PROLOG

Romance Completed 19265

~"JIKA dia memberimu luka, izinkanku menjadi pengubatnya. Pengubat sehingga dirimu lupa bahwa dia pernah hadir dalam hidupmu. Perlu diingat !. Apa yang sudah menjadi milikku, maka selama-lama akan jadi milikku. Barang siapa yang berani menentangnya, bersiap sedialah ke neraka."~Mr Syazwan Nauran Lee.

•••

"DAH lama kita tak keluar berdua macam nikan. Semenjak awak ambil alih syarikat keluarga awak. Kita dah jarang jumpa. Mesej pun jarang, apatahlagi call tanya khabar. Saya happy sangat, bila awak ajak saya keluar."

"Maafkan saya sebab abaikan awak. Saya juga rasa bersalah sebab dah hiraukan awak. Tapi tulah, kerja dekat syarikat berlambak, yang harus saya sendiri yang turun tangan. Abang saya pula, sambil lewa, sedangkan dia pewaris utama."

"Mana perginya abang awak sekarang?."

"Dia dengan dunia dia sendiri. Saya tak tahu, kemana dia sekarang. Puas orang-orang papa saya cari, sampai upah mata-mata untuk cari dia. Tapi tulah, dia lebih bijak dari yang di sangka. Sampai sekarang kami masih tak tahu keberadaan dia."

"Ai. Kenapa sampai upah orang untuk cari dia?. Penting sangat ke dia tu?."

"Sangat penting. Dia pewaris utama, yang akan mewariskan semua harta kekayaan keluarga Lee. Manakala saya dan yang lain, bawah dia. Saya tak tahu, kenapa atok pilih dia sebagai pewaris utama, sedangkan dia tak ambil tahu pun."
"Mesti penatkan jadi awak. Harus uruskan semuanya. Tapi saya bangga ada boyfriend yang kerja keras macam awak. Tapi ingat, meskipun sibuk. Jangan lupa jaga kesihatan. Saya tak nak awak jatuh sakit nanti."

"Terima kasih sebab faham saya. Maaf sekali lagi sebab abaikan awak. Saya janji. Kalau semua dah selesai nanti. Saya pasti akan lamar awak."

"Saya tunggu."

"Maaf menganggu tuan." Azreen mencelah, sambil menunduk hormat.

"Ada apa Reen?."

"Harini kita ada makan malam bersama Datuk Zainal, dan pemegang saham yang lain. Saya hanya ingatkan. Kot-kotlah tuan lupakan."

"Oh. Lupa pula. Terima kasih sebab ingatkan."

"Takda masalah tuan."

Pandangan Naim pula beralih pada kekasihnya,

“Saya..,”

"Pergilah. Takpa, saya ok. Saya juga ada kerja lepas ni nak susun bunga dekat kedai."

"Saya harap awak tak benci saya."

"Saya takkan pernah benci awaklah. Saya sayang awak. Saya doakan semuanya berjalan dengan lancar. Dah. Pergilah. Nanti terlambat pula."

"Baiklah. Sayang awak sangat-sangat. Nanti kalau dah sampai kedai, chat saya. Jangan buat saya risau." Pesan Naim, lalu melabuhkan ciuman hangat pada dahi kekasihnya. "Saya pergi dulu. Jaga diri. I love you." Pamit Naim, lantas melangkah pergi bersama asisstantnya.

"I love you too." Balas Qis, meskipun Im jauh dari pandangan matanya.

Pada akhirnya, aku sendiri lagi. Tidakkah itu hal biasa, tapi entah kenapa aku tetap saja terluka. Hanya bertemu sekilas angin yang berlalu, lalu pergi seperti burung yang terbang meninggalkan sarangnya, entah kapan akan kembali pulang. Dia juga tidak pasti.

•••

QIS terlihat berjalan malas ke tong sampah besar di belakang kedainya. Selepas mengemas kedainya yang berselerak oleh kerana tidak diurus selama beberapa hari di sebabkan dia kurang sihat, maka banyak bunga yang telah layu yang harus dia buang sebelum baunya nanti menyengat di hidung para pelanggan.

‘Hah. Penatlah kalau macam ni. Tong sampah jauhnya macam pergi Paris. Belum lagi patah balik. Oi.' Ngeluhnya.

"Argh !."

Kedengaran suara rintihan kesakitan dari seseorang yang datangnya dari sebalik tong sampah itu. Pantas Qis menghampirinya, namun belum sempat masuk langkah ke 6. Langkahnya terhenti serta-merta, ketika menyaksikan seorang pemuda yang terlihat menghabiskan seorang pemuda lain yang entah itu hidup lagi, atau sudah pergi buat selama-lamanya.

"Nilah akibatnya kalau cari pasal dengan aku. Rasakan." Katanya yang terus menerus menikam pemuda itu tanpa belas kasihan sama sekali.

‘Gilalah.’ Guman Qis. Pantas melangkah pergi. Sebelum pemuda itu perasan dengan kehadirannya.

“Ehem. Nak kemana Cik adik?. Sesat ke?.” Soal seorang pemuda gagah, pantas menangkap Qis lalu di garinya kedua tangannya. "Jom. Ikut abang ke neraka." Katanya, lantas menolak kasar dirinya menghampiri bossnya.

"Oi. Lepaslah." Qis meronta-ronta.

"Tuan. Dia dah nampak semuanya. Patut ke kita habiskan dia juga."

“Kau buat apa dekat sini?." Soal ketuanya sambil membuka sarung tangan yang telah ia gunakan lalu di buang ke tong sampah.

"Saya buang sampah. Sumpah saya takkan bagitahu siapa-siapa tentang kejadian ni. Sumpah. Tolong jangan apa-apakan saya."

"Jangan takut. Aku takkan apa-apakan kau."

Baru kalini, dia merasa takut dengan pandangan mata seseorang. Ia sama saja seperti pisau tajam yang menusuk-nusuk dirinya, sehingga untuk menatap mata pemuda itu saja, dia takut melakukannya.

"Tapi tulah. Kalau aku lepaskan kau. Kau mesti bagitahu polis tentang kejadian nikan. Tapi aku percaya, kau takkan khianati aku. Dah, lepaskan dia."

"Baiklah tuan." Pantas Yan membuka gari pada tangan Qis.

"Aw. Sakitnya." Rintih Qis, sambil mengosok-gosok pengelangan tangannya yang terasa perih. "Terima kasih Encik. Saya janji, takkan bagitahu siapa-siapa tentang rahsia ni. Saya janji."

"Janji adalah hutang. Kalau aku dapat tahu, kau penyebarnya. Aku takkan biarkan kau hidup tenang. Faham?."

"Faham. Terima kasih Encik.”

“Dah pergi. Sebelum aku ubah fikiran.”

"Baiklah Encik. Terima kasih sekali lagi." Ucap Qis, pantas melangkah pergi.

“Kenapa tuan lepaskan dia?. Tak bahaya ke?. Kita juga tak tahu siapa dia. Kalau dia bagitahu polis tentang perkara ni. Mana kita nak cari dia."

"Aku kenal dia dan tahu siapa dia. Jadi, kalau nanti dia buat hal. Tahulah mana nak cari dia. Jangan takutlah."

"Siapa dia tuan?."

"Bakal isteri aku." Jawab Az, lantas masuk kedalam keretanya.

"Bakal isteri !!. Seriuslah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience