuk ke dalam kolam.
Tadi dia bantutkan tindakan Atiq, kini dia pula menyambung legasi. Kolam di rumah agam ibu bapanya ini memang sengaja direka mesra anak-anak. Jadi, tidaklah terlalu dalam dan luas. Tetapi sekadar buat mahu lepas tekanan dan lepas gian, bolehlah!
“yang ada pada kau tu, kalau tak guna pulang balik. baru aku bagi yang latest.” Aniq melepas tawa besar sebaik sahaja dia melabuh punggung ditepian kolam.
"Aku tak tahu dah nak cakap apa. Cakap pun kau macam tu juga. balik-balik jawab tak pandai. Ingatkan pasang awek keliling pinggang dulu simulasi jadi cerdik. Rupanya makin bodoh. Benda simple je. Dengan Ami tu, kalau kau tegas sikit. Comfirm dia surrender. Lagipun, bukan semua benda kena cakap yes dengan Ami. Ada perkara kita boleh lebih kurang. Ada perkara kita kena fikir dalam-dalam. Baik buruk dia. Nak isteri kau ambil bahagian untuk khidmat mak kau, fikir keadaan bini kau. Dia nak? dia rela? Kalau dia ikhlas, tak ada alasan... Baru kau proceed. Kalau dia simpang siur, ada baiknya kau je yang tolong mak kau. Kita sendiripun kadang merungut nak tolong Ami tu. Sebab banyak bunyi. Serba tak kena. Sedang kita yang anak ni, rasa bercampur-baur... Kau bayangkan isteri kau yang anak orang lain. Yang datang dari didikan mak lain. Kalau kau tak boleh faham apa isteri kau rasa, kau bayang benda tu kena dekat anak kau. Kau ada anak perempuan Aniq, cuba kau fikir... Apa yang kau buat dekat Intan ni, Allah bagi sebiji-sebiji sakit tu dekat anak kau." Aniq menelan liur pahit.
"Kalau kau rasa kau nak rumah tangga kau harmoni, kau kena jadi kepala betul-betul. Buat batas untuk family kau sendiri. Jawatan kau dalam family tu, bukan sebagai bendahari ke? Ajk ke? Bukan juga keahlian biasa. Kau ketua keluarga. Macam mana kau jadi ketua untuk kru kau atas kapal, tegas dengan mereka. tegas dengan penumpang yang kacau kru kau... macam tu juga kau jadi ketua untuk keluarga kau. Malah lebih lagi. Tanggungjawab suami, Tak cukup sekadar lengkapkan keperluan dalam rumah." Makin panjang Atiq sembang, makin jauh Aniq termenung.
"Kau fikir balik, apa nak jadi dengan keluarga kau. Kau kahwin belum dua tahun lagi. Sekarang Intan boleh dengar lagi cakap laki dia yang tak ada otak ni. Tapi sampai bila? Kau rasa, sampai bila dia boleh dangar cakap kau kalau setiap kali dengar cakap kau... Dia akan terasa gila b*b* dengan Ami. Ami tu, kita memang tak boleh nak cakap lebih-lebih sangat. Tapi kita boleh elakkan isteri kita dari makan hati dengan Ami. Orang perempuan ni, masalah dengan mentua ni... Memang masalah common. Sebab tu, kau sebagai suami kena ada common sense. Masalah tu memang biasa, tapi kau jangan anggap benda tu biasa. Jangan takut-takut guna akal. Allah bagi tu, memang untuk kau guna. Kalau kau nak simpan-simpan, sayang nak pakai. Baik tuhan bagi dekat monyet. Orang perempuan ni, biarlah family suami nak buat apapun dekat dia... Janji suami main peranan. Ni kalau suami pun buta, kau pergi meninggal je lah. Hidup pun tak function. Ingat makin menyenangkan, rupanya makin menyusahkan. Puih!" Dengan bibir berdesir sebal, Spontan Mata Aniq memincing tajam ke wajah Abangnya.
Nasihatnya sikit saja, mengutuknya saja yang lebih! huh!
Share this novel