DERINGAN telefon bimbitku menghentikan lamunan aku dari tadi.
"Ishh...siapalah pagi-pagi ni dah menyibuk"
gerutu aku, melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbit, aku menggelengkan kepala. Terlintas di fikiran untuk mengenakannya pada pagi itu.
"SYAHHHH..." sengaja aku jerit kuat namanya.
"Woi..kalau ya pun rindu bagilah salam dulu, pekak telinga aku tau"
"Okey...sorrylah yang kau kacau aku pagi-pagi ni dah kenapa?"
"Saje..aku bosanlah, aku sorang je tinggal dekat rumah ni. Abi dengan umi pergi masjid ada kuliah, along dengan angah dah balik kondo diorang"
"Eh, nape tak join abi and umi kau"
"Aku uzurlah ngok, kalau tak dah lama aku join diorang.."
Aisyah melepas keluhan berat.
"Oh, sorry lupa pulak aku, tulah lain kali perangai tu jangan 'boyish' sangat, terkeliru aku..hahaha, macamnilah jom lepak rumah aku. Aku ada cerita nak share ngan kau ni. Erm, pakai nice sikit abang aku ada dekat rumah ni"
"Okey, sweetheart..aku datang rumah kau kejap lagi..see you later, okay bye.."
Aisyah menamatkan talian sejurus selepas itu. Aku membawa diri ke kamar mandi untuk membersihkan diri.
***
"Aisyah...masuklah, Nayla tengah siap tu"
Datin Seri Najma Alyana mempelawa Aisyah masuk ke dalam banglo mewah kami.
"Syah...jom aku dah tak sabar nak share story best ngan kau ni."
"Issh...budak-budak ni.."
Mama gelengkan kepala melihat telatah kami berdua. Aku menarik tangan Aisyah ke ruang tamu dan kami duduk di sana. Aku mulakan cerita dan Aisyah setia mendengar.
"Alhamdulillah...aku tumpang gembira Nayla, akhirnya doa kau termakbul juga."
"Ya, aku bersyukur sangat, aku dapat kembali apa yang aku hilang selama ni. Hah, makan tengah hari kat sini jelah. Jom ikut aku ke dapur, kita masak sama-sama."
Aku senyum girang. Lantas memaut lengan Aisyah yang dibaluti dengan sepasang baju kurung moden.
"Laa...ingatkan tetamu duduk je, ni kena masak pulak dah.." Aisyah menepuk dahi.
"Ingat, senang-senang ke nak makan free kat sini. Eh, takdelah aku gurau je..takde nak suruh masak pun cuma tolong teman je, tapi kalau nak tolong sangat dialu-alukan. Tunjuklah skill terpendam kau tu, mana tahu lepas ni, boleh pikat orangnya pulak ke?"
Aisyah hanya tersenyum lebar, dia tahu aku cuba menyakatnya, dan dia juga tahu siapa orang yang aku maksudkan, namun sengaja buat-buat tak peduli! Boleh tanya aku lagi soalan bodoh. Menyampah!
"Kau merepek apa ni, Nayla..nak pikat siapa pulak?"
"Alaa...dah tahu nak tanya pula, abang akulah, takkan papa aku pulak, tak ingin aku nak ada mak tiri sama baya, tak takut ke nak bermadu dengan Datin Seri?"
"KAU NI NAYLA...AKU TAK FIKIR SAMPAI SITU, OKEY!!!!"
Suara nyaring Aisyah sudah bergema di ruang dapur membuatkan mama dan abang Harriz tergesa-gesa mendapatkan kami.
"What's wrong..kenapa Aisyah menjerit ni?" soal mama yang kelihatan risau. Abang Harriz pula terus mendapatkan Aisyah.
"Eh, takde apa-apalah, saja kacau Aisyah ni, abang Riz risau lebih-lebih, nampak!"
"Eh, taklah..mana ada"
Harriz sudah tersengih-sengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Ish, kamu berdua ni buat mama risau jelah, dah nak masak apa ni? Banyak betul bahan yang korang keluarkan ni?"
"So sorry, buat mama dengan abang Riz risau tadi, bahan-bahan ni semua kami nak buat something special untuk lunch harini, mama and abang Riz tunggu je nanti"
"Okey, mama tunggu..jom Riz kita biarkan mereka berdua ni, nanti jangan sampai bakar dapur mama pulak!"
Datin Seri Najma Alyana menarik lengan Harriz untuk keluar dari dapur, namun langkah Harriz lambat-lambat mengikut rentak kaki mama. Matanya masih lekat menatap wajah Aisyah yang menawan hati lelakinya itu. Aisyah hanya mempamerkan senyumannya kepada Harriz sebelum tangannya lincah menyediakan bahan untuk juadah makan tengah hari nanti.
"Harriz...sudah-sudahlah tu, jom ikut mama.."
Aku yang memandang abang aku yang sudah angau itu, tertawa lepas sambil gelengkan kepala. Aisyah pula terus fokus menyediakan bahan masakannya. Tak terganggu langsung minah ni!
***
"Harriz...mama tengok dari tadi asyik pandang kat Aisyah tu je."
"Mana ada, ma..Riz macam biasa je"
"Ya ke, mama tengok bukan main berselera makan tadi, selalunya Riz makan sikit je, ni dua pinggan Riz tambah"
"Alaa...ma, dah masakan Aisyah dengan adik tu sedap sangat, kena dengan tekak Riz ni, tu yang Riz makan lebih sikit."
Harriz cuba menafikan tentang perasaannya terhadap Aisyah.
"Mama ingatkan je, kalau dah suka tu cakap, jangan pendam nanti melepas, menyesal tak sudah."
"Mama suka kat Aisyah tu?"
"Tu..kan mama dah cakap tadi, mama tak kisah asalkan Riz bahagia. Mama tengok Aisyah tu baik orangnya, dia pun datang dari keluarga yang baik-baik. Mama pun kenal dengan parents Aisyah, for your information umi Aisyah tu sebenarnya, my bff masa kami belajar di UK dulu"
Harriz melopong mendengar kata daripada Datin Seri Najma sebentar tadi.
"WHAT... ni betul-betul surprise ni, okeylah Riz mengaku, sebenarnya Riz sukakan Aisyah sejak first time jumpa lagi, mama jangan beritahu adik dulu tau."
Aku yang baru mendapatkan mama dan abang Harriz di ruang tamu terus menyergah.
"Hah, beritahu apa tu...apa yang Abang Riz dengan mama sorokkan daripada adik?"
"Takde apa-apalah dik, abang Riz baru dapat tahu mama dengan umi Amira tu bff rupanya."
"So, kalau bff kenapa? Abang Riz ni, untung apa? Lagi senanglah nak ngam dengan bakal mak mentua, nanti nak tau pasal umi Amira tu tanya je kat mama, kan mama?"
"Sorry...mama bukan kaunter pertanyaan okey, kalau nak tahu pasal umi Amira tu tanya dengan anaknya sendiri. Mama tak nak khianati persahabatan kami. I'll a best friend forever tau."
"Mama takkan tak nak bantu langsung anak teruna mama ni sorang je tau"
Harriz dah mencebik muka. Dia dah jeling aku tajam.
"Alaa..la..ciannya dia, ma.. Hahahaha.."
Aku dan mama mentertawakan abang Harriz membuatkan wajahnya auto mencerut dan terus berlalu dari ruang tamu menuju ke biliknya. Sempat lagi dia membaling bantal kecil tepat mengena batang hidung aku membuatkan aku mengaduh kesakitan. Datin Seri Najma yang berada di situ hanya menggelengkan kepalanya melihat ragam anak-anaknya.
"Mama..tengok abang Riz ni, sakit tau tak?!" Naik seoktaf suaraku.
"Padan muka, apasal seronok sangat ketawakan orang, tu lah derhaka lagi kat abang ni"
Harriz sudah tertawa sambil menjelirkan lidahnya. Laju langkahnya membawa diri naik ke tingkat atas menuju kamarnya apabila mendapati aku sudah membuka langkah untuk mengejarnya.
***
Aku mengangkat kepala dari skrin telefon apabila mendengar suara Harriz Naufal yang sedikit mendayu-dayu memanggil mama. Mata aku membulat. Eh, sejak bila abang aku ni pandai merayu? Biasanya kalau dia nak sesuatu, dia cuma sebut dan mama akan luluskan tanpa banyak soal. Tapi kali ni lain macam.
"Mama... please..."
Aku yang sedang duduk santai di sofa, mengunyah biskut sambil memerhati drama live di hadapanku. Mama pula buat muka selamba, seolah-olah tak terusik langsung dengan nada penuh harapan daripada abang aku yang sorang ni.
"Mama kenal umi Amira, kan? Dia kan kawan baik mama, dah lama kenal sejak zaman universiti lagi," suara Harriz kedengaran tenang, tetapi aku yang kenal abang sendiri boleh nampak dia tengah menyusun strategi.
Mama mengangguk perlahan, masih tenang menikmati teh yang baru saja dibancuh oleh pembantu rumah. Aku pula semakin teruja. Mesti ada sesuatu yang best ni!
"Jadi, mama mesti kenal Aisyah juga, kan?"
Hampir-hampir aku tercekik biskut yang aku tengah kunyah. Aku segera mencapai gelas jus oren dan meneguknya untuk menghilangkan rasa perit. Wah, abang aku ni berani betul menyebut nama Aisyah depan mama!
"Hah, ini yang menarik. Mama, abang Harriz nak buat confession ni. Betul tak, abang?" Aku menyengih sambil memandang abang aku yang tiba-tiba merenung aku dengan pandangan tajam.
"Nayla, diam boleh tak?"
"Tak boleh!" balasku cepat. "Abang ni mati-matian pujuk mama, mesti ada sesuatu. Mama, ini mesti ada kena-mengena dengan Syah, kan?"
Mama masih bersikap tenang seperti selalu, tetapi aku perasan ekor matanya sedikit membesar. Aku pasti, mama juga dapat meneka arah tuju perbualan ini.
"Dan kalau ada kaitan dengan Aisyah pun, kenapa?" mama bertanya dengan suara yang masih terkawal.
Aku menunggu dengan penuh debaran. Aku tahu abang aku suka dekat Aisyah, tapi aku tak sangka dia betul-betul akan bawa hal ini ke depan mama.
"Sebab Harriz suka dia, mama. Harriz dah lama perhatikan dia, dan Harriz serius nak kenal dia lebih rapat. Bukan setakat suka-suka."
Jatuh juga akhirnya 'bom' yang aku tunggu-tunggu! Aku meletakkan gelas ke meja dan menepuk tangan dengan penuh semangat.
"Wow! First time dengar abang Riz confess macam ni! Harus dicatat dalam sejarah keluarga!"
"Nayla!" Suara Harriz sudah kedengaran sedikit terancam, tapi aku tak peduli. Ini bukan selalu berlaku!
Aku bersilang tangan sambil tersenyum nakal.
"Wahai abang kesayanganku, masalahnya sekarang… mama dan umi Amira itu kan sahabat baik? Kalau jadi apa-apa, mama mesti segan dengan umi Amira."
Mama mengangguk setuju dengan kata-kataku.
"Mama tak mahu merosakkan persahabatan mama dengan Amira. Kami sudah berkawan sejak sekian lama. Kalau sesuatu yang tidak diingini berlaku antara kamu dan Aisyah, mama tak mahu itu menjejaskan hubungan kami."
Aku perasan wajah abang aku sedikit berubah. Dia nampak betul-betul serius dengan hal ini.
"Mama, Harriz bukan budak kecil. Harriz tahu apa yang Harriz mahukan. Aisyah bukan gadis biasa, dia lain daripada yang lain."
Aku berpura-pura berfikir sambil mengetuk jari ke dagu.
"Macam mana lain tu? Cantik dia lain? Budi bahasa dia lain? Atau sebab umi Amira yang lain?"
Abang aku merenung aku dengan wajah yang jelas menyampah.
"Semua sekali."
Aku ketawa kecil.
"Oh my God, abang dah teruk ni! Serius habis! Tapi abang, kalau mama tak restu, macam mana?"
Abang aku terus memandang mama dengan penuh harapan. Aku dapat rasa betapa dia mahukan restu mama untuk mengenali Aisyah dengan lebih dekat.
"Mama, Harriz tak minta lebih. Harriz cuma nak peluang untuk mengenali dia dengan cara yang baik. Mama boleh cakap dengan umi Amira tentang ni?"
Mama menghela nafas panjang, kelihatan berfikir dalam-dalam.
"Mama perlu fikirkan dulu, Harriz. Ini bukan perkara kecil."
Aku nampak bahu abang aku sedikit jatuh, tanda kecewa. Tapi sebelum dia sempat berkata apa-apa, aku menepuk bahunya perlahan.
"Relaks, abang. Kalau Syah itu jodoh abang, tak ke mana. Lagi pun, kalau Syah tu sayang dekat abang separuh daripada apa yang abang rasa untuk dia, umi Amira mungkin akan lembut hati juga nanti."
Abang aku tidak menjawab, tetapi aku nampak sekilas senyuman kecil terbit di bibirnya. Walaupun mama belum memberi jawapan pasti, aku tahu abang aku tak akan mudah putus asa. Lagipun, kalau betul Aisyah itu jodohnya, tiada siapa yang boleh menghalang.
Aku tahu abang aku belum habis berjuang. Wajahnya mungkin nampak tenang, tapi aku kenal dia. Harriz Naufal bukan jenis lelaki yang mudah menyerah. Kalau dia sudah mahukan sesuatu, dia akan usahakan sampai dapat.
"Mama…" Suara abang aku kedengaran sedikit lebih lembut, seolah-olah dia masih mencari peluang untuk melembutkan hati mama.
"Mama tak rasa ini satu bonus ke? Aisyah bukan orang asing, dia anak kepada kawan baik mama sendiri. Maksudnya, mama dah kenal dia sejak kecil. Bukankah lebih mudah kalau kita dah tahu asal-usulnya?"
Mama menghela nafas panjang.
"Mama faham maksud Harriz, tapi bukan semudah itu. Mama bukan tak suka Aisyah, tapi mama tak mahu mencampur-adukkan urusan peribadi dengan persahabatan mama dengan umi Amira."
Aku melihat tangan abang aku mengepal di atas paha. Aku tahu dia sedang cuba mengawal perasaannya. Aku menolak sedikit tubuhnya dengan siku.
"Abang, kalau mama tak nak cakap dengan umi Amira, kenapa abang tak usaha sendiri je? Aisyah ada depan mata, kenapa kena lalu mama?" soalku dengan nada menggoda.
Abang aku merenung aku tajam.
"Kau ingat aku tak cuba? Tapi aku nak ikut adab, Nayla. Aku nak masuk line dengan cara yang betul."
Aku terkekek ketawa.
"Oh, abang nak masuk meminang teruslah ni?"
Abang aku hanya diam. Tapi wajahnya yang sedikit merona itu cukup untuk membuatkan aku semakin teruja. Aku menepuk tangan perlahan, menyerlahkan lagi keterujaanku.
"Mama, nampaknya anak sulung mama ni betul-betul jatuh cinta!" Aku ketawa kecil. "Aduh, siapa sangka Harriz Naufal yang cool, macho, dan selalu serius ni boleh jadi macam ni sebab seorang perempuan."
Mama hanya menggeleng sambil tersenyum kecil.
"Kita tengok macam mana nanti. Mama tak nak bagi jawapan terburu-buru."
Abang aku menghembus nafas. Matanya bersinar dengan tekad.. Nampaknya, kisah cinta abang aku baru saja bermula!
Hahaha..susahnya nk pujuk mama kan, Harriz....Happy reading gaisss...jemput follow dan sudi² tinggalkan komen ya...chapter ni masih free reading ya..
Share this novel
Hihihi, Harriz...kau dh jatuh cinta dengan Aisyah ya...sedaya upaya cuba UTK pujuk mama untuk cungkil rahsia Aisyah...