BAB 3~BANTAH

Romance Completed 19265

"TUAN." Sapa pengikut sekaligus asisstant ayahnya yakini Win yang di upah Naim untuk menjaga Qis dari kejauhan.

"Macam mana dengan Qis?. Dia ok?."

“Semalam dia keluar dengan seorang lelaki. Tak sure siapa dia. Tapi yang pasti, lelaki tu jiran sebelah rumah Cik Qis. Saya dah tanya dengan jiran-jiran yang lain, dengan siapa Cik Qis bersama dan mereka cakap, mereka tak tahu."

"Aku nak, kau cari tahu tentang lelaki tu. Bagitahu aku secepat mungkin."

"Baiklah tuan. Tapi, bukan ke tuan dan Cik Qis dah putus. Kenapa masih ambil tahu tentang dia?."

“Aku hanya nak tahu. Salah ke?.”

“Tak salah. Tapi cara tuan tu yang salah. Tuan dan Cik Qis dah bersama hampir 9 tahun, dah tidur sama juga. Kenapalah tuan tak kahwin je dengan Cik Qis. Cik Qis perempuan yang menurut saya tak banyak ragamnya. Kalaulah dia macam perempuan lain. Dah lama Cik Qis hebohkan pada semua orang bahwa tuan kekasih dia. Siapa yang tak banggakan. Tapi Cik Qis lebih memilih untuk diam demi reputasi tuan. Kalaulah saya jadi tuan, saya pasti akan halalkan dia dan kenalkan Cik Qis pada dunia. Biar semesta tahu, bahwa saya beruntung memiliki seorang gadis yang serba sempurna seperti Cik Qis."

Im terdiam,

“Saya nasihatkan tuan kerana ibu saya pernah di posisi Cik Qis. Di janjikan emas permata, pada akhirnya semua yang di janjikan menjadi pasir yang tiada artinya. Dari saya bayi, ibu sayalah yang memikul tanggungjawab sebagai ibu sekaligus ayah buat saya. Dan dia berjaya hidupkan saya dengan apa yang dia punya. Seorang perempuan, mampu jaga anak-anaknya tanpa seorang lelaki. Saya rasa, tak perlu susah-susah ambil tahu tentang dia lagi. Tuan just fokus pada diri tuan sendiri. Itu pilihan tuan. Tuan harus teruskan." Tambah Win.

"Aku...,"

“Im. Anak mak paling sibuk sedunia. Boleh mak cakap kejap.” Pinta ibunya, sambil melabuhkan punggungnya di sofa yang ada di situ.

"Puan." Sapa Win.

"Win. Buat apa dekat sini?. Mana suami saya?."

"Tuan Nasrul, dia suruh saya hantarkan fail ni. Dia minta Tuan Im uruskan projek ni. Kalau takda apa lagi. Saya minta diri dulu."

“Pergilah. Oh ya, sekali kamu ada dekat sini. Boleh tak tolong saya ambik pesanan bunga saya dekat kedai bunga Cik Qis. Saya busylah. Kamu tahukan dekat mana kedai tu. Cakap dekat Cik Qis, saya nak ajak dia makan malam harini. Yelah, saya chat dia tapi dia tak balas. Busy mungkin."

Seketika Win memandang bossnya yang juga terkejut dengan apa yang baru ia dengar dari ibunya.

“Baiklah puan.” Lantas Win melangkah pergi.

“Mak kenal Qis?.” Soal Im, sambil berjalan menghampiri ibunya, lalu duduk di sebelah ibunya.

“Kenallah. Bestie mak. Kami selalu jalan-jalan pergi luar negara sama-sama, dia juga selalu teman mak pergi buat rawatan dokter. Harapkan korang berdua, mak mati belum tentu korang datang."

"Apa cakap macam tu mak. Kalau mak ajak, Im pasti ikut. Hurm..., mak dah kenal dia berapa lama dan, macam mana mak boleh kenal dia?."

"Kamu ni macam tertarik dengan dia, dah kenapa?. Im kenal dia ke?."

"Tak. Hanya nak tahu dengan siapa mak berkawan. Mana tahukan, dia hanya manfaatkan mak."

"Im jangan risaulah, mak dah kenal dia hampir 3 tahun. Papa juga kenal dia. Intinya, mak dan ayah dah anggap dia macam anak kami sendiri. Oh ya Im, apa pendapat kamu kalau mak nak jodohkan dia dengan abang kamu."

“Eh, tak boleh.”

“Kenapa tak boleh. Qis cakap dekat mak yang dia single. Abang kamu juga single. Sesuai berdua, kalau di satukan. Abang kamu tu pulak, dah tua. Dah kepala 3 juga. Mak nak juga tengok dia berkeluarga."

"Kenapa harus abang?. Kenapa tak Im je yang mak jodohkan. Im sedia jadi suami kepada pilihan mak dan ayah. Kalau perlu, Im sanggup kurangkan masa kerja Im demi luangkan masa Im dengan Cik Qis tu."

"Kamu dah kenapa Im?. Dari tadi protes apa yang mak cakap. Bukan ke kamu sekarang dekat dengan Reen. Post kamu haritu dekat fac, dah membuktikan bahwa kamu berdua bercinta."

"Im mabuk mak. Im tak sedar apa yang Im post."

“Kamu dah lamar dia, dan tak mungkin kamu mabuk. Dari segi persiapan, kamu dah plan semua tu Im. Jangan beralasanlah. Mak ayah tak marah, malah kami bahagia untuk kamu. Bila kami boleh jumpa mak ayah dia."

"Secepatnya. Baiklah mak, Im ada kerja lagi nak buat. Kalau mak nak lepak sini, di persilakan. Im pergi dulu." Jawab Im lalu mencium pipi kiri dan kanan ibunya di akhiri dengan menyalam tangan ibunya.

"Nak kemana?."

“Nak kerjalah. Nak kemana lagi. Bye. Sayang mak. Assalamualaikum." Pamit Im lantas melangkah pergi.

“Waalaikumsalam. Jangan balik lambat sangat.”

“Baiklah mak." Jawab Im.

‘Mmm.., Im nampak mencurigakan. Kalau betul dia ada hati dengan Qis. Dari mana dia kenal Qis?. Setahu aku, dia belum pernah lagi jumpa Qis. Tapi dari apa yang aku perhati, dia macam tak setuju dengan perjodohan yang aku buat.' Puan Aina curiga.

* * *

HAIRAN Nia ketika seorang pemuda tampan duduk di meja menunggu yang terlihat sibuk membaca buku di tangan. Bukanlah novel atau majalah, melainkan buku 9 bulan 10 hari. Apa yang ia baca, akan ia catat di buku notanya. Membuat dirinya tertanya-tanya. Siapakah pemuda itu?. Apa mungkin, pengganti kekasih bossnya. Dia juga ingin tahu.

Pantas Nia menghampiri Qis yang terlihat sibuk menata bunga yang hendak di siapkan hari ini juga. Lantas di tepuk lengan Qis. Membuatkan dirinya tersentak, hampir saja gunting menusuk sahabatnya. Namun sempat ia tahan.

"Kau nak apa?. Terkejut aku."

“Siapa dia Qis. Kacak benar rupa. Takkanlah dah ada pengganti.”

“Dia Az. Aku tak tahu dia siapa. Tapi apa yang aku tahu, dia lebih baik dari Im."

“Kau tak tahu siapa dia?. Jadi, dari mana kau jumpa dialah?. Lagi satu, apa kaitannya dia dengan kau sampaikan kau bawa dia datang sini, temankan kau."

"Banyak soalanlah kau ni. Kan aku dah cakap, aku tak tahu siapa dia. Yang aku tahu nama dia Az, jiran sebelah rumah aku. Mafia ke gangster, aku juga tak tahu. Tapi, dia pernah bunuh orang tau."

"Bunuh orang !." Kata Nia sedikit menjerit.

Pantas Az menoleh ke arah mereka dengan pandangan sinis. Pandangan sinis Az di balas dengan senyuman Qis. Lantas Az menghampiri mereka.

"Dah habis buat kerja ke?. Banyak lagi?."

"Sikit lagi. Kalau awak nak balik, baliklah. Saya boleh balik dengan Nia."

"Saya tak nak awak penat. Ingat sikit yang awak tu dah berbadan dua. Saya tak nak apa-apa terjadi pada awak. Saya risau. Apa yang boleh saya bantu, agar kerja awak cepat siap?. Meh, saya tolong awak buat."

"Mak oi. Baiknya Encik abang ni. Prihatin. Kalau boleh saya tahu encik ni siapanya Qis?. Kawan dia ke?. Tapi setahu saya, Qis mana ada kawan lelaki. Sebab kekasih dia posesif giler. But sekarang dah putus, encik pikatlah dia."

“Apa kau ni Nia.”

“Saya bakal suami boss awak nilah."

“Apa?. Bakal suami !. Kau biar betul Qis. Baru semalam putus, dah ada pengganti. Wah. Tapi, seriusly?."

"Kenapa?. Saya tak boleh jadi suami Cik Qis ke?. Lagipun, boss awak ni dah mengandungkan anak saya. Tak mungkin saya biarkan dia menangungnya sendiri."

“Eh, bukan ke bapa dia Im. Bukan tuan.”

“Sebaiknya kau pergi. Sebelum aku pecat kau sekarang juga.” Qis mencelah.

“Aku tanya je, sorry. Baiklah tuan. Saya pergi dulu. Boss dah marah tu. Lain kali, kita cerita lagi. Ok?.”

“Ok. Saya juga nak tahu seperti apa isteri saya ni. Nah ni, kad saya. Awak boleh hubungi saya bila-bila masa saja. Sekali, jadi mata-mata saya. Kalau ada lelaki yang gorat dia, jangan segan bagitahu saya. Pandailah saya uruskan budak ni nanti." Pesan Az, menyerahkan kadnya pada Nia. Pantas Nia mengambilnya.

"Encik jangan risau, akan saya jaga isteri encik ni dengan sebaik mungkin. Kalau macam tu, saya pergi dulu." Pamit Nia lantas melangkah pergi.

"Dahlah tu buat kerjanya. Tak penat ke?. Apa kata, kau jual kedai ni. Duit hasil jual kedai ni nanti, kau buat enjoylah. Beli apa yang kau impikan. Kalau tentang keperluan kau dan anak kita nanti. Itu kau tak perlu khawatir. Aku yang bertanggungjawab. Aku nak kau rehat. Fokus pada diri kau sendiri."

“Saya takkan jual kedai ni. Susah-susah saya bangunkan, awak dengan bangganya suruh saya jual kedai ni. Walaupun sekarang ni saya perlukan duit. Tak mungkin juga saya jual usaha saya yang saya bina dari umur saya 20 tahun demi kepentingan diri sendiri. Agak-agaklah."

"Suka hati kaulah. Ni, kalau kau perlukan duit, kau just bagitahu aku. Akan sebisa mungkin aku mencarinya untuk kau."

"Eleh, bagitahu awak konon. Awak lagi penganggur. Macam manalah awak kahwin dengan saya nanti. Apa kata awak pinjam duit saya dulu. Walaupun tak banyak, tapi ada. Mak saya mata duitan, dia pasti minta banyak. Atau macam ni, biar saya berkata jujur tentang perkara sebenar. Mereka pasti faham. Jadi awak tak perlulah buang-buang duit awak untuk sesuatu yang awak tak buat."

“Amboi, pandang rendah nampak. Tapi sekali aku turun tangan, ada hati yang sakit nanti."

“Kalau dah penganggur, penganggur jelah. Ingat awak mafia ke?. Kalau pembunuh tu ya. Saya mohon, lepas ni. Janganlah bunuh orang lagi. Saya tak nak awak kenapa-kenapa.”

“Kau risaukan aku?." Soal Az sambil mengukir senyuman mengodanya.

“Perasan. Dahlah, awak buatlah kerja awak. Saya buat kerja saya."

“Kau jangan risaulah. Walaupun aku ni penganggur. Dah namanya rezeki, dari mana saja pasti ada. Asalkan usaha. Percaya aku. Aku takkan kecewakan kau."

“Terima kasih. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Kalau nanti awak perlukan bantuan saya, jangan segan. Cakap dekat saya."

“Balas aku dengan cinta. Walaupun itu memerlukan masa. Aku setia menunggu cayang aku ni, luluh lalu jatuh cinta. Jatuh cinta sampaikan hati kau sepenuhnya untuk aku."

“Mengada-adalah dia ni. Dah pergi sana.”

“Kiss dulu. Meh sini. Kalau boleh dekat sini.” Pinta Az, menunjukkan bibirnya.

"Dia nikan. Berlebih."

“Merahnya muka dia. Malulah tu. Nak minta kena kiss ni. Oh lupa. Kan belum halal. Kalau dah halal nanti, aku akan pastikan muka kau penuh dengan bekas kiss aku. Oklah. Aku tunggu kau dekat sana. Mana tahukan, ada jantan lain yang gatal-gatal ngorat kau. Tahulah aku nak penggal kepala dia."

“Siapa juga yang nak ngorat saya.”

“Naim yang orang kaya tu, boleh jatuh cinta dekat kau. Inikan pula jantan lain. So, kau buat kerja kau. Aku buat kerja aku. Ok. Aku pergi dulu. Kalau rindu, lambaikan tangan. Aku pasti akan datang.” Pesan Az, lantas melangkah pergi.

‘Eee, sebijik macam perangai Naim. Oi. Naim lagi, Naim lagi. Aku dah kenapa?. Ish.' Kesalnya sendiri, lalu melangkah pergi ke belakang, untuk menyambung kerjanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience